|
TAG SP 660: PCron: Jenin - Nama Yang Harus Dalam Kenangan By Ramzy Baroud 16/4/2002 6:52 pm Tue |
Palestinechronicle.com - 8/4/2002 (Jenin - Remember This Word) Oleh: Ramzy Baroud, Ketua Pengarang JENIN, inilah satu nama yang mesti diingat selalu, kerana
setiap kali anda lupa akan kepercayaan terhadap
perikemanusiaan, apa yang anda perlu ingat ialah nama ini.
Ulangi perkataan itu selalu, ketika anda merasa murung dan
berduka. Ia pasti menyuntik semangat dan tenaga yang baru.
Inilah dia lambang keberanian, yang melampaui batasan putus
harap dan kehampaan, keberanian yang sudah menjadi satu
legenda, semakin menghampiri status metos pula. Betapa lagi
kita dapat menjelaskan perkara ini apabila sebuah khemah
orang pelarian yang kecil, yang tidak sampai satu kilometer
persegi keluasannya terpaksa berhadapan dengan kepungan
beberapa ratus kereta kebal, helikopter Apache dan ribuan
pembunuh yang terlatih dan menggelar diri mereka askar
kerajaan? Khemah pelarian yang mengandungi tempat perlindungan yang
berbumbungkan khemah ini telah dibina pada tahun 1953 untuk
menampung kemasukan ribuan pelarian Palestin. Inilah khemah
kecil penempatan manusia yang membiakkan ketahanan dan
kedegilan. Ramai warga Palestin yang telah dinyah daripada
perkampungan kelahiran mereka di Palestin terpaksa hidup
merempat dan melarat sedangkan mereka masih mampu melihat
tanah mereka yang dirampas dulu, hanya dengan berpaling ke
bahagian Barat khemah pelarian itu. Selama hampir lima dekad mereka merenung ke arah barat.
Kini, apabila golongan tua keluarga mereka sudah mati,
anak-anak yang dibenarkan dalam keadaan yang sungguh hina
tetapi membesarkan mereka dengan penuh bangga sebagai
Palestin, telah diajar untuk merenung ke Barat jua. Barat
adalah bumi Palestin, tanahair mereka. Di sanalah mereka
pernah mendengar cerita lama daripada nenek yang sudah
semakin ganyut usia mereka betapa indahnya kehidupan di
situ satu ketika dulu. Itulah kisah yang mengingatkan
betapa azabnya hidup mereka di bawah penjajahan.
Tiga belas ribu pelarian berlindung di khemah pelarian
Jenin, yang terletak di pinggir Jenin di Tebing Barat.
Impian mereka sudah melepasi jalan yang bertar, sistem
saluran najis yang berfungsi dan sekolah pendidikan yang
bestari. Impian mereka menjentik semangat untuk pulang ke
kampung halaman. Ramai yang masih memegang geran tanah
pusaka di Palestin itu, malahan masih ramai yang menyimpan
anak kunci kepada mangga pintu rumah mereka, dan kebanyakan
mereka itu amat faham apa ertinya resolusi PBB nombor 194:
betapa mereka punya hak untuk pulang.
Tetapi, untuk beberapa dekad, pelarian itu semuanya
merempat tanpa rumah kediaman, tanpa hak, dan untuk
beberapa dekad juga mereka dihina dan diaibkan tanpa ada
hentinya kezaliman yang direncana. Pada tahun 1967, Israel
menambah keaiban ke atas mereka lagi, apabila ia menakluki
Tebing Barat dan Gaza, menjadikan pelarian itu semua
tertakluk kepada penjajah ketenteraan.
Di tahun yang kebelakangan ini, penduduk golongan muda di
khemah pelarian telah membesar sehingga merupakan 44 persen
daripada jumlah pelarian semuanya. Tanpa banyak kemudahan,
mereka mampu mencapai tahap pendidikan yang sempurna di
beberapa universiti berhampiran di Bir Zeit, Baitul Laham
dan Najah. Maka lahirlah satu generasi golongan muda yang
berpendidikan dan kental pendiriannya setelah dibesarkan
oleh suasana orang pelarian. Mereka membesar sebagai satu
golongan yang tidak pernah lupa mengabaikan tugas melihat
ke arah barat di mana terletaknya Palestin sehingga mereka
menjadi satu generasi yang tidak pernah gusar mengangkat
obor yang difaraidkan oleh satu generasi yang semakin tua.
Generasi tua itulah yang mendidik mereka satu pengajaran
yang paling berharga; jangan lupa tanah air kita, hak kita,
kebanggaan kita dan martabat bangsa. Itulah yang mereka
ingatkan selalu tanpa ada tepiannya. Apabila jalanraya Palestin meledak oleh kemarahan gara-gara
laungan mahukan kebebasan, kebangkitan itu cuma baru
bermula, dan pelarian Jenin sudahpun berada di sana,
memimpin himpunan manusia, melaungkan semangat juang secara
lantang, mahukan keadilan, hak asasi manusia dan kemestian
mahu pulang. Israel sudah amat matang memahami apa yang dimaksudkan oleh
Jenin sebagai aspirasi militan mereka, betapa khemah
pelarian yang itu adalah penghalang segala usaha Israel
untuk menindas bangsa Palestin; kerana penindasan begitu
dianggap penting untuk meluntur dan memusnahkan semangat
mereka. Bulan Mac lalu, Israel melancarkan 'Operasi Pengembaraan
Warna-warni' (Operation Colorful Journey) dalam usaha
mengganyang khemah pelarian Jenin dan Balata. Seperti yang
disebut, 'operasi' itu memang penuh warna-warninya, dalam
bentuk tumpahan darah di mana hampir 20 orang Palestin
terbunuh dan ratusan yang tercedera di khemah pelarian itu.
Banyak rumah kediaman yang musnah, namun semangat juang
mereka masih kental. Pegawai Israel ada mengatakan bahawa
tujuan missi mereka di Jenin adalah laksana 'mencari
pengganas dengan penyepit.' Itupun, penyepit bala tentera
yang nombor empat terbesarnya di dunia, dan yang merupakan
salah satu kuasa nuklear terbesar di dunia, tidak mampu
melunturkan ketahanan jati diri Jenin. Jenin bertindak
balas dengan berani, dan ketika askar Israel berundur,
orang Palestin muncul di pintu rumah, membawa masuk mayat
yang bergelimpangan dan melaungkan kata semangat kebebasan
Palestin berulang-ulang. Tetapi General Sharon masih tidak dapat melupakan
peperangannya yang belum selesai. Balas dendam adalah
mainannya, walaupun terpaksa menghalakan dendam itu ke arah
penghuni khemah pelarian yang tidak berdosa, yang bertindak
balas dengan senjata lama dan pisau dapur sahaja. Semasa
dia mengerahkan tentera menakluki Tebing Barat dia telah
menggemblengkan hampir 300 kereta kebal, ribuan askar dan
banyak Apache untuk menakluki khemah pelarian Jenin.
Setakat tulisan ini disediakan, lapan hari sudah berlalu di
mana pengeboman dilaksanakan bertalu-talu, pembunuhan kejam
dan pembunuhan beramai-ramai sudahpun berlaku. Khemah
pelarian itu tidak musnah sepenuhnya. Ratusan rumah
kediaman telah dihancurkan, lubang besar untuk dijadikan
kubur beramai-ramai sudahpun digali, banyak mayat telah
ditanam secara tergesa-gesa, manusia telah tertanam di
bawah runtuhan kediaman mereka, tetapi khemah pelarian itu
masih tegak dengan gagahnya. Kerana rimas dengan saiz kecil khemah yang daif itu, kereta
kebal Israel telah merempuh apa saja, rumah kediaman dan
masjid menjadi mangsa kegilaan mereka, untuk membolehkan
satu medan perang baru dibuka memudahkan usaha berdepan
dengan pelarian yang masih kental semangatnya; sambil
melihatkan khemah itu masih berdiri gagah menantikan
serangan mereka. Ketua tentera Israel, Shaul Mofaz, yang menerima keaiban
kerana kesilapannya, telah menerajui 'operasi' itu sendiri
untuk melancarkan pembunuhan ganas, sambil seluruh dunia
diam terpaku untuk menunggu, menantikan berita bagaimana
pelarian Palestin memerangi kereta kebal dan Apache yang
menyerang tanpa henti. Lebih lima puluh (50) peluru berpandu dihalakan ke arah
khemah pelarian itu dalam jangkamasa satu jam, sehingga
ratusan penghuninya tertimbus di bawah runtuhan, banyak
mayat bergelimpangan di jalanraya. Askar Israel telah
melancarkan pengeboman yang bersistem pada keseluruhan
khemah itu, sambil mangsa yang mengalami pendarahan merana
menanti kematian, tanpa ada bantuan perubatan. Hanya
raungan kaum ibu yang meratapi penderitaan mereka
sehinggalah nyawa berpisah dari jasadnya. Dengan peralatan
yang amat daif khemah pelarian yang kecil itu bukan sahaja
telah menentang serangan, tetapi mampu mengenakan balasan
terhadap askar yang menggila yang sebelum itu berlagak
angkuh betapa mereka amat perkasa. Dari bahagian pedalaman khemah itu, dengan menggunakan satu
telefon bimbit yang semakin daif kekuatan baterinya,
seorang pejuang Palestin telah menghubungi TV Al-Jazeera.
'Saya cuma mahu mengingatkan seluruh dunia yang begitu
berbangga itu, agar tidak runsing sangat, kami sedang
bertahan dan akan terus berjuang hingga ke titisan darah
yang terakhir.' Di bahagian belakang, satu bangsa yang
tinggi martabatnya sedang mendengar apa yang dituturkan
oleh pejuang tadi, sambil berfikir sama apakah dunia masih
mendengar ataupun prihatin dengan perjuangan mereka. Mereka
menjerit dalam satu suara untuk kebebasan dan kemerdekaan
Palestin. Sejurus itu bateri telefon itu pun pupus, mungkin
tidak akan dicas semula. Pada waktunya artikel ini diterbitkan, mungkin khemah
pelarian Jenin sudah pun disodok oleh jentolak, di mana
ratusan nyawa lagi sudah terkorban. Mungkin juga
pertempuran itu masih berlarutan. Tetapi, yang pasti,
pelarian khemah Jenin tidak akan mudah dipujuk-rayu untuk
melupakan perjuangan mereka untuk bebas. Mereka pasti akan
bangkit untuk melawan semula. Israel masih lagi tidak dapat mengerti bahawa segala
kecanggihan senjata perang yang dibikin oleh Amerika yang
mereka gunakan terhadap penghuni khemah pelarian Jenin
tidak akan berupaya mendesak mereka menggugurkan hak untuk
berjuang mempertahankan maruah diri. Mereka tidak akan
berhenti berpaling ke arah Barat, di mana letaknya tanah
pusaka mereka dan tersimpannya martabat bangsa, kerana
itulah tanahnya yang menjadi kunci rahsia yang menarik
semangat orang Palestin untuk pulang semula.
Terjemahan: SPAR Asal: http://palestinechronicle.com/article.php?story=20020408192557891
Monday, April 08 2002 @ 07:25 PM GMT Israel knew too well what Jenin meant for its military
aspirations, that particular refugee camp was a deal
breaker for Israel's attempt to suppress the Palestinian
population, to kill their spirit. By Ramzy Baroud, Editor-in-Chief Jenin. Remember this word, for every time your lose faith
in humanity, all you need to do is to recall it. Repeat
inside of you, slowly, when you are down and frail. It
should give you vigor and lift your spirit. It's a symbol
of courage, courage beyond these times of despair and
degradation, courage that's legendary, almost
mythological. How else can we explain that a small refugee
camp, less than a kilometer sq. length and width stands
for days in the face of hundreds of tanks, Apache
helicopters and thousands of trained killers, they call
soldiers? Established in 1953 as a make-shift tent city to host
thousands of Palestinian refugees, this small camp breeds
tenacity and defiance. Many of those Palestinians who were
uprooted from their villages in Palestine to live in the
most humiliating conditions were still able to see the
land that once was theirs, by simply gazing west.
For nearly five decades they looked west. Now, when their
elders die, their children who are raised in the same
impoverished yet proud Palestinian camp, also taught to
gaze west. West is Palestine, their home, where they were
told stories by aging grandmas of how wonderful life once
was. It was a reminder of their dire hardship and life
under occupation. 13 thousand refugees lived in the Jenin refugee camp,
located near the city of Jenin in the West Bank. Their
dream was beyond paved roads, functional sewer systems and
good schools. Their dream was returning home. Many held
the deeds to their land in Palestine, some even held the
large old keys of their ravished homes, and most of them
knew too well what UN Resolution 194 meant: it was their
right to return. But for decades those refugees remained without homes,
without rights, and for decades they were subjected to
never ending cruelty. In 1967, Israel added insult to
injury when it invaded the West Bank and Gaza, the
refugees are now under military occupation.
In recent years, the young population in the camps have
grown to reach 44 percent of the total number of refugees.
Yet with little means, many managed to attain a proper
education at nearby Universities, Bir Zeit, Bethlehem and
Najah. A young, educated yet defiant generation was born
and raised in the small camp, a population that never
forgot to look west, were Palestine is, a population that
never feared to carry on the torch of a dying generation.
That dying generation taught them one valuable lesson;
never forget the land, our rights, our pride and our
dignity. And they never did. When Palestinian streets exploded with anger in a loud cry
for freedom, the uprising was just getting started, and
the Jenin refugee camp was there, leading the crowd,
chanting the loudest, demanding justice, human rights and
return. Israel knew too well what Jenin meant for its military
aspirations, that particular refugee camp was a deal
breaker for Israel's attempt to suppress the Palestinian
population, to kill their spirit. Last March Israel carried out "Operation Colorful Journey"
against the Jenin and Balata refugee camps. Like its name,
the 'Operation' was colorful, bloody colorful, as nearly
20 Palestinians were killed and hundreds wounded in the
refugee camp. Many homes were destroyed, but the spirit
remained strong. Israeli officials said that their mission
in Jenin was like 'picking up terrorists with tweezers."
But even the tweezers of the fourth strongest army in the
world, one of the most powerful nuclear powers, was hardly
enough to bend the will of Jenin. Jenin fought hard, and
as the soldiers were pulling out, Palestinians emerged
from their homes, carrying their dead, and chanting about
Palestine and freedom. But General Sharon never forgets his unfinished battles.
Revenge is his game, even if launched against refugees,
fighting with old rifles and kitchen knifes. As he
recently deployed his forces to invade West Bank towns, he
spared nearly 300 tanks, thousands of soldiers and many
Apaches to invade the Jenin refugee camp.
Until the writing of this article, 8 days after intensive
bombings, horrendous killings and indescribable massacres,
the camp is yet to fall. Hundreds of homes have been
destroyed, mass graves have been opened, scores of dead
have been buried in haste, men and women smothered under
the rubble of their homes, and the camp is yet to fall.
Frustrated with the small size of the poor camp, Israeli
tanks began stepping on everything, homes and mosques to
find a way for themselves, to open a new battlefront with
the defiant refugees, and the camp is yet to fall.
The head of the Israeli military Shaul Mofaz, embarrassed
by the blunder, led the 'operation' himself to carry out a
massacre, as the whole world stood and waited while the
refugees battled the tanks, and fought the Apaches.
Over fifty missiles were fired on the camp within an hour;
hundreds of people are said to be buried under the rubble;
many bodies were scattered in the streets; Israeli troops
began a systematic bombardment of the entire camp, the
wounded bled to death, with no medical attention, just
broken hearted mothers screaming in vain. With little
means, the small camp, not only resisted, but inflicted
heavy losses on the army that once claimed to be
'invincible'. From inside the camp, using a cell phone with a dying
battery, a Palestinian fighter reached Al Jazeera
satellite television. "I just wanted to let the proud
people of world, not to worry, we are resisting and will
fight to the last drop of blood." In the background, a
proud population stood listing to the speaker, maybe
thinking that the world really listened or cared. They all
chanted in one voice for freedom and Palestine, before the
battery died, maybe not to be charged again.
By the time this article is published, maybe the Jenin
refugee camp will be bulldozed, maybe hundreds more will
be killed, maybe the fighting will still continue; but
under no circumstances will the remaining refugees of
Jenin be coerced to abandon their fight for freedom, their
vow to return. Israel is yet to be convinced that even with the most
sophisticated US manufactured weapons, the people of Jenin
refugee camp will never abandon their honorable fight,
they will never cease to look west, where their land and
pride are, where Palestine is calling on its people to
come home.
|