|
TAG SP 659: GR: Keganasan Tajaan Israel By Lev Grinberg 16/4/2002 6:50 pm Tue |
Keganasan Tajaan Israel (Israel's State Terrorism) Oleh: Lev Grinberg - Pengarah Humphrey Institute for Social
Research Ben Gurion University. Apakah bezanya antara keganasan tajaan sebuah negara dengan
tindakan ganas seorang individu? Kalau kita faham akan
perbezaannya tentu kita akan faham kesyaitanan dasar AS di
Timur Tengah dan segala bencana yang sedang melanda.
Apabila Yasser Arafat dikepung di pejabatnya dan dijadikan
tebusan oleh pasukan tentera Israel yang menyerang bumi
Palestin, dia telah disagat bertalu-talu agar mencemuh
keganasan dan tindakan rakyatnya bertindak balas. Keganasan
tajaan Israel dianggap oleh pegawai AS sebagai tindakan
'mempertahankan diri', sedangkan pengebom relamati Palestin
diaibkan dengan panggilan pengganas. Terdapat hanya sedikit perbezaan dalam hal ini apabila
keganasan Israel itu adalah tanggungjawab Ariel Sharon,
Benjamin Eliezar, Shimon Peres dan Shaul Mofaz, sedangkan
tindakan 'keganasan' individu dilakukan oleh mereka yang
sudah begitu putus harap, dan selalunya bertentangan dengan
kemahuan Arafat. Satu jam sejurus Arafat mengisytiharkan
sokongannya agar satu gencatan senjata dilaksanakan dan
mengucapkan selamat menyambut Perayaan Passover, seorang
pengebom relamati meledakkan dirinya di sebuah hotel di
Netanya, membunuh bersama 22 yahudi yang tidak berdosa yang
mahu menyambut upacara Passover itu. Arafat ditohmah
sebagai bertanggungjawab dengan tindakan itu, dan serangan
IDF (Israel Defence Forces) dikatakan satu tindakan wajar
yang menepati tuduhan itu. Pada waktu yang sama, jenayah perang Sharon dan Israel
telah dilupakan begitu sahaja, semuanya. Siapakah yang
patut ditangkap kerana merencana pembunuhan hampir 100
orang Palestin? Siapa yang sepatutnya disumbat ke dalam
penjara kerana membunuh sekitar 120 anggota perubatan
(paramedik) Palestin? Siapakah yang patut dihukum kerana
membunuh lebih 1,200 Palestin dan kerana mendera lebih
3,000,000 (tiga juta) orang awam sepanjang 18 bulan yang
lalu? Siapa pula yang sepatutnya dihadapkan kepada mahkamah
dunia kerana menempatkan pendatang haram di tanah yang
dirampas daripada orang Palestin, dan kerana mengingkari
resolusi PBB lebih tiga puluh (35) tahun?
Ledakan bom oleh pejuang syahid yang relamati yang membunuh
orang awam yang tidak berdosa memang mesti dikecam tanpa
ada dolak-daliknya; tindakan mereka itu adalah gelagat
tidak bermoral, dan mereka yang merencananya harus
dipenjara. Namun tindakan itu tidak boleh diperbandingkan
dengan keganasan tajaan sesebuah negara seperti yang
dilaksanakan oleh kerajaan Israel. Tindakan yang disebut
terdahulu adalah merupakan tindakan individu ataupun
kumpulan yang sudah putus harapan yang tidak punyai banyak
harapan di masa depan, disebabkan terlalu tertekan oleh
pandangan dunia yang terlalu terpesong bertentangan dengan
penderitaannya. Tindakan yang lagi satu adalah tindakan
ganas yang dikatakan tindakan hasil keputusan 'rasional'
sebuah negara yang menggunakan alat ketenteraannya untuk
menjajah, lengkap dengan segala senjata perang, dan
diongkosi oleh satu-satunya kuasa besar di dunia ini.
Namun, dalam perdebatan terbuka, keganasan negara dan
pengebom relamati tidak pula difikir wajar untuk dijadikan
perbandingan dalam kisah keganasan. Keganasan dan jenayah
perang yang dicetuskan oleh kerajaan Israel dikira sah dan
sebagai 'mempertahankan diri'; sedangkan Arafat yang sudah
terkepung itu masih dimestikan bertugas menangkap segala
'pengganas'. Saya mahu bertanya: Siapakah nanti yang akan menangkap
Ariel Sharon, musibat yang sebenarnya bertanggungjawab
mengeluarkan perintah membunuh warga Palestin? Bilakah
ketikanya dia akan ditakrifkan sebagai seorang pengganas?
Berapa lama lagikah dunia mampu memekakkan telinga daripada
mendengarkan raungan Palestin bahawa yang mereka mahukan
cuma kebebasan dan kemerdekaan? Sampai bilakah dunia mampu
mengenepikan fakta bahawa sasaran utama kerajaan Israel
bukannya keselamatan negara, tetapi penaklukan
berkesinambungan dan penindasan berterusan bangsa Palestin?
Sebagai warga Israel di pihak pembangkang, kami sedang
berdepan dengan kerajaan kami, tetapi sokongan antarabangsa
yang diterima oleh Sharon senantiasa membahayakan
perjuangan kami. Keseluruhan pendapat umum masyarakat
sejagat terpaksa diputar-balikkan semula, dan PBB mesti
menghantar pasukan pengaman untuk menghentikan pertumpahan
darah dan kemusnahan yang semakin ketara. Orang Israel dan
bangsa Palestin memang amat mengharapkan kesedaran
masyarakat antarabangsa untuk mencetuskan pendapat terbuka
mereka secara mengubahkan pendirian yang dapat merobah
sikap sejagat. Semua ini amat diperlukan untuk
menyelamatkan nyawa kita sebenarnya, dan menentukan harapan
kita untuk menyaksikan masa depan yang cerah menjadi
kenyataan juga. Terjemahan: SPAR Asal: http://www.globalresearch.ca/articles/GRI204A.html
By Lev Grinberg April 1, 2002 What is the difference between State terrorism and
individual terrorist acts? If we understand this
difference we'll understand also the evilness of U.S.
Middle East policies and the forthcoming disasters. When
Yassir Arafat was put under siege in his offices and kept
hostage by the Israeli occupation forces, he was
constantly pressed into condemning terror and combating
terrorism. Israel's State terrorism is defined by U.S.
officials as "self-defense," while individual suicide
bombers are called terrorists. The only "small" difference is that Israeli aggression is
the direct responsibility of Ariel Sharon, Benjamin Ben
Eliezer, Shimon Peres, and Shaul Mofaz, while the
individual terrorist acts are done by individuals in
despair--usually against Arafat's will. One hour after
Arafat declared his support of a ceasefire and wished the
Jews a Happy Passover feast, a suicide bomber exploded
himself in an hotel in Netanya, killing 22 innocent Jews
celebrating Passover. Arafat was blamed as responsible for
this act, and the present IDF offensive has been justified
by this accusation. At the same time, Sharon's responsibility for Israeli war
crimes is being completely ignored. Who should be arrested
for the targeted killing of almost 100 Palestinians? Who
will be sent to jail for the killing of more than 120
Palestinian paramedics? Who will be sentenced for the
killing of more than 1,200 Palestinians and for the
collective punishment of more than 3,000,000 civilians
during the past 18 months? And who will face the
International Tribunal for the illegal settlement of
occupied Palestinian Lands, and the disobedience of UN
decisions for more than 35 years? Suicide bombs killing innocent citizens must be
unequivocally condemned; they are immoral acts, and their
perpetrators should be sent to jail. But they cannot be
compared to State terrorism carried out by the Israeli
government. The former are individual acts of despair by a
people that sees no future, vastly ignored by an unfair
and distorted international public opinion. The latter are
cold and "rational" decisions of a State and a military
apparatus of occupation, well equipped, financed, and
backed by the only superpower in the world.
Yet in public debate, State terrorism and individual
suicide bombs are not even considered as comparable cases
of terrorism. The State terror and war crimes perpetrated
by the Israeli government are legitimized as "self-
defense," while Arafat, even under siege, is commanded to
arrest "terrorists." I want to ask: Who will arrest Sharon, the person directly
responsible for the orders to kill Palestinians? When is
he going to be defined a terrorist too? How long will the
world ignore the Palestinian cry that all they want is
freedom and independence? When will it stop neglecting the
fact that the goal of the Israeli government is not
security, but the continued occupation and subjugation of
the Palestinian people? As Israelis in the opposition, we are fighting against our
government, but the international support that Sharon
receives is constantly jeopardizing our struggle. The
whole international public opinion must be reverted, and
the UN must deploy intervention forces in order to stop
the bloodshed and the imminent deterioration. Israelis and
Palestinians desperately need the awakening of the
international community's public opinion and a reversal in
the global attitude. These are needed both in order to
save our lives (literally), and preserve our hope for a
better future. (Dr. Lev Grinberg is a political sociologist and Director
of the Humphrey Institute for Social Research, at Ben
Gurion University.)
|