|
TAG SP 658: NNS: Gorilla 800-lb Tanggungan Pembayar Cukai A.S. By David Wood 16/4/2002 6:48 pm Tue |
[Catatan: Selain senarai senjata yang disiarkan, kita mesti
sedar bahawa Israel merupakan kuasa nuklear ketenteraan
yang terbesar di dunia - antara nombor tiga ataupun nombor
empat kekuatannya- Penterjemah] ('800-lb Gorilla' paid For By US Taxpayers)
Oleh: David Wood - Newhouse News Service
WASHINGTON - Ada satu masa dulu, dalam sejarah penderitaan
Israel dan Arab, Amerika Syarikat merupakan kuasa besar
ketenteraan yang tidak ada tolok bandingnya di Timur Tengah
sehingga mampu mencengkam kuasa dan kesetiaan tanpa ada
sesiapa yang mempersoalkannya. Tetapi keadaan begitu sudah lama berlalu.
Kini Israel merupakan kuasa besar rantau itu, dan kalau
satu ketika dulu Amerika Syarikat diharapkan memberi
sokongan diplomasi dan bantuan ketenteraan untuk
menyelamatkan Israel, kini Israel boleh menenyeh hidung
Washington untuk berbuat apa yang dia suka.
Israel, boleh menyediakan 19 divisyen tentera darat
bila-bila masa, berbanding Amerika yang mempunyai hanya 13
divisyen di merata dunia dan memerlukan berminggu-minggu
untuk menonjolkan kehebatan tenteranya di rantau itu.
Pasukan tentera udara Israel, yang menggunakan pesawat
terbang lebihan Amerika US. F-15 F-16 tetapi diperbaiki
kecanggihannya dengan teknologi sendiri, boleh menyediakan
3,000 'sorties' ataupun missi kombat, setiap hari. Amerika
Syarikat hanya terdaya menyediakan 1,600 sorti sahaja
setiap hari. Keupayaan serangan udara semacam itu
memberikan kebebasan penuh kepada tentera Israel, bukan
sahaja terhadap pejuang jalanan Palestin, tetapi terhadap
musuh ketatnya Syria dan Mesir. 'Kita sudah mencipta satu gorilla seberat 800 pound' kata
Kenneth Brower, seorang perunding bebas tentera di
Washington, sambil mengkaji bantuan ketenteraan AS kepada
Israel sejak berdekad lamanya. Semalam, adalah hari ke-11 penaklukan Israel ke atas
jajahan bumi Palestin. Israel menunjukkan helah akur kepada
tekanan AS dengan mengumumkan ia mahu berundur daripada dua
Bandar di Tebing Barat sedangkan masih ada enam Bandar lagi
yang sedang dikepungnya. Ia hanya berundur daripada
Qaliliya dan Tukarem tetapi masih mengepung kawasan
sempadannya. Menteri pertahanan Israel memberikan bayangan
akan undur daripada Bandar lain hanya selepas pihak gerila
Palestin berhenti mengganas. Amerika Syarikat menyalurkan sekitar USD 3 juta dollar
setahun untuk pembelian senjata perang sejak akhir 1970-an
dan memindahkan teknologi ketenteraan yang baru secara
percuma ataupun pada harga murah mengikut program kerajaan
dan perjanjian komersial. Tambahan pula, AS memang mempunyai simpanan kelengkapan
perang yang bernilai ratusan juta dollar termasuk
kelengkapan hospital dan perubatan untuk kegunaan tentera
Amerika. Perjanjian dengan Israel mengenai perkara ini
dianggap satu rahsia besar. Tetapi ramai analis perang
menganggap Israel diberikan ruang menggunakan simpanan itu.
'Memang ramai yang berkata bahawa Israel diberikan
kelulusan menggunakan bahan simpanan Amerika itu,' kata
Shoshana Bryen , seorang pengamat di Jewish Institute for
National Security Affairs, sebuah institusi pemikir di
Washington. 'Saya mengagak, setiap kali Israel memerlukan
simpanan itu, keizinan pasti diberikan.'
Kerancakan kegiatan kombat Israel tidak didorong oleh
saiznya berbanding factor lain. Sebagai contoh, juruteknik
Israel telah berjaya menambah bahan digital kepada pejuang
F-16 menjadikannya lebih berbisa daripada versi terbaru
bikinan Amerika untuk pasukan udaranya, kata Brower.
Israel mampu menerbangkan pesawatnya lebih galak lagi
setiap hari kerana wujudnya pemandu kapalterbang yang
berpengalaman. Ini membolehkan pasukan tentera udaranya
menggunakan satu pesawat juang itu berkali-kali sambil
merehatkan juruterbang yang keletihan untuk diganti dengan
juruterbang yang masih segar lagi. Di Amerika tidak ada
sistem penggantian juruterbang kombat seperti itu.;
Israel banyak bergantung kepada pasukan simpanannya.
Terdapat hamper satu juta warga Israel di bawah umur 48
yang mudah dikerah setiap hari. Semuanya sudah berkhidmat
selama tiga tahun secara aktif, dan diberikan latihan
sukarelawan pula. Unit simpanan adalah unit yang terlatih
dalam penggunaan kenderaan dan senjata.
'Ini merupakan system yang paling berkesan sekali,' kata
Anthony Cordesman, seorang analis kanan di Centre for
Strategic and International Studies di Washington.
'Mampukah mereka menenyeh hidung kita? Memang boleh untuk
satu ketika sahaja. Tetapi mereka tidak mempunyai asas
teknikal dan pengeluaran yang memberikan keupayaan
berpanjangan tanpa sumbangan kita untuk membekalkannya.'
Tetapi Cordesman menganggarkan betapa Israel mampu
berperang sendirian selama dua tahun sebelum memerlukan
bantuan luar. Keadaan memang getir pada 1973, ketika Mesir dan Syria
menyerang Israel ketika perayaan Yom Kippur. Ketika kereta
kebal Mesir menyeberang Semenanjung Sinai dan memecahkan
benteng Israel, kerajaan Israel menjadi gelabah dan merayu
Amerika Syarikat membantunya. Ketika itu Presiden Nixon menghantar dua buah kapal induk
ke pesisiran pantai Israel dan mengarahkan pasukan kombat
Amerika untuk bersiap siaga. Lapan hari kemudiannya,
pesawat pengangkut AS telah mengirim lebih 22,000 tan
bekalan bantuan kepada Israel, termasuk kereta kebal dan
jet pejuang. Bekalan Amerika itu mengubah imbangan ketenteraan. Israel
menyerang balas dengan kereta kebal, di bawah pimpinan
General Sharon, sambil menghambat tentera Mesir menyeberang
Terusan Suez dan merampas kembali Sinai.
Pengalaman itu membuatkan AS berikrar bahawa Israel tidak
akan kehilangan kuasa tenteranya terhadap serangan
mana-mana jiran Arabnya dan ini menjadi perjanjian rahsia
AS dan Israel. Tentera AS memberikan bantuan kepada Mesir,
bermula dengan perjanjian damai tahun 1979 antara Mesir dan
Israel. Tetapi bantuan AS kepada Mesir hanya merupakan dua
pertiga bantuan AS kepada Israel. Di sebalik gambaran keganasan yang disiarkan di wilayah
Palestin, tidak banyak kekuatan tentera Israel yang
digemblengkan dalam operasi yang ada, kata analis. Pegawai
Israel enggan menyebut berapa banyak kereta kebal telah
digunakannya dalam peperangan kali ini, tetapi para
pengamat menganggarkan tidak lebih dari beberapa dozen
kereta kebal Israel daripada sejumlah 4,000 unit telah
digunakan di jalanraya. Kalau dalam peperangan sebenarnya yang tidak mengambil kira
kemusnahan orang awam, Israel 'mampu melumatkan Tebing
Barat dalam jangka masa 36 jam sahaja,' kata Bryen.
(selepas itu kereta kebal yang banyak makan nyawa itu
dihadiahkan pula oleh Israel untuk digunakan oleh kerajaan
Singapura - penterjemah) Dalam masalah ketegangan Timur Tengah, ramai pengamat
percaya Israel dapat menangani sebarang ketegangan dengan
mudah - setidak-tidaknya untuk satu masa yang pendek.
Angkatan tentera Syria sudah jatuh tersungkur kekuatannya
selepas kehancuran empayar Soviet Union yang menjadi bapa
angkatnya. Mesir dikatakan tidak lagi berminat pergi ke
medan perang. Apapun, 'Israel tidak lagi mengharapkan kita membantu
mereka,' kata Brower. 'Kita terpaksa lebih pragmatic. Kita
adalah kuasa besar dunia dalam banyak hal, tetapi kita
tidak mempunyai kekuatan sebesar itu di Timur Tengah, dan
Israel amat arif akan perkara ini. Mereka memang pandai
membuat percongakan.' Terjemahan: SPAR |