|
MMMM: B8 - Mahathir Harus Batalkan Lawatan Ke Rumah Putih By Marhain Tua 13/4/2002 10:20 pm Sat |
Siri MMMM Bab 8: Mahathir Harus Batalkan Lawatan Ke Rumah Putih
Perdana Menteri Malaysia merangkap 'Wira Dunia Ketiga'
telahpun menerima pelawaan Presiden Amerika George Bush Jr.
dan beliau dijangka melawat Amerika antara 12 hingga 13 Mei
2002. Kalau kita ambil-kira situasi dunia ekoran kemelut di
Palestin, adalah lebih wajar sekiranya Mahathir membatalkan
sahaja lawatannya itu. Ia akan membazirkan wang rakyat
sepertimana beliau membazirkan wang rakyat dalam lawatannya
selama tiga hari ke Maghribi, Libya dan Bahrain pada bulan
ini. Apakah tujuan sebenar lawatan enam hari itu? Adakah ia
mempunyai kaitan dengan lawatannya ke Rumah Putih. Benarkah
desas-desus dia ke sana atas urusan Bush, sekaligus mula buat
kerja menjadi 'barua' kepada Bush? Daripada segi politik antarabangsa dan asam-garam
diplomasinya, tarikh lawatan seseorang pemimpin Negara
menemui seorang pemimpin yang lain adalah hasil persetujuan
kedua-dua belah pihak. Yang pasti tarikh itu ditentukan lebih
lama dulu lagi dan Mahathir tentu sedar betapa itulah tarikh
ulangtahun Episod 13 Mei, 1969; di mana dia mempunyai peranan
besar dalam pencetusannya. Episod 13 Mei adalah satu
peristiwa yang berlaku ketika UMNO mengalami kekalahan besar
dalam pilihanraya umum yang termasuk kekalahan Mahathir di
Kota Star. Ekoran kekalahan itu dia telah menuduh Tunku Abdul
Rahman Putra sebagai seorang pemimpin yang tidak berguna,
kerana 'menjual ketuanan Melayu kepada kaum Cina.'
Pertempuran dahsyat berlaku apabila kaum bukan-Melayu di
Kuala Lumpur berarak meraikan kemenangan pihak pembangkang
sambil memperlekehkan orang Melayu di Kuala Lumpur. Lagipun,
kekalahan yang tidak diduga di kalangan calon Perikatan (yang
mendahului penubuhan Barisan Nasional) UMNO Selangor pimpinan
Dato' Harun Idris bergoncang kerana memperoleh kemenangan
yang paling tipis dalam sejarah pemilu setakat itu.
Ekoran hasutan yang dibuat melalui surat layang yang
dikatakan hasil tulisan seorang ultra-Melayu, Tunku dituduh
lalai ketika meledaknya pertumpahan darah di Kuala Lumpur dan
dituduh sibuk dengan mainan mahjong sahaja. Ketika itu, orang
Melayu memang mudah terguris perasaannya apabila diberitahu
bahawa pemimpin Melayu yang mewakili mereka telah terpesong
dan memberikan kemudahan kepada kaum Cina (ketika itu).
Inilah kelentongan yang dilakukan oleh Mahathir untuk
meransang semangat orang Melayu ketika itu agar membenci
Tunku Abdul Rahman Putra. Kalau dilihat akan kelakuan
Mahathir sekarang ini, itulah perangai yang sedang
dilakukannya sendiri. - Lawatan Mahathir ke Negara Arab
Mahathir akan membazirkan wang rakyat marhaen dengan
melakukan lawatan enam hari ke Libya, Bahrain dan Maghribi.
Secara kebetulan lawatan itu adalah bertepatan dengan
ulangtahun Gelita Empat Belas yakni satu peristiwa di mana
marhaen Malaysia telah berkumpul di Kuala Lumpur menunjuk
perasaan secara aman tetapi telah dihambat oleh polis dengan
menggunakan kekerasan untuk menyuraikannya. Tarikh itu kini
hanya merupakan catatan sejarah sahaja kerana marhaen
Malaysia sudah tidak ada daya menunjuk perasaan lagi, bukan
disebabkan mereka tidak mempunyai semangat menunjuk perasaan
tetapi mereka lebih selesa menunggu masa yang paling sesuai
untuk melaksanakannya. Apakah gunanya Mahathir melawat Negara Arab itu dalam masa
yang singkat kalau ianya bertujuan menunaikan agenda yang
sudah lama tertangguh? Apakah dia mahu menunjukkan satu usaha
bahawa dia berbincang dengan beberapa pemimpin Arab yang
dilawatinya untuk mendapatkan pandangan mereka cara terbaik
menyelesaikan masalah Palestin yang sedang dikepung oleh
tentera Israel? Munculnya Wira Palestin Yang Terkini?
Sejurus bersidang menteri luar negara Islam di Kuala Lumpur
pada awal April lalu, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan
kenyataan bahawa Mahathir menerima jemputan bertemu Presiden
Bush Jr. di Washington. Lantas, semua akhbar propaganda BN
UMNO telah menyiarkan berita betapa perwakilan Negara Arab
meminta jasabaik Mahathir merundingkan masalah Palestin.
Liputan berita mengenai kisah itu telah disemarakkan lagi
dengan pengakuan Mahathir bahawa dia akan berbincang dengan
Bush akan pendapatnya untuk mencari jalan penyelesaian.
Apakah Mahathir benar-benar mempunyai mandat untuk
membincangkan perkara itu? Kenapakah ramai pemimpin BN
terutama sekali UMNO yang menggembar-gemburkan perkara itu,
sedangkan keadaan sebenarnya adalah begitu jauh dari
kenyataannya? Mungkin tidak ramai pemimpin UMNO yang sedar bahawa mereka
sendiri telah tertipu dengan propaganda yang disiarkan selama
ini mengenai peranan yang akan dimainkan oleh Mahathir di
Rumah Putih itu. Kita mahu terangkan sedikit maklumat di
sini, kalaulah itu agenda Mahathir mahu bertemu Bush di Rumah
Putih, adalah lebih wajar dia membatalkan lawatan itu sebelum
terlambat. Ketika marhaen Melayu merasa sedih memikirkan sekumpulan wira
Melayu yang berpelajaran tinggi dan semangat kental
dipenjarakan tanpa bukti dan asas yang konkrit, Mahathir
sedang berfoya-foya dengan suku-sakatnya menghabiskan wang
rakyat. Sedangkan kos perjalanannya ke Antartika masih belum
selesai dikemas-kinikan oleh perbendaharaan negara. Jelas
Mahathir sudah hilang harga diri membiarkan orang yang tidak
berdosa terus terpenjara, sehinggakan Shaari Sungip hanya
diberikan pelepasan beberapa jam untuk mewalikan pernikahan
anak perempuannya. Memang jelas Mahathir adalah seorang
manusia yang sudah berhati syaitan. Tetapi, apakah perasaan
pemimpin Melayu yang lain dalam UMNO dan BN? Apakah pula
perasaan pemimpin BN yang bukan-Melayu? Apakah mereka tidak
ada isi perut memikirkan bekas rakan seperjuangan politik
mereka merengkok dalam penjara dan anak dan isteri hidup
tersiksa? Apakah pandangan dunia apabila melihatkan Mahathir
cuba menjadi wira dunia ketiga dan pejuang kebebasan
Palestin? a) Mahathir Tidak Ada Mandat Bangsa Arab
Pergolakan di Palestin yang dicetuskan oleh serangan tentera
Israel sudah masuk hari yang ke empat belas pada hari ini
Jumaat 12 April, 2002. Ketika Ariel Sharon merencana serangan
itu, pemimpin Negara Islam yang diwakili oleh Menteri Luar
mereka telah berkumpul di Kuala Lumpur untuk bersidang di
'Hotel Banyak Kuda' dengan satu agenda sahaja iaitu
'Keganasan'. Persidangan yang digembar-gemburkan untuk
menaikkan martabat Mahathir di Malaysia sebenarnya berakhir
dengan satu kesan yang negatif setelah banyak akhbar Arab
yang mengutuk Mahathir kerana mencadangkan semua pejuang
relamati Palestin adalah pengganas. Sekaligus, martabat
Mahathir di kalangan bangsa Arab sudah terjejas. Kalaupun dia
pergi ke setiap Negara Arab selepas itu, Mahathir sudah dicap
sebagai pemimpin Islam yang tidak memahami ajaran Islam dalam
susur-galur perjuangan berjihad ke jalan Allah.
Tindakan Mahathir mencadangkan agar pejuang relamati Palestin
sebagai pengganas adalah satu tindakan ala 'tape recorder'
untuk mengulang semula pendapat pentadbiran Bush yang
menganggap secara rasminya bahawa pejuang relamati Palestin
itu adalah pengganas. Sekaligus persidangan yang mempunyai
hanya satu agenda 'Keganasan' di Kuala Lumpur itu menjadi
satu persidangan Negara Islam yang tidak relevan. Sekaligus
Mahathir memperlekehkan Malaysia yang diisytiharkannya
sebagai sebuah negara Islam dan begitu juga orang Melayu yang
beragama Islam. Secara tidak langsung juga seluruh dunia
Islam sedar, cerita di sebalik kemelut pembunuhan Ustaz
Ibrahim Libya dan anak-muridnya dan pemenjaraan Anwar Ibrahim
yang pernah menjadi timbalan perdana menteri Mahathir
sendiri. b) Peperangan Proksi Amerika Apakah caranya Mahathir mahu mempengaruhi Bush untuk
memikirkan penderitaan orang Palestin sedangkan serangan
Israel terhadap Palestin adalah satu peperangan proksi bagi
pihak Bush dan Amerika? Ariel Sharon sebenarnya sedang melakonkan satu skrip yang
diolahnya bersama Bush dan timbalan presiden AS Dick Cheney.
Skrip ini telah dirancang sebaik sahaja Amerika gagal mencari
Osama Laden di pergunungan Afghanistan dalam satu operasi
tentera besar-besaran yang dinamakan 'Operasi Anaconda'.
Operasi itu kecundang dan berakhir dengan lebih dua puluh
askar Amerika yang kini dalam tahanan pihak Taliban dan
Al-Qaeda. Disebabkan ramai anggota tentera Amerika yang
terkorban, Amerika bertindak menghentikan operasi itu dengan
angkuhnya menyebut ia adalah satu kejayaan.
Untuk mengalihkan pandangan dunia kepada kekalahan Amerika
dalam Operasi Anaconda, Bush telah merancang satu operasi
baru untuk menggugurkan bom dan menyerang Iraq. Seluruh dunia
sedar ketaksuban George Bush Jr. mahu menggulingkan kerajaan
Saddam Hussein sebagai agenda terbesarnya selagi dia menjadi
presiden Amerika. Inilah agenda yang mahu dilaksanakan dengan
jayanya sebagai kerja penyudah kepada rencana yang dimulakan
oleh ayahnya Bush Sr. Pada mulanya Bush mahu menyerang Iraq
dengan alasan mengongkosi kumpulan ganas yang menghunjam
pesawat ke atas Pusat Dagang Dunia New York dan Pentagon .
Kini, seluruh dunia semakin ragu akan pembabitan warga Arab
dalam kejadian itu walaupun ada kisah terjumpanya pasport
salah seorang juruterbang tidak jauh daripada bangunan yang
meletup. Kini sudah ada sebuah buku yang menunjukkan betapa pengeboman
Pusat Dagang Dunia itu dilakukan oleh muslihat robotic dan
pemusnahan Pentagon bukan disebabkan pesawat terbang kerana
memang tidak ada pesawat yang terhempas di situ.. (rujuk
artikel M@RHAEN: 11 September di Pentagon - Boeing
757 Yang Lesap) Oleh kerana terlalu ramai yang sangsi akan
kejadian 'malapetaka' September 11 itu, Bush mahu memesongkan
perhatian dunia agar tertumpu kepada pembunuhan ngeri di
Palestin. - Lawatan Dick Cheney ke Negara Arab
Tetapi Amerika tidak mendapat sokongan padu pemimpin dunia
lain kecuali Tony Blair perdana menteri Britain, dalam usaha
menyerang Iraq. Dick Cheney telah menghabiskan 10 hari
menjelajah 12 negara di Timur Tengah untuk mendapat sokongan
mereka menyerang Iraq. Semua pemimpin Arab menolak pujukan
Amerika, termasuk Kuwait yang merupakan musuh ketat Iraq.
Pada 1991 dulu Dick Cheney merupakan setiausaha pertahanan
Amerika dalam kerajaan Bush Sr. Beliau telah menjelajah
seluruh Negara Arab dan mendapat sokongan mereka untuk
menyerang Iraq. Arab Saudi meminjam beberapa pesawat
pemantauan AWAC (Advance Warning Aircraft Carrier) dan
pangkalan udaranya untuk menempatkan askar bersekutu.
Beberapa Negara Teluk menjadi pangkalan penempatan askar
bersekutu yang bersekongkol dengan Amerika. Iraq hancur oleh
serangan itu dan padang minyak Kuwait menyala kerana
terbakar. Sebelas tahun kemudiannya, Dick Cheney menjadi timbalan
presiden Amerika kepada Bush Jr. dan dia masih mahu
meneruskan agenda memusnahkan Saddam Hussein sedangkan yang
dimusnahkannya selama ini adalah rakyat Iraq yang tidak
berdosa. Malahan, sebelum Dick Cheney mengadakan lawatan itu, Bush ada
mengemukakan rancangan mahu menyerang Iraq, Iran, Syria,
Korea Utara kerana inilah negara yang tersenarai sebagai
negara pengganas yang dimusuhi Amerika.
Dick Cheney mempunyai dalil menyerang Iraq kerana Saddam
Hussein dikatakannya 'masih menyimpan senjata pemusnah dan
berbahaya yang mesti dimusnahkan'. Tetapi, pembohongan Dick
Cheney itu disangkal oleh dunia barat termasuk Scott Ritter,
bekas pegawai risikan komando Amerika yang menganggotai
UNSCOM (United Nations Special Commission on Iraq). Beliau
dilaporkan berkata bahawa: 'Tidak mungkin Iraq mempunyai daya
melancarkan serangan kimia dan biologi pada masakini. UNSCOM
telah memusnahkan lebih 90 peratus stok penimbal (stockpile)
kimia dan biologi Iraq yang tersimpan semasa Perang Teluk
dulu.' Untuk memperkuatkan tekanan kepada pemimpin Arab, Amerika
yang kecundang dengan Operasi Anaconda telah menghantar lebih
ramai askarnya ke Somalia dan Kenya sebagai satu helah untuk
menjejaki pejuang Taliban dan Al-Qaeda yang dikatakan sudah
lari bersembunyi di Somalia. Muslihat ini dipertingkatkan
dengan bantuan Britain, Australia dan Russia. Pada Mac 22,
dua buah pesawat peninjau (reconnaissance) RAF Canberra
lengkap dengan kelengkapan fotografi mendarat di Mombassa
(lapangan terbang Kenya yang hampir dengan sempadan Somalia).
Pada hari yang sama sebuah pesawat pengangkutan Russia yang
disewa oleh RAF telah mengangkut 140 askar dan kelengkapan
tentera dan mendarat di Mombassa (lapangan terbang
antarabangsa Moi). Tambahan askar ini memang tidak diperlukan
kerana sudah ramai perisik Peranchis, British, Jerman dan
Itali yang sentiasa berkeliaran di rantau itu selama ini.
Kelentongan Amerika mahu menyerang Iraq adalah satu muslihat
besar pentadbiran Bush agar Amerika terus bernafas dalam
suasana 'bersiap sedia untuk berperang'. Hanya dengan
ketegangan untuk berperang membolehkan Bush untuk terus
bertahan. Beberapa perlembagaan Negara yang menyangkuti
suasana perang akan mengenepikan sebarang usaha rakyat
Amerika melancarkan operasi menjatuhkan pentadbiran Bush.
Seperti yang dirakamkan oleh sejarah, pentadbiran Bush muncul
melalui tipu muslihat dengan pengundi hantu dan pengundi tipu
yang direncana di Florida, dengan kerjasama adiknya Jed Bush
yang menjadi Gabenor Wilayah Miami. Dengan lain perkataan, kalau Mahathir berjumpa Bush nanti
memang banyak kesamaan yang mereka miliki dalam aspek
memegang tampuk pemerintahan melalui tipu muslihat
menggunakan pengundi tipu dan pengundi hantu. Di Amerika ada
Akta Darurat yang disebut 'Patriotic Act' yang banyak meniru
undang-undang zalim yang termaktub dalam 'Internal Security
Act'. - Ketaksuban Ariel Sharon Sejurus Dick Cheney pulang dengan penuh kehampaan daripada
Timur Tengah, tiba-tiba Timur Tengah telah meledak dengan
dahsyatnya. Ariel Sharon telah menyerang Ramallah dan
mengepung kediaman Yasser Arafat dan menghalang Arafat
daripada menghadiri persidangan Arab di Beirut pada 27 dan 28
Mac. Bayangkan seorang Presiden sebuah kerajaan yang
berdaulat dikepung oleh kuasa asing dengan kereta kebal kuasa
asing itu mengepung rumah kediamannya, dan keseluruhan
institusi keselamatan Palestin dimusnahkan dengan serangan
daripada udara. Ariel Sharon adalah seorang penjenayah yang telah terbukti
melakukan pembunuhan ke atas pelarian Palestin yang berkhemah
di Shatila dan Sabra ??. Tindakan Sharon mengepung Yasser Arafat adalah bertepatan
dengan upacara 'Passover' (hari cuti agama Yahudi) dan Arafat
telah mengucapkan selamat menyambut upacara itu kepada kaum
yahudi di seluruh dunia. Tetapi, Sharon bertindak mengepung
kediaman Arafat itu setelah berlakunya pengeboman oleh
pejuang relamati yang mengorbankan satu kumpulan rakyat
Yahudi yang menyambut majlis makan di sebuah hotel.
Sejak 22 Januari 2002 sudah berlaku 35 peristiwa pengeboman
oleh pejuang relamati di Israel. Inilah maklumat yang
digembar-gemburkan di Amerika sekarang ini untuk mengabui
pemikiran rakyat Amerika agar menyokong rencana Bush
menyokong Ariel Sharon. Tetapi, apa yang tidak mereka ketahui
ialah kisah Ariel Sharon mengarahkan askar Israel
menjahanamkan stesen utama radio PA dan juga ibupejabat
pentadbiran Palestin (PA - Palestinian Authority) pada 13
Disember 2001. Pesawat terbang Israel telah menyerang antenna
stesen itu daripada udara. Suara Palestin (Voice of
Palestine) yang menyiarkan serangan melalui gelombang
sederhana (MW) kini bertukar kepada pemancaran gelombang FM
mulai Khamis Disember 13, 2001. Pada hari yang sama tentera Israel telah menghancurkan
lapangan terbang antarabangsa Gaza, merobekkan permukaan
jalan dan mencetuskan ketakutan kepada keseluruhan 119
jajahan dalam pentabiran Yasser Arafat. Ketika Ariel Sharon
melakukan keganasan itu, Amerika masih melaungkan dasarnya
betapa Yasser Arafat adalah dianggap sebagai pemimpin utama
Palestin. Pengikhtirafan ini dibuat juga oleh ibupejabat
European Union di Brussels dan ketua Gereja Katholik di
Vatican. Pada 14.12.01, Vatican mengeluarkan kenyataan rasmi
mengatakan kedamaian tidak akan tercapai di Timur Tengah
selagi Israel tidak keluar daripada bumi yang ditadbir oleh
Yasser Arafat. Sharon mengeluarkan syarat bahawa Yasser Arafat tidak
dibenarkan keluar daripada kediamannya selagi dia tidak
memberi arahan dalam bahasa Arab kepada rakyat Palestin agar
menghentikan serangan menggunakan pejuang relamati. Arafat
enggan berbuat demikian kerana mengikutnya seramai empat
puluh tujuh ribu (47,000) rakyat Palestin telah mati
terkorban sejak 'Intifada' dilancarkan terhadap kerajaan
Israel. Kerana itu Arafat sudah bersedia mati syahid
seandainya Sharon memilih untuk memusnahkan terus kediamannya
dengan beliau terus bertahan di situ.
- Ariel Sharon Mahu Melantik Pemimpin Boneka Palestin
Dunia Arab (sama ada mereka beragama Islam ataupun Kristian)
sedar bahawa Ariel Sharon mahu membunuh Yasser Arafat ataupun
mengaibkannya agar memberi laluan kepada seorang pemimpin
baru yang boleh dijadikannya boneka memerintah Palestin. Dia
mahu menjadikan wilayah PA itu sebagai satu jajahan Israel.
Dia mahu Palestin satu bangsa yang dapat ditakluki oleh Ariel
Sharon. Kerana itu Ariel Sharon sanggup melakukan pembunuhan
ala-'ethnic cleansing' (penghapusan kaum) dengan alasan
usahanya itu adalah satu usaha menjamin kehidupan bangsa
Yahudi. Pada waktu yang sama sejak Ariel Sharon menjadi
pemimpin utama Israel, dia telah menubuhkan 35 perkampungan
baru di wilayah Palestin yang dirampasnya.
Pada 14 Disember 2001, Ariel Sharon telah memberitahu akhbar
Jerman 'Bild' bahawa Arafat 'adalah sejarah dan tentera
Israel akan berada di Palestin untuk mentadbir dan menentukan
keamanan di situ.' Sejak daripada, itu askar Israel bebas
bergerak dan mengganas. Jentolak digunakan untuk memusnahkan
tembok dan bangunan sebagai laluan kepada kereta kebal
Israel. Di ruang udara, pesawat helikopter Apache dan pejuang
F-16 digunakan untuk mengebom sasaran yang difikirkan wajar.
Tindakan ganas Ariel Sharon telah menyedarkan kaum Palestin
dan menyatukan beberapa pergerakan bersenjata mereka seperti
Jihad Islamiah, Al-Fatah dan Hamas. Ketika keganasan ini
berterusan, hampir semua pemimpin dunia telah mengutuk
tindakan Ariel Sharon dan meminta Presiden Bush untuk
campurtangan. - Lakonan Bush dan Dick Cheney Memusnahkan Palestin
Kita telah membincangkan betapa peperangan Ariel Sharon dan
keganasannya masakini adalah satu rancangan yang dibuat lama
dulu dan Ariel Sharon melaksanakannya mengikut yang mereka
persetujui. Cuma pada waktu ini, Ariel Sharon telah bertindak
menghumbankan skrip yang diolah bersama itu kerana dia mahu
mengambil peluang memuaskan nafsunya untuk terus mengganyang
bangsa Palestin, sehingga mereka sanggup lari keluar daripada
bumi Palestin. Dengan cara itu rancangan 'Greater Israel'
akan tercapai. Pada 2 Februari, 2002, Pentadbiran Bush telah menyebut secara
rasminya bahawa semua orang Palestin adalah pengganas.
Setiausaha akhbar Rumah Putih, Ari Fleischer telah tersilap
apabila menuduh bekas presiden Bill Clinton sebagai
bertanggungjawab kerana krisis yang berlaku di Israel dan
kawasan taklukannya. Apabila Rumah Putih pimpinan Bush sanggup menganggap seluruh
Bangsa Palestin itu sebagai pengganas, apakah mereka dapat
menyekat Ariel Sharon menghantar 20,000 askarnya memasuki
tanah yang ditaklukinya dan pada 12 Mac memulakan upacara
mentatu nombor pada lengan orang Palestin? Dengan lain
perkataan, Sharon telah melakukan satu pengaiban ke atas
rakyat Palestin sepertimana kaum Yahudi telah diaibkan oleh
Hitler ketika Nazi memerintah Jerman. Perkara itu telah
dibantah oleh MK Yossi Lapid daripada Shinul Parti apabila
melihatkan gelagat askar Israel terhadap askar Palestin di
khemah pelarian Tulkarim dan dilaporkan pada keesokan harinya
oleh akhbar harian berbahasa Hebrew 'Ha'retz'.
- Musibah Yang menimpa Arafat Kalau difikirkan musibah yang mengena Yasser Arafat, ramai
pemerhati Barat berpendapat bahawa Arafat sengaja menempah
peristiwa penderitaan ini sebaik sahaja dia menolak rancangan
damai di Camp David antara Clinton, Ehud Barak (perdana
menteri yang dikalahkan oleh Ariel Sharon) dan Arafat.
Arafat mula memegang teraju pentadbiran Zon A Baitul Laham
pada Disember 1965. Sejak itu dia menerima banyak sumbangan
dana negara luar termasuk Malaysia. Yang paling banyak
diterimanya ialah daripada Arab Saudi. Tetapi, Arafat hanya
mampu membina sebuah ibupejabat polis untuk pasukan polis
keselamatan Palestin, sebuah ibupejabat pasukan risikannya,
sebuah tempat kediaman untuk tetamu VIP, dan sebuah pelantar
pendaratan helikopter di Jabal Anton. Arafat tidak memikirkan
ketika itu membangun tempat permainan kanak-kanak, hospital
ataupun sekolah dan universiti. Arafat mempunyai alasan
tersendiri kenapa dia memperlekehkan pembangunan
infrastruktur itu di Baitul Laham. Seolah-olah dia sudah
dapat meneka bahawa semua bangunan itu akan dimusnahkan oleh
Israel sebaik sahaja Ariel Sharon merampas kuasa.
Arafat menerima penghormatan Amerika sepanjang perbincangan
kedamaian yang dilancarkan pada musim panas 2000 di Camp
David. Usaha damai yang dinamakan Camp David II itu, telah
memaksa Arafat menerima rencana Clinton-Barak agar Palestin
menerima kewujudan negara Israel dan Israel menerima
kewujudan bumi Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Arafat
tidak mahu menyetujui perjanjian Camp David II kerana ada
muslihat yang dia mesti terima bahawa pelarian Palestin yang
telah meninggalkan kampong halaman mereka tidak ada hak
kembali ke kampong itu. Sebabnya amat jelas kerana
perkampungan asal Palestin sudah dijadikan perkampungan baru
Yahudi untuk menempatkan pendatang daripada negara luar.
Keengganan Arafat menyetujui Perjanjian Camp David II
membuatkannya dicemuh oleh Clinton yang ghairah mahu melihat
usahanya menjadi catatan sejarah. Sehinggalah beliau
melepaskan jawatannya, Clinton telah merayu kepada pemimpin
Arab yang lain untuk memujuk Arafat. Tetapi mereka enggan
berbuat demikian kerana hormat dengan pendirian Arafat.
Lagipun, kenapa pula mereka mesti masuk campur di tahap akhir
perundingan sedangkan mereka tidak pernah dirundingkan di
tahap awal perundingan damai itu? Kegagalan Clinton itu
dijadikan iktibar oleh Bush yang kini mengerahkan Collin
Powell berunding dulu dengan pemimpin Arab sebelum Powell
berunding pula dengan Arafat. Sedangkan Bush tidak pernah
menunjukkan minat campur tangan secara serius sejak Ariel
Sharon mengganyang Arafat empat bulan yang lalu.
Kalau dilihat akan keghairahan dan kelakuan Bush dan Amerika,
sesiapa yang engkar arahan mereka, sudah pasti diserang
dengan jet pejuang sebagai usaha mengajarnya. Tetapi, lihat
apa yang terjadi di Israel, sudah berapa kali Amerika menegah
Sharon dan meminta beliau mengundurkan askarnya, Ariel Sharon
bangkit menyerang balas dan berkata kasar kepada Bush.
Kenapakah tidak ada sebarang usaha Amerika mengebom Israel?
Kenapakah tidak ada satupun pemimpin Arab yang bangkit
bersuara lantang meminta Amerika mengebom Israel?
Apapun pandangan Amerika sekarang ini yang mengatakan Arafat
sebagai seorang pemimpin yang tidak berguna, segala usaha
untuk berdamai sudah lama diusahakan oleh Arafat dengan
pemimpin Israel sebelum Sharon. Yang paling menonjol ialah
perdamaian Oslo (Oslo Peace Accord) yang membabitkan Arafat,
Presiden Sadat daripada Mesir dan Yitzak Rabin. Perjanjian
Oslo itu telah berakhir dengan penganugerahan Hadiah Nobel
(Keamanan) kepada mereka bertiga. Tetapi, ia juga telah
berakhir dengan kematian secara pembunuhan ke atas Sadat dan
Rabin. Apakah Arafat akan menemui nasib yang sama di tangan
Ariel Sharon ataupun pembunuh upahan yang didalangi oleh
pihak tertentu? Arafat telah dapat bertahan selama ini menghidupkan semangat
dan harapan rakyat Palestin walaupun Israel sudah lama
mengganyang bangsanya sejak 1967 secara kejam. Dalam pusingan
terbaru mengganyang Arafat, Ariel Sharon bertindak bijak
dengan memperteguhkan kabinetnya. Beliau telah mengambil
Jeneral (B) Effi Eitam seorang radikal Yahudi yang mengetuai
National Religious Party. Eitam pernah dilaporkan oleh
Financial Times, London sebagai 'mendesak Israel memusnahkan
Palestinian Authority, menangkap Arafat untuk diadili oleh
mahkamah Israel dan menolak sebarang bentuk pentadbiran
Palestin yang berdaulat di tanah jajahan Israel'. Mengikut
Eitam, 'kerajaan Palestin seharusnya diisytiharkan di Jordan
dan padang pasir Sinai di Mesir.' Eitam menganggap orang Arab
di bumi Israel sebagai barah dan 'seandainya peperangan
menghantui kita, terpaksalah kita bertindak mengikut
peraturan perang dan orang Arab seharusnya dinyahkan daripada
bumi Israel.' Dengan lain perkataan, Effi Eitam ialah seorang
penjenayah yang sama statusnya dengan Slobodan Milosevic.
Keengganan Negara Barat Memihak Kepada Israel
Negara Barat yang menganggotai European Union (EU) telah
mengutuk Ariel Sharon dan sekaligus memberi sindiran tajam
kepada Presiden Bush. Hanya Tony Blair, perdana menteri
Britain yang cenderung menyokong dasar Bush di Palestin.
Kerana itu rakyat British dan masyarakat Barat memberikan
gelaran kepadanya sebagai 'anjing peliharaan' (petty poodle)
Bush. Kerana terlalu ghairah mahu sentiasa keluar daripada
negaranya, Blair sanggup digunakan oleh Bush untuk melalak
apa sahaja yang dituturkan oleh Bush.
Tetapi, majoriti pemimpin EU tidak bersetuju dengan Ariel
Sharon dan telah memberi amaran agar dia menarik balik
askarnya daripada bumi Palestin, dan mengembalikan martabat
Arafat. Ariel Sharon bertindak angkuh menolak tawaran Romano
Prodi, presiden Suruhanjaya Eropah. Tawaran Prodi itu adalah
ekoran permintaan ramai pemimpin EU yang mendesak agar Israel
dikenakan sekatan ekonomi, kalau enggan memenuhi permintaan
EU. Sharon bertindak angkuh dan menolak kedatangan Javier Solana
dan Joseph Pique yang mahu mewakili EU bertemu dengan Arafat.
Alasan menegah mereka bertemu itu ialah kerana dia 'tidak
dapat menjamin keselamatan tetamu itu di kawasan yang
tegang'. Lagipun Ariel Sharon terus bertegas Arafat mesti
menegah rakyatnya dalam bahasa Arab agar tidak mengganas
lagi. Bayangkan betapa hapraknya Ariel Sharon dengan penipuan
seperti Mahathir menipu rakyat negara ini dengan
kelentongannya. Bagaimanakah Ariel Sharon menuduh orang
Palestin ganas sedangkan mereka tidak ada kereta kebal
ataupun Apache dan F-16. Mereka tidak ada senjata pemusnah
seperti yang dimiliki oleh Yahudi dalam usaha menghapuskan
bangsa Palestin. Pemimpin EU mahu bertegas setelah mengikuti berita bagaimana
askar Yahudi menggunakan orang tua, wanita dan kanak-kanak
sebagai perisai-manusia ketika mereka memasuki perkampungan
Palestin. Perisai-manusia ini dikerah berjalan di hadapan
jentolak yang digunakan untuk memusnahkan bangunan kepunyaan
orang Palestin. Di belakang jentolak itu ialah kereta kebal
yang melepaskan tembakan ke arah bangunan dan manusia. Sharon
membiarkan askarnya memusnahkan khemah pelarian sehinggakan
penghuni khemah pelarian itu terpaksa hidup merempat di bawah
kain kanvas. Ambulan Palestin dimusnahkan dan askar Palestin
serta orang lelaki yang menyerah diri sengaja ditembak mati
dengan kejamnya. Apabila rakyat Palestin didera begitu kejam,
salahkah kalau ada antara warga Palestin itu yang bernekad
mengikat bom di badan mereka dan meledakkannya di kalangan
orang Yahudi? Propaganda Yahudi Yang Cekap Oleh kerana Perang Israel-Palestin adalah merupakan satu
peperangan proksi antara Amerika dengan Negara Arab dan dunia
Islam, jentera propaganda Israel berada dalam keadaan
cemerlang dengan bantuan jentera propaganda Amerika. Tujuan
utama Amerika mahukan ketegangan di Palestin ialah
mengalihkan pandangan kajian selidikan yang dilakukan di
seluruh dunia terhadap Episod 11 September. Sudah semakin
ramai yang berkata bahawa pemusnahan Pusat Dagangan Dunia dan
Pentagon itu sengaja dirancang oleh Bush dan kumpulan sulit
yang dipelopori oleh bapanya George Bush Sr. Jika tidak
masakan lebih 30,000 pekerja Morgan Stanley dan syarikat
kepunyaan Yahudi yang sepertinya tidakpun menjadi mangsa,
kerana mereka telah mendapat maklumat awal akan kemungkinan
berlakunya serangan bom itu. Kedua, sebaik sahaja memenangi jawatan presiden Amerika, Bush
dan Cheney menunjukkan kerakusan untuk mengganyang
Afghanistan dan Taliban kerana muslihat mahu menguasai
saluran paip gas dan minyak daripada Laut Kaspian. Propaganda
mengenai Taliban digembar-gemburkan sedangkan kisah betapa
buku bacaan sekolah anak-anak Afghanistan adalah terbitan
Amerika dan dihasilkan oleh penduduk Afghanistan yang
mendapat suaka di sana, masih belum didedahkan. Sekaligus,
selama tiga puluh tahun yang lalu Amerika sudah merencana
merobotkan golongan anak-pinak Afghanistan agar begitu taksub
kepada ajaran agama Islam yang menyesatkan. Ketika mereka
memperlekehkan puak Taliban, mereka gembar-gemburkan kisah
kaum wanita yang dipaksa menutup keseluruhan muka mereka.
Tetapi kini Afghanistan sudah merdeka. Kaum wanitanya masih
lagi tidak menanggalkan purdah mereka.
Ketiga, Bush mahu terus menguasai dunia Arab. Tetapi dunia
Arab sudah menghadapi banyak masalah dalam hal ini. Kerana
itu dalam perang kali ini, Bush terpaksa mengadakan pelbagai
helah untuk terus menempatkan askarnya di Arab Saudi. Tetapi
jumlah askar itu terpaksa dikurangkan dan sebahagian besarnya
sudah dipindahkan ke Qatar dan Somalia. Sebagai persiapan
memperkasakan ketumbukan pasukan perangnya di rantau itu,
sekitar tiga puluh buah kapal perang sentiasa berlegar-legar
antara Teluk Parsi hinggalah Lautan Hindi yang berdekatan
Somalia. Malahan di hujung bahagian lapangan terbang
antarabangsa Moi, di Mombassa, ada satu kompleks ketenteraan
untuk digunakan oleh American Rapid Action Forces.
Keempat; segala kegiatan Amerika dan pasukan pembangunan
Yahudi adalah di bawah kawalan pasukan Pelobi Khas di
Washington dan New York yang menguasai terbitan Yiddish dan
banyak akhbar media massa dunia. Satu ketika dahulu,
Hollywood adalah di bawah kuasa mereka sehingga dapat
diambil-alih oleh Jepun dan Cina. Beberapa syarikat penyiaran
TV dan radio sejagat adalah dikawal oleh Yahudi seperti CNN,
CBS, Fox News dan sebagainya. Kerana itu kakitangan yang
berani menunjukkan kisah sebenar di Palestin, mendapati diri
mereka disingkirkan dalam satu tindakan yang sungguh licik,
sehingga mereka merasakan diri mereka terhina.
Kelima; Setiap kali askar Israel dikerahkan memasuki Palestin
sebahagian besar askar itu adalah kumpulan kerahan tenaga
ataupun 'reservist.' Ramai di kalangan tenaga kerahan ini
adalah anak-anak muda Yahudi yang sudah bekerja di Amerika
Syarikat, Eropah dan Kanada. Mereka sanggup pulang ke Israel
untuk menyahut panggilan perkhidmatan ini untuk mengelakkan
nama keluarga mereka diaibkan. Walaupun dalam hidup mereka
seharian di Amerika dan negara barat misalnya, ramai yang
didedahkan kepada kisah sebenar penderitaan Palestin, tetapi
apabila mereka menyarung uniform laskar Yahudi, perangai
mereka bertukar rupa dan mereka bersikap garang dan ganas
kerana otak mereka sudah dirobotkan. Keenam; Israel menyerang Palestin dengan segala kemudahan
kelengkapan perang termoden yang kebanyakannya adalah
pemberian percuma daripada Amerika. Tetapi, mangsa yang
diserang tidakpun mempunyai sebarang kelengkapan perang yang
menyerupai kekuatan itu. Yang termampu digunakan oleh orang
Palestin ialah lastik dan batu. Untuk memerangi keganasan
Yahudi, maka dihimpunkan satu pasukan bersepadu daripada
setiap lapisan gerakan Palestin yang sanggup menjadi pengebom
relamati syahid. Mereka berjihad meledakkan bom yang dipasang
di badan mereka untuk memusnahkan ketenteraman Yahudi.
Senjata ini adalah sungguh berbisa dan menakutkan. Walaupun
Yahudi bersedia dengan kawalan keselamatan di semua tempat,
ada sahaja pengebom relamati yang berani mengorbankan diri
bertindak balas. Namun demikian, bukan semua kekalutan yang
berlaku disebabkan oleh pengebom relamati ini. Ariel Sharon
amat pintar mencetuskan suasana kekalutan seperti itu
seolah-olah ia dilakukan oleh pengebom relamati Palestin. Ada
kalanya dia sendiri meledakkan bom itu untuk mencederakan
segelintir orang awam Israel sebagai alasan untuk dia terus
mencengkam keganasan di bumi Palestin. Keadaan ini amat mudah
dilakukannya kerana sekarang ini wartawan tidak lagi
dibenarkan memasuki kawasan yang dikatakannya berbahaya..
Ketujuh; Keganasan yang paling kejam selain di Ramallah ialah
pemusnahan khemah pelarian Jenin yang kini mengorbankan
banyak mangsanya di kedua-dua belah pihak. Oleh kerana
terlalu ghairah mahu mengorbankan nyawa pelarian Palestin di
situ, Ariel Sharon telah mengarahkan kumpulan 'reservist'
mengganas di situ. Malangnya askar yang kurang berpengalaman
telah termasuk perangkap pejuang Palestin dan sekitar 25
askar simpanan telah terkorban. Inilah peristiwa yang paling
dahsyat menimpa tentera Israel sejak 18 tahun yang lalu.
Namun, Ariel Sharon dan jentera propagandanya menyebut
kematian itu adalah disebabkan tembakan pasukan kawan yang
tersilap arahan. Reaksi Dunia Islam Hampir semua Negara Islam menganjurkan demonstrasi
besar-besaran sebagai menunjuk perasaan mengecam Israel.
Libya meminta negara Arab membuka pintu masuk negara mereka
untuk membenarkan sukarelawan Libya memasuki Palestin.
Permintaan ini disebabkan ada sekatan penerbangan daripada
Libya yang dikuat-kuasakan oleh Amerika.
Iraq bertindak lebih tegas untuk menghentikan pengeluaran
minyak selama sebulan dan minta pengeluar minyak lain berbuat
demikian. Iran bersedia kalau ada negara lain yang sanggup
menyertainya. Tetapi, Arab Saudi sanggup mengimbangi
kekurangan minyak itu untuk menentukan harga minyak tidak
naik mendadak. Kegiatan tindak balas dilakukan di banyak tempat di dunia ini
dan sinagog Yahudi menjadi sasaran pengeboman di merata
tempat di Eropah dan di negara Mediterranean.
China telah bersuara lantang memberi amaran kepada Ariel
Sharon agar tidak mengapa-apakan Arafat. China mengingatkan
PBB akan resolusi nombor 38 dan 242 yang menetapkan hak
penubuhan Israel dan juga Palestin di tanah suci yang ada.
China sedar betapa Israel dapat maju ke hadapan dengan adanya
sokongan kuasa besar, dan Palestin yang masih merempat itu
adalah kerana muslihat politik Amerika.
Selain itu, penderitaan Palestin disambut oleh dunia Islam
hanya dengan retorik sahaja. Mahathir mengecam pengebom
relamati sebagai pengganas dan beliau mendedahkan
kebodohannya dalam satu persidangan Islam yang dia sendiri
menjadi penganjurnya. Mungkin kerana itu persidangan itu
tidak dihadiri oleh menteri luar daripada Mesir, Syria dan
beberapa negara Arab lain, yang mungkin sudah lama mual dan
menganggap Mahathir sebagai tin kosong sahaja.
Kenapa Mahathir Harus Membatalkan Pertemuannya Dengan Bush
Apapun alasan Mahathir untuk membincangkan isu Palestin
dengan Bush dia harus sedar bahawa dia tidak mempunyai mandat
berbuat demikian. Sejak tamatnya persidangan khas Kuala
Lumpur hingga hari ini, pergolakan di bumi Palestin sudah
banyak berubah sehingga begitu mencengkam dan sehingga Arafat
tidak mempunyai bekalan air yang secukupnya untuk mencuci
tandas dan keperluan kesihatannya. Semua itu adalah
disengajakan oleh Ariel Sharon dan Amerika.
Bagaimanakah Mahathir mahu memujuk Bush mengarahkan Ariel
Sharon menghentikan serangan tentera ke atas Palestin
sedangkan dia sendiri sudah mengumumkan bahawa pengebom
relamati Palestin adalah pengganas? Satu ketika dulu pada 4 Februari 2002, (hanya dua bulan yang
baru lalu) Mahathir ada berucap di atas tajuk 'Islam,
Terrorism and Malaysia's Response' di New York. (Sila buka
http://www.asiasociety.org/speeches/mahathir.html) Mahathir
ada berkata: 'Kini ada usaha oleh satu kumpulan kecil Melayu Islam untuk
melancarkan perjuangan ganas mengambil-alih kerajaan. Mereka
ini adalah kumpulan muda ahli parti pembangkang Pan Malaysian
Islamic parti (PAS) Kumpulan muda ini tidak percaya bahawa
pilihanraya yang demokratik akan mampu memberikan kuasa
kemenangan kepada parti mereka untuk melaksanakan versi
pilihan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Islam.
Majoriti mereka ini adalah pelajar pengajian agama yang pergi
ke Pakistan dengan alasan mendalami pengetahuan agama Islam.
Sebaliknya mereka diajar bahawa kerajaan Malaysia tidak
Islamik dan adalah tanggungjawab mereka menggulingkannya
melalui keganasan. Mereka dilatih oleh Taliban dan pengikut
Osama (Laden). Apabila pulang mereka dijangka melancarkan
revolusi. Di Malaysia mereka telah membunuh seorang wakil rakyat
Kristian (Dr. Joe Fernandez - penulis), mencuba merompak
senjata di balai polis, merompak bank dan meletakkan beberapa
bom yang tidak meletup di beberapa tempat. Kami mampu
mengesan dan menangkap mereka semua.'
Demikian pembohongan Mahathir terhadap bangsanya sendiri di
rantau orang. Dia sanggup berbohong terhadap bangsanya
walaupun darah yang ada di badannya itu mengandungi sesudu
dua darah Melayu. Inilah dia Mahathir yang bergelar Wira
Dunia Ketiga, Raja Penyangak dan Raja Kelentong.
Mahathir hanya tahu bermuslihat dengan angkuhnya bahawa hanya
dia tahu menyelesaikan masalah dunia. Kalau dia tidak
bersuara mengenai masalah dunia mungkin dia tidak dapat lama
bernyawa. Malangnya di negara ini ramai rakyat Malaysia yang
tidak berdosa merengkok dalam penjara kerana tipu muslihat
jentera propaganda Mahathir. Adalah lebih baik kalau Mahathir berada di negara sendiri
untuk menyelesaikan masalah dalaman dan mengurangkan
pembaziran wang rakyat. Tidak ada gunanya dia berjumpa Bush
kerana kalau dia mahu menyelesaikan masalah Palestin dia
sudah lama bercakap mengenainya di pentas dunia.
Mahathir sudah tidak ada kredibiliti untuk bersuara bagi
pihak sesiapa. Terlalu banyak dosa yang dilakukannya di
negara sendiri untuk dia menonjol dengan martabat yang
tinggi. Kalau adapun agenda yang mungkin dapat dibincangnya
bersama Bush ialah kisah sejarah mereka naik berpolitik yang
mereka lakukan dengan pengundi hantu dan pengundian menipu.
Kalau Tony Blair yang menyokong Bush kini diberikan gelaran
anjing ribaan oleh Barat, apakah kemungkinan Mahathir nanti
diaibkan oleh Bush dengan pandangan jijik dan aib sehingga
Mahathir diberikan gelaran anjing kurap pula?
-Marhain Tua- |