|
TAG SP 650: Negara Islam tolak gelaran pengganas terhadap Palestin By Reuters 10/4/2002 10:21 pm Wed |
Reuters: Negara Islam tolak gelaran pengganas terhadap Palestin
(Islamic states reject terror tag for Palestinians)
Kuala Lumpur April 2, 2002. Perwakilan Negara-negara Islam yang bersidang di Kuala
Lumpur telah menolak sebarang percubaan menganggap
perjuangan Palestin menentang Israel sebagai perbuatan
keganasan dan menafikan sokongan terhadap sesiapa di
kalangan ahli mereka dalam peperangan global membasmi
keganasan. 'Kami menolak sebarang usaha mengaitkan keganasan kepada
perjuangan rakyat Palestin dalam usaha menegakkan hak
mereka menubuhkan sebuah negara bebas dengan Al-Quds
Al-Sharif. (Jerusalem) sebagai ibu negara,' demikian satu
deklarasi yang dikeluarkan oleh OIC. Persidangan Kuala Lumpur itu yang dimendungi oleh
keganasan di Timur Tengah turut menolak sebarang usaha
mengaitkan negara Islam dan penentangan Lubnan terhadap
Israel sebagai kegiatan ganas, dengan pendirian bahawa
pendirian semacam itu akan melumpuhkan perjuangan sejagat
memerangi keganasan. 'Kami menolak sebarang tindakan unilateral (berpunca
daripada satu pihak sahaja - penterjemah) terhadap
sebarang negara Islam dengan alasan memerangi keganasan
sejagat,' kata kenyataan itu. 'Kami akan mengusahakan satu persidangan antarabangsa
secepat mungkin di bawah naungan PBB untuk merancang satu
tindakan usahasama masyarakat antarabangsa memerangi
keganasan dalam segala bentuk dan manifestasinya,' kata
kenyataan itu lagi. Deklarasi itu menyebut bahawa OIC mencari satu definisi
(istilah) yang dipersetujui bersama oleh masyarakat
antarabangsa untuk membezakan perjuangan dan penentangan
insan yang dijajah ataupun ditakluki oleh kuasa asing.
Terjemahan: SPAR Asal: http://sg.news.yahoo.com/reuters/nklr158810.html
Tuesday April 2, 5:47 PM Islamic states reject terror tag for Palestinians
KUALA LUMPUR, April 2 (Reuters) - Islamic nations rejected
on Tuesday any attempt to define Palestinians' fight with
Israel as terrorism and ruled out support for unilateral
action against any of their number in the global war on
terror. "We reject any attempt to link terrorism to the struggle of
the Palestinian people in the exercise of their inalienable
right to establish their independent state with Al-Quds
Al-Shrif (Jerusalem) as its capital," foreign ministers from the
Organisation of Islamic Conference said in a declaration.
The Kuala Lumpur conference, overshadowed by violence in
the Middle East, also rejected attempts to associate
Islamic states and Lebanese resistance against Israel with
terrorism, saying such a tack would impede the global
struggle against terror. "We reject any unilateral action taken against any Islamic
country under the pretext of combatting international
terrorism," the statement said. "We will work towards the early convening of an
international conference under the auspices of the United
Nations to formulate a joint organised response of the
international community to terrorism in all its forms and
manifestations," it added. The statement said the OIC look for an internationally agreed definition differentiated from the struggle and resistance of people under colonial or foreign occupation. |