|
TAG SP 647: B2: Pravda: Hamas, Israel Bersekongkol Mengganyang Arafat By Dmitry Litvinovich 7/4/2002 10:57 pm Sun |
Pravda Hamas dan Israel Bersekongkolan Mengganyang Arafat - Bahagian 2
(Hamas dan Israel Unite Against Arafat)
Ketika Ariel Sharon menghalau PLO ke Tunisia setelah
berakhirnya peperangan Lubnan pada awal 1980-an dulu, dia
sebenarnya berusaha kuat agar orang Palestin di wilayah
yang dijajahnya dapat melupakan Yasser Arafat. Masyarakat
Islam diberikan pengikhtirafan sebagai puak yang lebih
disenangi, dan diharapkan mampu mengenepikan masyarakat
Palestin daripada terbabit dalam perjuangan pembebasan
kebangsaan. Pasukan khas Israel telah menjalin perhubungan
dengan pemimpin spiritual Islamiah pada 1982-1983. Pada
tahap awalan, tidak ada disebut perkataan keganasan ataupun
kamikaze. Kumpulan agama Islam memang sibuk dengan hal-hal
kemasyarakatan, pembinaan masjid, hospital, taman asuhan
kanak-kanak, dan khutub-khanah. Ketua pemimpin kumpulan
'Muslim Brothers' (Ikhwan Muslimin), Sheikh Ahmd Yassin,
telah melancarkan satu program mingguan di TV Israel
menyeru warga Palestin bertaqwa dan taksub kepada agama
mereka. Program itu kerap digunakan untuk menyelar kumpulan
pimpinan Arafat, yang dikatakan sebagai mafia Tunisia yang
'hidup mewah di hotel besar dan terlebih minum wain'.
Propaganda perdamaian keIslaman yang dicanai oleh yahudi
sendiri, berupaya untuk bertahan lama, tetapi ia telah
dicemari oleh ledakan intifada pada 1987. Kumpulan Islamis
faham betapa ia memerlukan satu pengalaman partisan dan
tanggapan perjuangan keperwiraan, yang mewarnai unsur-unsur
militan Arafat, untuk merangkul sokongan orang Palestin.
Satu perubahan radikal terjadi dalam taktik kumpulan
Islamis. Ahmad Yassin telah mencipta Hamas, sebagai satu
sayap ketenteraan Ikhwan Muslimin, mengikut ajaran semangat
berjihad sebagai satu senjata rahsia kepercayaan agama
mereka. Tindakan keganasan yang berunsur jihad Islamiah oleh
pejuang relamati Hamas telah memeranjatkan masyarakat
yahudi, dan perdana menteri ketika itu Yitzhak Rabin
(pemimpin puak kiri Israel) semakin yakin bahawa
perundingan mengenai masa depan Palestin dapat dijalin
dengan penigkut Arafat. Dia berkata: 'Saya faham bahawa
seandainya kami tidak memperakukan PLO sekarang ini,
kumpulan radikal Islam akan menambat pengaruh mereka dan
sebarang usaha damai tidak akan dapat dirundingkan untuk
satu waktu yang panjang.' Rabin merupakan seorang ahli
politik yang pintar, tidaklah sedungu Sharon, dan beliau
faham sejak awalan 1990-an lagi, betapa Israel telah lupa
untuk memainkan peranan mengantikan pergerakan Islamiah
sebagai alternatif kepada Arafat tetapi kesedaran itu
muncul terlalu lambat kepada keperluannya. Pertubuhan itu
sudah menjadi sebuah kuasa politik yang bebas di Timur
Tengah dan pemimpinnya, Sheikh Yassin sudahpun mempunyai
pengaruh yang setara dengan Yassir Arafat.
Sheikh Yassin bertindak menjelajah ke seluruh negara Arab
pada 1998. Dia pergi ke Arab Saudi, Teluk Parsi, Syria,
Sudan dan Iran sebanyak empat kali. Sumber Arab memberitahu
betapa dia mampu mengumpulkan sumbangan berjumlah $300 juta
dalam masa yang singkat itu. Wang itu telah digunakan untuk
melaksanakan penyatuan pergerakan Hamas secara politik dan
seranta di wilayah yang ditadbir oleh PA (Palestine
Authority). Pada akhir Jun 1998, Yassin pulang ke Gaza. Kepulangannya
yang sungguh bermakna itu membuatkan Arafat (yang sudahpun
dianggap oleh ramai penganalis politik daripada kacamata
politik) mengubah-suai dasarnya terhadap Hamas. Arafat
menawarkan kerjasama dengan Hamas. Yassin enggan
menerimanya, kerana persekongkolan itu bermakna Hamas
terpaksa menerima-pakai perjanjian yang ditandatangani di
Norway. Sepakatan perjanjian 'The Declaration of Principles' antara
Rabin dan Arafat pada 1993 hasil perundingan di Oslo telah
dianggap sebagai satu dosa besar oleh pemimpin Hamas.
Perjanjian damai itu membolehkan Arafat dan pasukannya
pulang semula ke kawasan yang ditakluk, dan kawalan kawasan
seluruhnya telah diambil-alih oleh pentadbiran Palestin.
Puak Islamis yang merupakan calon untuk menonjol sebagai
pemimpin moderat, telah menjadi musuh di Timur Tengah.
Cuba bayangkan perkara ini: Ariel Sharon yang tidak
puashati dengan perjanjian damai dengan Palestin, kerana
mereka mengancam mahu menegah pembinaan perkampungan baru
yahudi, telah melancarkan satu operasi besar-besaran di
wilayah milik Palestin. Arafat melepaskan pegangannya
mentadbir wilayah itu dan pada waktu yang sama, merencana
masa depan orang Palestin. Sementara itu, tentera Israel telah berusaha menghapuskan
infrastruktur keganasan, agar dapat bertahan untuk satu
tempoh yang panjang untuk menyenangkan Sharon. Ariel Sharon
sudah bersedia mengorbankan nyawa rakyat yahudi untuk
'Israel yang besar'. Apa jadinya dengan Hamas dan pemimpinnya Ahmed Yassin?
Dalam satu temubual dengan Jerusalem Post, dia telah
menyebut betapa 'Islam membenarkan persetujuan damai untuk
satu jangka pendek dengan musuhnya tetapi telah menegah
sebarang usaha perdamaian yang berpanjangan. Seandainya
saudara saya menghalau saya keluar, sudah tentu saya akan
memeranginya. Tanah bumi ini adalah bumi keramat, kerana
itu akan mudah mengetahui cara hidup dengan aman,
berkeadilan dan sama rata haknya. Dua musuh ketat itu sudah bersedia untuk berdamai dengan
pihak yang ketiga, terutama sekali Yassir Arafat. Mereka
berdua sedang merencana masalah teknikal, sekarang ini:
Sharon sedang menyondol pengaruh Arafat, pada waktu yang
sama dia cuba menghumban segala rencana damai yang tidak
serasi kepada Israel. Pemimpin Hamas sedang mengambil alih
kepimpinan pihak pembangkang masyarakat Palestin, ketika
Arafat dikepung di kediamannya di Ramallah. Segala sokongan
politik dan kewangan akan beralih secara automatis daripada
PLO kepada Hamas. Ini bukannya satu ilusi, seperti yang
diperakukan oleh perkara ini: Israel yang sudahpun
mengisytiharkan niat menghapuskan keganasan, tidakpun
mengganggu Hamas, yang sudah mendakwa bertanggungjawab
terhadap beberapa tindakan keganasan yang terbaru. Ini
adalah satu perkara yang pelik. Hubungan terdahulu antara
Israel dan Hamas memperakukan kenyataan hakikat ini. Ada
pepatah Timur yang berkata: 'Kesamaran terdapat pada diri
anda, memungkinkan munculnya kemenangan pada pihak musuh'.
Itu sebabnya persekongkolan itu dicetuskan untuk
mencetuskan kemenangannya. - Dmitry Litvinovich ....Tamat.... Terjemahan: SPAR |