|
TAG SP 647: B1: Pravda: Hamas dan Israel Bersekongkolan Mengganyang Arafat By Dmitry Litvinovich 6/4/2002 1:38 pm Sat |
Pravda Hamas dan Israel Bersekongkolan Mengganyang Arafat
(Hamas dan Israel Unite Against Arafat)
Konflik yang sedang melanda Timur Tengah bukannya disebabkan
oleh ledakan bom kumpulan pejuang relamati ataupun tindakan
balas Israel; masalahnya sudah begitu berakar tunjang lebih
dalam daripada jangkaan kita. Politik, wang, dan keagamaan
memang saling teranyam. Kedua negara yang terbabit sedang
bergegar disebabkan wilayah sempadan yang dianggap begitu
bermakana dalam sejarah hidup mereka.
Rakyat marhaen memang sukar mendefinisikan betul dan
saalahnya masalah Timur Tengah, apalagi kalau diungkit akan
segala usaha perdamaian Mictchell dan Tenet. Malahan
rancangan Perdamaian Saudi tidak memberikan jawapan yang
wajar kepada soalan yang semakin melebar. Suruhanjaya
antarabangsa Mitchell telah menyudahkan kerja-kerjanya
sejurus sebelum tercetusnya rusuhan di Timur Tengah.
Pentadbiran AS telah menerima satu laporan akan munculnya
satu lagi program perdamaian di rantau itu. Israel sudah
bersedia menerima-pakai saranan suruhanjaya itu dengan cara
berikut: Pertama - adakan genjatan senjata, dan setelah
terjamin satu situasi aman barulah dimulakan perundingan.
Puak Palestin bertegas agar penempatan yahudi di wilayah
yang ditakluki dan dirampas dulu harus dihentikan dulu dan
hanya selepas perkara ini terlaksana barulah segala aktiviti
yang disebutkan itu dapat dilaksanakan. Para perunding damai
sejagat telah dapat melihat wujudnya perangkap dalam hal
ini: adalah mudah untuk Arafat mengadakan gencatan senjata
berbanding tugas Sharon yang terpaksa menghentikan
pembikinan kawasan perumahan. Rencana 'Mitchell Plan'
mensyaratkan penghentian pembikinan penempatan Yahudi di
wilayah yang dijajahnya, lantas mengaibkan segala kerenah
pihak berhaluan kanan Yahudi yang taksub dengan kuasa
Sharon. Dengan itu, rencana 'Greater Israel' (Israel Yang
Lebih Luas dan Perkasa) yang dikipas-kipas oleh pemimpin
politik yahudi yang berpengaruh masakini, yang tidak dapat
bertahan lama, walaupun Israel memang ketandusan kawasan
untjuk menampung kemasukan pendatang yang baru. Ariel Sharon
memang tidak suka melihat perkembangan seperti ini. Setakat
ini, perkembangan in telah tercapai dengan adanya rundingan
damai, sehingga menarik kebencian pihak Palestin.
Sebenarnya, ketika kedua-dua pihak sedang merundingkan kuasa
wilayah hak PA (Palestinian Authority), agenda rundingan
yang leceh, dan usaha menghambat puak ganas, menjadikan
Yahudi terus menjajah kawasan yang ada dan mengiktirafnya
sebagai wilayah hak mereka. Ada sebuah majalah Russia 'Itogi', yang melaporkan betapa
perdana menteri yang ada memang taksub dengan konsep
penjajahan selama satu tempoh yang lama, dan Israel
beranggapan dia mengikuti satu konsep yang tersiar dengan
jelas dalam satu artikel tahun 1923 'Mengenai Tembok Besi'
oleh Vladimir Zhabotinsky. Zhabotinsky fikir bahawa masalah
Palestin boleh diselesaikan dengan cara begini: Pertama,
Palestin hendaklah dinafikan segala harapan untuk menerima
bantuan Arab; kemudian, bantuan kebangsaan yang disalurkan
kepada orang Palestin hendaklah disagat dan kepimpinan
Palestin yang tidak mesra hendaklah digantikan dengan puak
yang lebih moderat. Dengan cara ini Israel dapat
melaksanakan satu perjanjian damai mengikut peraturan sesuka
hatinya. Ariel Sharon merupakan manusia yang merencana pemikiran
begini: sebagai seroang penglima perang dan musuh ketat
Arafat, dia menjadikan masyarakat Islam satu kumpulan
alternatif yang 'moderat' kepada pergerakan Palestin
Kebangsaan. Ketika menjadi menteri infrastruktur ketika
Israel mengamalkan kemasukan besar-besaran imigran daripada
Soviet Union, dia telah memulakan penjajahan wilayah yang
tidak dipertikaikan. Kesan kepada dua strategi ini
membolehkan Sharon naik mendadak mencengkam kuasa.
Apakah kuasa yang menjadi sandaran perdana menteri ini?
Tidak kiralah betapa peliknya perkara itu, dia telah memilih
Hamas. Izinkan saya mengimbau kenangan anda kepada
pertubuhan ini. Hamas telah diasaskan oleh Sheikh Ahmad
Yassin pada 14 Disember, 1987 atas dasar dua pertubuhan
Islamiah, yang didaftarkan secara rasmi sebagai pergerakan
budaya dan pendidikan. Ibupejabat pertubuhan ini ialah di
Teheran. Hamas dianggotai oleh pertubuhan berfahaman politik
dan yang berani berjuang. Pemimpin Hamas telah ditangkap dan
dihukum pada 1991, selepas itu Moussa Abu-Marzuk ( yang
pernah tinggal di AS dan mengendalikan masalah kewangan
Hamas sejak 1974, telah mengambil tempat sebagai penterjemah
negara. Selepas itu beberapa pecahan Hamas bergerak secara
aman di AS, Eropah, Arab Saudi, Syria, Lebanon dan Iran.
Terdapat beberapa kumpulan 'shahid' di Hamas, termasuk
pejuang relamati yang berusia sekitar 18-27 tahun,
kebanyakannya daripada keluarga miskin. Kerana itulah Israel
percaya betapa para pengganas telah memberikan sokongan
kewangan kepada kumpulan pengganas untuk satu tempoh yang
panjang. ....bersambung.... Terjemahan: SPAR. Asal: http://english.pravda.ru/main/2002/04/04/27343.htm
|