|
BMUS 6: Mengimbau Kematian Nuraini Zulkiflee By Mat Teropong 1/4/2002 1:16 am Mon |
Mengimbau Kematian Nuraini Zulkiflee
Kedutaan Switzerland telah memberitahu Malaysiakini betapa
ia 'terkejut' dengan laporan NST yang menyebut pihak
Switzerland pernah mengaku menyimpan sedikit wang simpanan
berkaitan skandal Perwaja dan telah enggan mendedahkan
identiti pemegang akaun sebenarnya. Mengikut Mr. Ulrich Schlaesli, (Konsul Swiss) Jabatan
Kehakiman Switzerland ada menyatakan betapa ia telah
bertindak dengan spontan dan tanpa sebarang kekalutan
kepada permohonan Malaysia. Kelmarin Malay Mail ada melaporkan betapa Ketua Pengarah
BPR, Zulkipli Mat Nor, seorang Peguam Kanan Persekutuan -
Almarhumah Nuraini Zulkiflee - dan seorang pegawai kanan
BPR pernah berbincang dengan pegawai Kementerian Kehakiman
Zurich pada bulan Mei 2001. Siapakah Nuraini Zulkiflee? Bukankah beliau yang telah pergi memancing di Sungai Perak
(di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar) pada musim raya
bersama bapa saudaranya dan secara tiba-tiba mati lemas?
Masih ingatkah anda? Apakah kematiannya itu secara takdir Illahi tanpa ada
tangan ghaib yang menyebabkannya? Kalau wang yang disimpan di Switzerland itu merupakan wang
yang 'dibayar' oleh Eric Chia kepada sebuah syarikat
Hongkong yang tidak pernah wujud, dan menyebabkan Nuraini
Zulkiflee turut terlibat melakukan penyiasatannya, apakah
kaitan kematian Nuraini dengan syarikat yang tidak pernah
wujud itu? Raja Penyangak Mahathir Mohamad harus membenarkan satu
suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Nuraini
Zulkiflee dan kaitannya dengan skandal Perwaja yang serba
mungkin. Jika tidak seluruh rakyat Malaysia harus mendesak
Mahathir meletakkan jawatannya. Terlalu banyak kesangsian dan tandatanya rakyat marhaen
terhadap kerja haprak yang dilakukan oleh Mahathir melalui
kroni dan syaitan belaannya sejak kebelakangan ini.
Mat Teropong
|