[Pernahkah Eric Chia disoal-siasat oleh BPR ataupun oleh
polis Malaysia? Cuba teka! - Editor]
Kronologi Kejatuhan Perwaja
(Chronology of the Perwaja Collapse)
- April 22, 1982, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan
dengan modal berbayar sebanyak RM250 juta.
Kilang mula dibina enam bulan kemudiannya.
- 1986 - Perwaja Terengganu mula mencatatkan kerugian lebih
RM131 juta setakat akhir 1986 disebabkan masalah pengurusan
dan mendadaknya nilai matawang Jepun.
- Februari 1987, satu pasukan pengurusan yang baru telah
dilantik dengan diketuai oleh (Tan Sri) Datuk Eric Chia.
Tujuannya untuk membaik-pulih dan mengembalikan keuntungan.
Sebelum itu dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW.
- 17 Mei, 1988. Kerajaan menerima lebih 10 cadangan untuk
membaik-pulih Perwaja yang sudahpun kerugian RM1.2 bilion.
- 2 Mac, 1989 - Tan Sri Zainal Abidin Sulong telah dilantik
pengerusi syarikat dan setahun kemudiannya, Perwaja Steel
Sdn Bhd. ditubuhkan untuk mengambil-alih operasi Perwaja
Terengganu Sdn. Bhd.
- 11 Mac, 1996 - KWSP telah meluluskan pinjaman sebanyak
RM600 juta kepada Perwaja Steel untuk membesarkan 'rolling
mill' di Gurun Kedah. Ini merupakan pinjaman kali kedua
daripada KWSP kepada Perwaja.
Kali pertama, pinjaman bernilai RM100 juta, adalah
sebahagian pinjaman lanjutan kepada Perwaja pada akhir
1980-an.
- Mac 1996 - Perwaja Steel melaporkan kerugian sebelum
cukai sebanyak RM376.54 juta setakat tahun berakhir 31 Mac,
1995.
Kerugian ini adalah disebabkan antara lainnya, pembikinan
kilang baru di Gurun. Lagipun syarikat itu terlalu
bergantung kepada bahan mentah luar seperti bekalan besi
mentah Brazil dan Australia dan skrap daripada India.
- 10 April, 1996 - BPR (Badan Pencegah Rasuah) sedang
mengaudit akaun untuk mengesan kemungkinan berlakunya
salah-urus dan penipuan yang menyebabkan Perwaja Terengganu
Sdn Bhd. menanggung kerugian sebanyak RM2.5 bilion.
Tindakan BPR ini adalah ekoran laporan mantan Timbalan
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Parlimen
sehari terdahulu yang membabitkan laporan awalan oleh
pasukan audit kewangan dan pengurusan. Perdana Menteri
(Mahathir) Penyangak berkata kerajaan akan bertindak untuk
menyelesaikan masalah Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.
- 16 Jun, 1997 - Maju Holdings Sdn Bhd. Mengambil-alih
Perwaja Steel dengan menguasai 51 peratus saham dan
penguasaan pengurusan.
- 4 Mei, 1999 - BPR masih terus menyiasat kerugian RM2.9
bilion yang ditanggung oleh Perwaja Steel setakat 31
Disember, 1995. Demikian kata Ketua Pengarah BPR ketika
itu, Dato Ahmad Zaki Husin, yang menambah betapa siasatan
itu bermula Oktober 1996.
- 22 Julai, 1999 - Anwar membuat laporan polis di lokap dan
mendaftarkannya di balai polis Tun H.S. Lee
- 9 September, 2000 - Eric Chia yang pernah menerajui
Perwaja Steel membuat kenyataan yang dia bersedia memberi
keterangan di mahkamah.
· Straits Times Singapura melaporkan betapa Chia pernah
menghabiskan enam bulan mengutip maklumat dan dokumen
mengenai urusniaga daripada Chile, Brazil, Jerman, Itali
dan juga Jepun.
- 26 Februari, 2002 - Dr. Mahathir berkata terdapat
salah-urus dan penyelewengan kewangan di Perwaja Steel dan
Malaysia Airlines, yang mencatatkan kerugian besar.
Menyebut Perwaja, Dr. Mahathir berkata seorang peniaga yang
diamanahkannya untuk mengurus syarikat itu mungkin telah
'tersilap-urus' dan menyauk wang syarikat. Namun siasatan
telah dihantui jalan buntu. Pada hari yang sama, syarikat
telah menutup kedua-dua kilang tersebut.
- 26 Mac, 2002 Perwaja Steel akan membuka semula kilangnya
di Gurun dan Kemaman pada April ini, demikian kenyataan
Dato' Abu Talib Mohamed, Ketua Eksekutif syarikat tersebut.
- Financial Times Information Limited
- Asia Africa Intelligence Wire.
Terjemahan: SPAR
Asal: KM2 6934
|