|
TAG SP 642: B5: Time: Osama-Laden Asia By Simon Elegant 1/4/2002 12:59 am Mon |
Time Magazine OSAMA-LADEN ASIA- Bahagian 5 (Akhir)
Oleh: Simon Elegant - Sungei Manggis Dengan pengalamannya selama tiga tahun di Afghanistan,
Hambali mampu mempengaruhi para pengikutnya. 'Setiap kali
Hambali bercakap mengenai Jihad, anda rasa tertekan kerana
mahu mengambil bahagian, membantu umat Islam di seluruh
dunia yang sedang tertekan,' kata Sobri. Ada beberapa ahli
kumpulan, katanya, yang tersentuh jiwanya untuk
menganggotai kumpulan jihad di Kepulauan Maluku. Hambali
tidak banyak bercakap mengenai AS ataupun menyebut pemimpin
Barat sebagai melepaskan geram, kata Sobri. Sebaliknya
beliau memberi tumpuan kepada beberapa wilayah di mana umat
Islam sedang menghadapi maut seperti Palestin dan Chechnya.
Namun dia kerap merayu bantuan untuk kerja-kerja jihad di
Indonesia dan Selatan Filipina.
Hambali berdakwah betapa Perang Jihad itu adalah
belandaskan dua prinsip: 'Pertama, sama ada kita menang
ataupun mati; kedua - kematian bererti kehidupan yang
berpanjangan. Hanya jasad yang mati, sedangkan mereka yang
mati syahid hidup senantiasa.' Pendakwah ini menyebarkan
panduannya kepada banyak perkara duniawi lagi. Dia kerap
mengulangi nasihatnya apa yang perlu dilakukan seandainya
ditangkap polis (diam membisu selagi perlu) dan dia memberi
ingatan secara berulang-kali betapa pentingnya menyimpan
rahsia, sehingga menegah pengikutnya menyebut nama
pertubuhan mereka dengan sebarang nama khas. Kali terakhir
Hambali dilihat di rumah Sobri ialah pada bulan Mac ataupun
April tahun 2000. 'Dia telah memberikan satu syarahan
mengenai jihad, dan pada kali itu dia mengakhirinya dengan
saranan supaya kami teguh dan kuat tanpa sanggup
mendedahkan sebarang rahsia kepada pihak polis. Kami dapat
tahu kemudiannya dia telah pulang ke Indonesia,' kata
Sobri. Demikianlah halnya, dan kepulangannya itu mempunyai niat
yang tertentu. Berbekalkan semangat jihad ciptaannya dia
pulang ke kampung halamannya. Hambali telah merancang
sekurang-kurangnya 30 rancangan untuk memusnahkan gereja di
10 bandar yang kemudiannya telah mengorbankan 22 nyawa dan
mencederakan 96 mangsa pada 30 Disember 2000. Gambaran
betapa seorang pendakwah yang juga perancang medan perang
yang mampu mengarahkan orangnya berjihad untuk menemui
kematian mereka muncul daripada kisah yang diceritakan oleh
seorang pengikut Hambali, Iqballuzaman, yang kini dihukum
penjara selama 20 tahun di Bandung kerana pembabitan beliau
dalam pengeboman itu. Iqballuzaman, 46 tahun, menceritakan
kisah Hambali yang tiba di Bandung dengan rencana yang
tersusun dan wang bertimbun dan diiringi oleh dua orang
pakar letupan. Dia hanya memerlukan orang suruhan sahaja -
seperti Iqballuzaman. (Mereka berdua pernah berjumpa
sebanyak empat kali sebelum itu dan Izballuzaman memang
kagum dengan cara Hambali mengembangkan pengaruhnya dan
semangat jihadnya.) Mangsa rencana Hambali, di kalangan
orang suruhannya, memang tinggi. Daripada 12 orang yang
didapatkan oleh Iqballuzaman untuk menyertai rencana
pengeboman itu, 9 orang kini tersadai dalam penjara
bersamanya, dan dua orang sudahpun mati kerana bom yang
mereka pasang meledak dengan sendiri. Tetapi Hambali memang
pakar menentukan keselamatannya, kerana dia menghilangkan
diri beberapa hari sebelum rencana pengeboman itu.
Polis Indonesia berkata dia pulang ke Malaysia di mana
Achmad Sajuli, seorang warga Indonesia yang kini dalam
tahanan polis Malaysia, berkata bahawa pada Januari 2001,
dia telah menyediakan satu pasport palsu dan visa untuk
membolehkan Hambali pergi ke Pakistan. Minggu lalu, polis
Indonesia menghantar satu pasukan penyiasat ke Pakistan
untuk mencari Hambali, tetapi ramai pegawai barat dan
rantau ini percaya jejak langkah Hambali sudah lama basi
dan berkemungkinan dia sudah lama menyusup masuk ke
perairan Indonesia pada tahun yang lalu.
Berbalik kita ke Kuala Lumpur, bekas pengikut setia
Hambali, Mohamed Sobri menghadapi satu hari kebenaran pada
April 2001. Beberapa orang kawannya yang dipimpin oleh
orang kanan dan juga bekas pemandu kereta Hambali, yang
bernama Zulkifli telah berdepan dengannya menanyakan apakah
dia bersedia untuk berjihad. Mereka merancang melancarkan
beberapa rencana yang difikirkan akan menggegarkan negara.
Sobri berfikir panjang dan memberitahu Zulkifli dia perlu
labih masa lagi untuk berjuang sebagai seorang pejuang
jihad. 'Mereka kecewa dengan saya' kata Sobri dan 'selepas
itu memencilkan saya.' Pada 18 April 2001, Zulkifli dan
satu kumpulan seramai lima orang telah menceroboh Southern
Bank untuk melakukan rompakan bersenjata di Petaling Jaya.
Mereka tumpas kerana seorang pengawal bank berjaya menembak
salah seorang perompak dan mencederakan dengan teruknya
seorang lagi anggota kumpulan rompakan itu. Ketika
menyoal-siasat perompak yang tercedera, barulah polis
Malaysia sedar betapa mereka telah berdepan dengan satu
jaraingan pengganas yang sungguh lama bertapak di negara
ini. Satu minggu kemudiannya, Sobri dan rakannya yang lain
telah ditahan dan ini merupakan satu gelombang penangkapan
yang menangkap hampir 50 orang yang disyaki. Selepas
ditahan selama 73 hari, Sobri telah dibebaskan pada awal
Ogos, dan dia merupakan hanya seorang antara dua tahanan
yang dibebaskan. Sobri tidak gentar dengan penahanannya, tetapi bertindak
pulang ke kampung halamannya sambil menjual rumah miliknya
di pinggir Kuala Lumpur untuk pulang ke kampungnya di
Sungai Petani. Tindakan itu adalah satu contoh betapa
kuatnya pengaruh Hambali kerana di sebalik segala keperitan
yang dihadapinya, Sobri masih mengingati dan mengkagumi
bekas gurunya, sambil mengulang panggilan Ustaz yang
diberikan kepadanya. 'Apapun yang terjadi, saya tidak dapat
melupakannya. Dia telah membuka jendela kepada kesengsaraan
umat Islam di dunia ini.' Sobri mempunyai satu pesanan yang berbunyi begini: 'Ustaz
Hambali akan terus dengan jihadnya sehingga akhir
hayatnya... kemudian dia akan menjadi seorang yang mati
syahid untuk terus hidup selama-lamanya.'
....Tamat..... Terjemahan: SPAR
|