|
TAG SP 640: B1: CSM: Dua Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Dikesan By Ilene R. Prusher 30/3/2002 1:17 am Sat |
The Christian Science Monitor Dua Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Dikesan - Bahagian 2
(Two top Al Qaeda leaders spotted) Oleh: Ilene R. Prusher 'Malangnya hampir semua pemimpin Al-Qaeda yang ternama
sudah berkumpul di kawasan saya ini,' kata Zadran.
'Masalahnya ialah Afghan Taliban. Tanpa penyertaan orang
Afghan dalam Al-Qaeda, pasukan asing dalam kumpulan itu
tidak dapat bertahan. Mereka yang membuat kerja-kerja
membeli makanan di bandar untuk memenuhi keperluan orang
asing.' Zadran berpendapat semua pejuang Al-Qaeda sedang bersatu
untuk menentang tentera AS. 'Kami sedang menghadapi masalah
besar. Besar kemungkinan meledaknya satu serangan
besar-besaran daripada empat penjuru bandar ini,' kata
Zadran yang kelihatan letih kerana mampu berehat antara
tiga hingga empat jam setiap hari. 'Mereka mungkin memasang
perangkap. Mereka berminat membunuh tentera Amerika dan
bukannya tentera Afghan.' Zadran amat risau kemungkian berlakunya serangan itu.
'Catatkan tarikh hari ini,' katanya dengan tegas. 'Akan ada
satu operasi besar terhadap tentera Amerika tidak lama
lagi. Kumpulan Al-Qaeda sudahpun berada di sini, dan mereka
tidak akan pergi ke mana-mana. Sudah ada talibarut Al-Qaeda
yang menghadiri majlis perbincangan dengan pihak Amerika.'
Ini merupakan minggu kedua secara berturut-turut di mana
tentera yang dikendalikan oleh keluarga Badsha Khan
memberikan amarannya akan kehadiran pelarian daripada
Shah-e-Kot yang merupakan medan perang Operasi Anaconda dan
kini sudah bertapak di benteng perang yang baru untuk
melancarkan serangan terhadap tentera Amerika. Pada petang
Ahad dulu, Zadran telah menerima maklumat kewujudan antara
200 hingga 300 pejuang Al-Qaeda di Gunung Kucing, yang
diberi nama begitu kerana kehadiran banyak kucing di situ.
Seperti kawasan pergunungan yang lain yang digunakan
sebagai gua perlindungan oleh Al-Qaeda, kawasan itu
mempunyai banyak laluan terowong yang pernah digunakan
ketika Soviet menjajah Afghanistan pada tahun 1979 dulu.
Zadran telah membuka peta topografi kawasan itu, dan
menunjukkan pergunungan yang jauh yang katanya harus
diberikan perhatian oleh tentera AS. Zadaran sudah
mengetahui kehadiran mereka, katanya, kerana beberapa orang
pejuang Al-Qaeda telah turun daripada kawasan pergunungan
untuk memasuki masjid tempatan dan 'Khaliffa Madrasah'.
Mereka berjemaah dengan orang tempatan untuk bermesra dan
menonjolkan imej yang menunjukkan mereka adalah pejuang
jihad yang kuat beriman, memerangi musuh kafir yang datang
daripada luar negara. 'Saya sudah letih memberitahu AS agar memotong laluan
bekalan yang disalurkan kepada Al-Qaeda' kata Zadran yang
mahu tentera AS mengepung dua kawasan itu yang dikatakannya
dipenuhi oleh pelarian bersenjata. 'Tetapi tentera Pakatan
Utara memberitahu Amerika betapa mereka mahu mengenal-pasti
musuh mereka dulu' dan dia berpendapat perkara itu tidak
benar. Inilah kesan keraguan yang ditanam oleh Pakatan
Utara terhadap kumpulan Pashtun kerana pakatan Utara
dianggotai sepenuhnya oleh kaum Tajik.
Beberapa laporan cara Osama bin Laden dan Zawahiri muncul
di kawasan itu menyebabkan pegawai Afghan menjadi keliru
dengan tradisi budaya dan hubungan perkauman yang menebal
dan memihak seolah-olah kepada Al-Qaeda. Mengikut satu
laporan, Zawahiri terpaksa melepasi satu sekatan yang
dikawal oleh Zakim Khan, seorang lagi panglima perang yang
dikatakan bekerjasama dengan Amerika. Apabila seorang
lelaki yang dikenalpasti oleh tiga orang talibarut Zadaran
menyerupai Zawahiri bergerak bebas dengan kumpulan Zakim
Khan, sudah tentu panglima perang itu terpaksa menjamin
keselamatan rombongan Zawahiri. Seorang komander tempatan, Gula Jan, berkata dia berada di
luar rumah kampungnya empat hari dulu apabila dia ternampak
sekumpulan lelaki melintasi Saroza di wilayah Paktia. Jan
berkata oleh kerana dia mengenakan sarban hitam yang besar
saiznya, dan memiliki janggut yang panjang, tentu mereka
terfikir dia adalah seorang penyokong masyarakat tempatan.
Kira-kira setengah jam kemudiannya, satu lagi kumpulan lalu
di situ. 'Saya nampak seorang tua yang berat badannya,
menunggang kuda sambil mengenakan kacamata hitam dan
memakai sarban putih. Dia memakai pakaian Afghan tetapi
mengenakan sehelai kot yang cantik, dan dia ditemani oleh
dua lagi orang Arab yang bertopeng,' katanya.
'Dia turun daripada kuda tunggangannya sambil ketawa dan
bermesra dengan saya' kata Jan. Dia berkata orang yang
memakai sarban putih itu mula bercakap dalam bahasa Arab
kepada rakan Jan. 'Dia bertanya kepada kawan saya "Mana dia musuh kita?
Mereka mulakan satu peperangan untuk memusnahkan Islam dari
muka bumi ini dan ini adalah perang salib puak Kristian
terhadap Islam,' kata Jan. Dia menambah bahawa orang itu
bertanya mana perginya tentera Pakatan Utara dan tentera
Amerika. 'Kami sangsi kalau bertembung dengan mereka.
Tolong tunjukkan jalan yang betul,' itulah soalan yang
mereka tanya kata Jan. Sepanjang lawatan mereka menemui penduduk setempat, Jan
menyebut dia telah memohon maaf untuk berundur kerana mahu
melihat poster orang yang dikehendaki apakah ia menyerupai
gambar Zawahiri yang digugurkan di kawasan itu oleh pesawat
Amerika. Orang itu memperakukan syak wasangka Jan bahawa
beliau sebenarnya ialah Zawahiri. (Ha.... tengok macam mana liciknya propaganda Amerika
selepas berbelit-belit semacam Raja Penyangak berkelentong
- penterjemah) 'Saya tidak memiliki telefon,' kata Mr. Jan. 'kalau ada,
saya tidak perlu memerika gambarnya dulu. Sudah tentu saya
memanggil ibupejabat tentera dan memberitahu mereka
kedudukan saya'. Dia memerlukan dua jam untuk pergi membawa
maklumat itu ke Khost. 'Ketika kami sedang berbual, Zawahiri berkata: "Semoga
Allah memberkati kalian dan melindungimu daripada musuh
Islam. Cubalah jangan beritahu mereka dari mana kami datang
dan ke mana kami akan pulang.' Tamat. Terjemahan: SPAR |