|
TAG SP 632: B1: Time: Osama-Laden Asia By Simon Elegant 27/3/2002 11:45 am Wed |
Time Magazine OSAMA-LADEN ASIA - Bahagian 1 Oleh: Simon Elegant - Sungei Manggis Satu hari pada bulan Mac 1991, seorang lelaki bermuka bulat
dan berjanggut hitam muncul di hadapan rumah kepunyaan
Mohamed Yuhana bin Hamidun di Kampung Sungai Manggis,
kira-kira satu jam perjalanan dengan kereta daripada Kuala
Lumpur. Tetamu itu berpakaian ala-warga Pakistan, dengan
seluarnya yang kelihatan lusuh oleh perjalanannya dan
menggunakan sepasang sandal getah sebagai pengalas kakinya.
Dia mengenakan satu songkok hitam di kepala. Di tangannya
ada satu beg plastik yang penuh dengan pakaian lusuh. Di
sebelahnya ada seorang wanita yang memakai pakaian
ala-Arab, dan mengenakan penutup muka yang dihiasi sepasang
cermin mata tebal untuk melindungi penglihatannya.
'Lelaki itu berdiri di hadapan rumah saya dan memberi salam
dengan suara yang lembut dan perlahan. Dia nampak
bersahaja,' kata Mohammed ketika mengimbau pertemuan kali
pertama beliau berjumpa Riduan Isamuddin, yang lebih
terkenal dengan panggilan Hambali, seorang pemuda yang
berusia 36 tahun dan kini amat dikehendaki oleh AS dan
empat lagi negara di Asia Tenggara sebagai perancang segala
operasi jaringan Al-Qaeda di Asia dan yang merupakan kuasa
penentu sejak satu dekad yang lalu terhadap kerja-kerja
kesamsengan yang berat oleh pengganas Asia.
Hambali muncul di Sungei Manggis itu untuk menyewa salah
sebuah daripada beberapa dozen rumah sewa milik Mohammed
yang dibinanya di belakang rumah dan menyewakannya kepada
pekerja pendatang Indonesia dengan harga sewaan US$25
sebulan (lebih kurang RM100 sebulan- penterjemah). Wanita
yang bersamanya itu ialah isterinya, Noralwizah Lee,
seorang mualaf Cina daripada Sabah. Tidak ada sebarang
perundingan dalam penyewaan itu kerana tuanpunya rumah sewa
tidak pernah memilih siapa tukang sewanya. 'Dia ada berkata
betapa bekas presiden Suharto sedang menghambatnya kerana
berfahaman radikal dalam mengajar ajaran Islam,' kata
Mohammed. Saya beritahu beliau: 'jangan simpan senjata,
jangan buat kacau di tempat saya. Bayar sewanya, dan anda
boleh menetap di sana. Saya tidak mahu tahu-menahu hal
ehwal anda ataupun pendatang Indonesia yang lain.'
Harapannya itu terjawab. Selama 10 tahun, Hambali tinggal
di situ secara berlemah-lembut dan tidak mengganggu
Mohammed dan keluarganya. Walaupun keadaan di situ selalu
hangat dan menyesakkan disebabkan kekurangan angin yang
bertiup, pendakwah itu bersama isterinya jarang sangat
keluar rumah: pintu rumah sewa itu sentiasa tertutup
sahaja. Memang banyak perkara yang perlu dirahsiakan. Polis
daripada beberapa negara dan bekas sekutunya berkata betapa
pondok sewa itu berlantai simen dan mempunyai lubang tandas
yang dikorek di bumi dan penuh dengan nyamuk merupakan
pusat operasi di mana Hambali merancang beberapa kempen
yang mencetuskan keganasan antarabangsa. Dia telah
dikaitkan kepada beberapa rompakan bank dan rencana
membunuh pemimpin politik di Malaysia dan pengeboman yang
membunuh mangsanya di Indonesia dan Filipina. Pihak
berkuasa juga menyebut betapa dia mengumpulkan sumbangan
wang, membeli senjata dan mendapatkan pejuang jihad
terhadap masyarakat Kristian di Indonesia dan Filipina.
[Catatan penterjemah - alangkah.... apabila ada kisah perancangan keganasan Islam dan perjuangan jihad, pelopor dan perencana perjuangan itu dikatakan tinggal di rumah sewa yang buruk ataupun gua batu yang jauh terperuk di hujung dunia. Tetapi kalau perjuangan itu dilakukan oleh pengganas beragama Kristian seperti mafia ataupun samseng Yakuza dan Triad Cina, perancangnya memakai limousine dan tinggal di istana kayangan sahaja - penterjemah ]Kemudian ada beberapa kempen yang gagal terlaksana tetapi
hampir berjaya - seperti rencana pada tahun 1995 untuk
meletakkan bom dalam 12 pesawat kepunyaan Amerika ataupun
rencana meledakkan tujuh bom besar di Singapura pada awal
tahun ini. Di sebalik semua itu Hambali merupakan wakil
kuasa usaha dan penyelaras logistik Al-Qaeda. Polis berkata
dia telah merancang jadual perjalanan, penginapan serta
jamuan sambutan dua orang antara perampas pesawat dalam
episod 11 September. Begitu juga yang dilakukannya kepada
seorang yang disyaki terlibat dengan pengeboman USS Cole,
dan pernah berjumpa dengan Zacharias Moussaoui, perampas
yang ke-20 yang kini berada dalam tahanan di Virginia.
Selagi Hambali tidak ditangkap ataupun bertindak untuk
mendedahkan ceritanya, adalah tidak mungkin untuk mencari
jawapan kepada persoalan kenapakah seorang anak lelaki
kepada satu keluarga Sunda yang terhormat dan kuat pegangan
agamanya, Hambali sanggup menghabiskan hampir keseluruhan
satu dekad yang lalu dalam kerja yang dianggapnya satu
perjuangan jihad untuk memerangi musuh Islam. Namun,
penelitian hidupnya itu memberikan gambaran betapa dia
mampu mencapai begitu banyak kejayaan dan apa juga yang
mungkin diusahakannya. Dalam satu penyelidikan dan
wawancara yang menyeluruh yang dilaksanakan oleh TIME
dengan pihak polis serta pegawai kerajaan, rakan dan
taulannya dan bekas rakan seperjuangannya, Hambali
menyerlah sebagai seorang tokoh, yang teliti, dan penyabar,
mampu apabila diperlukan, mengambil risiko tinggi untuk
menghadapi rencana yang amat tinggi risiko dan kesannya.
Hambali juga merupakan seorang yang kuat memegang rahsia,
sambil menggunakan kewarakannya sebagai satu topeng
kekebalannya. Sikapnya yang berlemah-lembut itu mempunyai
satu tarikan persona yang mampu mempengaruhi dan meraih
sokongan para pengikutnya dengan sungguh berkesan. Kekuatan
Hambali ialah dalam rencana mengirim para pengikutnya
menjalani beberapa tugasan yang berakhir dengan ada yang
menjadi mangsa tindakan mereka sehinggakan ada yang menemui
kematiannya. ....bersambung.... Terjemahan: SPAR |