|
TJ SP MGG: Diskriminasi Perkauman: Sekejap Ada sekejap Tiada By M.G.G. Pillai 27/3/2002 12:52 am Wed |
Diskriminasi Perkauman: Sekejap Ada sekejap Tiada
(Racial discriminataion: Now you see, now you don't)
Oleh: M.G.G. Pillai - 25/3/02. Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Bedawi berpendapat
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam wajar memohon maaf
secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan dan semua
sekolah yang didakwanya melakukan pengasingan pelajar
mengikut kaum. Satu jawatankuasa yang dilantik oleh
kerajaan terdiri daripada veteran dunia pendidikan,
tidakpun mencadangkan perkara itu, dalam satu laporan
spontan mereka, untuk mencegah masalah itu. Kalau mereka
tidak mempunyai sebarang pendapat mengenainya, kenapa
pula? Seperti biasa, kerajaan sengaja mencari seseorang
untuk menjadi mangsanya kerana menjatuhkan air muka
kerajaan. Apakah satu kenyataan meminta maaf daripaa NUTP
menyelesaikan keadaan pengasingan kaum di sekolah-sekolah,
sedangkan perkara ini memang wujud secara rasminya di
setiap tahap pentadbiran hidup masyarakat kita?
Orang bukan-Melayu di setiap penjuru kehidupan Malaysia
mengalami semua keperitan itu: ketika mahu membeli sebuah
rumah, dia terpaksa membayar 12 peratus lebih tinggi
daripada seorang Melayu. Kalau dia menganggotai
perkhidmatan awam dia akan merasakan wujudnya satu siling
kaca di atas kepala, kerana wujudnya satu kuota yang
menentukan berapa tinggi pangkat yang boleh dicapainya.
Itupun masih wujud beberapa kumpulan kecil dalam setiap
jabatan kerajaan yang bersedia menyembelih mereka. Seorang
pegawai bukan-Melayu yang memang dihormati terpaksa
menunggu sehingga selepas persaraannya sebelum beliau
diberikan gelaran bintang 'datuk'; kerana kuota untuk
kaumnya telah habis langsai ketika gilirannya menerima
gelaran itu. Apakah ada seorang bukan-Melayu yang inginkan
biasiswa untuk pelajarannya? Dia perlu mematuhi peraturan
kuota betapapun bijak dan pandai pemohon itu.
Apabila semangat perkauman diinstitusikan dan dirampas
sekarang ini oleh satu kumpulan kecil Melayu untuk
memperlekehkan lagi hal ini, dan tidak ada sesiapa baik
Abdullah Badawi ataupun timbalan menteri pendidikan, Ajis
Sudin yang sanggup bersuara menyanggahnya. Ini adalah satu
andaian betapa perkara ini memang mendapat restu dari
peringkat tertinggi. Kerana itu tidak menghairanakn kalau
jawatankuasa kerja memperakukan tidak wujud pengasingan
kaum di sekolah-sekolah. Tetapi setiap ibu bapa
bukan-Melayu sedar betapa dakwaan itu memang benar. Mereka
mengharapkan jawatankuasa khas itu menerima hakikat ini
dan mencadangkan cara untuk membasminya. Sebaliknya mereka
diberitahu tidak ada pengasingan itu dan NUTP diarahkan
untuk memohon maaf sedangkan itu adalah hakikat sebenarnya
di sekolah-sekolah. Ini bererti pengasingan kaum sudahpun
menang. Kini mereka diberitahu secara rasmi betapa perkara
yang lebih jijik akan berlaku. Perkara ini bukan sahaja terjadi di sekolah. AKMAL
(Akademi Kastam DiRaja Malaysia) pernah menulis kepada
balu Tun Tan Siew Sin, mendiang Menteri Kewangan betapa
mereka berhasrat memadamkan nama mendiang daripada dewan
yang membawa namanya dulu, kerana mendiang sudah lama
tidak bernyawa. Bagaimanakah cara surat pengumuman itu
disampaikan kepadanya? Siapa yang menghantarnya? Apakah
dia tersilap. Nama itu telah dipadamkan sebaik sahaja
dewan itu dicat semula. Itu yang membuatkan beliau merasa
terhina. Apakah surat itu pernah dihantar adalah perkara
lain. Bagaimanakah cara ia dikirimkan oleh pihak
pentadbiran yang dikatakan terlalu sibuk? Ini contoh yang
menunjukkan adanya usaha untuk melunturkan kesan
kepentingan bukan-Melayu pada mata masyarakat awam. Majlis
Bandaraya Ipoh pernah mengubah nama seorang wira Malaysia
kerana beliau bukan berbangsa Melayu. Apabila dihangatkan
isu itu, nama itu diletakkan semula pada jalan yang
ditukarkan namanya. Sekarang kerja jijik ini menjangkit ke sekolah-sekolah.
Seorang pelajar bukan-Melayu yang berusia enam tahun,
diasuh songsang agar menerima segala cemuhan yang
difikirkan wajar diterimanya; betapa dia mendapat tempat
belajar itu di sebuah institusi yang mengagungkan Islam
dan kemelayuan adalah satu penghormatan baginya dan dia
seharusanya tidak melupakan unsur itu. Pemandu Formula-1
Malaysia, Alex Yoong mendapat tajaan Malaysia hanya
setelah ayahnya menganut agama Islam dan terpulanglah
kepadanya untuk memikirkan agama itu sebagai anutannya
untuk meneruskan usahanya sebagai seorang pemandu yang
ditaja oleh Kerajaan. Salah seorang pemandu 'motor rally'
Malaysia ialah seorang 'Sikh' yang memandu untuk Proton.
Dia terpaksa menjadi jurujual kereta sebagai menyara
hidupnya sehinggalah BMW dan beberapa syarikat kereta yang
lain mengambil khidmatnya sebagai pemandu tajaan mereka.
Saya kenal beberapa pegawai kanan, yang sudah bersara
ataupun masih berkhidmat lagi yang telah diberitahu untuk
menganut agama Islam secara terang-terangan kalau mereka
mahukan kenaikan pangkat. Seorang pakar perubatan yang
sungguh tinggi kelulusannya telah memilih pulang ke
Malaysia, tetapi kemudiannya menerima tawaran pangkat
associate professor perubatan di Harvard Medical School.
Apa yang dijanjikan kepadanya telah dimungkiri walaupun
ada campur tangan seorang menteri, dengan alasan yang
jelas, dia bukannya berdarah Melayu. Ini bukannya dasar
kerajaan tetapi pegawai tadbir mudah mencari helah untuk
melecehkan kerja mereka. Pegawai perubatan ini telah
pulang selama dua tahun, dan dia memang dihormati dalam
bidang kepakarannya. Dia tidak keseorangan dalam dilema
ini. Tetapi mereka kerap kalah dan kecundang. Setelah
beberapa lama mereka mampu merekapun memilih jalan untuk
keluar semula. Kerana itu timbalan perdana menteri tersilap menafikan
wujudnya pengasingan kaum. Kaum bukan-Melayu sudah
menganggap perkara ini sebagai sebahagian asam garam
kehidupan mereka. Inilah bahana menjadi anggota kaum
minoriti. Kini mereka dihadapkan dengan satu tindakan yang
menggugat apa juga baki hak asasi yang ada pada mereka
oleh satu kumpulan Melayu ala-Klu Klax Klan. Sebaik-baik
mereka bermula di sekolah rendah, tidak menghairankan
apabila ramai bukan-Melayu yang mula memikirkan secara
serius untuk berhijrah ke luar negara. Meraka yang
berhijrah itu mempunyai kepakaran yang tidak mampu
dibiarkan oleh rakyat Malaysia. Saya pernah bertanya
kepada mereka, kenapa. Memang wujud siling kaca di atas
kepala yang tidak mampu mereka pecahkan. Sepatutnya setiap
rakyat boleh naik tinggi setara kemampuan peribadinya dan
menikmati faedah kerakyatan miliknya. Tetapi, betapa
dilihat dengan teliti, kemudahan semacam itu memang tidak
wujud di sini. Hak asasi mereka dicantas sehinggakan
mereka mencapai satu tahap kehampaan. Apabila semua itu
bermula di sekolah rendah, sudah tentu kehaprakan itu
mudah membangkai secara menyeluruh.
M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR |