|
TJ SP MGG: Ketari VII: Bermulanya Perang Mulut By M.G.G. Pillai 27/3/2002 12:51 am Wed |
Ketari VII: Bermulanya Perang Mulut
(Ketari VII: The war of words, not policy, begins)
Hari ini 23 Mac, 2002 adalah hari penamaan calon. Hari
seterusnya bukan merupakan tumpuan cara untuk menang
tetapi ia ditumpukan kepada kerja-kerja pengaiban. Yang
mengetuai kerja jijik ini ialah Lim Kheng Yaik, Presiden
Gerakan, dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP. Pengarah
operasi BN ialah albatros UMNO di Pahang dan menteri
besarnya, Adnan Yaakob. Dia telah mengeluarkan arahan agar
semua orang tidak sengaja bercakap tidak menentu, menteri
kabinet dibenarkan memberi penerangan akan hal kementerian
mereka. Yang penting hanya dia seorang sahaja yang berhak
mengeluarkan kenyataan dengan anggapan supaya pengundi
Ketari tidak terkeliru kalau terlalu banyak mulut yang
menyogok maklumat yang dianggapnya bercelaru.
Dr. Lim mengingatkan beliau siapa bos sebenarnya di situ
sambil meneruskan segala perkataan jijik yang mnyerlahkan
dendam kesumat terhadap DAP. Ini merupakan satu pilihanraya
kecil di mana BN dan DAP melepaskan geram masing-masing.
Kedua-dua pihak memang berkecamuk dengan strategi mereka
sehinggakan kelihatan mempunyai kekuatan yang sama. Namun,
BN dijangka akan menang dengan apa cara jua. Lunas
merupakan satu pengecualian kerana Keadilan telah
meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti
penduduknya kaum India sehingga berpecah sokongan Melayu
secara terbuka. Calon MIC tidak punyai peluang di sana dan
ini telah memerangkap BN. Tetapi tidak kali ini, di
Ketari. Adnan Yaakob memang bertanggungjawab ke atas keseluruhan
operasi. Tetapi dia amat dibenci di Bentong kerana
gelagatnya pada pemilu 1999 dulu seperti yang dirakamkan
di laman web reformasi. Kerana itu urusan harian operasi
adalah diuruskan oleh bekas menteri besar Selangor Mohamed
Taib yang mempunyai angan-angan besar mahu menjadi calon
perdana menteri. (Walaupun dia mendapat sokongan akar umbi
oleh kerana dia tersilap langkah dengan arahan perdana
menteri mengenai pemindahan hak milik tanah yang
membuatkannya tidak lagi relevan dalam politik UMNO), dia
telah berjaya merencana kemenangan pilihanraya kecil
Indera Kayangan baru-baru ini. Sebaliknya DAP memang sedang tertekan. Ketika Keadilan
meletakkan calonnya di Indera Kayangan, DAP enggan
berkempen untuk membantu kerana membantah kemasukan
Keadilan di situ. Kini ia merasakan bahana keangkuhan itu
di Ketari. PAS mahupun Keadilan tidak akan memberikan
sokongan mereka secara terbuka. Tetapi mereka akan hadir
dengan penuh tenaga di situ. PAS tidak akan mengibarkan
simbol partinya, begitu juga Keadilan. Mereka berkempen
dengan semangat muafakatan supaya DAP tidak akan menuduh
mereka nanti seandainya kempen itu tersasar.
DAP tersasar dalam perdebatan mengenai keIslaman, sambil
menjadi bahan ejekan BN dan punca cemuhan PAS dan
Keadilan. Ini merupakan satu strategi yang tersilap, dan
bukan mudah untuk memperbetulkannya. Lagipun tidak ada
perdebatan terbuka mengenai hal ini. Yang dibincangkan
hanya secara kasarnya untuk menyerang ketokohan dan
menghaprakan isu yang perlu dibincangkan.
BN tidak mampu kalah kali ini, demikian yang diberitahu
oleh Lim Ah Lek kepada saya malam kelmarin; kekalahan akan
menyebabkan ada jari yang menuding ke arah perbalahannya
yang membabitkan Dr. Ling. Inilah yang dikatakan lebih
awal oleh Mahathir Mohamed. Gerakan memang ghairah mahu
menang tetapi ketandusan ide akan cara yang terbaik.
Kerana itu ia bertindak dengan serangan peribadi yang
murahan yang tidak dimengerti langsung oleh para pengundi.
DAP mengaku mereka menghadapi masalah yang besar kerana BN
sudah bersedia dengan segala tipu muslihat untuk tidak
membenarkan episod Lunas berulang lagi. Hanya satu
keajaiban yang akan membantu DAP menang kali ini.
Bermula dengan Ketari, sudah ada satu perundangan baru
dalam pilihanraya. Daftar Pemilih (pengundi) tidak boleh
dicabar lagi walaupun wujud beberapa kesalahan dalamnya.
Apa sahaja yang diterangkan oleh SPR dan Menteri Rais
Yatim, ia harus diterima pakai. Ini bererti sebarang
kesilapan SPR tidak akan menghantuinya. Satu ketika dahulu
beberapa orang hakim pernah mengeluarkan penghakiman yang
mengalahkan BN, di Mahkamah Rayuan. Kini sebarang usaha
untuk membuat rayuan ataupun bantahan terhadap keputusan
pilihanraya tidak lagi akan mendatangkan kesan yang dapat
mencabar peraturan undang-undang. Malaysia tidak mengamalkan satu peraturan biasa di mana
pihak pembangkang dirujuk untuk mendapatkan pendapat
mereka di luar sidang parlimen ataupun dewan undangan
negeri. Kerajaan berlagak sombong menggunakan haknya yang
mutlak sebelum sesuatu undang-undang itu diluluskan. Saya
teringat satu episod di Nigeria yang membabitkan Sir
Abubakar Tafehwa Balewa, ketika itu menjadi seorang
perdana menteri Nigeria. Beliau telah dikerumuni oleh satu
kumpulan wartawan Britain yang dijemput menghadiri sidang
Parlimen. Seorang wartawan meminta beliau maklumat di mana
letaknya pejabat pemimpin Pembangkang ketika itu. Beliau
menjawab: 'Apa!!!! Menyediakan sebuah pejabat di Parlimen
kepada musuh rakyat jelata????' Malaysia kini mengamalkan
sikap sebegini secara jelas sejelas-jelasnya. Adalah
penting memenangi pilihanraya daripada mempunyai keyakinan
kepada sistem pilihanraya itu, di negara ini. Dalam
kemelut yang sedang menghantui Ketari, masalah akan
menyerlah seandainya calon yang tidak sesuai diberikan
kemenangan. M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR |