|
BMUS 5: Kelentongan Raja Penyangak By Mat Teropong 25/3/2002 3:21 pm Mon |
Kelentongan Raja Penyangak Raja Penyangak baru sahaja pulang daripada
pengembaraannya ke Russia, Jerman dan Poland.
'Secara keseluruhannya lawatan kita diterima-baik di
ketiga-tiga negara ini dan ia boleh dianggap suatu
lawatan yang amat berjaya,' ujarnya kepada pemberita pada
hari akhir lawatannya ke Poland di sini hari ini.
Rakyat marhaen memang menjangka Raja Penyangak berkata begini kerana itu memang dasar muka tak tahu malu, rakyat membencinya tetapi dia masih fikir rakyat 'mencintainya'. Serba serbi yang baik itu tentulah disebabkan 'kerja keras' ASLI mengajurkan forum di sana. Berapa juta pula kerajaan Melaysia membayar ASLI? Kita mahu tahu dan diharap ada wakil rakyat parti pembangkang menyoalnya di Parlimen, termasuk kos PM bercanda di Antartika bersama ramai rakyat Malaysia.
Kenapakah Mahathir terburu-buru membeli kelengkapan
perang ini sedangkan negara tidak memerlukannya? Apa
maknanya membazirkan lebih RM10 bilion wang rakyat
marhaen sedangkan majoriti peneroka FELDA, RISDA, FELCRA
hidup sengsara. Sedarkah Raja Penyangak berapa ribu
peneroka tanah yang merana setiap bulan kerana sain
'paysheet' kosong disebabkan harga komoditi kita yang
terlalu rendah? Bukankah elok kalau wang untuk pembelian
kelengkapan perang digunakan untuk membuat stok penimbal
(stockpile) keluaran hasil perladangan untuk diagihkan
secara berdikit, seperti Amerika mengeluarkan stok
penimbalnya setiap kali dia mahu mengajar Malaysia dan
negara dunia ketiga yang lain? Adalah tidak masuk akal apabila Mahathir membelanjakan
wang rakyat terburu-buru tanpa mendapatkan kelulusan
Parlimen terlebih dahulu. Apa pentingnya melawat tiga
negara itu dengan berbelanja besar dengan iringan 250
peniaga Malaysia sedangkan semua itu adalah bertujuan
untuk mengabui fikiran rakyat? Apa perlunya Raja
Penyangak memberi ucapan di forum itu kalau tujuannya
untuk memberi maklumat kepada rakyat di tiga negara
tersebut. Kenapa tidak hantar video kepada stesen TV di
sana untuk disiarkan secara percuma? Sudah sampai masanya Raja Penyangak ini dikutuk oleh
seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah mereka menjadi ahli
UMNOBN ataupun pembangkang. Dia menghabiskan wang rakyat
sedangkan hampir semua institusi kerajaan yang mempunyai
tabung dan dana hampir muflis dikerjakannya. Tidak pula
dia mahu menjelaskan kenapa institusi besar seperti itu
kehilangan wang. Sepatutnya Raja Penyangak meletakkan
jawatannya kerana kehilangan banyak wang rakyat dalam
dana tersebut dan sebagai langkah berjimat, dia
seharusnya mencegah sebarang pembaziran dan pelancongan
ke luar negara. Sebagai contoh, Tabung Haji dikatakan kehilangan banyak
wang simpanannya kerana kecurian. Tetapi, Tabung Haji
sudah kehilangan banyak wang kerana salah pelaburan
ketika Aruah Ahmad Razali bin Ali (adik kepada Hasmah)
menjadi pengerusi Tabung Haji. Sewaktu beliau menjadi
pengerusi banyak pelaburan Tabung Haji digunakan untuk
membeli harta kepunyaan keluarga Salim Group di Indonesia
yang juga merupakan keluarga isteri Mirzan. Kenapakah ZAM
mamak ataupun Dollah Komunis tidak mahu siarkan kisah ini
di akhbar propaganda UMNO? Kebanyakan ladang yang dibeli
oleh Tabung Haji di Indonesia kini sudah dirampas semula
oleh rakyat yang merupakan tuanpunya asal tanah tersebut
yang dirampas oleh Salim Group ketika Soharto berkuasa.
Raja Penyangak tahu dan sedar akan kisah ini, tetapi dia
sengaja memperlekehkannya tanpa ada perasaan berdosa
kepada orang Islam yang menabung dalam Tabung Haji. Kini
dia membeli kelengkapan perang dengan duit yang ada pada
Petronas kerana kerajaan Malaysia sudah tidak ada
simpanan lagi. Sepatutnya pemimpin pembangkang
menganjurkan raptai aman di seluruh negara meminta Raja
Penyangak membatalkan semua pembeliannya kerana negara
tidak ada wang untuk semua pembelian ini. Wang sebanyak
itu sepatutnya diberikan kepada semua pelajar di negara
ini untuk menerima pendidikan percuma seperti yang
berlaku di Russia, Jerman, Poland, Peranchis dan banyak
lagi negara di Eropah. Contoh yang terbaik ialah di
Russia dan Peranchis, setiap pelajar yang berkelayakan
untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti.
Baru-baru ini kita disedarkan kepada satu peraturan SPR
di mana jawatan wakil rakyat yang mati dua tahun sebelum
pilihanraya akan dibiarkan kosong tanpa diadakan
pilihanraya kecil. Mahathir sudahpun menyatakan hasratnya
dulu lagi, betapa dia tidak akan bertanding lagi pada
pilihanraya yang akan datang yang dijadualkannya pada
awal tahun hadapan. Sepatutnya, menunggukan kemunculan pemilu itu, Mahattir
harus menghentikan segala aktiviti keluar negara untuk
mencanang kemajuan negara ataupun bertipu-helah
mengadakan forum perdangangan di sana. Kalau dia mahu
berambus daripada arena politik negara, kenapa pula dia
mesti menyibuk lagi, kalau bukan untuk membalun harta
rakyat dan hasil keringat rakyat negara ini?
Mat Teropong |