|
TAG SP 630: KQ: Mendewatakan Suruhanjaya Pilihanraya? By Kim Quek 24/3/2002 2:06 am Sun |
Mendewatakan SPR? (Turning Election Commission Into An Infallibel Demigod?)
Oleh: Kim Quek Demikianlah caranya pemerintah BN mahu melaksanakannya,
melalui tindakan perundangan menjadikan daftar pemilih
pilihanraya tidak dapat dijamah oleh tuntutan
undang-undang. BN baru sahaja membentangkan satu rang undang-undang di
Parlimen, di mana sesuatu daftar pemilih, apabila sudah
digazetkan, adalah merupakan dokumen terakhir yang tidak
boleh dipertikaikan, ataupun dirayu lagi untuk
diubah-suai, dimansuh ataupun diketepikan oleh mana-mana
mahkamah. Rang undang-undang itu sudah tentu bertujuan menghalalkan
semua pengundi hantu yang telah wujud dalam daftar pemilih
pada masa dahulu, termasuk menghalalkan kemasukan pengundi
hantu daripada penelitian undang-undang.
Ini merupakan satu senario yang amat menjijikkan walaupun
di negara ini wujud satu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan
sebuah parti pemerintah yang berlagak seolah-olah mereka
berlaku adil, dan kalau ada kesilapan ia adalah satu
perkara biasa, tidak kira sama ada secara tidak sengaja
ataupun disengajakan, dan setiap kali terjumpa kecacatan
yang menyebabkan kesulitan kepada sesuatu parti, parti
yang terhenyak itu sudah tentu tercalar selama-lamanya,
kalau rujukan mahkamah dinafikan kepadanya.
Di Malaysia, ketaksuban pemerintah yang sedia ada mahu
terus menang pilihanraya dengan apa juga cara dan
sekaligus dibantu oleh SPR yang sanggup mengabdikan diri
membuatkan undang-undang yang baru itu satu senjata
berbisa yang pasti, menggantikan segala muslihat dan
penipuan yang kini berleluasa, sambil menentukan
kemusnahan pencabar di setiap pemilu, dan menjanjikan
pemerintah yang ada terus bertakhta sampai bila-bila.
Seandainya masih ramai yang tidak percaya, izinkan saya
menyenaraikan di bawah ini tipu muslihat yang dilaksanakan
kepada Perlembagaan kita yang menjejaskan demokrasi dalam
pilihanraya.
SPR selalu mendakwa betapa ia menjalankan peranannya
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan secara saksama
dan adil. Jika demikian halnya, kenapakah SPR senyap
membisu setiapkali BN melancarkan kempen palsu di TV
memomokkkan Pembangkang sebagi pengganas dan penindas
sebelum kempen sesuatu pilihanraya itu dibenarkan seperti
yang terjadi dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan?
Kenapakah SPR diam membisu apabila Perdana Menteri sengaja
mengulang-ulang peristiwa 13 Mei (1969) untuk
menakut-nakutkan kaum bukan-Melayu agar mengundi BN di
setiap pemilu, sedangkan gelagat itu adalah bersalahan dan
melanggar Akta Hasutan dan juga Akta Pilihanraya?
Kenapakah SPR tidak mampu bersuara terhadap aktiviti
membeli undi yang sungguh terbuka dan berleluasa (termasuk
peruntukan spontan belanjawan pembangunan oleh
menteri-menteri semasa kempen pilihanraya) yang diamalkan
oleh parti pemerintah di setiap pilihanraya?
Sinario yang dirakamkan di atas adalah jelas,
sejelas-jelasnya. Dalam keadaan sedemikian rang
undang-undang pilihanraya yang dibentangkan itu merupakan
satu langkah jangka panjang untuk memperkasakan
pemerintahan totalitarian yang sedia ada.
Kim Quek Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6905 |