|
DMN 6A: Ditakdirkan Mahathir Nazak? By Muaalim Toyiban 24/3/2002 1:44 am Sun |
Ditakdirkan Mahathir Nazak? - Bab 6, Bhg 1
Kepimpinan Penuh Kepalsuan Dalam sejarah peradaban Melayu, tidak ada seorang
pemerintah baik raja Melayu ataupun pemimpin politik
Melayu yang bertakhta ataupun mencengkam kuasa begitu lama
yang dapat melebihi tempoh kekuasan Mahathir, walaupun
darah yang mengalir dalam tubuh-badannya itu bukannya
darah Melayu yang sepenuhnya. Oleh kerana terlalu lama
berkuasa dalam arena politik Melayu, Mahathir sudah
menganggap bahawa Malaysia adalah hak jajahannya
seolah-olah dia mempunyai kuasa semacam kuasa maharajah,
nabob dan sultan di India dulu. Kerana itu, pilihanraya umum di Malaysia hanyalah satu
syarat sahaja untuk Mahathir dan sidang parlimen hanyalah
merupakan satu majlis untuk menghalalkan segala
perancangan haprak bikinan beliau. Kalau kita lihat segala
projek mega di negara ini, semuanya merupakan projek yang
menggunakan banyak wang rakyat tetapi dilaksanakan tanpa
izin dan kelulusan Dewan Rakyat. Sekaligus, Mahathir tidak
pernah memikirkan tanggungjawab bahawa dia adalah penghulu
kepada semua wakil rakyat di negara ini dan sebagai wakil
rakyat, taat setianya mesti pergi kepada rakyat dulu.
Semua projek mega di negara ini yang direncana dan
dimajukan oleh Mahathir adalah bertujuan menandingi projek
yang sudah lama dibikin di negara maju. Semua projek besar
di negara maju dibuat secara beransur-ansur dan bukannya
dalam satu tempoh yang singkat. Malahan, kalau kita lihat
semua negara maju, mereka membina sesuatu projek itu
setelah diluluskan oleh rakyat jelata. Kerana itu, kita
boleh lihat tempat kediaman Perdana Menteri Britain yang
beralamat No. 10, Downing Street merupakan tempat kediaman
perdana menteri yang begitu lama. Tidakpun ada sebarang
usaha dan rencana perdana menteri selepas Winston
Churchill yang mahu membina rumah kediaman baru untuk
menggantikan rumah rasmi perdana menteri warisan sebelum
perang dunia Pertama. Tetapi, lihat apa yang dilakukan
oleh Mahathir dengan Putrajaya, sedangkan dia jarang
sangat berada di tempat kediaman rasmi itu. Kalau dia ada
di tanah airpun dia lebih suka menginap di rumah kediaman
peribadi yang berjiran dengan kediaman Tan Sri Shamsuddin
'Sapura'. Di mana bumi dipijak..... Pepatah 'di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung'
merupakan satu bidalan lama yang ada hubung-kait dengan
pemerintah dan pengikutnya. Ia membawa erti seseorang itu
harus mengikut segala peraturan dan tatasusila hidup di
tempat yang didudukinya. Makanya kalau orang setempat suka
membebek, membebeklah dia dan kalau orang setempat suka
menguak, maka menguaklah dia. Ini adalah bidalan basi yang
melemahkan pemikiran orang Melayu sejak peradaban yang
dipengaruhi oleh sistem feudal dulu. Budaya mudah akur kepada pemerintah menjadikan Melayu satu
bangsa yang lemah dan mudah dirasuah. Selepas kita merdeka
orang Melayu didedahkan kepada cerita drama purba dan
bangsawan Melayu yang disiarkan di radio dan TV dan ada
juga opera bangsawan Melayu yang menjelajah dari satu
kampung ke kampung; dari satu ladang Felda ke ladang yang
lain, dengan tajaan kerajaan. Maklumlah, Melayu selepas
merdeka adalah Melayu yang dipimpin oleh seorang perdana
menteri yang berdarah raja. Pada waktu itu, budaya lama
Melayu dipelihara sehinggakan rangkapan ayat 'Ampun tuanku
beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun...' hidup
subur dalam kesusasteraan Melayu. Inilah yang melalaikan
orang Melayu kerana apa sahaja yang perlu dibuatnya mesti
akur kepada tatasusila feudal Melayu. Orang Melayu di awal
kemerdekaan telah dirobot mindanya oleh rukun hidup
protokol yang diajar kepada UMNO oleh kelas
ningrat/aristokrat yang masih taksub kepada kuasa
raja-raja. Segala sudut peradaban Melayu ketika itu adalah di bawah
pengaruh istana, sehinggakan sesiapa sahaja yang
berpangkat di kalangan aristokrat Melayu, dia mesti
terlebih dulu mempunyai hubungan persaudaraan ataupun
darah dengan golongan raja. Demikian halnya di peringkat
pendidikan, di mana anak-anak Melayu yang dibenarkan
belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mesti
mempunyai kaitan dengan golongan istana, orang kaya-kaya,
datuk empat dan penghulu serta pemerintah UMNO ataupun
memang benar-benar pintar dan layak memasukinya. Kerana
itu Dollah Komunis dapat belajar di MCKK bukan kerana dia
seorang pelajar yang pintar tetapi kerana ayahnya adalah
orang yang mewakili raja yang berpangkat penghulu cabuk
sahaja. Najib Tun Razakpun belajar di MCKK kerana dia
adalah anak Orangkaya Maha Bijaya Pahang. Begitu juga
dengan hampir semua anak raja di negara ini. Cuma apabila
mereka keluar daripada MCKK, sijil yang mereka perolehi
itu boleh dipertikaikan kerana mereka tidak mempunyai
minda yang boleh melayakkan mereka menjadi pemimpin
bangsanya. Contohnya selepas kita merdeka 45 tahun, cuba
sebutkan lima nama anak raja yang dapat menonjol di negara
ini sebagai pemimpin yang berwibawa? Oleh kerana tidak
berwibawa makanya kita lebih mendengar anak raja yang suka
berfoya-foya, yang sanggup menyauk bini dan anak dara
orang yang dilihat akan licin dahinya ataupun yang sanggup
bertumbuk dan mengamuk apabila kalah di padang bola.
Kerana mereka sudah menjadi satu golongan Melayu yang lupa
daratan bahawa 'ampun tuanku beribu-ribu ampun' itu hanya
satu ungkapan purba yang sengaja diajar oleh penjajah
British agar orang Melayu taat kepada rajanya. Sedangkan
raja Melayu itu dirobotkan mindanya agar taat kepada
penasihat British di istana. Orang Melayu Yang Mudah di rasuah
Rasuah walau dalam apa bentuknya merupakan sebahagian
kehidupan orang Melayu kerana yang mengamalkannya secara
terbuka dan berleluasa ialah raja-raja Melayu di zaman
dulu-dulu lagi. Makanya tercatat dalam Serajah Melayu dan
Hikayat Melayu purba yang disebarkan turun-temurun melalui
lisan, syair dan pantun, bidalan dan kiasan dan cerita
wayang kulit lama, betapa raja-raja Melayu asyik khayal
menghisap candu, menyimpan gundik dan memaksa rakyat
jelata membayar cukai dengan menggunakan kekerasan melalui
tukang pukul dan orang kaya jajahan dan daerah, di bukit,
ulu dan sungai. Setiap kali berlaku pertembungan untuk mengawal sesuatu
daerah, rakyat jelata dikerah untuk menjadi bala tentera
mempertahankan kepentingan raja. Di waktu berperang, bala
tentera kerahan itu dikehendaki menyediakan bekalan
makanannya sendiri. Kalau dia mati, jandanya dibawa ke
istana untuk menjadi gundik raja. Setiap kali mahu
berperang, beberapa hari sebelum bertolak ke medan perang,
semua askar kerahan dibenarkan memilih salah seorang
gundik raja sebagai pasangan tidurnya sambil berkhayal
akan keseronokkan pelukan penghibur raja untuk melupakan
kemungkinan dia mati katak di medan perang kerana rajanya.
Inilah peradaban Melayu di zaman raja-raja Melayu dulu
yang masih ada basi-basahnya hingga ke hari ini
sehinggakan selepas 45 tahun kita merdeka keluarga
raja-raja Melayu itu sudah menjadi satu golongan Melayu
yang kebingungan apa sebenarnya peranan mereka dalam
peradaban Melayu moden. Walaupun status mereka adalah
sebagai raja Melayu yang sepatutnya menjaga martabat
warisan bangsa yang bergelar Melayu, hampir semua raja
Melayu itu sudah kehilangan punca tidak tahu menahu
peranan mereka selain jadi Pak Congok di upacara yang
mementingkan kehadiran mereka. Inilah bahana negara yang
dipimpin oleh UMNO yang dirobotkan oleh Mahathir Kutty.
Sejak Melayu mengenal susur galur raja-raja mereka, tidak
ada sesuatu yang membanggakan bangsa Melayu yang direncana
oleh warga istana. Kalau kita baca sejarah Afrika, kita
tentu bangga membaca kisah Raja Zulu yang berperang dengan
beraninya menentang penjajah orang putih sehinggakan
sistem dan kaedah pertahanan Raja Zulu kini dijadikan satu
teladan dalam ketenteraan moden seluruh dunia.
Kalau kita baca sejarah raja-raja Melayu kita boleh ketawa
melihatkan betapa bacul dan penakutnya raja dulu-dulu
kepada British. Bayangkanlah apabila Singapura boleh
diserahkan kepada British dengan hadiah coklat, dan toffi,
biskut dan serbuk kopi. Kerana itu sehingga hari ini
suku-sakat Raja Johor yang menyerahkan Singapura kepada
British masih lagi disauk badi diraja sehinggakan air
perut bumi Johor boleh tergadai kepada Singapura dan
rakyat Johor terpaksa membelinya semula untuk kegunaan
mereka. Yang ternyata mampu dibuat oleh Raja Johor (enggan
dikenal sebagai sultan mengikut ragam datuknya dulu yang
mahu dikenal sebagai Maharajah Johor) ialah bersikap
angkuh terhadap rakyatnya dan melempang anak-anak Melayu
yang lambat memberikan khidmat mereka, kerana mereka
keliru dengan arahannya. Perangai biadap seorang raja
terhadap rakyatnya tidak pernah dikutuk oleh UMNO Johor
kerana taksub dengan kedaulatan raja. Lagipun siapa di
kalangan pemimpin UMNO yang berani, takutkan gelaran
bintang di tarik semula. Perangai raja Johor yang gila sawan terhadap rakyatnya
memang menjadi satu dilema rakyat jelata dan perangai itu
terdapat di mana sahaja di Semenanjung Tanah Melayu. Ada
raja yang gemar berfoya-foya di seberang laut dengan
berjudi sepanjang hari. Apabila kalah, menelefon menteri
besar mengirimkan wang untuk membayar hutangnya. Ada raja
yang boleh jatuh sakit hanya bila muncul bulan Ramadan
untuk memerlukan rawatan di luar negara. Peliknya apabila
habis Ramadan, sakitnya itu betah (sihat) dan diapun
pulang ke takhtanya semula menunggukan munculnya Ramadan
yang lagi satu. Ada raja yang begitu bodoh apabila bercuti
di Switzerland, dia kerap bertanya orang sana kenapa lembu
di Switzerland berwarna coklat dan putih? Kenapa lembu di
sana boleh berdiri di lereng gunung dan bukit?' Orang
Switzerland yang tahu sultan ini jenis ngok, pun menjawab:
'Lembu kami berwarna coklat dan putih kerana kami beri
makan coklat dan susu.... lembu kami boleh berdiri di kaki
gunung kerana ada satu jenis kasut terpasang di bahagian
kakinya...!' Demikain kisah betapa jauhnya tahap
pendidikan kebanyakan raja Melayu, sehinggakan pada satu
ketika dulu ada seorang raja yang mati bontang kerana
mabuk di meja makan restoran Cina. Demikianlah juga aibnya
yang terpaksa ditanggung oleh marhaen Melayu apabila
mendapati ada rajanya ataupun tengku mahkota yang
mengahwini pelayan kasino dan pelayan restoran sebagai
teman hidupnya. Inilah bahana 'Ampun tuanku beribu-ribu
ampun....' apa raja buat, rakyat masih kena minta ampun.
Tahap pendidikan raja-raja Melayu telah ditentukan oleh
penjajah British dulu supaya berada di tahap 'cukup makan'
sahaja. Itulah juga taktik British terhadap golongan
istana di India dulu sehinggakan British yang mempunyai
askar yang dibawa oleh dua puluh kapal laut mampu akhirnya
menjajah sebuah benua India. Rasuah utama British terhadap
raja-raja Melayu ialah dalam bentuk puji-pujian. Makanya
muncul 'ampun tuanku beribu-ribu ampun.....!' dikekalkan
supaya raja raja pula memanggil penasihat British mereka
dengan panggilan 'Tuan yang terutama Penasihat Diraja...'.
Budaya inilah yang menular sehingga wakil rakyat yang
sepatutnya menghambakan hidupnya untuk kepentingan
keseluruhan rakyat mesti dihormati oleh rakyat dengan
panggilan 'Yang Berhormat'. Apabila wakil rakyat diberi
pangkat 'Yang Berhormat,' maka gugurlah asas tugas
utamanya untuk berbakti kepada rakyat.
Soalnya sekarang budaya politk Melayu banyak meniru
budaya ketuanan raja-raja Melayu. Di zaman raja-raja
memang berulam di hati dan beraja di mata dulu, seorang
raja hanya layak menjadi raja selagi dia memegang kuasa.
Kalau dia kalah di medan perang, dia terus menjadi hamba
dan isterinya diambil sebagai gundik kepada raja yang
menang mengalahkannya. Tetapi, dalam konteks politik Melayu ala-UMNO, seorang YB
yang sudah kecundang dan ternyata haprakpun masih
diberikan gelaran dan kehormatan kepadanya. Contohnya
ialah kisah seorang YB yang membawa berkilo wang memasuki
Australia dan tertangkap dan terhukum di sana, dia masih
menjadi naib presiden UMNO dan masih diberi tempat menjadi
pemimpin orang Melayu. Begitu juga dengan seorang menteri
wanita yang ternyata begitu besar rasuahnya, dia masih
menjadi pemimpin wanita UMNO dan keupayaannya memberikan
lesen AP membawa kereta buatan asing yang sudah tentu
menjejaskan penjualan kereta buatan sendiri, tidakpun
dipertikaikan. Begitu juga dengan kisah seorang bekas
menteri besar yang membalun balak di negerinya sehingga
tidak ada lagi peruntukan untuk beberapa tahun yang
terdekat. Tidak pula dia terhukum, malahan menjadi Menteri
Penerangan kerajaan dan Setiausaha Agung UMNO.
Bagaimana kisah seorang menteri besar yang baru berusia 35
tahun yang mempunyai rekod cemerlang membalun harta negeri
dalam tempoh belum cukup setahun jagung dia memegang
jawatannya? Dia mentadbir negara semacam seorang doktor
gigi melihat penyakit seorang pesakitnya. Dia ambil jalan
pintas setiap gigi yang sakit mesti dicabutnya, tidak
perlu korek dulu dan tampal mana yang perlu ataupun beri
peluang dibius dulu untuk mencabutnya. Semua tindakannya
lintang-pukang sambil dia membalun harta rakyat jelata
tanpa memikirkan kesannya. Kenapa pemimpin Melayu mudah lupa daratan
Pemimpin politik Melayu mudah lupa daratan kerana rasuah
sudah menjadi darah daging kehidupan orang Melayu. Di
zaman raja-raja Melayu dulu, rakyat jelata datang bersila
dan melutut meminta ampun kepada raja sedangkan dia
tidakpun berdosa. Sikap meminta ampun itu adalah satu
pembuka bicara antara rakyat dengan raja yang
disalah-ertikan oleh generasi Melayu selepas merdeka
walaupun pembuka bicara itu sekarang di pendekkan menjadi
'ampun tuanku..' sahaja. Tetapi, di istana raja-raja
masakini masih lagi ramai anggota istana yang bergelar
pawang di raja, yang dibayar dengan hasil cukai rakyat
jelata. Apakah kerja pawang sedangkan segala kerja itu
amat bertentangan dengan ajaran Islam? Kenapakah mereka
ini tidak diberhentikan dan dibiarkan sahaja oleh semua
wakil rakyat kita? Di zaman dulu, pawang istana adalah makhluk yang
menentukan nasihat kepada raja apakah persembahan rakyat
marhaen itu benar-benar ada keikhlasannya. Kalau betul,
barulah raja mengarahkan dihadiahkan sepasang pakaian
kepada rakyat marhaen itu. Demikianlah hubungan raja
Melayu dengan rakyatnya. Setiap kali rakyat marhaen
berjasa kepada raja dia dianugerahkan sepasang pakaian.
Tentunya baju raja yang lama-lama dan yang tidak mahu
dipakainya lagi ataupun sudah sendat kerana raja sudah
tambah berisi berat badannya. Sudah tentu pakaian hadiah
raja dijadikan satu lambang kemegahan oleh si penerima
walaupun hadiah itu merupakan ganjaran kerana dia sanggup
menggadaikan nyawanya. Hadiah raja menjadi penyedap
walaupun ketika itu ramai sahabat dan saudara-mara yang
terkorban kerana mempertahankan hak raja yang kebetulan
selalunya berada di kamar dengan gundik dan madat
candunya. Rasuah raja dengan memberikan sepasang pakaian ditambah
lagi dengan memberi gelaran kepada penerimanya. Contohnya
ialah gelaran 'orang kaya mahabijaya.... Ulu Jempul
misalnya ataupun 'laksamana pembakar jambatan.......'
ataupun 'Orang Bergelar Empat ...' dan sebagainya.
Susur-galur kurniaan diraja itu menjadi asas
penganugerahan bintang dan kehormatan oleh warga istana
kepada rakyat jelata. Sehingga kini, penghormatan dan
gelaran itu sudah tidak membawa makna lagi kepada generasi
muda Melayu walaupun ia merupakan barang idaman kaum lain
terutama sekali kaum Cina. Ada yang sanggup berbelanja
besar menyogok istana untuk memberikan gelaran semacam
itu. Beberapa tahun dulu pernah tercetus cerita bagaimana
seorang usahawan bukan-Melayu menghadiahkan Yang Dipertuan
Agong ketika itu dengan saham syarikatnya yang bernilai
lebih lima belas juta ringgit di pasaran saham ketika itu.
Apabila hadiah khas itu diberikan, harga sahamnya turun
daripada RM17.00 sesaham menjadi hanya RM2.00 sahaja.
Hadiah gelaran bintang adalah mainan politik UMNO terutama
sekali oleh Mahathir yang menentukan hampir semua kroninya
daripada kaum bukan-Melayu mendapat gelaran Tan Sri.
Hampir semua yang menerima gelaran ini merupakan lintah
darat yang kecundang dalam perniagaan mereka dan terpaksa
diselamatkan dengan menggunakan wang rakyat marhaen.
Dengan lain perkataan kepimpinan Melayu yang penuh
kepalsuan bermula daripada warga raja-raja di istana dan
kerana mereka lalai memahami kuasa dan peranan mereka,
ketuanan Melayu yang diamanahkan kepada mereka dengan
mudah bertukar tangan kepada UMNO yang kemudiannya
memfaraidkannya ke tangan Mahathir Kutty.
Dengan kata mudah, peranan dan tugas utama Mahathir ketika
bangkit semula menjadi pemimpin UMNO ialah menutup minda
orang Melayu dengan turut memperlekehkan raja-raja Melayu
sehinggakan kuasa yang ada pada raja bertukar tangan
kepada Mahathir sahaja. Ini menunjukkan raja-raja Melayu
pada keseluruhannya masih kebingungan kerana ketiadaan
penasihat British yang memang sudah lama memukau minda
mereka menjadi satu golongan Melayu laksana melukut di
tepi gantang sahaja. Apabila martabat raja-raja dapat diperbodohkan oleh
Mahathir dengan kerelaaan hati orang UMNO, apakah lagi
yang dapat diharapkan kepada mereka sebagai pewaris
wawasan Melayu? Sekaligus, mereka akur kepada apa juga
tipu muslihat yang direncana oleh Mahathir secara terbuka.
Perkara ini boleh dirakamkan secara ringkas sahaja dalam
bab ini. Pertama, setelah berjaya memperlekehkan raja-raja,
Mahathir berjaya menumpaskan tentangan terbuka oleh
sebahagian keanggotaan parti yang dipelopori oleh Musa
Hitam tetapi diproksikannya kepada Tengku Razaleigh. Undi
pemilihan sudah memihak kepada Razaleigah, tetapi tup-tup,
lampu pula terputus dan apabila dikira semula tong undi,
Razaleigh kecundang kerana ada 'undi angin' yang memihak
kepada Mahathir. Berlakulah perpecahan dalam UMNO sehingga
UMNO dibubarkan. UMNO yang ada pada hari ini yang dulunya
digelar UMNO Baru, adalah satu parti yang tidak sah dari
segi undang-undang. Tetapi oleh kerana sistem kehakiman
negara sudah dirobotkan juga maka apa juga yang dibuat
oleh Mahathir menjadi halal belaka. Apabila UMNO berpecah dua, lahirlah Semangat 46, yang
dipelopori oleh Razaleigh bersama ramai orang kuat yang
mempunyai ilmu bakar jambatan, kencing di pusara, mencium
bontot Mahathir dan banyak lagi ketokohannya. Tetapi,
Tengku Razaleigh adalah seorang anak raja yang tidak
pernah memahami pahit-getir sesuatu perjuangan. Dia lahir
di istana yang penuh kemewahan yang diwarnai budaya rasuah
ala-raja-raja Melayu. Yang amat dipentingkannya ialah
kemasyhuran dan segala gah dan keceriaan dijulang-julang
sebagai seorang pemimpin, sedangkan sebagai anak raja dia
tidak pernah melalui satu proses mengenal keperitan orang
Melayu seperti yang dilalui oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Lagipun kebanyakan pengampunya adalah terdiri daripada
hulubalang Melayu yang hanya pakar untuk menjadi pemimpin
tanpa keperitan berjuang bersama rakyat marhaen. Mereka
hanya pakar retorik sahaja. Kisah keberanian kencing di
pusara, membakar jambatan dan mencium bontot Mahathir
adalah gimik politik sahaja. Sebenarnya mereka dahagakan
pangkat YB yang hanya dapat mereka perolehi dengan belas
ihsan Raja Penyangak sahaja. Menjadi wakil rakyat dengan
ihsan Mahathir adalah satu kemewahan dunia yang tidak
dapat diberikan oleh orang lain, kerana Mahathir merelakan
apa sahaja kepada mereka yang sanggup bermati-matian
mengampunya. Itu sebabnya Rais Yatim, Ibrahim Ali, Mohd
Zain, dan ramai lagi bekas pemimpin Semangat 46 yang akur
dengan tindakan Tengku Razaleigh untuk membubarkan parti
itu dan sekaligus memasuki UMNO semula. Mereka melanggar
ikrar dan sumpah setia mereka untuk memasuki UMNO semula
sedangkan mereka yang melompat keluar dan merayu kepada
orang Melayu untuk menyokong 'perjuangan' (perut dan
temobol) mereka. Sepatutnya kalau mereka benar-benar
ikhlas berpolitik, mereka sepatutnya mengikut jejak
langkah Datuk Lee Lam Thye untuk undur terus daripada
muka-bumi politik Melayu dan buat kerja lain yang tidak
berbau politik. Tetapi, kerana gilakan kuasa yang mudah
dicapai melalui politik Mahathir, kumpulan bangsat ini
sanggup mewarnai politik Melayu dan mengaku mereka
memperjuangkan nasib orang Melayu. Sekali lagi budaya
rasuah raja-raja Melayu menjadi amalan Mahathir Kutty..
Dengan terhumbannya Parti Semangat 46 ke lipatan sejarah
Melayu moden, Mahathir meneruskan agenda untuk terus
memperkasakan kedudukannya. ...bersambung.... |