|
TAG SP 629: Pravda: Lanjutan P/Salib Pentagon: Sasaran Terbaru: Indonesia By Oleg Artyukov 24/3/2002 1:33 am Sun |
[Sila baca komen penterjemah di akhir terjemahan]
(The Pentagon's Crusade: Next Up, Indonesia)
Oleh: Oleg Artyukov Bertepatan dengan jangkaan, perang mengganyang penyokong Osama bin Laden
kini merebak kepada lebih banyak kawasan yang lebih besar. Indonesia sudah
menjadi sasaran terbaru dalam peperangan anti-keganasan itu, di samping
Afghanistan, Filipina, Yemen dan Georgia.
Akhbar 'US Today' melaporkan betapa pentadbiran Bush telah menerima pelbagai
maklumat yang dianggap sahih betapa pejuang Al-Qaeda sudahpun berpindah
daripada Afghanistan memasuki Indonesia. Pilihan mereka itu memang boleh
dianggap ada logiknya. Gugusan kepulauan Melayu (arkipelago) memang
mengandungi beberapa ribu kepulauan yang sangat bagus untuk pejuang militan
berlindung, dan lebih penting lagi Indonesia merupakan negara Islam terbesar
di dunia. Penduduk Indonesia berjumlah 200 juta dan lebih 90 peratus adalah
beragama Islam. Sebahagian besar penduduk Indonesia memang cenderung kepada kefahaman Islam
yang dikatakan (oleh Barat) berunsur radikal. Dalil ini memang mudah
diperjelaskan. Majoriti penduduk Indonesia (dan juga Pakistan) adalah
golongan miskin. Ini juga dikatakan sebabnya ramai penduduk beragama Islam
yang merusuh dan mengganas untuk mencuri dan menjahanamkan kedai dan
perusahaan milik etnik Cina Indonesia sebaik sahaja Presiden Suharto
digulingkan pada tahun 1998. Pergeseran antara penganut Kristian dan Islam
sudah menjadi terlalu kerap di Indonesia, dan dalam banyak hal golongan
beragama Islam yang bersalah, walaupun golongan beragama Kristian tidak tahu
bersabar kerana cepat mahu membalas dendam.
Selepas bermulanya operasi mengganyang pengganas di Afghanistan, ribuan
rakyat Indonesia merusuh di tepi-tepi jalan sambil membuat tuntutan agar AS
menghentikan serangan terhadap Taliban. Kerajaan yang ketika itu diketuai
oleh presiden Megawati berjaya menenangkan keadaan. Namun, sehingga kini,
kerajaan Indonesia tidak dapat mengawal keadaan itu sepenuhnya. Krisis
ekonomi yang menyerang negara pada akhir 1990-an dulu, masih lagi
menyenakkan keadaan negara. Kerana itulah, presiden Indonesia tidak berapa
menyerlahkan pendapatnya apabila AS mencadangkan untuk mengirim askarnya ke
negara itu. Ramai warga Indonesia yang bersuara lantang menuduh AS kerana sengaja
mencetuskan krisis ekonomi Indonesia. Satu penerbitan pernah muncul di
Indonesia pada 1997, yang menyatakan betapa AS merancang untuk membina satu
pangkalan tentera di kepulauan Natuna yang kaya dengan sumber minyaknya.
Ketika Suharto masih berkuasa, Indonesia tidak membenarkan kehadiran tentera
asing di buminya. Rakyat Indonesia berkata bahawa keengganan Suharto
menempatkan tentera AS dan membeli jet pejuang F-16 buatan Amerika kerana
memilih pejuang Su-30 buatan Russia menjadi penyebab penggugurannya. Rakyat
Indonesia kini sudah semakin yakin penglibatan Amerika dengan penggulingan
Suharto kerana ia telah mengongkosi rusuhan jalanan pada bulan Mei 1998.
Tambahan pula dengan pembabitan AS yang menyebabkan merudumnya nilai
matawang Indonesia pada awal 1997. Sebaik sahaja Suharto jatuh, AS telah
menawarkan bantuan kerjasama kepada pucuk pimpinan Indonesia yang baru
termasuk janji melindungi Indonesia daripada sebarang serangan luar. Namun,
rencana itu gagal disebabkan tercetusnya pertumpahan darah di Timor Timur,
yang mahukan kemerdekaan daripada Indonesia. Rundingan kerjasama itu
berakhir pada 1999. Pentadbiran George W Bush dan Pentagon, kini berkata adalah penting
memperkenalkan askar Amerika di Indonesia. Alasannya dikatakan terlalu jelas
walaupun banyak isu yang berbangkit terlalu samar. Pertama sekali, kalaulah
kerajaan Indonesia membenarkan kemasukan tentera Amerika, berapa besarkah
ketumbukan tentera itu? Jumlah penduduk Indonesia adalah besar dan sentimen
mereka terhadap Amerika memang agresif. Inilah yang memerlukan pengiriman
satu pasukan askar yang besar jumlahnya. Kedua, dengan kehadiran tentera
Amerika di Indonesia apakah ia membawa makna Amerika bercadang membuka satu
pangkalan tenteranya di salah satu kepulauan Natuna ataupun di tempat yang
lain? Rakyat Indonesia beranggapan Amerika lebih berminat untuk memasang
pasak di tanah yang mengandungi minyak dan bukannya mahu mencari pejuang
Al-Qaeda. Mereka juga gusar akan meledaknya rusuhan di Indonesia disebabkan
kehadiran tentera Amerika di negara itu.
Terjemahan: SPAR [Komen penterjemah: Mat Teropong ada menyebut betapa gelagat Raja Penyangak
mahukan Russia bangkit semula sebagai satu kuasa besar mengimbangi Amerika
adalah satu lakonan sahaja. Lihat, apa jadinya dengan Indonesia kalau
Amerika bersarang di sana? Dapatkah Malaysia lari dari pengaruh tekanan
Amerika yang sudah lama bersarang di Singapura dan kini mempunyai bala
tenteranya Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Siapakah yang sedang
dikepung oleh Amerika kalau bukan Malaysia?]
Asal: http://english.pravda.ru/main/2002/03/20/27101.html
2002-03-20 THE PENTAGON'S CRUSADE: NEXT UP, INDONESIA
As has been anticipated, the war against bin Laden's
followers is involving more and more regions. Indonesia is
to become another participant of the anti-terrorism war,
in addition to Afghanistan, the Philippines, Yemen, and
Georgia. USA Today reports that the Bush administration has
received reliable confirmation of the fact that some al
Qaeda militants moved from Afghanistan to Indonesia. This
choice is quite logical. The archipelago consisting of
several thousands of islands is an ideal shelter for the
militants, and what is more important, Indonesia is the
world's largest Islamic state. The Indonesian population
consists of over 200 million people, and more than 90% are
Muslims. Radical Islamic trends are very popular among the Muslims
in Indonesia. This is easy to be explained. The majority
of the population (as well as in Pakistan) is very poor.
This was also the reason why crowds of Indonesia's Muslims
looted enterprises and shops of the well-to-do ethnic
Chinese after President Suharto's dethronement in 1998.
Conflicts between local Christians and Muslims are
becoming more frequent in Indonesia, and, in most cases,
Muslims are to blame, although, Christians are not slow to
seek revenge. After the start of the anti-terrorist operation in
Afghanistan, thousands of Indonesians went to the street
with demands to stop US attacks against the Taliban. The
government headed by incumbent president Megawati
Sukarnoputri managed to stabilize the situation. However,
even now, the Indonesian government does not control the
situation completely. The economic crisis that struck at
the end of the 1990s, is still aggravating the situation
in the country. For this very reason, the Indonesian
president was so reserved when the USA suggested sending
its troops to the country. In addition, many Indonesians accuse the USA of the
economic crisis. A publication appeared in the Indonesian
press in 1997, that said the USA planned to build a
military base near the Natuna Islands with its rich oil
fields. During Suharto's presidency, Indonesia allowed no
foreign military presence on its territory. The people of
Indonesia say that Suharto's refusal to provide military
bases to the USA and purchase America's F-16 planes and
instead purchase of Russia's Su-30 became the reasons for
his resignation. Indonesia is sure that the USA was
connected with the resignation of Suharto, as it financed
demonstrations and mass protest actions in May of 1998,
not to mention the strange rupee (Indonesian money)
collapse at the beginning of 1997. Right after Suharto's
resignation, the USA offered cooperation to the Indonesian
political leadership. At that, the USA promised safe and
free protection from any aggression from the outside.
However, the cooperation program failed because of the
bloodshed in East Timor, which is striving for
independence from Indonesia. The cooperation talks ceased
in 1999. George W. Bush's administration and the Pentagon now say
that it is necessary to introduce US troops in Indonesia.
The reason for this seems to be quite clear, but some
issues are still vague. First of all, if the Indonesian
government allows US soldiers into the country, how large
is the US contingent going to be? The population of the
archipelago is numerous, and its spirit is rather
aggressive, which would require a rather large contingent
to be sent to the country. Second, does not the arrival of
American soldiers to Indonesia mean that the USA is
reviving the idea of building a military base on one of
the Natuna Islands or some other place? The people suppose
that the USA is more interested in the archipelago's oil
fields than in the liquidation of al Qaeda militants. They
are also apprehensive of more violence in Indonesia
resulting from the US contingent's presence in the
country. Answers to these questions will be given soon.
One final thought: the Pentagon is quite open now about
America's plans to send troops to Somalia in nearest
future. Oleg Artyukov PRAVDA.Ru Translated by Maria Gousseva |