|
TJ SP MGG: Rumah Murah Sebagai Bahan Rasuah By M.G.G. Pillai 22/3/2002 11:08 pm Fri |
Rumah Murah Sebagai Bahan Rasuah
(A house ! A house! A low-cost house for a bribe!)
Sejak pemilu 1955 di Malaysia, Barisan Nasional telah
memerintah, didahului sebelumnya oleh Perikatan. Kecuali
Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak merupakan negeri
yang pernah diperintah oleh pihak pembangkang. Dengan kata
lain, BN dan lebih khusus lagi rakan unggulannya UMNO,
menentukan dasar kebangsaan negara. Parlimen hanyalah
merupakan satu forum sahaja, kerana itu ia diperlekehkan;
dirujukkan hanya sebagai satu keperluan ataupun
seandaianya dianggap perlu untuk UMNO bertindak begitu.
Demikian juga di negeri-negeri, di mana dewan undangan
negerinya mesti bersidang tidak lebih daripada dua kali
setahun, dan kerana itu kerajaan BN menentukan persidangan
demikian tidak melebehi daripada itu.
Selepas mencengakam kuasa selama empat setengah dekad, dan
tidak banyak bahan bukti kekuasaan itu yang dapat
dibanggakan, tiba-tba BN naik gelabah dan cuba merenung
akan dasar dan projek yang pernah dijanjikannya selama ini
tetapi tidak pernah tertunai janjinya. Yang menonjol ialah
perumahan. Sejak pemilu pertama, ia menjadi isu politik
negara. Perbadanan Perumahan Persekutuan, yang ditubuhkan
pada 1950-an, telah membuat kerja-kerja perumahan yang
mampu dibeli oeh rakyat jelata di beberapa kawasan di
negara ini. Apabila kemerdekaan tercapai ia menjadi
tanggungjawab seorang timbalan menteri perumahan, seorang
kroni kepada perdana menteri ketika itu, Tengku Abdul
Rahman Putra; yang telah melengah-lengahkan proses
pemindahan hak milik kecuali dia diberikan imbuhan
(rasuah). Disebabkan perbuatannya itu mencetuskan skandal dia telah
ditukar menjadi seorang duta untuk beberapa tahun lamanya
sehinggalah kerakusannya turut menghambat martabatnya.
Namun, perbuatan rakusnya itu menjadi satu ikutan sehingga
hari ini. Apa ayng dibayar adalah merupakan sumbangan
setiap orang, bukan sahaja di pihak pusat malahan di
peringkat negeri. Kerajaan Persekutuan amat arif akan
rasuah jenis ini tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa.
Yang paling jahat dengan rasuah jenis ini ialah anggota
exco negeri-negeri. Kerajaan mengeluarkan beberapa
kenyataan mahu membina rumah kos rendah, tetapi kalau
mengikut sistem yang ada, ia tidak akan berjaya.
Jawatankuasa negeri mengenai tanah, adalah satu badan yang
dipengerusikan oleh menteri besar. Ini yang membuatkan
ramai antara mereka yang begitu kaya raya sehingga menjadi
lumayan ketika masih memegang jawatan. Begitu juga dengan
beberapa ahli kebinet yang masih ada dan yang dulu-dulu.
Ada seorang yang merupakan bilioner berkali ganda.
Kita diberitahu betapa tanah adalah urusan kerajaan
negeri. Tetapi negeri yang kerap cerewet meluluskan urusan
tanah terutama sekali kalau ahli exco negeri tidak
menerima imbuhan mereka daripada pemaju perumahan dan
pemilik rumah adalah negeri yang diperintah oleh BN.
Perdana Menteri menentukan siapa yang sepatutnya dilantik
exco negeri, selalunya terpaksa bercanggah dengan selera
Sultan yang kerap mahukan perlantikan itu ditentukan oleh
majlis dewan undangan negeri. Kalaulah BN betul-betul
serius dengan perumahan, ia sudah mampu mengeluarkan
syarat pelantikan setiap ahli exco bahawa pembangunan
rumah murah diberikan keutamaan dan mereka seharusnya
menanggung risiko seandainya keutamaan itu diabai.
Tetapi, syarat semacam itu tidak mahu dimajukan oleh BN.
Ia sengaja membiarkan ahli exco memperkayakan diri mereka
dan sengaja melengahkan kerja-kerja membina rumah kos
rendah. Selalunya keizinan dibuat apabila ahli exco itu
sendiri dapat menguasai pengagihan rumah kos rendah itu.
Ad seorang exco yang memiliki 24 buah rumah, seorang lagi
setelah dia mati, diketahui mempunyai 15 buah rumah,
kebanyakannya memiliki antara lima hingga enam buah yang
mereka jual dengan premium RM10,000 sebagai tambahan
kepada harga RM25,000. Jadi ada tanggapan eloklah masalah
tanah diserahkan kepada kuasa pusat. Marilah kita teliti
apa yang terjadi apabila kerajaan pusat mengendalikannya
di Kuala Lumpur. Bolehkah Menteri Perumahan memberitahu
berapa banyakkah rumah kos rendah yang dibina di Wilayah
Persekutuan di kawasan yang menyentuh masalah kelulusan
negeri seperti yang disebutnya selalu? Kebanyakan rumah
kos rendah ini bukan terbina disebabkan kerakusan yang
sama dengan alasan yang membuatkan pembinaannya menjadi
sukar dan bermasalah di peringkat negeri. Di manakah rumah
kos rendah di Putrajaya yang dilupakan sema-sekali oleh
pemajunya Petronas. Di sana, kebanyakan rumah adalah untuk
peringkat menengah sahaja. Yang akan terjadi nanti ialah
kemunculan pekan pinggiran di sekeliling Putrajaya yang
kelihatan murahan dan menjolok mata. Sudah wujud peraturan dan undang-undang mensyaratkan
pemaju perumahan membina rumah kos rendah bersama
pembinaan rumah harga tinggi yang mereka majukan. Tetapi
pembinannya adalah untuk mencukupi syarat, selalunya
terbengkali secara disengajakan. Pada 1997, timbalan
perdana menteri ketika itu, Anwar Ibrahim telah membuat
pengumuman dengan penuh gah dan publisiti betapa 80,000
unit rumah kos rendah akan dibina setiap tahun. Untuk
tahun itu, sasrannya merudum sebanyak 90 peratus. Setahun
kemudiannya dia yang merudum dan sejak itu UMNO dan BN
diserang penyakit lemah jantung sehingga tidak mampu
bernafas lega lagi. Janji pembinaan rumah kos rendah itu
telah dilupakan lagi. Kini muncul satu inisiatif kerajaan persekutuan yang
nampaknya semacam angin panas sahaja. Kerajaan merancang
berbelanja sekitar RM1.4 bilion untuk menguruskan
pembinaan rumah murah di setiap negeri dan merancang
membina sekitar 40,000 unit setiap tahun, yang bermakna
setengah dari yang pernah dijanjikan lima tahun dulu.
Menteri Perumahan, Ong Ka Ting, telah memberikan segala
alasan songsang kenapa projek itu mesti dibiayai oleh
kerajaan pusat: harga tanah terlalu tinggi; keperluan
rumah ialah di bandar-bandar dan di pinggir bandar;
kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan untjuk
melaksanakannya. Dengan lain perkataan, tidak ada daya politik untuk
melaksanakannya. BN pusat tidak mahu memberi arahan kepada
BN negeri untuk mengurusnya. Masalah lama disebabkan
hubungan pusat-negeri yang selalu leceh sekali adalah
alasan kenapa projek itu terlalu lama tergendala. Memang
wujud masalah seperti itu. Tetapi apakah masalah itu akan
terus wujud seandainya semua menteri besar dan ketua
menteri diberi arahan ketika pelantikan mereka agar
memulakan pembinaan rumah tersebut. Pada 1950-an dulu
Menteri Perumahan Britain, Mr. Harold MacMilan, telah
menjanjikan pembinaan 1,000,000 rumah kediaman untuk
menyelesaikan kekurangan rumah. Dia melaksanakan janji itu
dan kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Britain.
Tetapi tidak wujud keinginan untuk melakukan perkara itu
di Malaysia. Yang menjadi keutamaan ialah mengisi kantong
ahli politik. Mr. Ong membuat janji manis ini sebagai
sumbangan MCA untuk memancing undi di Ketari. Beberapa
hari dulu, Perdana Menteri bercakap mengenai keistimewaan
kepada sekolah Cina. Menteri lain daripada parti komponen
yang lain akan bercakap mengenai harapan besar dan dasar
negara untuk rakyat Malaysia terutama untuk pengundi
Ketari. Apabila kerajaan mudah melupakan rakyat jelata dan
menjadikan sifat itu sebagai dasar pemerintahan negara,
cadangan untuk menjanjikan pembinaan 40,000 unit rumah
kediaman adalah satu cerita haprak yang boleh
diperlekehkan sahaja. Kalau anda teliti arkib akhbar
daripada 1959, anda tentu dapat membaca janji manis
menteri pertanian yang mahu menjadikan negara berupaya
mengeluarkan beras secukupnya dalam masa 'dua tahun'.
Janji 'dua tahun' itu sudah menjadi bertahun-tahun.
Begitulah juga kisahnya dengan janji membina rumah kos
rendah. Di sebuah negara di mana kerajaan pusat menguasai
kerajaan negeri dengan cara mengawal peruntukan
kewangannya, kerajaan negeri perlu bertandak mengikut
rentak yang dimainkan oleh kerajaan persekutuan. Apabila
ada negeri yang cuba menunjukkan kebebasan dari segi
kewangannya, gaji pegawai kerajaan dinaikkan sehingga
masalah negeri itu berulang semula. Ini sebabnya kerajaan Persekutuan gelabah terhadap royalti
minyak yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Terengganu.
Selama 22 tahun kerajaan negeri yang diterajui BN menerima
royalti itu, ia telah membazirkannya. Apabila PAS naik
berkuasa, royalti itu ditarik oleh kerajaan pusat dalam
satu tipu-helah yang kini dipertikaikan di mahkamah.
Demikian juga halnya dengan rumah kos rendah. Tidak ada
sesiapa yang benar-benar berminat dan serius mengenainya
apalagi kerajaan BN di pusat dan di peringkat negeri.
Tetapi semua itu masih dibiarkan oleh pribumi. Demikainlah
kesannya apabila pengumuman dibuat mengenai projek rumah
kos rendah itu dan apabila diumumkan kepada mereka yang
tahu mereka tidak akan mampu memiliki rumah semacam itu
betapapun harapan meninggi dan keazaman untuk memilikinya.
M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6900 |