|
MBD: Kronologi Tragedi Memali [Ulangan] By Kayhan International 6/2/2002 1:49 am Wed |
Kayhan International, (NEW FACTS CONCERNING HAPUS OPERATION IN MALAYSIA)
Assalamu 'alaikum, Saya mengirimkan satu liputan khas mengenai Memali. Ia
bersangkutan dengan tragedi Baling dengan harapan anda akan
menerbitkannya dan menyibarkannya seluas mungkin. Disebabkan
masalah keselamatan saya lebih selesa kekal tanpa nama.
BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak di utara
Malaysia. Daerah ini pernah mengalami pelbagai pengalaman
tragedi yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang
diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan Cina
yang berpusat di Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang
terjadi pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika
Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad sedang
melakukan satu kunjungan rasmi di China?
Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa orang Islam
yang mati syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah
daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan
kebenaran daripada akur kepada kekerasan telah turun terkorban
nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim Mahmud. Latar belakang
Al-syahid Ibrahim Mahmud Ibrahim berumur 43 tahun ketika itu dan
amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk
dalam Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang
yang banyak pengalaman dan berpendidikan Islam yang cukup
tinggi. Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya
melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke
tanah air, Al Syahid Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai
pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.
Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah agama Islam di
Telivisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem
pemerintahan negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas
agama di kampungnya di Memali. Ini diikuti oleh pembukaan
sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan khidmat
yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan
adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis
terhadap ajaran Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil
langkah untuk menganggotai PAS. Ibrahim telah menyumbangkan
khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan
universal yang memberikan ruang yang luas kepada parti yang
berfahaman sempit menjadi satu pergerakan Islam yang mampu
menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati
kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan
kepentingan kepimpinan golongan ulama sebagai pra syarat
kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan. Dia amat
yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam sebuah
negara Republik Islam. Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS di kawasan
Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169
undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982,
Ibrahim tewas kepada calon BN dengan hanya 100 undi. Ibrahim
merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati
golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas,
beliau adalah lambang seorang insan yang bersih kehidupannya di
kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di Malaysia.
Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting dalam sebuah
parti politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup
mengenepikan golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu
hidupnya, beliau telah menolak semua itu yang dianggapnya
sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan
yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman
hidup beberapa kali yang mahu memerangkapnya dan
membunuhnya. Semua itu dipinggirkannya sahaja sebagai sesuatu
yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan untuk
menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah
dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah
mengejutkan pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah
menjadikan surat arahan penangkapan itu sebagai secebis kertas
yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan untuk menangkapnya
telah berakhir dengan kematainnya yang diiktiraf sebagai mati
syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah
mati di gtangan segerombolan penembak upahan yang tergolong ke
dalam golongan yang suka berpoya-poya.
Allahuahbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di
Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan
terkorbannya 13 nyawa bersama Al Syahid Ibrahim Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer
daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti
perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di
sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang
berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis.
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis
Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai
bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota
Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk
menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang
pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh
beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan
Penang. 002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah
daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan
yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis
dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik
operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis
Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman.
Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan.
Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu
seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan
sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang
kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu
telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit
Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai
pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan
ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang
tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan
sunyi-sepi. 004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba
menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi
gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika
itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah
Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk
bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa
Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah
seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam
usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim
Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan.
Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan
arahan agar serangan itu diteruskan. Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi
ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini
telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di
sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di
sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan
kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan
Polis Hutan itu yang tidak minum. 006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah
menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan
betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan
Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu
adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah
tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran
serangan polis itu. 007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah
pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling
dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit
Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang
sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang
penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45.
Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah
mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada
Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi
Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan
daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan
dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak
Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan
mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan.
Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai
pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh
pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD
Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu
mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan
anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik
dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota
tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam
dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di
hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa
Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke
sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan
Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti
perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau
sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa
lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis
dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak
banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan
operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi
Negeri Kedah. Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat
berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim
Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu
meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni
rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di
Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari
tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah
berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah
bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula
mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti
kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani
telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap
insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan
lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk
berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah
melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca
Surah Ya#sin dan berzikir. Ibrfaham Mahmud kemudiannya memberi
ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada
menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat merka yang mahu
menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa
yang curiga dengan hasratnya itu meninggalakan kumpulan
mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat
duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan
memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih
jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang
hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah baling, segala
persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin
dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota
polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka
lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai.
Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu
sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi.
Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang
bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis
yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka
akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang
diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit
Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani
hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung
seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan
membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan
ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul)
diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan)
telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud
yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman
yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan
pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.
Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu.
Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun
pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil
negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula
berkumandang semula. 012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang
berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba
muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah
benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa
senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi.
Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan
sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk
dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk
kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar,
maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu
membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan.
Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang
pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan
juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah
orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal
telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan.
Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa
pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu
dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada
kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang.
Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah
Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen
anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai
matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi
itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai
pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya
mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang
beragama Islam. 014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan
pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang
kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim
Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan.
Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung
dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar.
Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis
Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak
menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil
bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk
menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan
kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan
betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan
perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama
sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin
beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah
keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi
semacam itu ? 015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan
menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah
memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah
Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom
molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus
memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang
dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga
orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh
Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap
oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi
oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan
pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara
berterusan. 016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang
rumah Ibrahim. 017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu
masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di
mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus
melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan
anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka
walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar
yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam
perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya
yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah
menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu
membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau
terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh
kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas
sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang
pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala
Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah,
kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang
telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa
anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur
itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus
menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan
Islam". 019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah
membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada
Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar
semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia
operasi itu tidak terdedah. 020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang
kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter
polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai
Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang
sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap
dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim.
Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan
pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota
tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan
arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari
betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis
yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan.
Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan
apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti,
kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu
dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim
Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang
digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times
bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat
anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di
akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud
bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran
sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh
majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya
memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya
dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita
bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO
kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti
yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan
segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN
hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa
'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan
Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu
menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan
kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO
memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa
erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah.
Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu
sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau
para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke
arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah
menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu.
Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan
yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan
mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara
nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang
kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam.
Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima
padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama
General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci
oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan
politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang
agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah
Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan
lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang
melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO
untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan
India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka.
Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama
sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan
yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu
menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah
membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah
kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu
kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan
diri kerana takutkan ancaman polis. Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa
mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang
direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan
warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem
tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki.
Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan.
Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja
dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa
satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar
ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya
diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan.
Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan
mati syahid pula. Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud
telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling.
Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran
darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di
atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh
Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra
yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya
peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu
sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan
kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah
merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang
kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah
membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding
bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu
barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang
tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di
satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini
jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara
tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah
dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan
tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah
Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai
melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari
yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana
kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah
dibunuh. Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu
dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula,
apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat
jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah
dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah
letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang
bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan
dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya
dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan
songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga
seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu
suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu
sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah
itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan
mendapat rezeki." 27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal
1406. Suara Islam Malaysia. Diterjemahkan oleh: Sukusakat Wali Songo.
Asal: KM2 6724 |