|
TJ SP MGG: BN Tolak Partipunjabi By M.G.G. Pillai 4/2/2002 12:23 pm Mon |
BN Tolak Partipunjabi (The BN rejects the Punjabi Party) Oleh: M.G.G. Pillai - 31/1/2002. Barisan Nasional (BN) telah menyatakan keengganan menerima
Parti Punjabi Malaysia yang mempunyai keanggotaan seramai
20,000 ahli. Saya tidak berapa tertarik dengan penolakan BN itu
berbanding kepada keahlian parti. Daripada sekitar 200,000 warga
Sikh di negara ini, setengah dari mereka adalah berumur di bawah
21 tahun ataupun berada di maktab dan universiti dan tidak layak
menganggotai parti politik (kecuali Puteri UMNO - penterjemah).
Terdapat sekitar 40,000 warga Sikh yang sudah berkahwin (kecuali
wanitanya) yang aktif berpolitik. Yang lain adalah golongan yang
masih membujang. Daripada kumpulan sekitar 60,000 ini, PPM
(Parti Punjabi Malaysia) berjaya menarik warga mereka daripada
keanggotaan MIC dan PPP, untuk menjadi ahli parti. Jumlah ini
tidak termasuk mereka yang memang lama melibatkan diri berpolitik
di barisan pembangkang seperti Karpal Singh dan anak-anak
lelakinya, ataupun seperti KS Nijhar di MIC, dan segelintir pengikut
mereka. Walaupun mereka pintar menguruskan pertubuhan, BN
tidak memikirkan mereka layak menganggotai BN.
BN yang lebih cekap membesar-besarkan jumlah keanggotaan
ahlinya lebih pintar lagi daripada Arther Anderson yang
melakukannya di Enron (syarikat minyak Amerika - penterjemah),
pasti sudah terbau sesuatu yang bermuslihat dalam permohonan
PPM itu. Tentulah ia tidak mengemari pemohon yang berjaya
meniru dengan lebih licik lagi cara BN menggembar-gemburkan
jumlah keanggotaan ahlinya. Sedangkan ahli BN mendakwa
mereka lebih pintar berpolitik cara ini sejak lama dulu lagi. Mereka
sedar semua angka keahlian mereka ada kerja tipu. Jadi, kenapa
pula PPM boleh mendakwa angka keahlian mereka bukan angka
tipu? UMNO selalu bermegah mempunyai keahlian yang melebihi
jumlah Melayu dewasa di negara ini. MIC mendakwa mempunyai
jumlah anggota keahlian yang lebih ramai daripada jumlah India
yang dewasa di negara ini. Begitu juga dengan tindakan MCA.
Satu lagi parti politik Cina dalam BN, Parti Gerakan, mempunyai
keahlian daripada orang Cina yang tidak menjadi ahli MCA.
Setidak-tidaknya dakwaan MCA boleh dipercayai juga kerana
sejak berlakunya pertelingkahan dalam parti sejak bertahun
lamanya, ribuan nama yang tersenarai sebagai ahli parti sudah
lama tertanam di dalam bumi. Ramai juga orang Melayu dan India
yang diberikan nama Cina untuk menjadi anggota MCA,
seolah-olah mereka begitu taksub sehinggakan sanggup menjadi
ahli dengan menipu. Tradisi ini berterusan dalam parti itu walaupun
tidak dalam parti yang lain. Jumlah keanggotaan yang menentukan kekuatan parti
bukan-Melayu dalam BN, dan bukannya keupayaannya
memenangi kerusi Parlimen dan DUN dan untuk meraih apa juga
pangkat dan kemewahan yang ada dalam BN. Kerana itu setiap
kali ada parti pembangkang yang menyebut jumlah keahlian parti
secara berterus terang (walaupun ada sedikit tambahan angka
yang tidakpun begitu kuat temberangnya berbanding BN), usaha
parti itu akan diperlekehkan oleh BN. UMNO menunjukkan sikap
penipuan semacam ini setiap kali berlakunya pilihanraya kecil.
Segelintir ahli yang melompat masuk UMNO mula bergerak dengan
pelbagai bentuk loteri yang mereka 'menangi'. Ramai yang mula
memandu Proton Waja yang diterima sebagai upahan untuk
melompat memasuki UMNO. Kalaulah dicampurkan jumlah segala
anggota parti politik di Malaysia, jumlah besar yang didapati akan
menunjukkan pengilibatan nama budak-budak sekolah dan
kanak-kanak yang baru berjalan di Malaysia, sedangkan mereka
tidak dibenarkan berpolitik mengikut undang-undang, tetapi nama
mereka disumbat dalam daftar parti politik jauh lebih dulu sebelum
mereka mempunyai hak untuk berpolitik secara sah.
Jadi, BN tidak memerlukan PPM. Tetapi tong sampahnya, PPP
(People's Progressive Party) memerlukan keahlian kaum Sikh.
Presiden PPP Senator M. Kayveas, telah mengajak PPM
menganggotai PPP dan sekaligus mencetuskan satu masalah. PPP
tidak faham kenapa rakyat Malaysia enggan menganggotai parti itu.
Tetapi parti ini hanya berminat dengan warga India untuk
menganggotai parti dan tentu Kayveas faham amat muslihatnya.
Pertubuhan sosial dan organisasi awam tidak boleh cenderung
berpolitik. Meminta ahli kelab seperti itu menganggotai PPP sudah
tentu akan memendekkan usia kerjaya poltik Kayveas. Saya tidak
menjadi anggota sebarang pertubuhan, kerana itu saya masuk
menganggotai PPP secara senyap-senyap. Kayveas berfikiran
seseorang itu menjadi ahli sebuah parti politik untuk mendewakan
pemimpinnya dan bersikap membisu sahaja. Sikap berdiam dalam
parti yang seolah-olah menjadi satu peraturan ini membuatkan
ramai rakyat Malaysia yang tidak menyukainya. Kayveas masih
tidak memahami masalah ini. Dia mempunyai masalah besar untuk
menonjolkan ahli PPP menjadi calon pilihanraya di Parlimen
ataupun kerusi DUN. Sedangkan masalah ini adalah lebih dahsyat
daripada usaha mendaki Gunung Everest. Dia masih tidak faham
kenapa Samy Vellu dan Lim Kheng Yaik bersama ramai orang lain
lagi yang mengawasi pergerakannya laksana enggang.
Kayveas tidak faham kenapa warga Sikh mesti menolak
tawarannya. Mereka mempunyai pendirian betapa mereka juga
mempunyai hak asasi yang lebih sesuai diselesaikan dalam BN
secara terus melalui parti sendiri. Semua ini adalah masalah besar
menyangkuti budaya, kewarganegaraan dan undang-undang yang
kerap dibakul-sampahkan dan sepatutnya tidak diketahui secara
terbuka. Kayveas perlu menunjukkan bukti kepada rakyat Malaysia
kenapa dia dan partinya dianggap tidak relevan. Yang relevannya
ialah kewujudan beliau sebagai badut sahaja.
Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6694
|