|
TAG SP 593: Star: Hentikan Kegilaan Berpolitik di Kampus By The Star 4/2/2002 12:20 pm Mon |
[Catatan Penterjemah - Tindakan Pemuda UMNO mengawal politik
di kampus adalah salah di sisi undang-undang dan tenaga
pensyarah universiti mesti bertindak menghalau dan mengecam
sikap kurang ajar kumpulan ini. ]
Hentikan Kegilaan Berpolitik di Kampus
(Stop meddling in campus politics, UMNO Youth told)
DAP telah membantah campurtangan dan kegilaan berpolitik
Pemuda UMNO menyenaraikan nama pelajar dan pensyarah yang
didakwanya terbabit dengan politik kampus kepada Kementerian
Pendidikan. Setiausaha biro seranta DAP Gobind Singh Deo berkata gelagat
Pemuda UMNO itu adalah melanggar hak asasi manusia.
'Pemuda UMNO tidak ada hak mengaibkan orang lain seolah-olah
mereka tidak ada hak untuk memberikan sokongan kepada pihak
pembangkang," kata beliau dalam satu kenyataan. Gobind Singh
membuat kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Pemuda UMNO
menyediakan senarai nama pensyarah dan pelajar yang
menentang kerajaan. Pengerusi biro pendidikan Pemuda UMNO Adham Baba berkata
senarai nama pensyarah sudah dihantar kepada Kementerian
Pendidikan besama satu memorandum, diikuti kemudian nanti satu
senarai nama pelajar ekoran peristiwa 'lapan pelajar universiti
yang ditangkap sebagai spy bilik operasi Barisan ketika pilihanraya
kecil Indera Kayangan'. Gobind Singh berkata Pemuda UMNO tidak ada hak melakonkan
peranan 'jaga' kepada Kerajaan dalam politik di universiti. 'Ada
banyak pertubuhan yang sah dan bertanggungjawab dengan
kuasa perundangan untuk membuat siasatan itu,' kata beliau.
Lagipun kata beliau, Perlembagaan menjamin kebebasan kepada
seseorang rakyat yang disiasat itu dan ini adalah hak asasi
manusia yang perlu dihormati. 'Kalau ada bukti, mereka harus
nyatakan secara terbuka untuk membolehkan mereka yang
didakwa mempertahankan diri mereka,' kata beliau.
Tamat Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6688
Ref: http://thestar.com.my/services/printerfriendly.asp?
file=/2002/1/27/nation/afgobind.asp&sec=nation
|