|
TAG SP 591: Ketibaan Orang Malaysia? By Harun Rashid 4/2/2002 12:16 pm Mon |
HR Worldview Ketibaan Orang Malaysia? (The Malaysians are Coming?) Oleh: Harun Rashid - 29/1/2002 Malaysia akan menghantar satu rombongan istimewa ke New York
untuk merayu ataupun meminjam dana baru sambil menyediakan
satu gambaran betapa Malaysia adalah sebuah negara yang hdiup
sempurna. Untuk membuka peti dana New York, Malaysia
mengorbankan martabat rakyatnya sendiri, yang merupakan kaum
pribumi beragama Islam semuanya, yang disahkan terpenjara tanpa
sebarang perbicaran yang diperlukan, dan semua nama mereka
adalah pasti tersenarai sebagai anggota PAS.
Penangkapan itu dijadikan bukti betapa Malaysia, mengikut tradisi
kediktatoran yang sebenar, mempunyai apa yang dikatakan
kestabilan politik. Berapa banyakkah penangkapan itu dianggap
mencukupi? Kalau lima puluh difikirkan tidak mencukupi apakah
kemungkinan ia mencecah 200? Bekalan bahan penangkapan
memang tidak ada tepian, kerana Malaysia mempunyai pengganas
merata tempat, yang mudah dipilih di kalangan yang bijak pandai,
terpelajar dan berani. Ada sebuah syarakat perundingan yang juga merupakan broker
kewangan, yang memang terkenal kerana mengenakan cas
perundingan yang tinggi, sedang menjadi penasihat yang menaja
segala kekejian ini, kerana tugas mereka ialah untuk memberikan
penonjolan bermartabat kepada segala kerja penangkapan
kerajaan. Lagipun, di samping segala khidmat profesional yang
biasa yang merangkumi percetakan kad jemputan (di Amerika)
mereka dijangka memberikan sepatah dua kata untuk menyokong
usaha kerajaan merayu ihsan di sana. Kalaulah para penaja tidak
menyebut sesuatu yang tinggi terhadap kata-kata mengampu nilai
bon keluaran Malaysia, mereka fikir kerja haprak mereka ini
dianggap sudah mencukupi. Kalulah syarikat yang memberikan khidmat kerana bayaran yang
tinggi ini memperakui bahawa bon kerajaan Malaysia mempunyai
jaminan ianya akan dilunaskan (menepati tarikh matangnya -
penterjemah), bon itu boleh dijamin dengan premium yang rendah
sahaja oleh syarikat insuran tempatan. Transaksi seperti ini adalah
perkara biasa dan dikenali sebagai 'bon yang dijamin oleh
insuran'. Tetapi, kalau diambil kira apa yang telah terjadi kepada
syarikat Enron (di Amerika - penterjemah) dan kepada kerajaan
Argentina, Malaysia dijangka akan menerima layanan yang tidak
menarik minat di Amerika. Berbeza dengan fahaman di rantau ini, pasaran dana di New York
masih mempunyai fahaman sensitif terhadap Malaysia, tidak kiralah
kalau semua pengganas di negara itu sudah dimusnahkan.
Perdana Menteri Malaysia mungkin membebek bahawa kerajan
Malaysia menjamin segala bonn yang dipasarkan, dan segala
peristiwa lakonan terhadap kestabilan politik di Malaysia
dijangkanya sudah memadai untuk segala lakonan ini. Begitulah
juga gelagat Argentina dulu, dan kini segala jaminan mereka yang
serupa itu ternyata langsung tidak laku.
Ada segelintir pemimpin yang mahukan jaminan konkrit sebagai
satu bentuk jaminan yang lebih selamat. Tetapi apakah bentuk
gadaian yang dapat ditonjolkan? Sebarang kertas jaminan yang
diangap berharga sudah ternyata tidak akan dapat dilunaskan. Ini
terserlah kalau diambil-kira martabat sistem perundangan di
Malaysia. Mahkamah di Malaysia sentiasa mempunyai jalan untuk
menyelamatkan pihak pembela setiap kali kerajaan didakwa. Untuk
lebih mudah dan adil, anggota rombongan istimewa Malaysia
seharusnya dibenarkan menjawab beberapa soalan yang
dikemukakan oleh wartawan kewangan bebas, secara terbuka.
Semua bon yang dijadikan bahan gadaian Malaysia seharusnya
diteliti dengan penuh berhati-hati. Satu ketika dulu sebuah
kementerian di Malaysia telah pergi ke London untuk mendapatkan
pinjaman bernilai $5 bilion, sambil mengemukan bon gadaian hak
Malaysia yang baru sebagai cagaran. Satu siasatan biasa
mendapati bahawa bon itu adalah bon palsu. Kejijikan
tipu-muslihat itu telah didedahkan oleh akhbar Malaysia. Sidang
pengarang akhbar itu sudahpun dipecat, bersama satu kumpulan
wartawannya. Memanglah tidak ada sebarang kaitan rasmi
terhadap kesan siasatan bebas para wartawan akhbar itu dengan
kematian akhbar itu akhirnya. Siasatan bagaimana para pegawai satu kementerian kerajaan
Malaysia berani mengagihkan kertas bon yang palsu untuk menjadi
bahan cagaran pinjaman rasmi kerajaan Malaysia sengaja
dipengapkan tanpa banyak penjelasannya. Kisah itu sengaja
diperam walaupun adalah laporan lanjut yang amat jelas
dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR).
BPR memang terkenal dengan beberapa pendakwaan yang
berjaya setakat ini, walaupun segala bukti terhadap sogokan dan
rasuah bertimbun melambak dalam simpanan mereka.
Semua pihak harus ambil perhatian!! Kini, muncul sekutu
peperangan menghapuskan keganasan. Sila bangun semua untuk
menyambut ketibaan mereka. Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6681
Ref: http://www.geocities.com/harunrmy/21Malaysians.html
|