|
TJ SP MGG: Menyalahkan Org Luar Kerana Masalah Di Depan Mata!!! By M.G.G. Pillai 28/1/2002 2:29 am Mon |
Menyalahkan Orang Luar Kerana Masalah Di Depan Mata!!!
(Blaming the foreigner for a problem closer home)
Oleh: M.G.G. Pillai Ada satu cara tipu-helah politik yang dikatakan berunsur bijaksana secara
menuduh negara luar akan perkara yang tidak berani dicetuskan dalam negara
sendiri. Demikianlah halnya dengan Malaysia yang pantas menuduh Amerika
Syarikat kerana mewujudkan keadaan yang tidak berperi kemanusian terhadap
para tahanan Gulag di Teluk Guantanamo di Cuba. Pada waktu yang sama
Malaysia mempertahankan sikap layanan yang diberikannya kepada pendatang
tanpa izin (PTI) yang dipenjara di pusat-pusat tahanan PTI di Malaysia.
Kaedah penahanan memang berbeza tetapi cara layanan yang haprak memang
serupa. Kuala Lumpur dan Washington bukannya penaja khemah latihan musim
panas (summer camps) kata mereka. Kedua pihak bertegas, mereka memberikan
layanan yang sempurna terhadap 'pesalah' yang ditahan tanpa kerelaan mereka,
dan kedua-dua negara mempertahankan tindakan mereka sebagai usaha yang betul
dan benar sahaja. Tetapi, kedua-dua pihak menuduh pihak yang lain secara
suka-suka terhadap perilaku penahanan mereka.
Peperangan mengganasi keganasan memang diterima-pakai. Demikian bebekan
menteri luar Malaysia, Syed Hamid Albar, cuma Washington dituduh tidak
melayan para tahanan mereka secara berperi-kemanusiaan. Ketua pemuda UMNO
Hishamuddin Hussein turut sama menunjukkan muka marah-bodohnya. Seperti
biasa, duta Amerika di Malaysia, Mrs. Marie Huhtala, menafikannya. Begitulah
perangai duta Malaysia di Washington ketika AS menggunakan perkataan kesat
terhadap sikap Malaysia melayan PTI daripada Indonesia dan Bangladesh. AS
bertindak membisu dalam hal banduan tahanannya, sambil bersikap bersahaja di
negara sendiri tetapi bersikap menyinga di negara orang. Tetapi, itu juga
perangai Malaysia dan banyak negara lain lagi dalam perkara semacam ini.
Tetapi, di manakah Syed Hamid Albar dan Hishamuddin Hussein ketika Ketua
Polis Negara membaham mantan timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar
Ibrahim sehingga matanya lebam? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap
layanan kerajaan terhadap seorang insan yang bakal menjadi perdana menteri
negara, yang kini bergerak dengan kerusi roda dan menanggung penyakit tulang
belakangnya? Sikap mereka mendiamkan diri laksana syaitan tuli memang
sungguh menghairankan. Akhbar perdana kita memang sudah dikasi dan dilatih untuk tidak
mempersoalkan isu yang berat-berat kepada para jemaah menteri dan peniaga
dalam negeri. Seandainya 'peraturan' itu dilanggari, mereka menerima
bahananya. Menteri kabinet dan para peniaga seharusnya tidak diperbodohkan
lebih teruk daripada kebodohan yang memang ada pada mereka. Peraturan begini
mempunyai banyak kesannya. Para wartawan membuat laporan tanpa semangat
mengkritik apa yang mereka dengar, dan jadilah akhbar Malaysia bahan cetak
yang mengandungi kisah kerajaan yang kasar untuk didengar. Berita dilihat
hanya setelah bahannya menjadi batu nisan di kubur si mati, tanpa ada
relevannya dan kaedah bagaimana berita itu tersebar. Setiap kali Perdana
menteri menaja sidang akhbar, segala cakapannya tersebar luas di
akhbar-akhbar, tanpa sebarang usaha untuk mengaitkan jalan ceritanya. Untuk
menentukan segala ucapan PM tersebar luas, keseluruhan cakapannya disiarkan
bermuka-muka. Kalau dia dan menterinya mengkritik dunia, rencana itu
mendapat layanan istimewa di akhbar perdana. Seandainya disoal akan keadaan
yang serupa di tanah air sendiri, wartawan yang menyoal itu akan mendapati
jawatannya sudah tidak selamat lagi. Kerana itu, kita sekarang ini sedang hidup di sebuah negara yang penuh
impiannya. Malaysia dikatakan sebuah negara yang sempurna kerana mempunyai
Perdana Menteri dan orangnya memberitahu kita begitu, selalu. Saya mempunyai
satu teori yang diulangi selalu: akhbar perdana kita memang dibaca setiap
hari, oleh rakyat Malaysia yang kebanyakannya membaca untuk mencari andaian
kesilapan yang sedang melanda. Membaca apa yang tersurat untuk mencari makna
yang tersirat memerlukan kesenian yang hebat. Tentu kita kagum melihatkan
ketepatan perkara ini apbila kita mengandaikan satu peristiwa, sebagai
contohnya yang berlaku di Caracas dengan keadaan yang serupa di negara kita.
Apabila sesuatu masyarakat itu menjadi semakin autoritarian, adalah lebih
ketara perkara ini terjadi. Apabila kebebasan akhbar di Malaysia hanya
mempunyai kaitan dengan puja-memuja pemimpin haprak yang sedang mencengkam
kuasa, kesenian hebat mengecam yang tersirat menjadi satu bahan purba pula.
Akhbar Malaysia menonjolkan kritikan terhadap salah-laku Amerika di Pusat
Gulag di Caribbean, sehingga mencetuskan krisis dalaman. Akhbar itu, yang
merupakan tukang karut Kerajaan, memaparkan kisah yang mempunyai klu betapa
maklumat pertama saya mengenai kemajuan politik tertanam dalam satu kisah
panjang, katakanlah dalam bidang 'horticulture' Adakalanya klu itu lebih
jelas lagi. Demikianlah kisah dongeng yang dinafikan oleh kerajaan tetapi
yang melibatkan dua insan yang ulung dalam dunia politik negara ini. Seorang
sedang terpenjara kerana buatan sendiri di Putrajaya dan seorang lagi
terpenjara di Sungai Buluh kerana mainan mahkamah oleh musibat yang
terpenjara di Putrajaya. Di ibukota negara yang penuh dengan desas-desusnya, tidak ada asap yang
tidak ada setanggi perasapnya. Gelagat terburu-buru menteri luar dan ketua
pemuda UMNO terhadap layanan tahanan Amerika di Gulag Cuba itu adalah satu
kiasan betapa wujudnya satu semangat ketakutan yang membara di hadapan muka.
Secara tiba-tiba para menteri kabinet dan pemimpin BN menjadi terangsang
kerana ketakutan dengan desas-desus itu. Rancangan konspirasi yang
melibatkan ugutan mati terhadap perdana menteri bukannya satu mainan tukang
ugut, walaupun kerajaan menolakknya sebagai cerita karut. Berita itu tidak
menjamin tidak akan menjelma semula. Begitu juga dengan desas-desus betapa
senjata yang dicuri di Grik dulu tidak semuanya yang dapat diperolehi
semula, sedangkan ia sudah berada di tangan pihak yang tidak patut
menyimpannya. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6669
|