|
TAG SP 587: Fanatik Melayu UMNO Yang Rasuah By Spirit Of Truth 28/1/2002 2:11 am Mon |
Laman M@rhaen Fanatik Melayu UMNO Yang Rasuah
(Corrupt Malay Fanatic UMNO - No More Reason For Existence)
Oleh: Spirit Of Truth Setelah dipulas oleh Mahathir untuk menjadi satu parti politik Melayu yang
fanatik, dengan kisah rasuah yang membengkak dan menanah, UMNO sudah
ternyata kehilangan sebarang wibawa untuk terus bernyawa. Tidak ada sesiapa
di zaman ini memerlukan sebuah parti politik yang fanatik, kerana itu UMNO
sudah tidak berguna dan mempunyai sebarang sebab untuk terus bernyawa. Sikap
fanatik Melayu amat bercanggahan dengan budaya perpaduan pelbagai kaum.
Segala usaha untuk meneruskan kewujudannya dengan tipu muslihat penggunaan
kuasa si penguasa yang sedang bertakhta hanya mengundang huru-hara politik
dan rasuah yang rancak kegiatannya di seluruh negara. Budaya fanatik Melayu
akan menghancurkan negara dan mengheret Malaysia ke jurang negara termundur
di dunia. UMNO sudah menghancurkan Malaysia
Kesyaitanan yang bersekongkolan dengan fahaman perkauman yang fanatik, yang
menjadi amalan UMNO telah menabur benih kehancuran budaya dan kehinaan
bangsa. Hari ini, hanya kelakuan tidak bermoral menjadi sokongan UMNO.
Segala dosa fitnah-memfitnah, rasuah, salah guna kuasa, kezaliman,
penindasan, pemerintah ganas yang merupakan corak kepimpinan UMNO menyokong
pengekalan seorang diktator yang zalim dan sewel yang mampu terus mencengkam
kuasanya. UMNO merupakan tukang kacau terulung di negara ini, baik daripada
segi moral, spiritual, ekonomi dan politik. UMNO memang sudah lama tidak
bermoral, dengan wujudnya penyakit sosial yang sungguh mengaibkan. Daripada
segi spiritual ia memang sudah lama muflis, daripada segi ekonomi UMNO
memang bergelumang dengan rasuah yang amat menjijikkan, sehinggakan bidang
politik negara ini begitu tercemar oleh agensi kerajaan yang melacurkan
tugasnya untuk menjamin UMNO dapat terus bernyawa.
Mahathir Menjadikan Malaysia sebagai negara pariah
Selama ini Mahthir telah menyalah-gunakan kuasa untuk mengugut, mengancam,
menyakat dan menangkap serta memenjarakan rakyat yang menentangnya. Setiap
rakyat Malaysia dipaksa menjadi hamba sahaya politiknya, dengan cara taktik
komunis untuk mengabdikan rakyat. Orang Melayu dan kaum lain sudah menjadi
pariah kepada UMNO dan kehaprakan pimpinannya, cuma mesti ikut perintah dan
berserah untuk mendapatkan hak bernyawa secara setia membuta-tuli sahaja.
Seorang diktator tua yang gila kuasa dan sewel hidupnya menentukan nasib 22
juta rakyat. Kegilaan diktator yang nyanyok ini menyebabkan dia gila kuasa
dan mencipta banyak tragedi yang ditanggung oleh rakyat Malaysia. Negara
sedang melayari taufan kesengsaraan yang penuh penindasan, sehinggakan
rakyat merasakan kesengsaraannya. Mahathir sudah menjadi manusia berhati
syaitan dan rakyat jelata menjadi mangsa kekafirannya.
Malaysia mesti diselamatkan daripada kegilaan Mahathir.
Otak nyanyuk Mahathir wujud kerana beliau terlalu takut akan dosa besarnya
dan inilah yang menjadikan negara huru-hara dan bercelaru, rosak dan terhina
kerana segala kegiatan rakus dan rasuah politik, sudah merosakkan kemurnian
masyarakat bangsa. UMNO hanya hidup melalui rasuah, dan inilah senjata
politiknya kerana tanpa rasuah UMNO sudah lama mati. Kecelaruan yang
dirundung oleh otak nyanyuk Mahathir sudah memecah-belahkan keharmonian
negara. Negara ini mesti diselamatkan daripada bedebah yang sungguh dahsyat
ini. Marilah kita bersatu menyingkirkan si musibat ini daripada terus
mengotori dan menghancurkan negara kita.
-Spirit of Truth- Asal: http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot10.html
Corrupt Malay Fanatic UMNO - No More Reason For Existence
By Spirit of Truth Having reduced by Mahathir into a highly Malay fanatic party,
riddled with astronomical corruption, UMNO seems to have lost
completely its reason for existence. No one in this day and age
needs a Malay fanatical party anymore, it is obsolete and absolutely
irrelevent. Malay fanaticism is antagonistic for multiethnic unity and
culture, Malaysia does not need such a worthless party anymore.
Forcing its survival by gross executive power abuse will only invite
political turmoil and corruption to the people and the nation. Malay
fanaticism will lead Malaysia into the primitive times and make it a
backward nation. UMNO has spoiled Malaysia The evils associated with fanatical Malay racism, propogated and
promulgated by UMNO has sowed the seeds of cultural destruction
and immorality. Today only immoral acts can support UMNO, sins
like slander, corruption, power abuse, cruelty, oppression,
despotism are some of the ills of a rotten UMNO, kept alive by a
corrupt senile old leader through the worst kind of power abuse.
UMNO is the nation's number one spoiler, morally, spiritually,
economically and politcally. Morally it is at its worst, with social ills
rearing its ugly face, spiritually it is bankrupt, economically devasted
by a corrupt cronism, politically ruined with all government agencies
enslaved and prostituted for UMNO' survival.
Mahathir has Malaysia into a pariah nation
Mahathir has abused his executive power to threaten, intimidate,
arrest and jail people who oppose him, every Malaysian is being
forced to become his political slave, communist tactics have been
used to subdue and enslave the people. Malays and other have
become pariahs to UMNO's despotism, just follow orders and
surrender their rights and loyalty. One mad power crazy old senile
corrupt dictator decides the destiny and fate of 22 million people, his
madness for power is leading the people to the greatest of all
tragedies. The nation is lamenting with pain of oppression, suffering
from the agony of political subordination. Mahathir is the the
personification of Satan and the people are the victims of his perfidy.
Malaysia must be saved from Mahathir's madness
Mahathir's deranged mind created out of fear from his mega crimes,
has rendered the nation confused, spoilt and rotten, the evils of
blatant elite political corruption, has eaten into the vitals of the
society, UMNO now survives only on corruption, it its surviving
weapon, and without corruption UMNO is dead. The havoc wrought
by Mahathir's lunatic mind has destroyed the virtues of the nation
and its people. The nation ust be saved form this enraged politcal
monster. Let us all mobilise our people to get rid this evil tyrant from
devastating our nation. -Spirit of Truth- |