|
TAG SP 583: MK: Keadilan Tersilap, Kisah Anwar Masih Relevan By L Chuah 22/1/2002 11:13 am Tue |
MalaysiaKini.com Keadilan Tersilap, Kisah Anwar Masih Relevan
(Keadilan makes mistake, Anwar still matters)
Oleh: L Chuah Ada satu perkara yang begitu menonjol kesan pilihanraya kecil di
Indera Kayangan. Perkara itu ialah kisah bertambahnya sokongan
pengundi Cina terhadap pihak pembangkang.
Ini merupakan satu fenomena yang besar maknanya, kerana ia
menunjukkan di sebalik usaha bertalu-talu barisan nasional untuk
mengaitkan hubungan Keadilan-PAS dengan kerajaan Taliban, lebih
ramai Cina Malaysia yang bersedia memangkah kertas undi untuk
parti politik pelbagai kaum seperti Keadilan.
Sebaliknya pula, Keadilan sepatutnya mampu mempamerkan
keupayaan yang lebih berwibawa kalaulah masalah dalaman mereka
tidak terus mengeruhkan keadaan. Perpecahan dengan pihak yang
pro-Abim adalah masih hangat lagi sehingga memberikan kesan
yang sungguh menekannya di kalangan pengundi Melayu.
Lagipun, susunan kepimpinan yang terbaru tidak mempunyai masa
untuk merencana satu pilihanraya kecil yang muncul secara
tiba-tiba. Kesuntukan masa diterukkan bukan sahaja oleh kerana BN
seperti yang selalu dilakukannya, mempunyai pengaruh besar ke atas
media perdana untuk melonggokkan propaganda busuk ke atas pihak
pembangkang, tetapi disebabkan tempoh berkempen yang begitu
suntuk yang diperuntukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.
Pada masa dulu, Keadilan tersilap kerana memberikan fokus hanya
kepada isu Anwar Ibrahim, sehingga mencetuskan dakwaan bahawa
ia adalah parti yang mempunyai hanya satu isu. Yang terbaru,
keadaan berubah songsang, di mana isu Anwar tidak disebut
langsung. Ini adalah satu kesilapan besar, kerana mereka yang
bencikan kezaliman tidak lagi teransang untuk menyokong parti itu.
BN lebih peka dengan keadaan ini, dan itu sebabnya perbicaraan
rayuan Anwar pada 11 Januari ditangguhkan sehingga Februari,
yakni selepas pilihanraya kecil itu.
Ada tiga pendapat dalam Isu Anwar
Orang bukan-Melayu terutama kaum Cina menganggap isu Anwar
sekurang-kurangnya dari tiga segi. Mereka yang muda, dan
berpendidikan tinggi merasa marah cara bekas timbalan perdana
menteri itu diaibkan, dan mereka melihat penjaraannya sebagai satu
petanda betapa banyak yang tidak kena dengan kerajaan yang ada.
Generasi tua, memang amat faham dengan taktik pecah dan perintah
di negara ini. Mereka menganggap Anwar sebagai seorang lagi ahli
UMNO yang kecundang dengan ketuanya, dan apapun yang akan
terjadi ini merupakan satu perbalahan antara kaum Melayu di mana
kaum lain harus tidak campurtangan ataupun ambil tahu.
Kemudian ada pula jenis ahli MCA yang mempunyai sasaran utama
dalam politik memihak kepada pemimpin Melayu yang menang
supaya harta mereka tetap terpelihara.
Ini bererti, Keadilan tidak boleh mengharapkan sebarang undi
daripada jenis ini, ataupun harapan untuk meneroka ruang di
kalangan generasi tua Cina mengenai Anwar.
Namun, isu Anwar masih bergema di jiwai generasi muda, yang lebih
tinggi pendidikannya di kalangan bukan-Melayu. Pada
keseluruhannya, isu Anwar akan meraih lebih banyak undi di
kalangan kelompok bukan-Melayu ini. Yang lebih penting ialah isu
ini digunakan sebagai salah satu isu dan bukannya sebagai hanya
satu isu sahaja. Bagi orang Melayu, pengaiban Anwar akan terus menghantui mereka.
Seperti yang disebut oleh MGG Pillai, budaya Melayu membenarkan
pembunuhan seseorang musuh, tetapi budaya itu tidak merelakan
pengaiban musuh itu. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap
Anwar tidak dapat dilupakan oleh orang Melayu selagi perkara ini
tidak diselesaikan untuk memuaskan pihak yang terjejas perasannya,
dan selagi Keadilan dengan secara tidak bijak melepaskan isu itu
dalam kempennya terhadap BN, seperti yang cuba dilakukannya di
Indera Kayangan. Kekalahan Keadilan di Indera Kayangan, sudah tentu, kerana
kelemahannya tersendiri, seperti masalah dalaman dan kekurangan
strategi yang mantap, dan bukannya disebabkan kekuataan dalaman
BN. Pilihanraya itu tidak menjejaskan PAS kerana parti itu tidakpun
menunjukkan kesungguhan untuk menyokong parti yang tergugat ini.
Peperangan di masa depan Masalah IK hanya merupakan satu bayangan sahaja. Ia bukan lagi
boleh dianggap sebagai perang pilihanraya. Apabila perang sebenar
dalam pemilu 2004 muncul nanti, BN akan menghadapi cabaran yang
berbeza. Pertama, tidak mudah mereka memberikan tumpuan kepada
sesuatu kawasan, ataupun ia tidak lagi mampu menggunakan
propaganda 'negara Taliban' tanpa mengguris kawasan tradisi Islam
tertentu. Malahan, besar kemungkinannya UMNO akan mengurangkan retorik
negara Taliban itu, dan cuba mengenepikan PAS secara menipu.
Seandainya ini terjadi, pengundi bukan-Melayu di bandar akan
memilih Keadilan ataupun DAP. Keadilan akan meraih keuntungan di
kawasan yang diduduki bersama oleh Melayu dan Cina melalui undi
sokongan mereka. Orang Melayu harus diingatkan isu Anwar dan masalah sosial yang
sendeng sebagai isu am. Pendidikan Cina dan isu bahasa ibunda
akan menjadi isu besar, kerana puak minoriti akan mempunyai masa
yang lebih lama membincangkannya, sambil melihat betapa bahasa
ibunda dan budaya mereka yang semakin menghilang, dan
membuatkan mereka menyedari kepentingan pengawasan dan
pengimbangan dalam masyarakat berdemokrasi.
Besar kemungkinannya nanti, DAP akan memenangi kerusi
mengalahkan MCA, dalam kawasan yang didominasi oleh kaum Cina.
Tarikan yang ada pada DAP dalam hal itu, bukan terletak kepada
perbezaan yang wujud antaranya dengan hanya MCA, tetapi juga
dengan Gerakan. Apabila masyarakat melihat DAP sebagai satu lagi parti seakan
Gerakan, yakni sebuah parti yang menyuarakan suara hati parti yang
memerintah, satu penghijrahan manusia yang paling cenderung ke
kiri fahaman mereka akan dapat dijangka (ini juga yang terjadi
kepada PPP - People's Progressive Party - ketika ia menganggotai
BN). Naum demikian, adalah tidak mungkin para pemimpin seperti Lim
Kit Siang akan membenarkan parti itu hanyut begitu jauh ke kanan
seperti itu. Seperti yang disebut sebelum ini, berlakunya sifat berkerat-rotan
antara Keadilan dan kumpulan yang pro-Abim memang telah
menyagat parti itu. Namun pada jangkamasa yang lama, dan mungkin
untuk kebaikan parti itu juga, untuk membolehkan sebuah parti yang
benar-benar pelbagai kaum sifatnya bernafas lega, parti itu tidak
seharusnya dipengaruhi terlalu kuat oleh sebarang dominasi agama
yang dominan. Seharusnya ia menjadi satu kemungkinan, untuk Keadilan berpisah
dalam suasana yang redha dengan kumpulan pro-Abim itu, dan
bukannya dalam keadaan yang penuh dengan kata-kata kesat dan
hangat yang pernah dilihat oleh masyarkat sejak beberapa minggu
yang lalu. Sesungguhnya apa yang sudah terjadi tidak akan dapat
ditarik kembali, dan kepimpinan pelbagai kaum yang ada kini perlu
menumpukan hati dan minda kepada lubuk perjuangan mereka
sebenarnya. 1,687 yang menjadi Wira Ada satu perkara lagi yang perlu dirakamkan di sini: pilihan raya kecil
Indera Kayangan merupakan satu pilihanraya kecil yang sungguh
hangat, terlalu tidak beretika, di mana kata-kata kesat dan berbisa
pernah disembur oleh BN terhadap mana-mana parti pembangkang.
Ia merupakan satu kempen politik yang jauh menyimpang daripada
tata kesusilaan hidup manusia. Semakin jelas betapa pasukan gempur
polis dan banyak lagi pasukan keselamatan berada di sana bukan
sebagai alat untuk mententeramkan keadaan, tetapi sebagai simbol
untuk menggugat para penyokong parti pembangkang.
Apabila dilihat semua ini, mereka yang mengundi calon
pembangkang bukannya calang-calang pengundi. Untuk melihat
seorang wira sahaja daripada tempat itu sudah memadai. Tetapi,
apabila melihatkan satu ribu enam ratus lapan puluh tujuh wira
menapak ke pondok mengundi adalah satu perkara yang
menakjubkan. Kepada mereka yang menganggotai parti itu yang sedang
memperjuangkan hak yang saksama untuk satu negara yang lebih
ceria, izinkan saya berkata: Anda mungkin tersilap, tetapi
kemenangan terakhir adalah hak kita. Teruskan perjuangan sehingga
munculnya hari kemenangan. Terjemahan: SPAR - 21.01.02 Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2002/01/2002012102.php3
Monday January 21, 2002 Keadilan makes mistake, Anwar still matters
L Chuah One thing that stands out from the Indera Kayangan results is
the apparent increase in support for the opposition among Chinese
Malaysian voters. This phenomenon is of great significance, for it shows that, despite
Barisan Nasional's incessant attempts to tie Keadilan's association
with PAS with support for a ?Taliban? state, more Chinese
Malaysians are ready to vote for a predominantly Malay multiracial
party like Keadilan. On the other hand, Keadilan could have put up a better show if
circumstances have not magnified their woes. The split with pro-Abim
(Malaysian Muslim Youth Association) members was too recent not to
have a devastating effect among Malay voters.
Further, the newly-formed leadership hardly had the time to settle
down when the by-election emerged. The time factor was aggravated
not only because BN, as usual, got a headstart with the
government-controlled mass media to heap malicious propaganda
upon the opposition, but also because of the short period allocated
for campaigning by the Election Commission.
In the past, Keadilan made a mistake in focusing only on the Anwar
Ibrahim issue, thus giving the impression that it was a one-issue
party. Recently, the pendulum appears to have swung to the other
side - Anwar is hardly mentioned at all. This is a big mistake, for
those who hate injustice are not motivated to rally around the party.
BN is much more prescient about this matter, which could be why the
Jan 11 Anwar trial was postponed until February, that is, until after
the by-election is over. Three views on Anwar issue The non-Malays, particularly the Chinese, view the Anwar issue in
at least three different ways. The younger, more intellectual types
tend to be outraged by the way the former DPM was treated, and they
see the imprisonment of Anwar as a sign of all that is wrong with the
government. The older generation, used to the divide-and-rule racial politics of
the country, often regard Anwar as just another Umno man who had
fallen out of favour with his boss and that, at any rate, this is an
intra-Malay quarrel and other communities should leave it as such.
Then there is the MCA type whose sole aim in politics is to side with
the winning Malay leader so that their property could be protected.
Needless to say, Keadilan can hardly expect any vote from the MCA
type, nor can it expect to make much inroad with the older generation
on the Anwar issue. But the issue can still find resonance among younger, better
educated non-Malays. On the whole, it appears that the Anwar issue
will gain more votes than lose even among the non-Malays. What is
important is that it is presented as one of the issues and not the only
issue. As for the Malays, the mistreatment of Anwar must remain a very sore
point. As malaysiakini columnist MGG Pillai often pointed out, the
Malay cultural instinct allows for the killing of an enemy, but it will not
tolerate the shaming of that enemy. What the government did to Anwar
would never be forgotten by the Malays unless the matter is brought
to a satisfactory conclusion, and unless Keadilan is unwise enough to
drop it from its anti-BN arsenal, as it seems to have done at Indera
Kayangan. Keadilan's loss at Indera Kayangan, therefore, was caused more by
its own weaknesses, such as party infighting and lack of a sound
strategy, than by any intrinsic BN strength. The election also did not
affect PAS, as that party did not appear to make a real effort to
support its besieged ally. War to come Indera Kayangan, however, is just a skirmish: it is not a battle, much
less a war. When the war or the 2004 general elections arrive, BN
will be facing a completely different set of circumstances because,
first, it is not possible for them to concentrate all their resources on
one particular area, nor can it continue making its "Taliban state"
propaganda without alienating traditional Muslim areas.
It is very likely, in fact, that Umno will not only tone down its "Taliban
state" rhetoric, but even try to out-Islamise PAS. If this happens, then
the urban non-Muslim votes will go to Keadilan and DAP. Keadilan
will have an advantage in mixed areas where both Malay and
Chinese votes are essential. The Malays must again be reminded of the Anwar issue and the issue
of social justice in general. Chinese education and mother-tongue
issues will be big factors then, for there will be more time for minorities
to digest the situation, to see more clearly the gradual disappearance
of their language and culture, and to realise the importance of checks
and balances in a democratic society.
It is also likely that DAP will gain seats, at MCA's expense, in most
predominantly-Chinese areas. DAP's attraction, however, lies not
only in its differences with MCA, but also with Gerakan.
If the public were to see DAP as just another Gerakan, that is, as a
party that aims at merely being the "conscience" of the ruling party, a
mass exodus of most left-inclined voters can be expected (this
happened to the People?s Progressive Party when it joined BN). It is
unlikely, however, that leaders such as Lim Kit Siang will allow the
party to drift so much to the right. As stated earlier, Keadilan's break with the pro-Abim group had
obviously hurt the party. Yet in the long run, it is perhaps for the best,
for a truly multiracial party should not be influenced too much by any
religion. It should have been possible, however, for Keadilan to part amicably
with the pro-Abim group, rather than with the kind of heated
exchanges that the public had seen for the last few weeks. Still, what
is past is past, and the present multiracial leadership appear to have
their hearts in the right place. 1,687 heroes One more thing needs to be mentioned: the Indera Kayangan
by-election has seen some of the fiercest, most unethical,
concentrated venom ever spouted by BN on any opposition party.
It was a no-holds-barred campaign by BN, and it's quite apparent
that the riot squads and other security forces were there not merely to
keep the peace, but also to intimidate supporters of the opposition.
Seen in this light, those who voted for the opposition were no
ordinary voters: they were heroes blazing the path to a more equal
and just society. Just one hero from such a small place should be
enough. To see one thousand six hundred and eighty-seven heroes
marching to the ballot box is a miracle.
So for those in that party who are fighting the unequal fight for a better
Malaysia, I say: You might make mistakes, but final victory is yours.
Stay the course and your day will come.
L CHUAH is a self-proclaimed literature hog interested in applying a
multi-disciplinary approach to world affairs.
|