|
TAG SP 582: UMNO Dalam Bahaya - Cina Tolak Fahaman Ultra-Melayu By Spirit of Truth 22/1/2002 11:09 am Tue |
Laman M@rhaen UMNO Dalam Bahaya - Cina Tolak Fahaman Ultra-Melayu
(UMNO in Peril - Chinese Reject UMNO's Ultra Malay Racism)
Oleh: Spirit of Truth 'UMNO dah jadi samseng, UMNO dah jadi basi' demikian gambaran
yang dipaparkan oleh UMNO yang begitu terdesak dan gelabah
ketika ikut serta dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan, yang
dimenangi melalui penipuan yang sungguh terancang menggunakan
pengundi hantu dan undi pos. Generasi muda Melayu telah menolak
fahaman basi perkauman UMNO, kerana kesedaran bahawa
perkauman Melayu hanya membantut kemajuan mereka, menjadikan
mereka longlai dan tidak ada daya saing sehingga menjerumuskan
mereka menjadi satu bangsa yang lemah. Sebalik segala kata kesat
dan hangat serta penyalah-gunaan kuasa yang ada termasuk
penggunaan berjuta wang rakyat yang mereka rompak di siang hari,
pengunaan polis yang beruniform dan berpakaian biasa, penggunaan
media massa dengan begitu jijik sekali kerjanya, dengan menggaji
kumpulan samseng yang diberikan cukup makan, penyalah-gunaan
jentera kerajaan dan agensinya, namun mereka tidak mampu
menggegarkan nekad dan sokongan para penyokong dan pengundi
terutama pengundi Cina yang menolak fahaman rasis ultra-Melayu
UMNO, sehinggakan undian Cina meningkat enam kali ganda.
Kemenangan UMNO kerana undi pos dan undi hantu yang menipu
Apa yang disebut kemenangan UMNO adalah hasil penipuan
pilihanraya, di mana undi pos sengaja diwujudkan sedangkan semua
itu tidak diperlukan. Pengundi hantu dibawa masuk secara khusus
oleh MCA dan UMNO kerana mereka sedar bahawa rakyat Perlis
sudahpun menolak UMNO-BN. Satu kemenangan melalui penipuan
bukanlah satu kemenangan yang dibanggakan, dan adalah disebut
dengan jelasnya betapa UMNOBN sepatutnya kalah kalau tidak
kerana undi pos dan undi hantu. Dianggarkan 700 undi pos adalah
undi palsu dan sekitar 1000 pengundi hantu telah ditokok-tambah
dalam daftar pengundi. Ini terbukti dengan jelas apabila hanya 50%
pengundi muncul memangkah kertas undi pada 3.00 petang
sedangkan keputusan mengatakan 80% pengundi yang turun
mengundi. Ini bererti 30% pengundi adalah pengundi hantu dan kalau
jumlah undi ini ditarik-balik bererti UMNOBN telah kalah!!
Ugutan dan Ketakutan menyebabkan ramai tidak mengundi ...
Secara nyata hanya 60% pengundi yang keluar mengundi, kerana ini
adalah rencana UMNOBN, supaya mereka dapat memaksimumkan
undi tipu. Sekitar 20% undi tambahan adalah undi pos dan undi
hantu. Kerana itu mana timbulnya perubahan fikiran masyarakat
sedangkan perkara sebenar ialah UMNO tidak berjaya merobah
fikiran penduduk tempatan, tetapi mengguankan propaganda untuk
melaksanakan kaedah penipuan supaya rakyat berfikir mereka sudah
berjaya. Kebenaran adalah satu perkara hakiki dan UMNO telah
kehilangan keyakinan kaum Cina sebanyak enam kali ganda. Inilah
yang menakutkan Mahathir, kerana dia telah menggunakan segala
kaedah penipuan yang menjadi amalan diktator yang korup. Namun
dia gagal dan kini dihantui igauan di waktu tidurnya. Dia kini bertanya
apakah kaum Cina sudah berpusing? Ya!!! Kaum Cina sudah berubah
kerana menyedari bahawa Mahathir adalah seorang musibat yang
suka berbohong, yang kerap menjerit 'serigala' dan apabila dia
menjerit perkatan yang sama ketiga kali ini, masyarakat Cina faham
sangat dia sudah berbohong dan sanggup mengenepikan beliau
dengan angan-angannya. Umno sudah rosak dan tidak berguna lagi
UMNO sudah rosak, dan menjadi basi. Ia sudah dijangkiti penyakit
baru - keganasan politik namanya dengan simtom wujudnya unsur
samseng, rendah moral, jenayah dan salah urus. Setiap usaha untuk
membetulkan keadaan UMNO berakhir dengan kegagalan. Keadilan
sedang membangun dengan tenga pembangunan yang bertahap,
menyambar kekuatan dan pengalaman daripada serangan bertubi
parti pimpinan Mahathir yang semakin tenat. Semakin ramai orang
Cina dan India yang menganggotai Keadilan, kerana mereka yakin
inilah parti untuk generasi baru, di mana unsur perkauman dapat
dijerut. Indera Kayangan telah menyaksikan kemasukan bilangan
Cina yang besar, yang mencetuskan ketakutan di hati Mahathir
kerana tanpa sokong Cina, Mahathir akan tersepuk kehampaan.
Momokan Negara Islam dan puak militan yang penuh pembohongan
Kini akhirnya kaum Cina sedar penipuan Mahathir akan kewujudan
negara Islam hanya untuk memutar minda kaum Cina dan ini
diperkuatkannya dengan propaganda militan Islam. Putaran minda ini
dilakukannya dengan menyogok kisah wujudnya jaringan al-Qaeda,
KMM dan keganasan pergerakan Islam. Tetapi bukannya mudah
menipu semua orang untuk selama-lamanya; negara Islam, Al
Maunah dan KMM adalah penipuan yang sudah lama basi dan telah
diperlekehkan oleh kaum Cina sebagai penipuan politik dan
sandiwara untuk memesong perhatian dan memutar minda.
Kelahiran Keadilan mengebumikan momokan Mei 13 dan fahaman
perkauman Dengan lahirnya Keadilan, yang merupakan sebuah parti multikaum,
setiap kaum menjadi ceria dan puas hati. Tidak boleh lagi dicetuskan
episod 13 Mei, apatahlagi politik perkauman dan tidak lagi boleh
diwujudkan kepentingan dan prasangka perkauman. Inilah yang
diharapkan oleh kumpulan Melayu, Cina India dan kaum lain pada
masa ini. UMNO tidak akan berjaya lagi bersaing dengan falsafah
hidup moden yang dicipta oleh Anwar Ibrahim untuk Malaysia. UMNO
sudah terlalu haprak dan perbuatannya yang rakus dan korup akan
membunuh sebarang cebisan semangat perjuangan dan memaksa
kematiannya. Mahathir akan dicatat dalam kenangan sebagai
pemimpin korup yang paling zalim yang menghancurkan demokrasi di
negara ini dan segala nilai kehidupannya. Mahathir akan dikenang
sebagai musibat yang menggalakkan politik wang dan salah guna
kuasa di Malaysia. Sudah tiba masanya pengganas politik ini
disingkirkan dan Malaysia diselamatkan dari huruhara ciptaannya.
-Semangat Kebenaran- Terjemahan: SPAR - 21.01.02 Asal: http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot04.html
UMNO in Peril - Chinese Reject UMNO's Ultra Malay Racism
By Spirit of Truth "UMNO dah jadi samseng, UMNO dah jadi basi" this was the
emerging image of a desperate UMNO as seen in the Indera
Kayangan bye election, which it won through carefull rigging using
fraudulent phantom and postal votes. The new generation Malays
have rejected an outmoded racism in UMNO, for they know that
Malay racism will only stifle their progress, make tham weak and
uncompetitve, leading them to become a weak race. Despite using
and abusing all the powers they had, from the mega millions (stolen
from the public coffers), abuse of both uniformed and ununiformed
police, prostituting the mass media to its most immoral extent,
employing well fed and paid mentally benumbed gangsters, misusing
the government machinary and agencies, yet they were unable to
shake the support of the voters, and worst of all the Chinese rejected
the Malay ultra racist UMNO, when their votes increased six fold.
It is common knowledge that UMNO's victory votes (post and
phantom) were fraudulent UMNOBN's false victory was the result of electoral fraud, postal votes
were created when there is no reason for it. Phantom votes were
brought in especially through MCA and UMNO because they realised
that the Perlis people had rejected UMNOBN. A victory through fraud
is no victory, and it is rumoured that the truth was UMNOBN would
have lost more votes if the postal and phantom removed. It has been
estimated that 700 false postal vote and about 1000 phantom votes
were added into the election, this was proven because by 3.00pm
only 50% of the people voted but the result showed that 80% voted.
Therefor 30% of the votes were fraud and if we remove this UMNOBN
would have lost!!. Threats and fear forced many not to vote so that the phantom votes
can be included. In reality only 60% of the voters turned out, this was the UMNOBN
plan, so that they can maximise the fraud votes. The 20 percent of the
additional were all phantom and postal votes. So where is the change
in opinion, the hard fact is UMNO has not gained any grounds, but to
use it for a propaganda splash thay had to employ fraudulent methods
so that people may think they did better. But the truth is the truth,
UMNO lost more chinese support, when the Chinese support
increased six folds. This has frightened Mahathir, for he having
employed every fraudulent method which corrupt dictators use, yet he
failed, this has become his nightmare. He is asking, have the Chinese
changed? Yes! they have changed because they knew Mahathir is a
tricky liar, who played "cry wolf" and when he cried wolf the third
time this round, the Chinese knew he was cheating and they ignored
him with wisdom. UMNO is spoilt and serves no purpose.
UMNO is spoilt, one it has become basi (rotten) the other it is infected
with a new disease - political terrorism with symptoms of gangsterism,
immorality, violence and physical abuse. Every attempt to improve
UMNO has failed, on the contrary KeADILan is growing from strength
to strength, gaining power and experience from the relentless attacks
from Mahathir's dying UMNO, more and more Chinese and Indians
are joining KeADILan, which they see as the new generation party,
where the spectre of racism is forever stilled. Indera Kayangan
witnessed the influx huge number of Chinese, creating tremendous
fear for Mahathir because without Chinese support Mahathir will sink.
The Islamic state "phantom" and the militancy are all fallacious
Finally the Chinese recognised that Mahathir created the Islamic
State issue to keep the Chinese mind under his control, and later
reinforced this propaganda to include Islamic militancy, through
fraudulent Al Maunah orchestration, KKM and Islamic terrorism. But
you cannot fool all the people all the time for ever, Islamic State, Al
Maunah and KKM are all basi and written off by the Chinese as
political fraud and ploys to mislead and distract the mind.
With the birth fo KeADILan the spectre of May 13 is buried and racial
discrimination is finished With the emergence of KeADILan, a full blooded multiethnic party,
every race has become satisfied and happy. No more May 13, no
more racist politics and no more racial privileges and prejudices. This
what the modern day Malay, Chinese, Indian and others want!!
UMNO will not be able to compete with this new philosophy which
Anwar Ibrahim brought for Malaysia. UMNO is doomed and its
corruption will kill its spirit and force its demise. Mahathir will be
remembered the most cruel and corrupt leader who destroyed
democracy and virtue, who introduced the most corrupt of money
politcs and power abuse in Malaysia. It is time that this political bandit
be removed to save Malaysia from his havoc.
-Spirit of Truth- |