|
TAG SP 581: Enam puluh Tahun Meratapi Nestapa By Malay Coolie 22/1/2002 11:04 am Tue |
Enam puluh Tahun Meratapi Nestapa
(Sixty Years in Mourning) Oleh: Malay Coolie Sebagai seorang pegawai kerajaan, seorang ayah dan seorang
suami, saya berbangga dengan agama Islam yang saya anuti. Sejak
serangan 11 September di New York dan Washington, sudah menjadi
saut kesulitan untuk menjelaskan kesucian agama saya dan
pengajarannya kepada ramai kawan bukan-Islam.
Peristiwa itu telah memejalkan sikap orang bukan-Islam yang lupa
betapa banyak peristiwa dunia selepas Perang Dunia Kedua adalah
lakaran agenda Amerika dan Britain. Dua kuasa besar ini menjadikannya satu 'perjuangan suci' untuk
mencengkamkan kefahaman mereka ke atas dunia sejagat.
Tetapi Bangsa Palestin kehilangan tanah tumpah darah mereka
dengan tertubuhnya Israel di bumi mereka pada 1948.
Soalannya: Kenapakah kaum Yahudi tidak dibenarkan menubuhkan
negara Yahudi mereka di Gurun Mojave ataupun Alaska daripada
menghalau bangsa Palestin jauh daripada perkampungan mereka?
Umat Islam Kashmir telah kehilangan hak untuk membuat keputusan
sendiri sama ada mahu memihak kepada India ataupun Pakistan pada
1947 apabila Maharaja Hindu membuat keputusan memilih
pemerintahan India, dengan relahati menolak pendirian penduduk
yang sebahagian besarnya beragama Islam hingga ke hari ini.
Bosnia hari ini adalah rangkaian wilayah di mana umat Islam dipaksa
mengongsi negara mereka dengan pengganas Serb.
Amerika dan sekutunya hanya menubuhkan satu mahkamah untuk
membicarakan pembunuhan orang-orang Serb sedangkan hingga
hari ini tidak lagi mampu menangkap Radavan Karadzic, bekas
pemimpin pemberontak Serb Bosnia. Soalannya: Apakah yang dimaksudkan dengan peperangan
Afghanistan? Adakah ia peperangan terhadap pengganas Al-Qaida
ataupun satu peluang yang tidak terduga untuk menghancurkan regim
Taliban? Tidak ramai kini mengingatkan betapa Israel telah membenarkan dan
melihat darah mengalir ketika militia Kristian menyembelih bangsa
Palestin di khemah pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan pada 1982.
Orang awam akan berkata dengan bersahaja: 'Orang Islam yang
mati, jadi apa lagi?' Seluruh dunia mengharapkan keluarga Islam
yang biasa meratapi mangsa 11 September itu? Umat Islam seluruh
dunia sudah lama meratapi kematian semacam itu, enam puluh tahun
lamanya. Kepedihan itu mencucuk lagi apabila askar Israel menjajah Jerusalem
pada 1967. Tetapi, saya tidak melihat Arel Sharon dihambat di bumi
Israel oleh bala tentera Amerika. Islamophobia sedang menunjukkan bayangnya di negara kita. Tetapi
aku masih bangga mengaku bahawa aku dilahirkan sebagai seorang
beragama Islam dan rela menghembuskan nafas terakhir dengan
sinaran Islam juga. Terjemahan: SPAR - 21.01.02 |