|
TAG SP 580: Konflik Kemanusiaan di Rantau Islam By Johanna Son 22/1/2002 11:03 am Tue |
Konflik Kemanusiaan di Rantau Islam
(Humanising conflict in the Muslim south)
Oleh: Johanna Son Ketika pengarah filem Filipino Marilou Diaz-Abaya bercuti daripada
kerjayanya beberapa tahun dulu, dia tidak pernah menyangkakan
kemungkinan berdepan dengan peperangan kerajaan Filipina
terhadap puak pemberontak Islam di selatan negaranya - dan lantas
melihat satu projek pembikinan filem.
Akhirnya filem beliau itu, 'Bagong Buwan' (Purnama Baru) yang
ditayangkan di Metro Manila Film Festival pada awal bulan ini,
merupakan satu pengalaman baru kepadanya dan kepada barisan
pelakon filem itu juga. Beliau mengharapkan perasaan itu dikongsi sama oleh para penonton
tempatan, yang kebanyakannya tidak memahami perjalanan Islam
apalagi untuk menyebut kos perbelanjaan negara disebabkan konflik
yang terjalin berdekad lamanya. Itulah dia konflik antara kumpulan
pemberontak yang beragama Islam dengan pihak tentera di
kepulauan terbesar di selatan yang dinamakan Mindanao.
Terdapat lebih tiga juta daripada sekitar lima juta manusia Islam yang
menetap di Mindanao yang merupakan sebuah kepulauan Filipina
yang mempunyai penduduk seramai 80 juta manusia. Filipina
merupakan hanya sebuah negara Kristian di Asia Tenggara. (Catatan
penterjemah: Ingat siapa tulis artikel ini, dan bagaimana hanya ada
lima juta umat Islam di sebuah negara yang pada asalnya ada negara
Islam keseluruhannya????) Identiti Nasional Mindanao ialah sarang di mana bertahannya satu kumpulan
masyarakat Islam yang resah gelisah yang mempertahankan identiti
kebangsaan mereka kepda zaman lama ketika mempertahankan
penjajahan Sepanyol yang telah memerintah gugusan kepulauan
Islam yang akhirnya bertukar menjadi Filipina.
Malahan, Diaz-Abaya mengimbau bagaimana segelintir umat Islam
yang membantu mengawal projek pembikinan filemnya pernah
bertanya: 'Apakah yang dapat anda sebutkan mengenai perjuangan
kami?' dalam filem itu. Selepas satu tahun berada di Cotabato dan wilayah Lanao del Sur di
Mindanao, bertepatan dengan ketika munculnya arahan kerajaan
Joseph Estrada memerangi pemberontak Islam pada awal 2000,
Diaz-Abaya menyebut hasratnya untuk membuat satu filem mengenai
anak yatim peperangan dan berkata 'cukuplah setakat itu'.
Jadi, Diaz-Abaya telah disebut sebagai berkata oleh media
tempatan, dia mempersetujuinya setelah isteri kepada seorang
pedagang Mindanao mencadangkan beliau menumpukan filemnya
kepada kisah anak yatim peperangan di rantau selatan.
Kesannya, lahirlan satu filem yang sungguh unik, pertama dalam
pemilihan satu kisah yang tidak berunsur komersial dan kedua,
usahanya memahami keperitan dan emosi umat Islam Filipino yang
berantakan kerana peperangan. Bahana Perang Di sebalik mainan wayang yang kadangkala memang ketara
menonjolkan perbandingan fahaman Katholik dan sinar Islam, filem itu
menunjukkan bencana perang yang menggugat manusia yang selama
itu dianggap oleh rakyat Filipina sebgai satu situasi yang harus
diterima, sehinggakan tidak ada ketentuan di mana hadnya.
Plot filem berkisar pada Ahmad, seorang doktor beragama Islam yang
berjaya di Manila yang terpaksa bergegas pulang ke Mindanao
setelah anaknya ditembak oleh peluru sesat ketika terjadinya satu
serang-hendap malam hari di kampungnya.
Daripada situ, bermula usaha Doktor Ahmad memindahkan
masyarakat awam keluar daripada kawasan berbahaya, dan
usahanya itu menyeluruhi satu kehidupan keluarga Islam yang
bersatu berkempen mahukan sebuah negara Islam yang mereka tadbir
sendiri - dan inilah perjuangan yang beralun untuk satu waktu yang
lama yang berkisar kepada penubuhan negara merdeka kepada satu
wilayah autonomi hinggalah penubuhan satu 'negara Islam'.
'Saya telah berlari tanpa keruan sejak saya kanak-kanak kecil lagi,'
kata ibu Ahmad dalam filem itu. Seandainya filem itu mampu menunjukkan betapa peperangan telah
menghancurkan masyarakat dan menjentik minat terhadap kehidupan
dan budaya umat Islam Filipina - besar kemungkinan filem itu
mencapai impak sosial yang berpadan. Apapun, ramai masyarakat Kristian Filipina yang mempunyai
pengetahuan terhad terhadap budaya dan agama umat Islam Filipina -
terlalu ramai yang hanya tahu berita kisah pertempuran dan rujukan
terma 'pemberontak Islam.' Perbalahan politik dalaman Sebenarnya perjuangan Islam telah dilihat sebagai perbalahan
dalaman di kalangan kumpulan berbeza.
Contohnya, permberontakan bersenjata sekitar tujuh puluhan dulu
telah dipimpin oleh 'Moro National Liberation Front' Tetapi satu
pasukan yang berpecah darinya - 'Moro Islamic Liberation Front'
ataupun MILF - kemudiannya mendapat kekuatan selepas MNLF
menandatangani satu perjanjian damai pada 1996 dan kemudiannya
memainkan satu peranan utama di wilayah autonomi Islam di selatan
negara. Estrada telah mengarahkan agar tenteranya memusnahkan MILF
ketika menjadi presiden negara itu dan inilah yang menyegerakan
perfileman 'Bagong Buwan' - walaupun kewujudan episod yang
berbeza dalam kehidupan pemberontak di Selatan itu mempunyai
kesan yagn serupa terhadap puak yang tidak bersenjata.
Dalam hal ini, serangan ketenteraan telah menyebabkan
kucar-kacirnya penempatan tetap para penduduk sehingga mereka
menjadi pelarian yang tidak keruan. Inilah kesannya apabila khemah
penempatan MILF dan rumah ibadah mereka seperti surau dan masjid
dimusnahkan. Filem itu cuba menyampaikan mesej yang bersalut satu harapan
besar - kerana itu diberi jodol Purnama Baru (ataupun lebih cocok
'Anak Bulan' - penterjemah) walaupun ditunjukkan kisah kematian
Ahmad dan ibunya. Perfileman itu dibikin dengan melalui satu
cabaran pembikinan untuk menonjolkan perdebatan mengenai
pencarian umat Islam Filipina akan identiti mereka dan penderitaan
mereka yang begitu lama dihantui penderaan kerajaan pusat.
Pada tahap awalan filem, Ahmad berkata betapa dia amat percaya
bahawa pendidikan dan bukannya peperangan, adalah jalan terbaik
untuk umat Islam keluar daripada kepompong penyingkiran, tetapi dia
sendiri terjebak dalam peperangan yang tidak memilih mangsanya.
Watak Ahmad dibawa oleh Cesar Montano, yang turut bercanggah
pendapat dengan adiknya, seorang annggota kumpulan bersenjata
Moro Islamic Liberation Front. Ahmad telah cuba mempengaruhi anak buahnya Rashid, seorang
pejuang muda yang amat pintar dengan senjata dan pembunuhan
dan yang menuduh pamannya sudah diputarkan minda oleh golongan
kafir di Manila. Ketokohan Ahmad menonjol akhirnya apabila dia berjaya
memindahkan berdozen kaum wanita dan kanak-kanak serta warga
tua ke satu kawasan yang mereka fikirkan selamat ketika itu - tetapi
itulah tempat yang diserang bertubi-kali oleh operasi ketenteraan -
itulah juga tempatnya dia melihat askar kerajaan menggunakn masjid
yang mereka musnahkan sebagai tandas untuk melepaskan
kesesakan mereka. Pada ketika itu, Ahmad menembak askar musibat itu, kerana tersuntik
ketaqwaan di jiwanya walaupun sudah terlalu keletihan kerana
kemarahan yang membara. Konflik Bersenjata Akhirnya seorang professional yang beragama Islam yang mahu
menyendiri daripada konflik bersenjata telah ditembak dan mati juga.
Walaupun ketika itu dia cuba menyelamatkan seorang budak lelaki
beragama Kristian menjadi mangsa peluru sesat dalam pertempuran
dengan angkatan bersenjata kerajaannya.
Keadaan perang sebenar memang tidak jauh dari rakaman filem itu,
kata Diaz-Abaya sambil menambah betapa peristiwa sebenar dan
babaknya yang dilihatnya sendiri telah dirakamkan dalam pembikinan
filem itu. 'Saya melihat sendiri orang yang mati seperti yang
dipaparkan dalam filem. Mereka mati laksana langau,' katanya.
Barisan pelakon menjalani tempoh penyelidikan dan penyesuaian
keadaan selama berbulan lamanya untuk mendalami budaya Islam
tempaan dan beberapa orang pakar dalam pengajian Islam termasuk
menghadiri seminar bengkel untuk dua bulan.
Mengikut Montano, sebagai pelakon lelaki utama, dia dan
Diaz-Abaya memang begitu jelas dengan mesej pro-kedamaian filem
itu. 'Saya berani katakan selepas menyudahkan perfileman, saya
memahami lebih dalam lagi masalah umat Islam. Kalaulah kita berada
di tempat mereka, saya agak kitapun akan bertindak serupa.' Jelas
beliau dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, 'The
Phillipine Star'. Dia memetik kisah wira unggulan Filipina Jose Rizal, yang pernah
dihukum mati oleh penjajah Sepanyol pada abad ke-19, kerana
memberontak: 'Seperti apa yang dilakukan oleh Rizal terhadap
Sepanyol, (katanya) 'Kita sedang dihenyak oleh Sepanyol, oleh itu
kita tidak ada pilihan lain kecuali melawan balik'.'
'Kita tahu sedikit sahaja sejarah Islam, tetapi saya percaya ramai
manusia tidak faham kenapa ada peperangan di Mindanao, kata
Montano, yang memenangi hadiah aktor terbaik dalam festival filem
itu. Terjemahan: SPAR - 21.01.02
|