|
TAG SP 578: Umno Perangkap Pengundi Melayu dan Paksa Mengundi... By Spirit of Truth 22/1/2002 10:59 am Tue |
M@rhaen UMNO Perangkap Pengundi Melayu dan Paksa Mengundi Calon BN
(UMNO Caged Malay Voters and Forced them to vote for BN)
Oleh: Spirit of Truth Beberapa perkara yang paling mengaibkan telah dilihat dalam
pilihanraya kecil Indera Kayangan. UMNO yang sudah terlalu
ketakutan dan gelabah, kerana kehilangan sokongan orang Melayu
telah berusaha 'mengurung mereka untuk memaksa' orang Melayu
mengundi dengan cara mengugut dan memujuk rayu. Pengundi
Melayu itu dikurung di rumah sendiri, sambil dinafikan segala punca
maklumat bebas, dengan bantuan pihak polis yang memihak kepada
kerja jijik mereka dan penggunaan jentera kerajaan sehinggalah
mereka sudah betul-betul akur kepada ugutan yang dirancang dari
atasan gara-gara muslihat seorang diktator zalim dan tidah berhati
perut. Minda majoriti Melayu dalam pilihanraya kecil yang terbaru itu
telah dipaksa untuk menerima arahan mengundi tanpa berfikir lagi.
Demikianlah pengundi Melayu yang diputarbelitkan mindanya
sehingga terpenjara oleh UMNO yang menyediakan pula 'kem
tahanan' untuk menentukan mereka tidak didekati oleh parti lain.
Dengan lain perkataan pengundi Melayu telah dikasi dan dipukau
untuk menghambakan diri kepada arahan UMNO.
Pengundi Melayu dijerat pembohongan UMNO
Demikianlah keadaan yang menyedihkan di Kangar Perlis apabila
pengundi Melayu dikawal dengan ketat oleh pasukan Polis yang
sudah diperangkap Mahathir untuk berlagak laksana pelacur sahaja
dan bergerak laksana robot, sambil mengikut arahan yang sudah
diprogram menjadi Pak Turut. Pengabdian begini, yang menjurus
kepada paksaan dan penindasan akan menghancurkan orang
Melayu menjadi patung dan bidak, tidak berupaya berfikiran bebas,
kerana minda sudah dipulas, dan akhirnya terjerumus menjadi satu
bangsa tertindas yang tidak mempunyai kuasa bergerak bebas.
Orang Melayu Mengarah Menjadi Kelas Pariah Bikinan Mahathir
Dalam sejarah India purba, kaum Aryan yang datang menjajah telah
berjaya menumpaskan bangsa Dravidian dan melahirkan satu
kumpulan kasta daripada mangsa yang mereka kalahkan. Bangsa
Dravidian yang dikalahkan telah ditangkap dan dijajah sehingga
menjadi satu kumpulan paling bangsat yang diberikan gelaran Sudras
dan tugas kaum bangsat ini adalah untuk menghambakan diri kepada
tiga lagi kasta yang di atas. Inilah yag terjadi kepada orang Melayu di
bawah kelentongan regim UMNO. Kini mereka tidak perlu berfikir,
tidak perlu menyoal kaum atasan, cuma memadai mengikut arahan.
Pilihanraya kecil Indera Kayangan tidak berdemokrasi dan mesti
ditolak dengan bulat-bulat. Keputusannya tidak boleh diambil-kira
kerana dihasilkan dengan tipudaya dan penuh kelentongannya.
Cina sudah sedar pembohongan negara Islam dan sandiwara militan
Pilihanraya kecil Indera Kayangan menyaksikan kemunculan budaha
samseng UMNO. Sebuah parti Melayu yang ketandusan sokongan
rakyat, kini melancarkan satu budaya 'merompak undi' melalui
keganasan dan kesamsengan politik. Sesiapa yang berani menentang
digasak dengan ganas, kerana orang lain tidak dibenarkan bercakap
kepada pengundi Melayu melainkan UMNO, kerana orang Melayu
adalah hak istimewa UMNO, yang dijadikan bidak setiap pergerakan
catur-politik yang dirancang. Mereka diibaratkan laksana monyet
yang dirantai, dan dilatih mengikut arahan tuannya. Tetapi, berbeza
dengan orang Melayu, kaum Cina telah berjaya secara bertahap
menghembus debu propoganda yang telah mengabui pandangan.
Kelentongan negara Islam dan drama militan Islam kini dilihat sebagai
satu sandiwara dan tidak lebih dari itu. Itu sebabnya berlaku
tambahan undi Cina sebanyak enam kali ganda banyaknya yang
mahu menghumban jauh unsur rasis Melayu yang menggemakan
kehaprakan idealisme ultra Melayu.
Episod IK membuktikan kuasa Mahathir melalui keganasan politik
Dengan mencipta budaya huruhara, kewujudan FRU, pasukan polis
yang berunifom dan berpakaian preman, Mahathir telah mencetuskan
suasana ketakutan, kehaprakan politik, lengkap dengan stail mafia
dan kesamsengan, sehingga para pengundi ditakut-takutkan dan
dipaksa mengundi UMNO-BN. Wang sogokan, dan ketakutan
membantu UMNO merompak undi orang Melayu dan kaum lain. Satu
perkara jelas sudah semakin pasti, Mahathir sudah muncul sebagai
seorang penganas ultra politik, yang memaksa orang ramai akur
kepada kerakusan peribadinya. Pilihanraya Kecil Indera Kayangan Adalah Satu Penindasan
Parti samseng UMNO telah menunjukkan kejijikan berpolitik, tanpa
sebarang etika berpolitik, menggunakan keganasan dan budaya
takut-menakut. Pilihanraya kecil itu telah direncana dengan tipu
muslihat membuatkan keputusan memihak kepadanya. Dulu UMNO
dikenali sebagai satu parti perjuangan, kini ia dikenali sebagai parti di
mana pemimpin politik yang rasuah sedang bersarang, ditemani oleh
para samseng dan pembohong besar. Kalau trenda ini berterusan
orang Melayu akan bertukar wataknya menjadi hamba sahaya politik,
dan negara ini akan menjadi satu harta peribadi UMNO untuk terus
merompak segala kekayaannya. -Semangat Kebenaran- Terjemahan: SPAR - 21.01.02 Asal: http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot03.html
UMNO Caged Malay Voters and Forced them to vote for BN
By Spirit of Truth The most horrendous things were seen in the recent Indera Kayangan
bye elections. A frightened and desperate UMNO, having lost Malay
support, tried the "cage them and force them " to vote under threat
and appeasement . Malay voters were caged, sealed off from the flow
of information, contained by the abuse of police and government
machinery and finally forced to submit to the command of a despotic
cruel dictator. The Malay mind in the recent bye election was
forcefully conditioned to vote without any thinking, rationalising or
comparing . Such has become of Malay voters who have been
effectively imprisoned in the UMNO created "detention camps" to
ensure they were not exposed to any other party. In other words
Malay voters were castrated and subdued to submit to UMNO' s
orders Malay Voters trapped in UMNO's web of lies
The pathetic situation in Kangar Perlis, where the Malay voters were
guarded with the utmost security by the Mahathir prostituted police,
were reduced to virtual robots, follow like machines which has been
programmed to follow their captors. Such a subordination, forced
domination, and exploitation will reduce the Malays to puppets and
pawns, unable to think for themselves, mentally enslaved, and finally
degenerating into rotten hopeless race.
Malays will end up like Sudroid Pariahs if Mahathirian oppression
goes on In ancient India the invading Aryans enslaved the conquered
Dravidians by creating the Sudroid caste(pariah). The Dravidians who
were captured and colonised were made into the lowest caste
(Sudras) and the duty of this caste is to serve the three upper caste in
utter servitude. This has now happened to the Malays under the
oppressive UMNO regime. They now must not think, must not question
their lords, just follow what they say. The indera Kayangan bye
election is not a democratic and it must be rejected outright. Its
outcome is not borne out of truth and fairness.
Chinese have already begun to realise the fallacy of the Islamic state
and Militancy ploy Indera Kayangan bye election witnessed the emergence of UMNO
gangsterism at work. A party with people support dwindled, has now
embarked on "vote robbing" through terrorism and political
gangsterism. Anyone who opposed must be bashed up, no one must
talk to the Malay voters except UMNO, Malays are the sole property
of UMNO, they are pawns only to move as instructed. They are like
monkeys chained, and trained to do what the masters order them to
do. Unlike the Malays, the Chinese have managed to some extent to
remove the dust of deceptive propaganda that has obscured their
vision. The Islamic state bogey and the Islamic militancy drama is now
seen a ploy and nothing more, so there was a six fold increase in the
Chinese voters wanting the elimination of ultra Malay racist UMNO.
Indera Kayangan episode proves Mahathir can only survive by
political terrorism By creating a hyper fear situation, massive presence of FRU,
uniformed and non uniformed police Mahathir created a fear infested
environment,political gundaism, samseng and mafia style intimidation,
during which voters were frightened and forced to vote for UMNOBN.
Money, bribery, and fear helped UMNO to rob the votes from the
Malays and others. One thing was sure, Mahathir has become a ultra
political terrorist, forcing people to submit to his personal desires.
Indera Kayangan by election was not a true election but an
oppression UMNO samseng party has shown its ugly politics, without political
morality, using violence and scare tactics, the election was rigged
manipulated and made to sway to their side. From a freedom fighter
UMNO is a now a party of corrupt political gundas, gangsters and
liars. If this pattern continues Malays will be reduced to mere political
slaves, and the nation will become the private property of UMNO to
plunder wealth. -Spirit of Truth- |