Laman Webantu KM2: 6645 File Size: 8.6 Kb * |
TAG SP 576: TheAge: Mahathir menyalahgunakan budaya takutkan keganasan By Mark Baker 20/1/2002 1:48 pm Sun |
The Age Mahathir menyalahgunakan budaya takutkan keganasan
(Mahathir capitalises on terrosim fear)
Oleh: Mark Baker, Asia Editor, Kuala Lumpur
Sabtu 19/1/2002 Setiap malam sejak minggu dulu ada satu paparan yang dahsyat
ditonjolkan oleh stesen TV kerajaan setiapkali munculnya berita
malam. Tayangan gerak-lambat, menunjukkan seorang lelaki berserban
dan bersenjata di tangan melepaskan tembakan ke arah kepala
seorang wanita yang bersungkup kepalanya dengan burka ketika
zaman pemerintahan Taliban. Paparan itu diselang-seli oleh gambaran peswat pengebom
Amerika melepaskan tembakan kearah tempat persembunyian di
Afghanistan sambil menunjukkan paparan pemimpin satu kumpulan
agama yang diselitkan pula gambaran parti pembangkang terbesar
di negara ini, PAS ketika berkumpul dalam satu persidangan
tahunannya. Walaupun suara latar tidak menyebut PAS secara jelas, mesej yang
mengiringi babak pembunuhan kejam itu sudah mencukupi menjadi
satu propaganda yang dimaksudkan: 'Inilah gambaran seandainya
negara diperintah oleh pentabdiran yang ekstrim dan berunsur
militan agama....nasib yang dialami oleh wanita Afghan akan dialami
oleh wanita negara ini...'. Ketika pesawat Amerika menggugurkan
bomnya muncul suara lagi: 'Sudah tentu rakyat Malaysia tidak
mahu melihat negara ditimpa bencana ini di mana kuasa asing
diperlukan untuk menyelamatkannya dengan menggunakan kekuatan
tentera...' Budaya mentohmah memang merupakan ragam politik yang
mempunyai sejarahnya yang panjang di Malaysia, di mana
Mahathir Mohamad telah mencengkam kuasa lebih 20 tahun
dengan amalan yang kasar tetapi dianggap berkesan gara-gara
naungan dan ugutan - baik dalam partinya sendiri UMNO,
mahupun terhadap puak pembangkang. Sejak 11 September,
mainan ini semakin kasar ragamnya, dengan Mahathir
menyalahgunakan kegiatan kempen anti-keganasan sejagat untuk
memperkukuhkan cengkaman kuasanya. Dengan wujudnya media
nasional yang diawasi pergerakannya, ia menjadikan salahguna
kuasa itu semakin menebal. Kempen memomokkan PAS sebagai sebuah parti fanatik yang
ekstrem - telah dicetuskan oleh kegusaran kerajaan disebabkan
berlakunya perubahan sokongan orang Melayu dariapda UMNO
kepada pihak pembangkang, bermula lebih lama sebelum terjadinya
serangan terhadap AS. Kini pergerakan kempen itu sudah semakin
dipacu sejak September. Minggu lalu Singapura menangkap 13 lelaki yang dikatakan
mempunyai hubungan dengan satu pertubuhan agama yang
berpangkalan di Indonesia - Jemaah Islamiah - yang dituduh oleh
pentadbiran Singapura sebagai mempunyai hubungan dengan Al
Qaeda pimpinan Osama bin Laden. Inilah pertubuhan yang
dikatakan mahu mengebom kedutaan Amerika dan banyak lagi
sasaran lain kepunyaan Amerika. Gelagat Singapura itu
dirangsang pula oleh saranan Mahathir yang bertalu-talu mendakwa
betapa Malaysia menghadapi ancaman serius daripada kumpulan
ekstrem Islam dan inilah yang semestinya memerlukan kepimpinan
Mahathir untuk menanganinya. Mengikut pegawai Singapura yang menjejaki kumpulan itu selepas
terjumpanya satu rakaman video dan dokumen yang merakamkan
sasaran yang berpotensi daripada runtuhan rumah seorang
pemimpin al Qaeda di Afghanistan pada bulan Disember. Kumpulan
itu adalah sebahagian satu rangkaian pengganas yang turut
beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Salah seorang yang
ditangkap, Faiz Abu Bafana, seorang warga Malaysia, telah
menhyebut wujudnya satu simpanan longgokan ammonium nitrat di
satu lokasi rahsia di Malaysia sebagai bahan untuk membuat
bom-trak. Namun, di sebalik dakwaan minggu lalu oleh Mahathir betapa 50
orang rakyat Malaysia telah dipilih oleh al Qaeda, pentadbiran
Mahathir masih tidak membuat sebarang pengumuman adanya bukti
kewujudan jaringan pengganas di dalam negara. Begitu juga
dengan sebarang bukti adanya penglibatan PAS dalam kegiatan
keganasan. Walaupun polis berkata 13 rakyat Malaysia yang
ditahan pada bulan Disember itu mempunyai hubungan dengan
Zacarias Moussaoui - seorang warga Peranchis yang
sedang dibicarakan di AS kerana peranannya dalam serangan
September 11, yang pernah (dikatakan) melawat Malaysia dua kali
pada akhir 2000. Segala kaitan itu walaupun dianggap penting,
masih samar kesahihannya. Seperti 25 orang lagi yang ditangkap di
Malaysia sejak Ogos lalu kerana dakwaan kegiatan keganasan -
termasuk dua orang yang ditahan ekoran penangkapan di
Singapura, - semua yang disyakki itu telah dipenjarakan di bawah
undang-undang zalim ISA yang membolehkan pihak berkuasa
menangkap sesiapa sahaja tanpa perbicaran sehingga dua tahun
tanpa perlu menyebut kes yang sebenar terhadap mereka.
Dalam satu kenyataannya yang pelik pada akhir minggu, Dr.
Mahathir telah berkata bahawa dia yakin adanya hubungan antara
Jemaah Islamiah yang ditahan di Singapura dan satu kumpulan
militan Malaysia yang disebutnya sebagai KMM. Inilah juga
kumpulan yang ditohmahnya sebagai puak yang mengganas
dengan mengebom dan merompak dan membunuh seor ng wakil
rakyat DUN. 'Saya yakin mereka (KMM) ini mempunyai hubungan
dengan mereka di Singapura tetapi saya tidak mempunyai
buktinya,' kata beliau. Dakwaan kerajaan itu semakin kelihatan kelentongannya pada
minggu ini apabila timbalan Mahathir, Abdullah Badawi bertegas
bahawa stokpail ammonium nitrat yang didakwa wujud di Malaysia,
sudah pun ghaib kerana dialihkan keluar negara. Dia tidak pula
dapat menyebut mana letaknya longgokan itu dulu, siapa yang membawa
masuk dan siapa pula yang menyonglapnya keluar negara.
Yang terserlah ialah kerajaan sedang memacu usaha menggunakan
kisah keganasan untuk mencambuk parti pembangkang, terutama
sekali dalam usaha memomokkan keadaan menjelang pilihanraya
kecil di Indera Kayangan yang dianggap sebapai peristiwa penting
yang menguji nasib UMNO. 'Peristiwa September 11 merupakan satu tragedi kepada kami,'
kata Wan Azizah pemimpin pembangkang dari parti Keadilan dan
isteri kepada mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, yang
sedang merengkok dalam penjara menjalani hukuman 15 tahun
berasaskan perjalanan mahkamah yang palsu tuduhannya.
'Mereka telah memberikan Mahathir alasan untuk terus menindas
dan mencekik suara rintihan. Dia kini mempunyai alasan besar
untuk menggunakan ISA menangkap dan menyiksa rakyat jelata.'
Dia memperakukan betapa sesuatu kerusi yang dipertandingkan
dalam pilihanraya kecil mudah dirampas daripada kerajaan satu
ketika dulu kerana keadaan kerajaan yang korup dan angkuh.
Tetapi selepas September 11, kerusi semacam itu akan mudah
memenangkan kerajaan dengan undi besar kepada UMNO. 'Namun
mereka masih melihat kami sebagai satu ancaman. Mereka
membelanjakan wang yang banyak, dan mereka mempunyai ribuan
manusia bekerja untuk menyerang dan mengugut orang kami,' kata
Azizah. Nasib pihak pembangkang terus terancam dengan adanya
kekecohan dalam Keadilan ataupun oleh keputusan PAS untuk
terus menyuarakan simpatinya terhadap Taliban walaupun perkara
itu sudah lama basinya sambil mengutuk kesan serangan udara
Amerika yang mengazabkan rakyat Afghanistan. Ketegasan PAS
untuk mewujudkan negara Islam - walaupun terus memperakukan
hak rakyat kaum Cina dan India - telah memudahkan kelentongan
Mahathir dan pada akhir tahun dulu inilah yang membuatkan ramai
pengikut DAP yang keluar daripada gagasan pembangkang.
Kegelojohan Mahathir menyalahgunakan isu keganasan telah
memperkasakan kedudukannya lebih mudah lagi terutama sekali
selepas Amerika membuat pendirian untuk bermesra dengan mereka
yang menyanggupi gelagat Amerika memerangi keganasan sejagat.
Sebelum September Malaysia telah ditekan oeh AS terhadap
peraturan hak asasi manusia, cara layanannya kepada Anwar
Ibrahim dan kegelojohan untuk terus menyalahgunakan ISA.
Kini apa juga suara yang muncul daripada AS ialah sanjungan dan
pujian terhadap Malaysia kerana ketegasannya menyokong
tindakan Amerika menangani ancaman keganasan.
Tamat. Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6636 Ref: http://theage.com.au/news/world/2002/01/19/FFX3PMRUKWC.html |