Laman Webantu KM2: 6642 File Size: 7.1 Kb * |
TAG SP 574: Muslimedia: Khayalan 'Militan Islam' Mahathir Utk Mengampu AS By Abdar Rahman Koya 19/1/2002 6:05 pm Sat |
Muslimedia Khayalan Mahathir Mengenai Militan Islam Untuk Mengampu Amerika
(Mahathir Imaginary 'Islamic Militants' to Placate US)
Oleh: Abdar Rahman Koya Mahkamah Tinggi Malaysia telah menjatuhkan hukuman mati ke atas
tiga ahli satu kumpulan Islam yang penuh misteri. Beberapa lagi ahli
kumpulan itu dikenakan hukuman penjara. Hukuman itu adalah kesan
perbicaraan yang dilaksanakan secara kurang publisitinya sejak
tercetusnya misteri kumpulan itu dikatakan terbabit dalam rampasan
senjata di markas tentera pada Julai 2000.
Kerajaan Malaysia sudah lama mencuba mengaitkan peristiwa itu
untuk mengaibkan PAS, sebuah parti Islam yang mempunyai
populariti mencanak sejak Mahathir melaksanakan sikap ganas
mengaibkan Anwar Ibrahim yang dikutuk oleh bilangan majoriti warga
Islam di negara itu. Setelah menghadapi tekanan dari Manila dan Singapura, dua
sekutu kuat AS di rantau ini serta dihantui kebimbangan oleh serangan
bertubi-tubi AS maka kerajaan Malaysia terpaksa meningkatkan lagi kempennya
terhadap kumpulan khayalan 'militan Islam'. Perdana Menteri Mahathir
menyedari betapa hukuman mati terhadap kumpulan 'ajaran militan al Maunah'
mungkin masih belum memadai untuk mengampu Amerika.
Dalam beberapa jam tersiarnya keputusan itu regim Mahathir telah
menangkap lebih ramai lagi orang awam di bawah 'ISA' satu
undang-undang zalim di Malaysia. Kali itu, mereka yang ditangkap
dituduh terbabit ataupun mempunyai hubungan denan kumpulan
Al-Qaida pimpinan Usama bin Laden dan merancang untuk
melancarkan aktibiti keganasan. Seperti biasa, tidak ada satu pun
dakwaan itu yang diiringi bahan buktinya untuk dirakamkan oleh
media. Kerana itu digunakan undang-undang ISA yang mengizinkan
penahanan tanpa perbicaraan. Kemudian muncul pula satu keputusan mendadak pada 7 Januari
untuk menghalau Nur Misuari, pengerusi Front Pembebasan
Nasional Moro (MNLF). Nur Misuari telah ditangkap pada akhir
November kerana memasuki Malaysia secara haram selepas
melarikan diri daripada Mindanao. Rayuan daripada peguam Misuari
dana ahli keluarganya agar beliau dibenarkan suaka politik untuk
sementara waktu telah diketepikan. Apabila Manila terus bertegas
dengan khayalan adanya hubungan antara Misuari dengan Usama
bin Laden, regim Malaysia akur dan terpaksa mengikut pujuk rayu itu
sehinggakan Mahathir sanggup mengenepikan hak kedaulatan negara
memberikan status suaka politik kepada seorang umat Islam.
Cara penangkapan itu dilaksanakan, yang selari dengan hukuman
mati serta penyingkiran Misuari menunjukkan betapa sudah wujud
satu semangat ketakutan yang amat sangat di Malaysia yang
semakin terjerumus ke kancah pariah dengan beberapa kempen
anti-Islam yang rancak (ataupun dalam katabual harian disamakan
dengan kempen anti keganasan). Ketika hubungan kerajaan
Malaysia-Amerika Syarikat dikatakan sedang kendur disebabkan
sikap Amerika berwaspada dengan sokongan kepada pergerakan
reformasi, hubungan kerajaan itu telah dikatakan semakin baik
ekoran beberapa tindakan ganas Mahathir untuk melunakkan hati
Amerika Syarikat. Pada satu ketika dulu, Singapura pernah menuduh Malaysia tidak
mahu bekerjasama dalam peperangannya terhadap 'keganasan'
sambil mendakwa kalaulah Malaysia menangkap dua orang yang
disyaki penganas: Khalid al-Mirdha dan Nawaf al-Azmi ketika
mereka mengunjungi Malaysia, peristiwa 11 September tidak
mungkin terjadi (haprak punya cerita sedangkan kisah sebenar
semua itu dirancang oleh Israel - penterjemah). Sebelum itu Amerika
telah menyebut dua penama itu sebagai perampas pesawat terbang
yang menghancurkan WTC di New York. Tuduhan melulu itu telah
menggegarkan kepulauan Melayu tetapi kali ini reaksi Malaysia
adalah berbentuk ketakutan dan bukannya bersifat menafikannya.
Beberapa jam kemudiannya, Singapura yang mempunyai pertalian
ketenteraan dengan Amerika dan Israel telah menjadi pencetus
kegusaran kepada umat Islam di rantau itu, mengumumkan
penangkapan 14 orang warga Islam dan menuduh mereka
merancang mahu mengebom kedutaan Amerika dan Israel. Inilah kali
pertama regim yang bertuankan kuasa Cina menangkap kumpulan
yang mereka tuduh sebagai 'militan' tempatan.
Yang melucukan para analis ialah tuduhan regim itu betapa
penangkapan mereka dilakukan ekoran maklumat yang mereka
perolehi daripada pejuang Al Qaeda sedangkan Amerika sendiri
kebingungan mengenalpasti siapakah anggota Al Qaeda. Seperti
yang mereka rancang, Singapura menerima pujian daripada
Washington sebelum sebarang tuduhan terhadap yang ditangkap itu
dapat dibuktikan. 'Kami ucapkan tahniah kerana tindakan khusus itu.
Kami fikir ia melambangkan kesungguhan mereka untuk memerangi
keganasan sejagat,' kata jurucakap jabatan negara Richard
Boucher. Sebenarnya ia merupakan satu ingatan kepada kerajaan lain di
rantau ini untuk melakukan perkara yang serupa, terutama sekali
Indonesia dan Malaysia yang mempunyai warga Islam yang
dominan, yang ketakutan betapa Singapura, yang merupakan anak
emas Amerika di rantau ini sudah semakin cepat menjadi 'India' di
Asia Tenggara. Singapura memberikan kemudahan khidmat maritim
yang lumayan kepada Amerika Syarikat. Ini termasuk khidmat
sokongan kepada kapal perang induk Amerika, dan tenteranya
dilatih oleh Israel. Pulau itu digunakan juga sebagai pangkalan unit
logistik tentera laut Amerika.
Indonesia sudahpun dianggap lulus dengan tindakan menangkap
beberapa anggota 'ekstremis Islam' setelah tercetusnya beberapa
peristiwa pengeboman gereja dan pusat membeli belah. Ini telah
memperlekehkan Mahathir seolah-olah dia bersendirian dan tibalah
masa untuknya melakukan sesuatu yang di luar percaturan politik
tempatan dengan menangkap dan menghina aktivis Islam pula.
Inilah yang menjadi penjelasan kenapa wujud tiga belas lagi tahanan
yang dikenakan ISA. Golongan profesional, peniaga, para akademik
telah ditangkap di rumah mereka untuk menjadi bahan pojok akhbar
keesokan harinya. Peristiwa ini disusuli pula oleh pengakuan
Malaysia yang ia akan menyokong sepenuhnya tindakan AS dalam
'peperangan membenteras keganasan', seolah-olah ia menyesal
kerana tidak menyokong kelakuan rakus Amerika mengebom rakyat
Afghan di persidangan ASEAN (sila baca Crescent Nov 18-3-2001)
Tetapi, seperti juga ramai pemimpin Islam yang diperas-ugut untuk
'berperang', Mahathir yang sudah terdesak kini dipaksa
menggunakan peristiwa itu untuk kepentingan politik peribadinya,
dengan meragau 'pengganas' di halaman sendiri, dan yakin betapa
mereka yang diaibkan itu adalah pengikut PAS yang menjadi musuh
ketatnya sebelum dia menjadi sewel.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6626 Ref: http://www.muslimedia.com/my-death.htm |