Laman Webantu KM2: 6641 File Size: 5.0 Kb * |
TJ SP MGG: Indera Kayangan: UMNO Yang Menyerlah By M.G.G. Pillai 19/1/2002 6:02 pm Sat |
[Menurut Syed Husin Ali, hanya 9 sembilan orang sahaja anggota keADILan
yang dibeli Umno - bukannya beratus atau beribu-ribu. Patutlah Umno gagal
menyahut cabaran mempamirkan semua nama mereka itu.
Apa yang menarik di sini ialah Ling tidak mampu menyerang Mr Khoo.. sepatutnya
seluruh jentera Umno merasa malu kerana mereka sudah tertewas di situ,
- Editor] Indera Kayangan : UMNO Yang Menyerlah
(UMNO in the spotlight) Oleh: M.G.G. Pillai Dua calon yang bertanding adalah orang Cina, tetapi petugas MCA
ghaib entah ke mana. Demikian laporan akhbar dan media Malaysia
di Indera Kayangan menjadi pedoman untuk menceritakan
segalanya. Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi
semakin yakin bahawa calon MCA akan menang dengan undi
majoriti, tidak berapa lebih yang dapat diyakininya setakat ini.
Tetapi, bagaimana mungkin seseorang calon menang besar dalam
perlawanan satu lawan satu yang ditandingkan seperti ini? (Saya
teringatkan kisah lama di Kuala Kubu Bahru dalam pertandingan
kerusi DUN pada 1969, apabila MCA menolak pemegang jawatan
yang dipertandingkan itu. Para penyokong beliau merosakkan kertas
undi mereka - 5,009 undi semuanya, yang merupakan undi yang
lebih besar daripada undi yang dimenangi oleh pemenang. Saya
yakin Abdullah Badawi tidak fikirkan perkara itu). Presiden MCA Ling
Liong Sik tidak banyak bercakap tetapi mengutuk Parti Keadilan
Nasional (Keadilan) dan bukan calon mereka, Mr. Khoo Yang Chong
yang merupakan pemimpin masyarakat Cina yang popular.
Kempen berjalan begitu ganas. Pelbagai tuduhan dibuat secara
berlebih-lebihan. Kedua pihak BN dan BA memang terlibat dengan
kerja gila, dan BN yang khususnya terutama sekali menteri besarnya
Shahidan kassim, yang terpaksa menikus akhirnya. Ugutan beliau
mahu menyaman malu sebanyak RM1 juta kerana apa yang
dikatakannya tuduhan melulu, 'kerana tidur dengan artis pelakon
wanita dan gadis bawah umur.' Kini dia terpaksa meneruskan
ugutannya. Kempen MCA adalah satu kesinambungan masalah
dalaman parti, Indera Kayangan dijadikan satu lagi medan
pertempuran mereka. UMNO terpaksa memahami segala masalah
sama ada di peringkat pusat ataupun di peringkat negeri.
Antara segala keributan itu muncul satu kenyataan yang sungguh
meyakinkan. Mr. Khoo berkata, kalau dia menang, 'masyarakat Cina
akan dapat dua perwakilan dengan harga satu sahaja'. Dia akan
menjadi wakil rakyat dan Mrs. Oui akan balik bekerja sebagai wakil
Cina di pejabat Shahidan Kassim. BN sudah menggeletar ke akar
umbi, mula menggandakan serangan terhadap pihak pembangkang,
kerana gelabah dan bukan kerana perancangan yang indah. Tetapi
kempennya berbentuk bertahan pada tahap mula dulu. Calon MCA,
Mrs. Oui Ah Lan adalah pilihan Dr.Ling dan dia bertugas sebagai
pegawai pejabat menteri besar Perlis. Ini membuatkan dia kehilangan
markah yang nyata, satu daripada orang Melayu dan satu daripada
masyarakat Cina. Pilihanraya kecil ini ditandingkan atas pilihan Dr.
Ling dan Dr. Mahathir. Ia juga adalah satu penentuan apakah
Shahidan akan terus meminggirkan orang Melayu dengan terus kekal
sebagai menteri besar. Kempen akan berhenti pada tengah malam (18/1/2002) BN telah
menunjukkan keangkuhannya secara menubuhkan satu pasukan
petugas mengandungi Pemuda MCA seramai 120 orang untuk
melumpuhkan propaganda pembangkang. Bila pasukan ini selesai
dengan mesyuaratnya yang pertama, plilihanraya kecil itu sudahpun
menjadi sejarah. Parti 'The Malaysian Indian Muslim Congress'
(Kimma) yang wujud dengan dakwaan yang tidak dapat
dibuktikannya, amat yakin undi India Muslim akan pergi kepada
calon MCA. Apabila ditanya berapa ramaikan undi India Muslim di
situ, mereka tidakpun tahu. Tetapi mereka yakin siapakah yang akan
diundi oleh masyarakat itu. Kalau diambil-kira dakwaan BN, Mrs. Oui
sudah pasti akan menang dengan majoriti besar. Maklumlah terdapat
tiga hingga empat tukang kempen untuk setiap pengundi yang akan
keluar esok hari. Pihak pembangkang tidak mempunyai belanja yang
banyak dan inilah yang meyakinkan BN bahawa mereka akan
menang. Dengan berlakunya kegiatan melompat keluar parti dan
ugutan untuk menyaman malu, BN mengharapkan kegilaan akan
reda. Itu sebabnya Abdullah Badawi amat yakin calonnya akan
menang dengan lebih banyak undi daripada penentangnya.
Seandainya pembangkang menang, ada yang beranggapan itu
terjadi kerana calon BA mendapat undi yang kurang daripada calon
MCA. Bingung bukan? Itulah yang saya petik daripada kenyataan
BN yang saya baca di akhbar Malaysia yang dikatakan
mengamalkan kebebasan kewartawanan.
M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR - 18.01.02 Asal: KM2 6633 |