Laman Webantu KM2: 6640 File Size: 6.2 Kb * |
TAG SP 573: TheAge: Kesangsian Dakwaan M'sia Terhadap Al Qaeda By Mark Baker 19/1/2002 5:36 pm Sat |
[Ulasan Penterjemah: Ini adalah cerita kartun. Ammonium Nitrate
tidak banyak bezanya dengan baja urea untuk membuat bom. Banyak lagi
baja yang sekian lama digunakan di ladang Malaysia boleh dicampur
semacam membuat alat pemadam api untuk dijadikan bom.
Bagaimana kerajaan Malaysia boleh terjebak dengan tipu muslihat
ini adalah amat memalukan rakyat Malaysia yang tahu halehwal kimia.
Ramai askar Melayu yang pandai buat bom jenis baja sebagai
asasnya dengan menggunakan bahan peledak lain. Masih ramai
bekas komunis di negara ini yang pandai membuat bom semacam
itu. Bukankah itu juga yang menjadi asas para nelayan membuat
bom menangkap ikan? Selepas komunis menyerah diri dan selepas
kita merdeka selama 45 tahun, adakah pernah negara ini diserang
oleh bom bikinan rakyat negara ini? Inilah bahananya kalau ramai pemimpin politik Melayu yang lulus
setakat kajian sastera yang tahu membaca sajak 'Kanku ukir
namamu di awan biru......!!!' Inilah juga bahana memberi laluan
kepada Melayu haprak menjadi pemimpin UMNO hingga mampu
menjadi ikutan para wartawan Melayu yang sama haprak yang
sanggup menipu bangsa sendiri.. Memalukan bangsa sahaja!!!!! ]
Kesangsian Mengenai Dakwaan Malaysia Terhadap Al Qaeda
(Doubts mount over Malaysian claims of al Qaeda links)
Oleh: Mark Baker, Asia Editor, Kuala Lumpur
Pentadbiran Malaysia telah membuat pengakuan mereka gagal
dalam usaha mengesan satu simpanan longgokan senjata kimia
walaupon wujud kesangsian akan wujudnya rangkaain Al Qaeda
yang dikatakan beroperasi di Tenggara Asia.
Timbalan perdana menteri Abdullah Badawi berkata empat tan
ammonium nitrat - yang didakwa telah diseludup memasukki
Malaysia untuk membuat bom trak oleh ahli kumpulan militan yang
ditangkap di Singapura minggu lalu telah menghilang tanpa dikesan.
'Pihak polis sedar bahan letupan itu dibawa masuk ke negara ini,
tetapi pada waktu ini bahan itu semua sudah tidak ada lagi. Sudah
dipunggah dan dipindahkan entah kemana,' kata Abdullah.
Dia juga menyebut betapa tempat bahan itu disimpan dulu tidak juga
diketahui (kalau begitu bagaimana polis tahu ia diseludup masuk???
- penterjemah) Pegawai Singapura mendakwa kimia itu dilonggok di selatan
semenanjung oleh Faiz Abu Bafana, salah seorang daripada 13
anggota haram Jemaah Islamiah yang ditangkap di Singapura
minggu lalu dan dituduh mempunyai hubungan dengan al Qaida.
Mengikut pegawai Singapura itu, kumpulan itu telah cuba
mendapatkan 21 tan ammonimum nitara untuk membina bom trak dan
menyerang kedutaan Amerika dan beberpa sasaran kepunyaan
Amerika di Singapura. Satu videotape dan dokumen menunjukkan
agenda itu telah dirampas daripada runtuhan rumah pemimpin Al
Qaeda di Afghanistan bulan lalu. Penguasa Singapura mendakwa Jemaah Islamiah yang dipimpin oleh
seorang agamawan Indonesia bernama Abu Bakar Bashir dan
mempunyai rangkaian sel di Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Tetapi pegawai Indonesia berkata mereka tidak mempunyai bahan
bukti jaringan al Qaeda yang beroperasi di negara mereka.
Malaysia telah menangkap sekitar 40 orang rakyatnya sejak Ogos
dulu dalam satu gerakan membenteras apa yang disebut sebagai
kumpulan militan Islam. Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata
Jumaat dulu, betapa 50 rakyat Malaysia telah dikenalpasti
mempunyai hubungan dengan al Qaeda. Tetapi pengakuan Abdullah Badawai mengenai longgokan bahan
ledakan yang lesap itu dan kegagalan kerajaan untuk menjelaskan
kes terhadap mereka yang ditangkap sebagai pengganas yang
disyakki telah memperkukuhkan keraguan kalangan diplomat dan
pemimpin pembangkang betapa isu itu sengaja digembar-gemburkan
untuk tujuan politik. 'Terlalu banyak dakwaan sensasi telah direncana tetapi setakat ini
tidak ada satu pun bahan bukti untuk menyokong keganasan
kerajaan itu,' kata seorang diplomat di Kuala Lumpur.
Pemimpian Keadilan, Wan Azizah berkata beliau percaya
kebanyakan penangkapan itu adalah sebahagian kempen
menakut-nakutkan oleh kerajaan sebelum pilihanraya kecil
bermula di Indera Kayangan. 'Peristiwa Spetember 11 adalah satu tragedi untuk kita semua. Inilah
yang memberikan ilham penyangak kepada Mahathir untuk
memperkokohkan hasutan dan tohmahannya untuk menindas lebih
ganas lagi sebarang suara yang menyanggahnya. Kini ia
mempunyai dalil yang wajar untuk menekan orang yang dibencinya
dibawah ISA.' Demikian pendapat Wan Aziziah.
Polis mendakwa mereka yang ditangkap tanpa perbicaraan adalah
ahli Kumpulan Militan Malaysia, satu kumpulan yang tidak pun
terdengar namanya sebelum itu yang ada kaitan dengan
pengeboman, rompakan dan pembunuhan seorang wakil rakyat
negeri. 'Kita dimaklumkan orang ini semua mengaku mereka menerima
latihan di Afghanistan oleh kumpulan Taliban dan oleh kumpulan
pimpinan Osama bin Laden. Sepanjang pengetahuan kita, mereka
mempunyai niat yang curang, terutama sekali mahu mencetuskan
kekacauan dan mencuba menggulingkan kerajaan dengan cara
keganasan,' kata Mahathir minggu lalu.
Tetapi Mahathir mengaku pula bahawa operasi ahli KMM ini masih
tidak dapat dikenalpasti. 'Apakah mereka menjadi satu sel di
Malaysia ataupun tidak, ataupun mereka bergerak secara
bersendirian, tidak pula kita tahu,' katanya.
Salah seorang yang baru ditangkap di Malaysia pernah berjumpa
dengan dua orang anggota perampas pesawat September 11 kurang
satu tahun sebelum itu, kata satu sumber penyiasat memberitahu
Reuters minggu lalu. Polis Malaysia juga telah memberitahu betapa Zacharias
Moussaoui, seorang warga Peranchis yang didakwa membantu
serangan September 11 pernah melawat negara ini dua kali pada
akhir 2000. Tamat. Terjemahan: SPAR. |