Laman Webantu KM2: 6639 File Size: 2.2 Kb * |
TAG SP 572: FEER: Hubungan Al Qaeda Yang Tidak Jelas By Risikan FEER 19/1/2002 5:32 pm Sat |
[Catatan penterjemah: Pembohongan Mahathir semakin ketara.
Bayangkan berapa ratusan ahli keluarga yang ditahan dengan
tuduhan palsu yang sedang merana. Bagaimana anak-anak yang
rindukan bapa dan datuk mereka? bagaimana kisah isteri yang
bergantung harap kepada suami kerana mereka tidak mempunyai
pekerjaan??? Mahathir memang bangssat!!!! ]
(Al Qaeda Link Not Clear-cut) Oleh: Risikan FEER Walaupun wujud bahan bukti di kalangan pengganas yang disebut
anggota Al Qaeda dan penggiat gerakan Islamia tempatan, kerajaan
Malaysia berkata ia masih tidak mempunyai bukti jelas adanya
hubungan antara KMM dengan Al qaeda. Tetapi kumpulan Malaysia
itu mempunyai hubungan yang jelas dengan kumpulan Islamia
Afghanistan sejak perjuangan rakyat Afghanistan memerangi
penjajahan Soviet di Afghanisgtan pada 1979-1989.
"Mungkin wujud hubungan itu dengan Al Qaeda, tetapi amat sukar
mengesannya. Hubungan mereka dengan Taliban amat terserlah,"
kata seorang pembantu kementeraian. Segelintir rakyat Malaysia
mungkin dalam sekitar ratusan mengikut catatan pegawai kerajaan,
pernah berjuang menentang askar Soviet dalam 1980-an. Ribuan
lagi pernah belajar agama di wilayah itu satu ketika dulu. Apakah
ada antara mereka berkumpul sebagai satu kumpulan yang
beragenda yang kini digelar oleh kerajaan sebagai Kumpulan Militan
Malaysia (KMM) adalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Sejak
Disember 9 kerajaan telah menangkap 15 orang yang dituduh
sebagai anggota KMM, yang didakwa oleh Mahathir pada awal
Januari dulu sebagai kumpulan yang mahu menjatuhkan kerajaan.
Kini, kerajaan sedang meraba-raba bahan bukti yang dapat
menunjukkan pucuk kepimpinan PAS pernah dirundingkan oleh
kumpulan yang dikatakan militan ini, demikian cerita pembantu
itu lagi. Tamat. Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6628 Ref: http://www.feer.com/articles/2002/0201_24/p008intell.html |