Laman Webantu KM2: 6637 File Size: 15.9 Kb * |
TAG SP 570: HR: Penyakit Industri Pembuatan Malysia By Harun Rashid 19/1/2002 5:26 pm Sat |
[Catatan khas kepada pembaca oleh penterjemah: Artikel ini sedikit
berunsur teknikal, tetapi rumusannya amat mudah - negara menjadi
muflis gara-gara nafsu serakah kumpulan bedebah yang dipimpin oleh
seorang Raja Penyangak yang tidak sedarkan diri. - penterjemah ]
Penyakit Industri Pembuatan Malysia
(Malaysia's Manufacturing Malaise) Oleh: Harun Rashid Ada satu dasar rasmi kerajaan Malaysia dalam menyekat penurunan
tahap kegiatan ekonomi negara daripada akhir tahun 2000 sehingga
akhir tahun 2001. Ekonomi yang digambarkan oleh angka Keluaran
Domestik Kasar, sengaja dilakar untuk menunjukkan aktibiti ketumbuhan
walaupun hanya sezarah persen di atas tahap zero (kosong).
Demikianlah yang diarahkan oleh perdana menteri.
Inilah yang menjerut setiap pegawai dalam perkhidmatan awam
dalam usaha menyorokkan fakta yang menunjukkan ekonomi
Malaysia yang meraung lebih teruk lagi daripada negara berjiran
dengannya. Pendapat para ekonomis kerajaan sentiasa bersikap
yakin selalu, seolah-olah seorang yang amat yakin di pasaran
saham dan bukannya seorang pengamat yang mengamati secara
professional akan pergolakan tekanan pasaran semasa.
Sebagai contoh, pasaran saham tempatan (seperti yang diandaikan
oleh KLCI - Indeks Komposit KL) sekarang ini beralun untuk
menyesuaikan keadaan adanya pilihanraya kecil, kerana itu
pergerakannya adalah didalangi secara sengaja agar terus naik ke
atas, oleh ransangan dana tempatan yang dikuasai oleh kerajaan
dalam satu tipu muslihat dan usaha bersorok untuk mencorakkan
satu harapan menjadi kenyataan. Pegawai kerajaan dan segala
khadam yang sedia menjilat perdana menteri sedang bergelumang
dalam satu konspirasi untuk melakukan kerja jijik yang penuh
muslihat ini. Segala kecelaruan yang dicetuskan oleh usaha ini
menyumbang kepada hakisan dana modal di negara ini. Kecelaruan
yang berpanjangan adalah disebabkan korupsi yang tidak dapat
dikawal dan dibenteras lagi, serta wujudnya ketidakcekapan dan
persekongkolan dalam pembikinan kontrak korporat dan awam.
Ekonomi negara, walaupun berada mengikut rentak belanjawan
defisit mainan kerajaan yang ketara, telah gagal untuk dipantau.
Kegagalan memenuhi janji melunaskan pinjaman bond sudah
berterusan. Kerajaan mengambilalih segala hutang yang tidak
terbayar itu atas nama rakyat jelata, dan mengeluarkan surat gadaian
kerajaan yang baru dalam usaha menipu untuk menutup segala
kepincangan itu. Syarikat nasional yang besar-besar yang dikawal oleh perdana
menteri dan parti politik beliau merupakan satu amalan yang amat
bercanggah dengan teori kapitalis, namun semua syarikat ini
mencataatkan keuntungan kecil setiap bulan, hingga menjerumuskan
syarikat itu dan juga negara ini jauh ke jurang kemuflisan yang
berwarna merah tulisan catatan akaunnya. Tahap keperluan letrik
semakin menurun, dengan perangkaan bil yang menurun dan
ditemani pengutipan hutang yang semakin menurun.
Kehilangan hasil pendapatan negara telah memaksa terbantutnya
tiga buah projek pengeluar janakuasa yan sungguh tinggi tahap
kerakusannya walaupun ia tidak termasuk pembikinan Ampangan
Bakun yang memang gah kebodohan perancangannya.
Para kroni sedang meraung dan menangis melolong-lolong. Tetapi
para menteri berkata kapasiti berlebihan adalah sekitar 35 persen
berbanding keperluan semasa, dan seperti yang semua pihak
maklum, bekalan tenaga yang dicerna bukannya boleh disimpan di
mana-mana. Kira-kira enam bulan yang lalu, seorang menteri
membuat pengumuman bahawa disebabkan bekalan yang berlebihan,
tidak ada projek baru yang dapat diluluskan. Tetapi tidak
lama kemudian ada beberapa projek baru yang diluluskan. Kali ini
kerajaan bertindak tegas. Ini hanya membawa makna sudah tidak ada
lagi wang lebihan di mana-mana dan tidak lagi ada sumbangan
derma untuk melancarkannya. Tetapi kita pasti akan menyaksikan
proses penyelamatan yang pasti akan diwujudkan. Kaedah haprak
mengalihkan hutang basi yang menggunung tinggi kepada orang awam
yang papa kedana adalah bibit kehancuran ala Argentina yang pasti
akan muncul juga. Telekom Malaysia, yang merupakan syarikat utiliti kebangsaan,
merupakan salah satu saham utama dlam pasaran saham Kuala
Lumpur. Aktibiti billing dan kutipan, mengikut catatan juruodit,
semakin menurun setiap bulan. Namun, harga sahamnya terus
mencanak bercanggahan dengan ilmu logika. Orang dalam
mengatakan itu semuanya adalah perasap yang banyak cermin
kacanya dalam satu pasaran silapmata yang melibatkan pengurus
dana main silap mata antara satu dengan lain untuk mengabui mata
orang awam. Semua itu dilakukan tanpa mengira untung ruginya
kerana mereka digalakkan oleh kerajaan untuk berbuat demikian
tanpa membayar kos urusniaga itu. Tujuannya untuk menunjukkan
kegiatan pasaran yang cergas sedangkan ia hanyalah satu
manipulasi pantas untuk mengelirukan yang kurang cergas, baik
pelabur tempatan ataupun luar negara. Mengikut satu perbidalan
lama pasaran saham ada yang berkata: 'dalam urusan edaran,
tangan yang tegap mengabui yang tidak cekap.'
Harga saham syarikat yang sudah muflis sepatutnya tidak boleh naik
lagi kecuali adanya kegiatan menipu. Apabila tidak lagi ada
keluaran dividen yang dijangkakan, harga saham sesuatu syarikat
(stok) itu seharusnya tidak boleh naik lagi, nilai net tangible asset
sesuatu syarikat itu. Hakikat ini sengaja disorok sambil harga
pasaran terus naik mencanak menipu kewarasan yang bijak.
Sudah tentu fenomena ini tidak akan bertahan lebih lama sebelum
munculnya pilihanraya umum yang mendatang.
Sudah menjadi dasar ekonomi negara untuk melambatkan
pembayaran hutang secara tidak tetap jadualnya. Ini dilakukan
dengan mendapatkan hutang yang baru untuk menutup hutang lama
yang belum terlangsai. Malangnya tipu muslihat ini semakin terdedah
ekoran musibah yang menimpa kerajaan Argentina. Keruntuhan
kerajaan Argentina itu merupakan satu ancaman yang begitu besar
kesannya kepada sistem kewangan jangkaan semasa. Kesan
psikologi yang panjang pengaruhnya adalah sama bahananya
dengan kesan kejadian ngeri 911 di Dewan Dunia Dagang New York.
Satu kajian mengenai polisi yang diamalkan oleh Argentina yang kini
sedang terbakar sistem kewangannya memang elok dipelajari untuk
memahami situasi di Malaysia. Satu lagi sumber ialah pembongkaran
kisah syarikat Enron yang memberi fokus kepada korupsi pengurus-pengurus
eksekutifnya dan 'cover-up' serta pemusnahan dokumen oleh juruodit luar
syarikat itu (Arthur Andersen - penterjemah) yang dibayar khidmat mereka.
Kedua-dua kes ini memberi tunjuk-ajar yang amat baik dan memang selari
dengan apa yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia, semua personalitinya
serta hampir kesemua syarikat awamnya.
Kumpulan kapitalis para kroni sentiasa menolak nasihat para realis
setiap kali pengoditan dilakukan dengan keras. Kesannya, para
ekonomis yang digaji selalu mengambil sikap yakin, dengan
kelakuan yang para broker dalam pasaran saham dan tidak sebagai
seorang pengamat tekanan pasaran semasa. Para ekonomis yang
optimis hari ini, masih dialu-alukan oleh media. 'Jangan jual dulu,
lebih baik membeli lagi, ketika harga saham masih rendah. Tunggu
dan simpan enam bulan kerana pasaran akan melonjak dengan ghairah.'
Inilah nasihat yang tidak mengambil kira perjalanan sejarah, yang
dirasuk oleh kesilapan pasaran merudum yang berpanjangan.
Trenda semasa dapat dilihat oleh sesiapa sahaja. Mereka yang
enggan melihat alunan trenda ini adalah mereka yang
bersekongkolan dengan orang politik yang berbohong sambil
mereka menyeleweng amanah rakyat. Malahan, pakar ekonomi Amerika yang unggulan, Greenspan, pernah
meramalkan masadepan pasaran yang gelap, dengan ketiadan kilat
untuk memberikan kilauannya. Ada ramalan mengatakan keadaan
akan kembali pulih bermula dua suku tahun yang akan muncul.
Inilah yang menjadi bacaan menetra silap mata semasa: 'Dua
sukutahun yang akan datang (bersamaan enam bulan - penterjemah)
keadaan pulih akan muncul semula'. Suku-tahun silih berganti dan
kita masih mendengarkan ramalan ini. Ia cuma dua suku tahun sahaja
jaraknya. Tempoh baik-pulih yang diramalkan itu disogokkan setiap
hari laksana menyorong satu kereta tolak yang mempunyai bunyi bising
yang sama dan isi kotaknya yang serupa.
Kecenderongan para analis memberikan dalil yang sama begitu lama
memudahkan kerja kelentongan perdana menteri untuk menjaja
program 'ketumbuhan positif' kepada rakyat jelata. Inilah yang
dilaungkan sahut-menyahut dalam media tempatan tanpa hentinya
dengan tujuan untuk memperkukuhkan kerusinya yang semakin
goyah aeban hari. Keadaan sebenar adalah lebih jelas lagi
seandainya seseorang mengubah definasi yang standard itu sedikit,
dengan melakar satu garisan yang senget untuk memaparkan
keadaan ekonomi yang semakin meleset.
Satu garisan walaupun ketara lariannya, apabila menunjukkan
penurunan yang ketara selama enam bulan, bahagian ekonomi
yang digambarkan oleh garisan itu menunjukkan tempoh
kemelesetannya. Ini memang tidak jauh daripada definasi yang
diterima pakai bahawa wujudnya penurunan ekonomi selama dua
sukutahun dalam KKN. Sektor pembuatan Malaysia sudah lama
merudum sejak akhir September 2000, empat belas bulan sehingga
kini, dan sudah tentu sektor ini dikatakan sedang meleset. Inilah
satu sektor penting bersama pelancungan dan pertanian.
Sebagai tiang seri ekonomi nasional, industri pembuatan Malaysia
menyediakan pekerjaan dan barangan untuk keperluan tempatan
dan pengekspotan. Data perangkaan kasar yang ditunjukan di
bawah, adalah untuk sektor pembuatan Malaysia sehingga
November 2001. yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dan boleh
dicapai di laman web kerajaan. Nov 2001 vs. Nov 2000 Nov 2001 vs. Oct 2001 Year-to-date PEKERJAAN Nov 2000 vs. Nov 2001 Nov 2001 vs. Oct 2001 PENDAPATAN GAJI Nov 2001 vs. Nov 2000 Nov 2001 vs. Oct 2001 Year to date Segala perangkaan ini boleh dilakar dalam bentuk graf untuk
memudahkan interpretasinya. Graf ini menunjukkan perbandingan
sejak lapan bulan dalam 2001 dengan tempoh yang sama pada 2000
Garisan merah untuk 2001 bukan sahaja menunjukkan ketiadaan
pertumbuhan pada 2000, bulan November menunjukkan satu
penurunan yang mendadak. Kita mesti akur betapa sektor pembuatan
bukannya aktiviti ekonomi yang digembar-gemburkan oleh perdana
menteri apabila dia mengatakan negara tidak menghadapi ekonomi
yang lembap. Aktiviti ekonomi untuk tahun 2001 akan menjadi positif
berbanding akhir 2000. Setakat ini mengikut perangkaan November
aktiviti pembuatan masih belum berada dalam perangkaan yang
positif. Tetapi hanya pada akhir Disember 2000 barulah ada asas untuk
mengukur perubahan dan kita dapat melihatkan satu kerancakan
pada akhir September 2000. Ia menurun sejak itu. Lainlah kalau
Disember 2001 merupakan bulan Disember paling hebat dalam
sejarah negara, akhir 2001 akan berkesudahan dengan satu
penurunan yang mendadak mulai 2000. Walaupun terlalu awal
untuk mengusahakan satu perangkaan yang tepat, satu ekstrapolasi
membenarkan satu tanggapan penurunan sekitar -3.5 persen
KKN negara yang dikira ada munasabahnya.
Penurun mendadak dalam nilai barangan pembuatan berasaskan
tahun-demi-tahun (menunjukkan penurunan sekitar 19.7 bilion
ringgit) diperakukan oleh kerugian/kehilangan hampir 65,000
pekerjaan dalam sektor pembuatan. Kehilangan dalam bentuk nilai
akan barangan buatan ini pada bulan November (adalah kurang dari
5.1 bilion ringgit berbanding November 2000) diperakukan oleh
kehilangan pekerjaan sekadar 25.5 persen untuk tahun yang
berkenaan (sekitar RM 19.7 bilion). Namun, penurunan ini tidak
pula digambarkan oleh kehilangan punca pekerjaan yang sewajarnya.
Pada bulan November 2001, hanya 6,417 pekerjaan yang lesap,
bersamaan 0.6% keseluruhan peluang pekerjaan. Walaupun nilai
barangan pembuatan sudah menurun sejak dua belas bulan yang
lalu setakat 17.2%, jumlah pekerja yang hilang pekerjaan sejak
November 2000 hanya mencatatkan kekurangan 6.2%. Ini
menunjukkan sekurang-kurangnya lagi 90,000 hingga 100,000
pekerjaan yang diancam bahaya, dan angka ini bertepatan dengan
andaian perangkaan awal yang diterbitkan oleh kerajaan terlebih
dulu. Purata barangan pembuatan per pekerja kilang pada akhir
November 2000 ialah bersamaan dengan nilai RM28,282. Ini
merupakan nagka yang tinggi berbanding perangkaan akhir Oktober
2001 yang mencatatkan nilai per pekerja kilang setakat RM26,119.
Sebulan kemudiannya, pada akhir November 2001, angka itu
menurun lagi sehingga RM 24,969. Ini menunjukkan kehilangan
produktiviti yang mendadak, dan selagi trenda ini tidak
dibetulkan, ia akan melunturkan lagi daya saing malaysia di
seantero pasaran rantau ini. Gaji dan imbohan bulanan tidak pun menurun setara dengan
kehilangan pekerjaan ataupun nilai barangan yang dikeluarkan.
Jumlah gaji dan imbohan yang dibayar pada akhir November 2000
menunjukkan setiap pekerja kilang menerima sekitar gaji purata
bulanan sebanyak RM1,438. Pada akhir Oktober 2001 angka ini mencanak menjadi RM1,462 dan
pada akhir November ia menjadi RM1,482. Secara purata seorang
pekerja Malaysia menerima tambahan RM44 sebulan sejak tahun
lalu, sedangakan nilai barangan yang dikeluarkan menurun
sebanyak RM3,313. Apabila harga barangan itu menurun dan
berlaku pula kenaikan harga tenaga untuk mengeluarkan barangan
itu, ia sudah tentu menjerut keuntungan. Ini menunjukkan
menggelonsornya keuntungan di sektor pembuatan, dan membawa
kesan negatif dalam pembayaran laba dan dividen yang dijangka.
Kerajaan malaysia memang giat menyarankan agar majikan tidak
membuang pekerja, sebagai satu langkah membenteras
pengangguran dan kecelaruan politik. Perdana menteri kerap
berlagak sebagai pakar ekonomi, tetapi dasar beliau ternyata haprak
kerana terlalu bergantung kepada sikap berbelanja para konsumer
dan bukannya berasaskan kepada faktor fundamental yang bermutu
seperti ketelusan dalam sistem pasaran dan sistem perundangan
yang bebas daripada campurtangan kaum penguasa dalam
pentadbirannya. Masalah ekonomi Malaysia tidak diabaikan oleh pemantauan
masyarakat pelabur antarabangsa. Kisah keculasan melunaskan bon
yang berlanjutan, yang diekori oleh segala peristiwa penyelamatan
syarikat kroni dan penerapan hutang dengan menggunakan dana rakyat
jelata, telah menjeruk apa juga prospek kemajuan yang diimpikan oleh
negara untuk mengelakkan kesan buruk disebabkan pengurusan yang haprak
gara-gara kerakusan pihak yang sengaja menyibuk untuk mengangkat
bakul diri sendiri sambil menyumbat tembolok masing-masing.
Tamat. Terjemahan: SPAR. |