Laman Webantu KM2: 6632 File Size: 8.4 Kb * |
TAG SP 568: FEER: Rundingan Rahsia Mengenai Anwar? By Leslie Lopez 18/1/2002 2:53 pm Fri |
Far Eastern Economic Review (Secret Anwar Deal? Well...) Oleh: Leslie Lopez/Kuala Lumpur Pada awal September, desas-desus mula berhembus di kalangan
pemimpin parti pembangkang betapa masalah politik Malaysia
musim Ramadan, ketika umat Islam disaran bermaaf-maafan
terhadap musuh ketat mereka. Secara bersuara rendah dan berbisik-bisik, para pemimpin politik
dan ahli perniagaan menyebut 'sumber yang boleh dipercayai'
telah memberitahu mereka bahawa perdana menteri Mahathir dan
mantan timbalannya, Anwar yang masih dipenjarakannya, telah
mencapai satu kata sepakat untuk berdamai. Khabarnya, Mahathir
telah mengarahkan Anwar dibawa keluar dari penjara untuk
mereka bermesyuarat satu jam lamanya dalam sebuah kereta di
sepanjang lebuhraya Karak yang berliku-liku itu.
Namun, dongeng mengenai pencapaian rundingan itu melesap
dengan pantas selepas tercetusnya episod serangan ngeri
September 11 di Amerika Syarikat. Tindakan beliau menyokong
kempen AS untuk memerangi keganasan, telah menyebabkan
Washington memuji Mahathir, sekaligus menamatkan sikap kritis
Washington terhadap cara Mahathir menangani isu Anwar. Pujian
itu melenyapkan serangan terhadap pentabdiran Mahathir yang
kerap menggunakan undang-undang zalim yang menangkap tanpa
perbicaraan dalam usahanya menumpaskan pembangkang, dan
kerana memenjarakan Anwar, yang dianggap oleh AS sebagai
banduan politik. 'Saya tidak mahu memperlekehkan apapun dalam politik. Tetapi
keperluan merundingkan isu politik dengan Anwar bukannya penting
lagi kerana Mahathir sedang keseronokan dengan khayalan,' kata
seorang bekas menteri kabinet dan ahli kanan dalam Majlis
Tertinggi UMNO. Begitu juga halnya dengan Anwar, yang kini sedang menjalani
hukuman penjara selama 15 tahun. Apakah dia sudah kehilangan
ketokohannya?. Ramai yang mengakui betapa pengaruh Anwar
dalam pembentukan rentak dan ragam politik Malaysia sudah
banyak berkurangan. Penangguhan berterusan kes rayuan beliau
di mahkamah terhadap tuduhan yang didakwa terhadapnya
telah membuatkan Anwar terpinggir daripada arus berita
antarabangsa. Yang paling terkini, rayuan terakhirnya yang
dijadualkan pda januari 14, telah ditangguhkan lagi, dan ketua
peguam negara yang baru telah menggugurkan tuduhan menghasut
terhadap Karpal Singh kerana kenyataan beliau ketika membela
Anwar pada perbicaraan 1999 dulu. Parti Keadilan yang diketuai oleh isteri Anwar sedang menghadapi
banyak masalah. Setelah dihenyak oleh gelagat penarikan diri oleh
barisan pemimpin kanannya, parti itu dijangka kalah dalam satu
pilihanraya kecil di utara Perlis yang dijadualkan pada Januari
19.B erbeza dengan pilihanraya kecil yang dulu-dulu di mana
masalah Anwar dijadikan isu penting, perlawanan untuk
kerusi Indera Kayangan mementingkan isu lain seperti keperluan
perumahan dan infrasturktur yang lebih baik. Pemimpin Keadilan
secara berahsia mengakui betapa isu Anwar tidak lagi menjadi fokus
dalam pilihanraya kecil itu kerana ia mahu mengenepi tohmahan
bahawa ia adalah satu kumpulan pembangkang yang hanya
mempunyai satu isu politik. Namun, ramai pemimpin politik yang mengaku bahawa sebarang
usaha mengenepikan masadepan politik Anwar adalah satu kerja
bengong, kerana Mahathir dan Umno belum lagi dapat meraih
kembali sokongan majoriti orang Melayu, yang merupakan 60%
penduduk Malaysia yang berjumlah 23 juta.
UMNO sudah dihenyak keadaan merudum ekoran tindakan
Mahathir memecat Anwar pada September 1999 yang berkesudahan
dengan Anwar dihukum dan penjarakan. Anwar telah bertegas
bahawa beliau adalah mangsa satu konspirasi politik, dan
dakwaannya itu dianggap oleh rakyat Malaysia terutama orang
Melayu sebagai satu isu yang serius. 'Anwar merupakan salah
satu faktor utama kenapa rakyat marah terhadap kepimpinan
Malaysia, sehingga hari ini,' kata Tuanguru Nik Aziz Nik Mat,
menteri besar Kelantan. Di kalangan pemimpin, kata beliau, 'Anwar
masih merupakan pemimpin Melayu dan Islam yang paling
berwibawa.' Ramai pengamat merasakan bahawa tindakan Mahathir
'menghulurkan leher' kepada AS dan tindakan mengganas untuk
menangkap apa yang disebutnya sebagai militan Islam tidak akan
merapatkan hubungannya kepada orang Melayu. Bangsa Melayu
sudah lama jelak dan meluat dengan beliau kerana gagal merancang
susunatur pemimpin pelapis. Korupsi dalam kerajaan telah
memisahkannya daripada arus Melayu sehinggakan kehilangan
sokongan orang melayu. Ketika majoriti Melayu bertungkus lumus
untuk terus bernafas dalam ekonomi yang lembab, tindakan
kerajaan menyelamatkan syarikat kroni seperti MAS telah memacu
kebencian Melayu terhadap UMNO dan pentadbiran haprak
Mahathir. Disebabkan keadaan ini Melayu di luarbandar tidak nampak mana
salahnya kalau PAS mahukan penubuhan satu negara Islam. 'Umno
tidakpun menikmati sokongan Melayu yang pernah dinikmatinya
satu ketika dulu sebelum tercetusnya kemelut Anwar,' kata seorang
pengamat yang bertugas dengan sebuah institusi penyelidikan
yang pro-kerajaan. Selagi Umno gagal memenangi semula sokongan orang Melayu
dalam waktu yang terdekat, keretakan dalam masyarakat Melayu itu
akan terbelah sehinggakan kelegaan yang dinikmati oleh Mahathir
skarang ini akan menghilang berdebus sebaik sahaja tercetus satu
krisis tempatan. Satu masalah yang mungkin menghambat Mahathir
ialah keadaan kesihatan Anwar. Dia amat memerlukan rawatan
kepada penyakit belakangnya. Minggu lalu, Anwar mengumumkan
mogok lapar setakat satu makanan sahaja setiap hari sebagai
memprotes tindakan kerajaan menangguhkan kes rayuannya di
mahkamah. Seandainya keadaan kesihatan Anwar merudum,
kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan akan meledak secara
menyerlah. Inilah sebabnya kenapa rundingan rahsia dengan Anwar itu tidak
boleh diperlekehkan sebagai cerita palsu. Malahan, segelintir
pemimpin Umno percaya ketokohan Mahathir tidak akan terjejas
seandainya dia berbaik semula dengan seteru politiknya.
Mereka beranggapan bahawa pemimpin yang sudah melebehi 76
tahun usianya itu, dan yang telah mencengkam kuasa selama 21
tahun, amat mudah mencari kambing-hitam yang
menyebabkan beliau bertindak silap tiga tahun dulu dengan
mendakwa dia telah diberikan pengaruh songsang oleh
musuh-musuh politik Anwar beliau dengan kisah kelakuan luar tabei.
Rakyat tentu bersedia melupakan kiris yang sudah bertahan tiga
tahun itu, dan berkemungkinan memaafkan pemimpin yang tua
hangkoi itu yang mereka percaya terpaksa mempertahankan
kedudukan politiknya. Sebaliknya Anwar dijangka mempunyai masalah yang lebih sukar,
mengikut pengamatan ahli Umno dan para pengamat politik. Untuk
kembali menaikki tangga politik dan mencuba mendapatkan jawatan
perdana menteri dalam era pasca-Mahathir, Anwar dan
penyokong beliau perlu bekerja keras meniti sistem kader UMNO
dan ini bukan satu kerja yang mudah. Anwar terpaksa menyelesaikan masalah kewibawaannya.
Memasukki Umno semula dan menangani masalah pembangkang
yang bersatu menyokong beliau selama tiga tahun terpenjara itu
adalah satu percaturan hidup yang pernah ditanganinya pada awal
1982. Ketika itu, Anwar yang merupakan seorang pemimpin muda
yang berkarisma dan lantang bersuara mengejutkan rakan-rakanya
yang rapat apabila dia menyertai kerajaan. 'Akan muncul satu
stigma menunjukkan betapa rakusnya beliau sehingga melakukan
apa sahaja untuk jawatan No. 1 itu.,' kata seorang peniaga Melayu
yang merupakan rakan karib Anwar. Sebalik segala spekulasi itu, Anwar menolak perundingan.
Bercakap melalui peguamnya Sankara Nair, dia berkata bahawa:
'sebarang desar-desua adanya perundingan adalah satu tipu
helah Mahathir untuk meredakan kemarahan orang Melayu. Dia
mahu mengancam kemajuan Keadilan dan menunjuk kepada orang
Melayu bahawa dia bersikap berlembut untuk mahukan
perundingan itu.' Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6628 Ref: http://www.feer.com/articles/2002/0201_24/p018region.html |