Laman Webantu KM2: 6624 File Size: 6.6 Kb * |
TJ SP MGG: Indera Kayangan: Yang Retak Menanti Belah By M.G.G. Pillai 17/1/2002 2:35 am Thu |
Indera Kayangan: Yang Retak Menanti Belah
(A House Divided Turns On Itself) Oleh: M.G.G. Pillai Seandainya anda membaca akhbar dan mendengar berita TV dan
radio, anda tentu didedahkan kepada berita bahawa Barisan
Nasional (BN) akan mencapai kemenangan besar di Perlis minggu
ini, kerana pihak pembangkang sudah begitu berpecah-belah dan
terlalu bersedia untuk melompat ke parti yang menang. Tetapi,
hakikat yang sebenar di medan pilihanraya itu, keadaannya bukan
begitu. BN sudah menjadi begitu bercelaru dan berpecah
sehinggakan tidak mampu bersatu walaupun setakat untuk
berkempen selama sembilan hari dalam pilihanraya kecil Indera
Kayangan. Di tahap awalan kempen dulu mereka mempunyai banyak
keistimewaan yang membanggakan tetapi terus merudum setiap hari.
UMNO dan MCA yang bergantung nasib masadepannya di sini,
telah dilanggar sialan sendirian sehinggakan mereka yang membuat
ramalan berasaskan kelakonan kerajaan yang berpusat di Kuala
Lumpur meramalkan keputusan yang sengit sahaja. Ada ramalan
kemenangan BN dengan majoriti beberapa ratusan lebihan undi
sahaja ataupun kemenangan pihak pembangakang dengan hanya
lima undi. Dengan lain perkataan keyakinan menang besar minggu
lalu sudah mengecut kepada minggu ini menjadi satu kekalahan
yang serba mungkin. Apakah penyebabnya semua ini? Ada dua kelemahan yang selama
ini diharapkan oleh BN tidak akan menjadi isu kempen pilihanraya:
menteri besar Perlis, Shahidan Kassim dan keretakan dalam MCA.
Yang pertama memang lebih serius. UMNO Perlis sudah begitu jelak
dengan Shahidan sehinggakan ada yang beranggapan lebih baik
mereka kalah di Indera Kayangan daripada melihatkan beliau
menjadi bongkak dan berlagak dengan kemenangan. Itulah juga
sikap mereka dalam satu pilihanraya kecil dulu di mana PAS berjaya
merampas satu kerusi DUN mengalahkan UMNO. Pihak
pembangkang menyeranag beliau bertubi kali dalam 'ceramah'
mereka dan Shahidan Kassim telah mengancam mahu menyaman
sehingga satu juta ringgit kerana diabkan, katanya. Dia sudah
tersenak kerana kekalahan sekarang ini kerana UMNO Perlis sudah
menikam beliau dengan serangan juga. Inilah bahananya apabila
orang luar dijemput 'ditunjuk' untuk menjadi menteri besar. Dia telah
memijak banyak kaki orang lain dalam UMNO Perlis sehinggakan dia
dengan seorang lagi pemimpin UMNO Perlis sudah menjadi musuh
ketat sehingga hari kiamat. Seperti menteri besar yang lain, Shahidan
tetap berlagak menunjukkan kuasanya di dalam UMNO negeri
walaupun ia tidak disenangi dan menyebabkan masalah dalam parti.
Keretakan MCA sudah terbelah tanpa ada peluang untuk
membaikinya. Presiden parti Ling Liong Sik dan timbalannya Lim Ah
Lek memimpin dua kumpulan berbeza yang bersedia menyembelih
leher lawan secekap mungkin. Kerana Indera Kayangan, kedua-dua
belah pihak telah bersetuju bersatu untuk sementara waktu
sepanjang kempen pilihanraya kecil itu. Kedamaian yang dilakonkan
menjadi semakin tenat keburukannya, walaupun kejadian semua itu
berlaku secara rahsia. Calon MCA ialah Puan Oui Ah Lan, yang
memihak kepada Ling dan beliau bertugas sebagai penasihat Cina di
pejabat Shahidan. Ling memilih Oui tanpa berbincang dulu dengan
Lim. Dalam pertandingan satu lawan satu tentangan MCA ialah calon
Parti Keadilan Nasional, tetapi calonnya ialah En. Khoo Yang
Chong, seorang bekas ahli MCA daripada kumpulan Lim. Jadinya,
Indera Kayangan adalah satu medan perang MCA. Yang dahsyat,
UMNO Perlis tidak menyokong Oui kerana hubungannya dengan
Shahidan Kassim. Adalah amat penting kepada UMNO untuk melihatkan BN memenangi
perlawanan ini sehinggakan ia menaja dua orang petugas
pilihanraya dari luar untuk setiap pengundi - 14,000 petugas untuk
menangani pengundi yang jumlahnya sekitar setengah jumlah itu.
MCA dan MICpun menaja petugas luar mengikut keperluan yang
mereka fikirkan. Ada seorang petugas BN yang baru pulang daripada
Indera Kayangan semalam berkata tiga orang petugas BN menjaga
seorang pengundi. Yang paling untung dalam usaha ini adalah
perniagaan di Padang Besar dan Haadyai di mana kebanyakan
petugas ini berundur selepas menunjukkan muka di ibupejabat
piliharaya BN. Wang yang dihambur untuk mengangkut mereka
mestilah mencecah puluhan juta ringgit kerana berasaskan falsafah
parti: lebih banyak dibazirkan wang lebih banyak peluang untuk
menang. Shahidan Kassim adalah pengarah operasi di bawah
naungan timbalan perdana menteri yang menjadi pengarah utama
kempen parti yang semakin senak keadaannya.
Jadi, Mr. Khoo yang tidakpun menaruh sebarang harapan awal
minggu lalu kini berkemungkinan besar menang, walaupun dengan
keadaan belanjawan yang terhad. Segala perbuatan melompat keluar
parti Keadilan sudahpun mencetuskan satu kejutan: PAS yang
mempunyai jentera pilihanraya yang tersusun dan berdisiplin muncul
untuk mengibarkan bendera jihadnya. BN sengaja merancang untuk
melumpuhkan Keadilan dengan menggalakkan ahli parti untuk keluar
melompat, sekaligus melumpuhkan satu jentera pilihanraya yang
sememangnya sudah lemah. Dalam kempen pilihanraya di mana
wang mengalir laksana air deras, memanglah tidak baik mengatakan
betapa wang memainkan peranan besar memancing ahli parti lawan
melompat keluar. Seandainya betul kenyataan BN bahawa prinsip
berpolitik yang membuatkan ahli Keadilan itu keluar melompat
memasuki UMNO, bermakna inilah kumpulan pertama di Malaysia
yang membuat kelakuan seperti itu. Namun, ia tidak mampu
mencemarkan parti lawan dengan cemuhan seperti itu.
BN masih meraba-raba mencari isu untuk menumpaskan pihak
pembangkang. Kerana itu ia memilih sifat bertahan. Ketika kempen
sudah sampai ke pertengahannya kerana pembuangan undi pada
Sabtu 19 Januari, tidak ada satu bahan yang membolehkan BN
merobah pendirian pengundi. Fahaman lama BN betapa wang boleh
disogokkan untuk membawa keyakinan ia mampu meneruskan
pembangunan negara, sudah lama diperlekehkan. Rakyat sudah
tidak mempercayainya lagi seperti yang dilihat di setiap pilihanraya
kecil. Itu sebabnya BN dan bukannya parti pembangkang yang kerap
menggeletar setiap kali ada pilihanraya kecil yang terbayang.
Bayangkanlah apabila ada empat lagi peristiwa seperti itu yang
dijangka akan terjadi. M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6619 |