Laman Webantu KM2: 6621 File Size: 16.8 Kb * |
TAG SP 565: CDR: Meruntunnya Martabat Rumah Putih By Tom Turnispeed 17/1/2002 2:16 am Thu |
[Catatan Penterjemah: Kami terjemahkan artikel ini sebagai ingatan
betapa kerja-kerja haprak yang direncana oleh George Bush dan
kepimpinan parti politiknya adalah semacam sama dengan kerja
haprak yang dilakonkan oleh seorang Raja Penyangak Malaysia
yang menghancurkan UMNO dan budaya Melayu selama ini.
George Bush Jr. baru sangat memegang jawatan presiden Amerika
Syarikat dan kini dihantui masalah wibawanya yang sudah tergugat,
sehinggakan beliau jatuh pitam kelmarin semasa menonton TV. Sama
ada itu satu kisah benar ataupun satu lakonan untuk meraih simpati,
itu kisah untuk dianalisa di lain kali. Tetapi, si Raja Penyangak
Malaysia sudah bermaharajagila sejak 21 tahun dan sudah banyak
kali pitam sehingga hampir-hampir mati, tetapi belum sedar dan
mahu bertaubat dan mahu terus bertanding lagi. Kita mengharapkan
pengundi IK memberi ingatan kepadanya dengan cara menolak
calon MCA kali ini di peti undi 19/1/02 nanti.
Para pengundi harus ingat ketika Amerika dan Rumah Putih
memanjakan Taliban yang dinaungi oleh kumpulan Al Qaida, ketika
itulah Joe Fernandez di bunuh dan itulah yang disebut oleh Raja
Penyangak kerja yang dibuat oleh kumpulan yang ada kaitan
dengan Al Qaida. Lihatlah sendiri lakonan di Amerika dan
bagaimana si Raja Penyangak mengaitkan kematian Joe Fernandez
dengan pertubuhan itu - kerana Raja Penyangak sengaja mahu
menipu, memikirkan bahawa rakyat Malaysia sudah dungu dan
mudah ditipu???? ] (A Creeping Collapse in Credibility at the White House)
Oleh: Tom Turnispeed Pembabitan pentadbiran Bush dengan ENRON kini mula terdedah
apabila ada pengakuan bahawa beberapa ekskutif syarikat itu
memasuki Rumah Putih enam kali tahun lalu untuk merencana secara
berahsia dasar bahan tenaga parti itu dengan Timbalan Presiden
Dick Cheyney sebelum berlakunya kisah kemuflisan syarikat yang
berpangkalan di Texas itu. Laporan yang menggugat kewibawaan
presiden yang satu ketika dulu adalah orang kuat industri minyak di
Texas apabila muncul laporan bahawa UNOCAL sebuah lagi
syarikat minyak terlibat dengan kerajaan AS dalam satu rencana
memasang saluran paip merentasi Afghanistan daripada Lembah
Kaspian di Asia Tengah. Rupanya, di sebalik burka mereka,
UNOCAL telah didedahkan kerana memberikan layanan lima bintang
kepada kumpulan Taliban pimpinan Mullah Omar di Lone Star State
pada 1997. Mereka yang kini digelar 'the evil ones' pernah juga
dipelawa untuk berjumpa pegawai tinggi Amerika di Washington D.C.
Mengikut sebuah artikel terbitan Telegraph (London) bertarikh
Disember 17, 1997 yang berjodol 'Oil barons court Taliban in
Texas,' pihak Taliban sudahpun bersedia menandatangani satu
perjanjian bernilai 2 billion pound sterling dengan sebuah syarikat
minyak Amerika untuk memasang saluran paip merentasi negara itu.
Para pejuang Islam itu kelihatan dapat dipujuk untuk menyetujui
perjanjian, bukannya dengan cara perundingan yang sukar tetapi
hanya melalui kemesraan cara lama mengikut tradisi Texas... Sambil
berpakaian tradisi memakai seluar kameez, baju tebal Afghan yang
longgar, dan sarban hitam yang besar, para perwakilan Taliban telah
diberikan layanan paling istimewa sepanjang empat hari mereka
dilayan di sana. Pada waktu yang sama beberapa dokumen kerajaan AS
mendedahkan betapa Taliban memang mengizinkan Osama bin
Laden sebagai tetamu khas mereka sejak Jun 1996. Osama Laden
sudahpun disingkirkan daripada Sudan seawal 1996 sebagai satu
tindakan negara itu melayani ketegasan AS dan kerana takutkan
sekatan ekonomi PBB. Osama juga telah mengisytiharkan secara
terbuka berperang terhadap AS sekitar Ogos 23 1996;
mengumumkan pengeboman di Riyadh dan Khobar di Arab Saudi
yang membunuh 19 askar AS sebagai keganasan yang harus dipuji.
Beliau telah berbuat janji untuk meneruskan serangan terhadap
Amerika pada November 1996 dan telah mengaku melancarkan
serangan terhadap tentera AS di Somalia pada 1993 dan Yemen
pada 1992, sambil mengumumkan betapa 'kami pernah menghambat
mereka di Mogadishu', dalam satu wawancara radio pada Februari
1997 beliau menyebut kalau ada orang yang dapat membunuh askar
Amerika, adalah lebih baik daripada membuang masa dengan kerja
lain.' Bahan bukti juga menunjukkan betapa Osama Laden ada
kaitan dengan pengeboman 1995 yang memusnahkan berek askar
AS di Riyadh yang membunuh lima orang; dan dengan Ramzi Yousef
yang memimpin serangan terhadap Bangunan Dagangan Dunia pada
1993, dan usaha membunuh Presiden Clinton di Filipina pada 1994.
Berbalik kepada kisah di Houston, puak Taliban telah mendapat
maklumat bagaimana 'cara hidup pihak yang lain'. Dan mengikut
Telegraph, 'mereka menginap di hotel bertaraf lima-bintang dan
dibawa ke sana-sini dengan kereta bas mini yang mewah
kepunyaan syarikat.' Para perwakilan Taliban 'telah melihatkan
betapa kagumnya mereka mendapati rumah mewah kepunyaan tauke
minyak di Texas. Ketika dipelawa makan malam di istana Martin
Miller, seorang timbalan presiden Unocal, mereka kagum melihatkan
kolam renang di istana itu dan pemandangan padang golf dan enam
bilik mandi.' Mr. Miller berkata dia mengharapkan UNOCAL sudah
berjaya mencapai perjanjian (dengan Taliban).
Ketika itu Dick Cheyney adalah CEO Haliburton Corporation, sebuah
syarikat pembikin saluran paip yang berpangkalan di Texas. Beliau
pernah menyebut pada 1998; 'Saya tidak ingat apakah ada satu
masa lain apabila sebuah wilayah tiba-tiba muncul secara
mendadak untuk menjadi satu rantau yang penting seperti Lembah
Kaspian. Seolah-olah satu peluang besar muncul secara tiba-tiba
dengan sekelip mata. Tuhan yang Berkuasa tidak berpendirian
mewujudkan minyak dan gas hanya di negara di mana rejimnya
mesra dengan Amerika Syarikat. Sekali sekala kita terpaksa
beroperasi di tempat, yang mungkin tidak berapa diminati oleh orang
kita. Tetapi kita pergi di mana ada peluang untuk berniaga.' Apakah
Dick Cheyney bersedia berunding dengan puak yang sanggup
membunuh askar A.S kalaupun di sana ada peluang perniagaan?
The Telegraph melaporkan betapa Unocal telah berjanji memulakan
kerja pembikinan saluran itu dan membayar puak Taliban secepat
mungkin dengan tambahan imbuhan dan sumbangan derma
sebanyak 500,000 pound kepada Universiti Nebraska untuk kursus
di Afghanistan melatih 400 guru, juruelektrik, tukang kayu dan
pemasang paip. The Telegraph juga melaporkan, 'kerajaan AS yang sejak dulu
mengutuk dasar Taliban yang bertindak keras terhadap wanita dan
kanak-kanak sebagai perbuatan yang 'keji' sudah menunjukkan
kesediaan menyenangi puak fundamentalis itu kerana mahukan
kontrak pemasangan saluran paip yang lumayan. 'Dalam satu artikel
yang disediakan oleh Neamatollah Nojumi, di Tuffs University
Fletcher School of Law and Diplomacy, Nojumi menulis pada Ogos
1997, betapa Madeline Albright 'hadir dalam satu raptai taklimat
CIA' mengenai wilayah Kaspian. Agen CIA kemudiannya menemani
'segelintir jurutera minyak yang terlatih' melawat rantau itu. Albright
merumuskan betapa usaha membuat dasar mengenai rantau itu
adalah 'salah satu perkara menarik yang boleh kita lakukan'.
Perkara itu memang menarik kepada pentadbiran Bush. Mengikut
para penulis kisah Osama bin Laden 'The Hidden Truth'
(Kebenaran Yang Tersembunyi) salah seorang perisik FBI di
bahagian anti-keganasannya, John O'Neill, meletakkan jawatan
tahun lalu kerana memprotes gelagat pentadbiran Bush menyekat
siasatan terhadap Osama bin Laden. (Dakwaan yang sama telah
dibuat juga bagi pihak seorang perisik FBI yang tidak dikenali oleh
'Judicial Watch' satu pertubuhan amal Amerika). Rupanya
pentadbiran Bush telah lama bermesyuarat sejak Januari 2001
dengan puak Taliban, dan telah enggan mengecewakan Arab Saudi
yang mempunyai hubungan dengan Osama Laden, mengikut kajian
O'Neill. Selepas meletakkan jawatannya, O'Neill menjawat jawatan
pengarah keselamatan di Pusat Dagangan Dunia, dan beliau turut
terbunuh dalam episod 911 yang ngeri itu.
Tatkala agenda Amerika sekarang mahu memerangi beberapa
'negara pengganas' yang lain, bintang UNOCAL tiba-tiba beralih
kedudukannya. Dua bulan selepas majlis keraian dengan Taliban di
Houston, pegawai UNOCAL John Maresca telah berucap memberi
penjelasan kepada Jawatankuasa Khas mengenai Asia dan Pasifik
dan mendesak sokongan pentadbiran kerajaan untuk menyediakan
suasana pelaburan yang mesra di Afghanistan.......'kami telah
menjelaskan bahawa pembinaan saluran paip yang direncana itu
tidak boleh dimulakan selagi tidak wujud sebuah kerajaan yang
dapat diiktiraf dan disenangi oleh kerajaan (Barat) para peminjam
dana dan juga syarikat kami.' Ini bererti keupayaan UNOCAL
memulakan pembikinan saluran paip itu adalah satu usaha yang
setanding dengan pembabitan wang cukai yang dibayar oleh rakyat
Amerika. Permintaan Maresca itu telah tertunai dengan wujudnya kumpulan
yang mengantikan tempat Taliban. Seperti yang dilaporkan dalam Le
Monde (akhbar paling popular di Peranchis - penterjemah), ketua
kerajaan baru Afghanistan, Hamid Karzai pernah bertugas sebagai
seorang perunding UNOCAl. Hanya sembilan hari selepas Karzai
ditabalkan, Presiden Bush telah memilih seorang lagi perunding
UNOCAL dan bekas pembela Taliban, Zelmay Khalilzad, sebagai
duta khas beliau ke Afghanistan.
Apabila UNOCAL membuat keuntungan besar daripada kerja
pemasangan paip itu mereka seharusnya menderma 50%
keuntungan sebelum cukai kepada Dana 911. Mereka juga
seharusnya menyumbang khas kepada balu agen FBI, O'Neill.
Tom Tumipseed ialah seorang peguam, penulis dan aktivis hak asasi
manusia di Columbia, South Carolina. www.turnispeed.net
Terjemahan: SPAR - 15.01.02 Asal: http://www.commondreams.org/views02/0111-05.htm
Published on Friday, January 11, 2002 by Common Dreams
A Creeping Collapse in Credibility at the White House
From ENRON Entanglements to UNOCAL Bringing the Taliban to Texas
and Controlling Afghanistan by Tom Turnipseed The Bush Administration's entanglement with ENRON is beginning to
unravel as it finally admits that Enron executives entered the White
House six times last year to secretly plan the Administration's energy
policy with Vice-President Cheney before the collapse of the
Texas-based energy giant. Meanwhile, even more trouble for our
former-Texas-oil-man-turned-President is brewing with reports that
unveil UNOCAL, another big energy company, for being in bed with
the Taliban, along with the U.S. government in a major, continuing
effort to construct pipelines through Afghanistan from the
petroleum-rich Caspian Basin in Central Asia. Beneath their burkas,
UNOCAL is being exposed for giving the five star treatment to
Taliban Mullahs in the Lone Star State in 1997. The "evil-ones"
were also invited to meet with U.S. government officials in
Washington, D.C. According to a December 17, 1997 article in the British paper, The
Telegraph, headlined, "Oil barons court Taliban in Texas," the
Taliban was about to sign a "£2 billion contract with an American oil
company to build a pipeline across the war-torn country. ... The
Islamic warriors appear to have been persuaded to close the deal,
not through delicate negotiation but by old-fashioned Texan
hospitality. ... Dressed in traditional salwar khameez,Afghan
waistcoats and loose, black turbans, the high-ranking delegation
was given VIP treatment during the four-day stay."
At the same time, U.S. government documents reveal that the Taliban
were harboring Osama bin Laden as their "guest" since June 1996.
By then, bin Laden had: been expelled by Sudan in early 1996 in
response to US insistence and the threat of UN sanctions; publicly
declared war against the U.S. on or about August 23, 1996;
pronounced the bombings in Riyadh and at Khobar in Saudi Arabia
killing 19 US servicemen as 'praiseworthy terrorism', promising that
other attacks would follow in November 1996 and further admitted
carrying out attacks on U.S. military personnel in Somalia in 1993
and Yemen in 1992, declaring that "we used to hunt them down in
Mogadishu"; stated in an interview broadcast in February 1997 that
"if someone can kill an American soldier, it is better than wasting time
on other matters." Evidence was also developing which linked bin
Laden to: the 1995 bombing of a U.S. military barracks in Riyadh
which killed five; Ramzi Yuosef, who led the 1993 World Trade
Center attacks; and a 1994 assassination plot against President
Clinton in the Philippines. Back in Houston, the Taliban was learning how the "other half lives,"
and according to The Telegraph, "stayed in a five-star hotel and
were chauffeured in a company minibus." The Taliban
representatives "...were amazed by the luxurious homes of Texan oil
barons. Invited to dinner at the palatial home of Martin Miller, a
vice-president of Unocal, they marveled at his swimming pool, views
of the golf course and six bathrooms." Mr. Miller, said he hoped that
UNOCAL had clinched the deal. Dick Cheney was then CEO of Haliburton Corporation, a pipeline
services vendor based in Texas. Gushed Cheney in 1998, "I can't
think of a time when we've had a region emerge as suddenly to
become as strategically significant as the Caspian. It's almost as if
the opportunities have arisen overnight. The good Lord didn't see fit
to put oil and gas only where there are democratically elected
regimes friendly to the United States. Occasionally we have to
operate in places where, all things considered, one would not
normally choose to go. But we go where the business is." Would
Cheney bargain with the harborers of U.S. troop killers if that's where
the business was? The Telegraph reported that Unocal had promised to start building the
pipeline and paying the Taliban immediately, with the added
inducements and a donation of £500,000 to the University of
Nebraska for courses in Afghanistan to train 400 teachers,
electricians, carpenters and pipefitters.
The Telegraph also reported, "The US government, which in the past
has branded the Taliban's policies against women and children
"despicable", appears anxious to please the fundamentalists to
clinch the lucrative pipeline contract." In a paper prepared by
Neamatollah Nojumi, at the Tufts University Fletcher School of Law
and Diplomacy, Nojumi wrote in August 1997 that Madeline Albright
sat in a "full-dress CIA briefing" on the Caspian region. CIA agents
then accompanied "some well-trained petroleum engineers" to the
region. Albright concluded that shaping the region's policies was
"one of the most exciting things that we can do."
It's also exciting to the Bush Administration. According to the authors
of Bin Laden, the Hidden Truth, one of the FBI's leading counter
terrorism agents, John O'Neill, resigned last year in protest over the
Bush Administration's alleged obstruction of his investigation into bin
Laden. (A similar complaint has been filed on behalf of another
unidentified FBI Agent by the conservative Judicial Watch public
interest group.) Supposedly the Bush Administration had been
meeting since January 2001 with the Taliban, and was also reluctant
to offend Saudi Arabians who O'Neill had linked to bin Laden. Mr.
O'Neill, after leaving the FBI, assumed the position of security
director at the World Trade Center, where he was killed in the 911
attacks. As America's New War now begins focusing on other "rogue
nations," UNOCAL's stars have magically aligned. About two months
after the Houston parties, UNOCAL executive John Maresca
addressed the House Subcommittee on Asia and the Pacific and
urged support for establishment of an investor-friendly climate in
Afghanistan, "... we have made it clear that construction of our
proposed pipeline cannot begin until a recognized government is in
place that has the confidence of governments, lenders and our
company." Meaning that UNOCAL's ability to construct the Afghan
pipeline was a cause worthy of U.S. taxpayer dollars.
Maresca's prayers have been answered with the Taliban's
replacement. As reported in Le Monde, the new Afghan
government's head, Hamid Karzai, formerly served as a UNOCAL
consultant. Only nine days after Karzai's ascension, President Bush
nominated another UNOCAL consultant and former Taliban defender,
Zalmay Khalilzad, as his special envoy to Afghanistan.
When UNOCAL makes big bucks from the pipeline they should
donate 50% of all pretax profits to the 911 Fund. And they should
also cut a very special check to the widow of FBI Agent O'Neill.
Tom Turnipseed is an attorney, writer and civil rights activist in Columbia, South Carolina. www.turnispeed.net |