Laman Webantu KM2: 6614 File Size: 6.2 Kb * |
TJ SP MGG: Pengaruh Kelentongan Goebbels By M.G.G. Pillai 15/1/2002 12:37 pm Tue |
Pengaruh Kelentongan Goebbels
(Goebbels Gobbelled) Oleh: M.G.G. Pillai Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang insan yang kecewa
kebelakangan ini. Dia merupakan nadi penggerak Malaysia, dan untuk
meneruskan aktiviti itu, tidak ada akhbar perdana yang berani menulis apa
yang terjadi sebenarnya, kecuali berita yang tidak menyentuh perasaan
seorang maharaja kecewa di Putrajaya. Usaha mengagak apa yang tersumbat di
otaknya adalah satu kerja yang bergantung kepada nasib juga, seperti yang
telah dialami oleh beberapa bekas ketua pengarang di akhbar yang dikuasai
oleh UMNO. Selalunya versi berita Bernama diterbitkan, untuk mendewa-dewakan
si maharajah. Pilihan seperti ini semakin menyempit setiap hari. UMNO dan
Barisan Nasional sudahpun menerima hakikatnya betapa warga muda Melayu, di
kampus universiti ataupun di universiti terbuka sudah lama menjauhkan diri
daripadanya. Baru-baru ini beberapa akhbar melaporkan kisah pegawai risikan UMNO yang
telah menangkap lapan pelajar universiti kerana menceroboh kawasan larangan
mereka. Mereka menuduh pelajar itu sebagai 'spy' yang merisik bilik gerakan
operasi UMNO untuk pilihanraya kecil Indera Kayangan di Perlis. Bagaimana
caranya semua ini boleh tercetus sebelum hari pencalonan adalah satu misteri
yang besar kemungkinannya tidak akan dapat diteka asal usulnhya. Tetapi satu
laman web pihak pembangkang memberikan satu kisah yang amat berbeza. Pelajar
yang ditangkap itu telah dipungut di satu tempat lain, dan dibawa memasuki
bilik operasi barisan nasional untuk dituduh melakukan sialan. Laporan polis
telah dibuat. Pihak universiti menghantar pasukan khas yang ada kena mengena
dengan tatatertib pelajar untuk memantau peranan pelajar universiti itu,
yang sudahpun diberitahu betapa mereka tidak boleh terlibat dengan kempen
pilihanraya. Tetapi bagaimana universiti mampu mengesan mereka seandainya
mereka menjalankan tugas secara berhati-hati, sedangkan mereka menghadapi
kesulitan mengecam para pelajar mereka yang masih berkeliaran di kampus?
Semua ini menunjukkan kepada maharajah tua itu betapa pihak pembangkang
adalah terdiri dari para bajingan yang menyekat Barisan nasional menjalankan
kerja-kerja kempen dalam suasana pilihanraya yang bersih. Hak untuk
mengganggu-gugat, mengikut istilah Barisan Nasional ialah terhad kepada
pembabitan dengan Barisan Nasional sahaja, penglibatan dengan pihak lain
bererti melanggar peraturan pilihanraya dan segala hukum hakamnya.
Tetapi apakah Dr. Mahathir puashati dengan keadaan ini? Berita yang
digembar-gemburkan adalah satu ingatan kepada rakyat Malaysia bahawasanya
para pelajar universiti mesti menumpukan masa kepada pelajaran dan tidak
bergiat aktif dalam kempen politik, dan mereka boleh menyokong hanya sebuah
parti poltik tanpa dipertikai oleh pihak polis. Katakanlah berita yang
dilaporkan itu ada kebenarannya kerana kebenaran dalam media perdana sudah
menjadi satu sabjektif sahaja. Walaupun ia diterbitkan secara serius,
kesannya sudah melantun semula. Kesannya warga pelajar universiti sudah naik
minyak dengan gelagat kerajaan sehinggakan tercetus kini pelbagai berita
betapa UMNO dan Barisan Nasional berkemungkinan menghadapai masalah yang
lebih besar lagi dengan golongan pelajar universiti.
Dengan lain perkataan, sepatutnya BN menumpukan perhatian yang penuh kepada
pilihanraya yang memang ia mempunyai kelebihan untuk memenanginya. Tetapi,
kerana kerakusan, ia memilih untuk menjejaki wilayah berbahaya di kampus
universiti dengan tujuan untuk menggula-gulakan mereka. Kaedah menyejukkan
hati yang panas itu dianggap oleh kebanyakan veteran UMNO sebagai perbuatan
yang berbahaya persis seseorang pelatih yang memasuki kandang singa. Yang
lebih memburukkan keadaan ialah dengan wujudnya seorang ketua pengarang
Utusan Malaysia yang kini dijadikan sebagai seorang 'tukang karut' di media
perdana. Makin teruklah keadaan yang melanda UMNO.
Kerana itu Mahathir merasa jelek apabila kisah sebenar dikatakan tersalah
ditangani. Tetapi yang sebenarnya dia sendiri tidak faham betapa dia
tersalah waham. Kalau Perdana menteri beranggapan bahawa satu kisah biasa
pihak pembangkang itu dianggap salah, berapakah pula nilai tanggapan yang
boleh kita akui daripada segala berita yang disiarkan oleh akhbar perdana
mengenai kegiatan pihak pembangkang? Sebenarnya ada garis pemisah yang
begitu nipis antara propaganda dan laporan berita. Seandainya tidak ada
kesungguhan di pihak akhbar untuk berlagak laksana suara bebas, maka tidak
akan wujud unsur kebebasan berakhbar di negara ini. Kerajaan memang tidak
mengingini keadaan begini, dan membenarkan hanya hak mereka menyiarkan
puji-pujian terhadap aktivitinya. Pihak pembangkang diperlekeh kecuali ada
sesuatu yang menggugat mereka. Kerana itu ada tanggapan bahawa pembangkang
berkecamuk di Indera Kayangan kerana DAP enggan berkempen dan kerana itu
terjadi perpecahan dalam parti. Apabila para wartawan di sakat agar tidak melaporkan berita yang sebenarnya
berlaku, ia menjadikan satu keadaan bagaimana pemberitaan itu diberikan
liputannya. Wartawan itu akan berhati-hati dan sangsi setiap kali membuat
laporannya. Sekaligus segala unsur kebenaran laporannya itu ghaib tidak
menentu. Inilah yang menjadi perkara biasa di Malaysia. Apabila akhbar
perdana bertegas agar semua pemberita memainkan peranan ala-Goebbels sebagai
wakil kerajaan yang berkuasa, harinya akan tiba tidak lama lagi apabila apa
yang mereka tulis itu menyongsangkan berita baik kerajaan yang sebenarnya.
Apabila sebuah akhbar perdana berbahasa Inggeris yang dikuasai UMNO
mempunyai seorang ketua pengarang yang menganggap dirinya adalah semacam
Dr.Goebbels kepada Dr. Mahathir, masanya akan tiba apabila doktor yang baik
itu akan terpaksa risaukan kebenaran liputan berita mengenainya.
M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6598 |