Laman Webantu KM2: 6607 File Size: 19.0 Kb * |
IK: Huru-hara Sebagai Alat Kempen Pilihanraya By Pengundi Tua IK 14/1/2002 4:18 pm Mon |
Huru-hara Sebagai Alat Kempen Pilihanraya
Beberapa kisah kekecohan yang dicetuskan oleh petugas UMNO dalam kempen
Indera Kayangan, seharusnya tidak menjadi satu kejutan kepada petugas parti
pembangkang. Walaupun yang bertanding itu adalah calon MCA sebenarnya,
tetapi yang membuat kacau adalah petugas UMNO, adalah satu gambaran betapa
kaum Cina lebih matang berpolitik dan orang Melayu berpolitik semacam itu
kerana itulah sahaja yang mereka tahu dalam politik.
Dalam hal ini kita harus menyorot kepada senario kempen politik di tiga
tempat lain yang telah mengadakan pilihanraya kecil sebelum Indera Kayangan,
untuk melihat persamaan keadaan dan bagaimana taktik yang digunakan oleh BN
untuk menentukan undi memihak kepada calon mereka, walaupun kita harus sedar
kemenangan calon BN sebenarnya adalah disebabkan undi hantu dan undi tipu.
Di sebalik segala kerenah huru-hara, calon BN menang kerana unsur tipu dan
budaya huru-hara sahaja. Mujur, di Lunas BN tumbang kerana unsur undi hantu
dan undi tipu telah dibanteras terlebih dulu dan kerana itu kumpulan yang
membanteras unsur itu ditahan di bawah ISA.
Cuba kita sorot kembali kisah pilihanraya kecil di tiga tempat terdahulu
di Semenanjung. a) Sanggang Sejurus selepas penamaan calon, Sanggang menjadi tempat di mana kerajaan
menghamburkan wang rakyat untuk melancarkan projek kilat semata-mata untuk
memancing undi. Di sepanjang Sungai Pahang, beberapa projek ikan dalam
sangkar diluluskan untuk menjadi punca pendapatan baru kepada orang kampung.
Tetapi, sehingga hari ini berapa banyakkah hasil ikan ternakan yang dihantar
ke Kuala Lumpur oleh nelayan yang terbabit. Berapa banyak pula projek itu
yang tersadai tidak berpenunggu?
Pada hari mengundi, kesesakan di Pekan Mentakab adalah sungguh menakjubkan.
BN sengaja menaja orang upahan untuk menyesakkan bandar itu sehinggakan
perjalanan daripada Mentakab ke Temerloh (dua sempadan kawasan undi) adalah
sungguh menyulitkan. Ketika itu tempoh perjalanan daripada Pintu Tol Gombak
ke Mentakab adalah lima kali lebih cepat daripada perjalanan kenderaan
daripada Mentakab hingga Temerloh. Keseluruhan bandar Mentakab menjadi lumpuh kerana dipenuhi kereta daripada
luar yang kebanyakannya memaparkan bendera parti pembangkang. Yang
sebenarnya kereta itu adalah kereta upahan yang dihiaskan dengan bendera
pembangkang untuk menyesakkan pekan Mentakab. Kesesakan itu membuatkan
pengundi Cina naik meluat dan membenci calon PAS. Pada waktu yang sama
kebanyakan pengundi Cina yang diketahui sebelum itu sebagai penyokong kuat
DAP mendapat nama mereka dialihkan ke daftar pengundi kawasan yang lain.
Sebahagian pengundi penting di Sanggang merupakan pengundi kaum asli. Mereka
dipindahkan daripada perkampungan dan diberikan tempat penginapan yang
paling selesa di Bukit Bendera, yang lengkap dengan kemudahan bersantai.
Segala makan dan minum di jaga dan sebagai imbuhan ramai yang diberi
ganjaran motorsikal 'scrambler' berbanding basikal kepada orang Melayu di
kampung dan sebuah kapcai kepada penghulunya. Kaum Cina pula diberikan gran
tanah yang mereka tunggu begitu lama, sedangkan orang Melayu yang tidak
bertanah hanya menyaksikannya dengan senyuman mencecah cuping telinga.
Sanggang ialah kawasan DUN yang amat dekat dengan tempat pengiraan undi.
Tetapi pada jam lapan malam, pengiraan tidak tamat lagi kerana menantikan
'beberapa peti undi' yang jauhnya hanya lima minit melalui perjalanan sungai
untuk tiba ke Temerloh. Fenomena ini sama dengan kisah peti undi yang lambat
sampai daripada Kampung Abdullah Hukum, setelah Shahrizat tahu dia sudah
dikalahkan oleh peguam Zainur Zakaria. Tiba-tiba ketika itu, baru ada orang
teringatkan peti undi yang belum tiba lagi. Begitu juga kisahnya ketika
Chandra Muzaffar ditumpaskan, kerana peti undi yang lambat tiba.
Taktik yang digunakan ialah ketika hari mengundi, para pengundi diangkut
dengan bas untuk mengundi secara 'blok'. Memudahkan untuk mengatur pengundi
hantu muncul tanpa dapat dikesan. Itulah taktik yang dirancang di Lunas dan
dapat disekat. Pengundi Cina dikejutkan dengan budaya ugutan apabila pasukan FRU
ditempatkan berbaris-baris di pintu masuk tempat mengundi. Itu juga taktik
yang digunakan di Teluk Kemang.
b) Teluk Kemang BN menang kerana moto kempen utama ialah 'Apakah Quran boleh bina jambatan?'
yang dilaungkan oleh Samy Vellu. Sebahagian besar pengundi Cina memihak
kepada Ruslan Kassim, mengikuti jejak langkah askar yang memberikan undi
pos. Pengundi India memihak kepada Solaynathan dan kerana itu kalau kita pergi ke
Port Dickson dan melintasi Lukut kita boleh nampak satu kuil baru yang
sedang dalam pembinaan tersergam indah menggunakan kepakaran pekerja
daripada seberang laut. Begitu lama kita merdeka MCA masih belum mampu
menubuhkan satu pasukan pekerja anak watan yang boleh membuat kuil tanpa
bantuan orang luar. Samalah caranya dengan Samy Vellu mengimpot ratusan sami
kuil untuk menguruskan kuil-kuil itu. Lagi besar sesuatu kuil itu lebih
ramai sami yang diperlukan, kerana dalam kuil ada petak-petak di mana sami
tertentu bertugas. Siapakah yang memenangkan Solianathan dan siapakah yang merengek kerana
menyesal sekarang ini kalau bukan pengundi Melayu? Apakah yang dicurahkan
oleh Solianathan kepada pengundi Melayu? 'Habukpun tarak!!!' Orang Rembau
kata 'mengabihkan boreh ajo!!!!' Tetapi siapakah yang menyibuk sangat ketika
hari mengundi dulu? Bukankah pada hari yang sama Hisyamuddin Husin
melancarkan kursus khas pemuda dan pemudi UMNO di Port Dickson??? Bukankah
Isa Samad menyediakan berpuluh pasukan gerak gempur UMNO untuk menangani
keselamatan di Teluk Kemang. Cuba lihat gambar lama dan perhatikan berapa
ramaikan 'matgian yang digunakan menongggang motorsikal mundar mandir dengan
bendera besar di belakang motor untuk menunjukkan kehebatan UMNO berkempen?
Apa jadi dengan matgian itu sekarang? Pergilah ke Teluk Kemang dan PD
perhatikan pada awal pagi, anak-anak muda Melayu yang gian menunggu kedai
dibuka untuk membeli gam untuk dihidu.
Apakah janji Isa Samad ketika kempen mengampu calon MIC dulu? Bukankah janji
BN mahu jadikan Port Dickson satu bandar pelancong dan pengisytiharan
bandaraya akan diadakan tidak berapa lama lagi? Tetapi, cuba pergi ke PD dan
cari papan iklan Kota Impian. Itulah rangka bangunan batu tertinggi di Port
Dickson bikinan Dato Matshah yang terbengkalai begitu lama kerana beliau
memihak kepada Tengku Razaleigh dan Semangat 46. Kalau betul UMNO dan Isa
Samad mementingkan maruah orang Melayu kenapakah tidak diusahakan penyudahan
bangunan Kota Impian itu? Kenapakah Marina World Resort di Teluk Kemang
boleh diambilalih oleh 'Danaharta' dan projek itu diteruskan, sedangkan Kota
Impian yang diusahakan oleh orang Melayu dibiarkan terbengkalai? Kini, orang
Melayu yang mengundi di Teluk Kemang baru sedar, apa ertinya 'Quran tidak
boleh bikin jambatan... itu pasal Quran tidak boleh bikin Kota Impian...'
Sepatutnya Solianatahan tidak ada peluang menang di Teluk Kemang. Tapi,
kerana undi orang Melayu dia menang juga. Apakah yang dibuatnya kepada orang
Melayu? Kaum Cina merupakan kumpulan yang paling banyak menerima bantuan
kerajaan selain episod JE. Kalau dilihat ratusan kedai baru dan bangunan
yang siap tanpa penghuni ataupun bangunan yang separuh siap tergendala
pembinaannya, itu adalah gambaran betapa Teluk Kemang merudum disebabkan
penyakit wabak virus nipah. Kini, projek khinzir sudah tidak lagi merupakan
projek utama di Teluk Kemang kerana diganti dengan projek pelihara ayam dan
itik. Tetapi apa pula projek orang Melayu yang sungguh setia mengundi calon
MIC selama itu? Apakah orang Melayu kena tanya Samy Vellu lagi dan menunggu
beliau menjawabnya: Itu...kamu kena tanya Koran???'
c) Lunas Kalau diambil kira undi simpati, sepatutnya calon MIC sudah mampu menang.
Tetapi, Lunas dimenangi oleh Keadilan kerana pengundi sudah bijak dan tidak
membiarkan sentimen kaum menguasai keadaan. Pengundi hantu kecundang kecuali
satu-dua bas yang berjaya membolosi sekatan petugas PAS dan Keadilan. Ramai
juga orang Melayu yang memihak kepada calon Keadilan kerana undi protes
disebabkan mereka terlalu benci kepada pucuk kepimpinan UMNO. Kisah lain
ialah sebgai kesan sejarah sahaja. Indera kayangan. Berbalik kita kepada Indera Kayangan.... dua calon yang bertanding ialah
orang Cina. Undi penentu ialah undi Melayu secara terangan-terangannya.
Tetapi yang betul-betul menentukannya nanti ialah undi hantu.
Kalau dikira kisah kawasan Mahathir (Kubang Pasu) terdapat lebih tiga ribu
pengundi hantu yang berdaftar, berapa agaknya yang sudah disumbat dalam
daftar pengundi Indera Kayangan? Apakah benar, semua yang berdaftar itu
wujud dan bernyawa? Kenapakah sehingga kini tidak ada sebarang sebutan
wujudnya pengundi yang kehilangan namanya dalam daftar pengundi?
Kalau dilihat muslihat persiapan UMNO dan BN, keputusan pilihanraya akan
memihak kepada BN. Segala persiapan telah lama dirancang sejak penyandang
jawatan lama sakit teruk dengan disusuli beberapa peristiwa dia mahu
melepaskan jawatannya. Tetapi, dia ditahan berbuat demikian sambil pihak
UMNO merancang segala strategi untuk memasang lukah yang paling canggih.
Hasilnya, kini ada berita penarikan ahli Keadilan untuk memasuki UMNO.
Bukankah pelik perkara ini sedangkan yang bertanding ialah calon kaum
masyarakat Cina, tetapi kenapa pula orang Melayu yang melompat parti? Kenapa
tidak ditunggu sehingga pilihanraya kecil ini tamat untuk keluar parti dan
memasuki parti yang lagi satu? Apakah rakyat jelata sudah buta hati dan buta
mata untuk tidak memahami politik murahan seperti ini? Apakah tidak ada wang
ringgit yang bertukar tangan untuk menarik orang keluar parti lawan?
Mahathir dan Al Qaeda Tetapi, demikianlah tahap pemikiran orang Melayu berpolitik sekarang, secara
amnya. mereka tidak lagi menghayati semangat perjuangan untuk berpolitik.
Orang Melayu hari ini sudah disumbat oleh Mahathir untuk berpolitik kerena
wang dan tembolok masing-masing. Kerana Mahathir akan berpolitik sehingga
dia mati tegak, makanya orang Melayu gilakan politik untuk kekayaan diri
sendiri. Contoh terbaik boleh dilihat di Indera Kayangan. Apakah isu kempen politik
UMNO dan BN? Adakah Mahathir bayangkan isu sebenar parti politiknya selain
daripada mencaci dan mencerca pembangkang? Apakah yang dicanang oleh
Mahathir selain mengatakan kemegahan dan kebesaran UMNO dan BN? Sudah tidak
ada isu negara yang menyangkuti peradaban bangsa dan hal ehwal ekonomi yang
dijadikan isu politik. Kisah anak menteri mati terjatuh daripada bangunan
tinggi menjadi isu Mahathir, tetapi apabila dia meluluskan afidavit mahkamah
mengenai Anwar sebelum Anwar dihadapkan di mahkamah, itu dikira bukan
mengaibkan? Apabila dia mendedahkan bahawa Fernandez mati di Lunas kerana
ditembak oleh kumpulan yang ada kaitan dengan Al Qaeda itu bukannya satu
sandiwara? Bilakah Fenandez di tembak dan bilakah Al Qaeda ditubuhkan?
Ketika Fenandez ditembak mati, Osama bin Laden sibuk mundar-mandir
Afghanistan-New York dengan Taliban merundingkan pemasangan saluran paip
daripada Lautan Kaspian hingga ke Karachi dan merentasi Afghanistan. Orang
tidak tahu Al Qaeda ketika itu kerana Al Qaeda adalah ciptaan CIA Amerika
untuk menggulingkan kerajaan yang anti-Amerika.
Kalau KMM (satu ungkapan ciptaan Polis Malaysia) ada kaitan dengan Al Qaeda
dan Al Qaeda bertanggungjawab dengan pembunuhan Dr. Joe Fernandez apakah Al
Qaeda mempunyai asas utamanya di Lunas? Apa faedahnya Al Qaeda membunuh Joe
Fernandez kerana dia giat ketika itu untuk merampas kepimpinan MIC daripada
Samy Vellu, dan bukannya Joe Fernandez bermusuh dengan Amerika Syarikat.
Kenapakah Joe Fernandez sahaja yang dibunuh oleh pembunuh upahan itu? Apakah
kemungkinan Kayveas juga berkemungkinan akan menjadi sasaran kerana merampas
ramai masyarakat India keluar daripada MIC untuk menganggotai PPP?
Sepatutnya Mahathir mempunyai perasan malu untuk membuat kelentongan
menyatakan pembunuh Joe Fernandez ada kaitan dengan Al Qaeda. Dia menghina
rakyat Malaysia dengan pendedahan sandiwara terbaru itu. Kenapakah
pendedahan itu dibuat ketika kempen pilihanraya dan tidak sebelum itu?
Apakah rahsia polis itu didapatinya hanya selepas hari penamaan calon di
Indera Kayangan? Mahathir mungkin sudah lupa betapa dia mengaibkan orang Melayu dengan
menyebut betapa kumpulan Al Arqam mempunyai pusat latihan di tanah Thailand
'melatih orang Melayu yang taksub beragama untuk menggulingkan kerajaan
Malaysia.'PDRM di bawah pimpinan KPN bedebah Rahim Noor mengeluarkan
beberapa gambar menunjukkan Ustaz Shaari Abuya memeriksa barisan 'pelatih
tentera Islam yang mahu gulingkan kerajaan BN'. Apakah kesudahannya? Arqam
terbukti tidakpun mempunyai kem latihan itu dan yang muncul pula ialah Al
Maunah dengan kumpulan yang berlatih dalam gua di Bukit Jenalik, sedangkan
satu lubang katakpun tidak ada di atas bukit itu. Kini, Mahathir berbohong
lagi mengatakan Al Qaeda membunuh Joe Fernandez. Esok lusa dia akan
perbaikki kenyataannya itu dengan mengatakan kumpulan KMM yang dinaungi Al
Qaeda adalah saki baki Al Arqam yang bermula di Selatan Siam dulu...' Dasar
penipu dan penyangak nombor satu... ialah Mahathir Mohammad..ya Alllah
selamatkanlah negara ini daripada musibat ini..!!!.
Minggu dulu timbul kisah orang mahu membunuh Mahathir oleh The Sun. Pada
mulanya Mahathir ketawakan sahaja tetapi kemudian dia kata berita itu
mungkin menjejaskan industri pelancongan. Apakah dia fikir pendedahannya
walaupun secara sandiwara bahawa Joe Fenandez dibunuh oleh KMM yang dinaungi
Al Qaeda itu tidak akan menjejaskan industri pelancongan? Apakah Mahahir
lupa, setiap kali dia memburukkan Malaysia, promoter palancongan di sekitar
ASEAN gunakan berita itu untuk mengalihkan pandangan pelancong daripada
pergi ke Malaysia? Apakah pandangan Amerika dan pelancong negara itu apabila
mengetahui bahawa Joe Fernandez seorang wakil rakyat dibunuh oleh kumpulan
rangkaian Al Qaeda sebelum Al Qeda dikenalpasti di Afghanistan sebagai
Penghulu Besar Keganasan Antarabangsa? Apakah itu tidak akan menjejaskan
industri pelancongan negara? Begitulah halnya di Indera Kayangan, sudah tidak ada isu besar untuk
dipertahankan oleh Shahidan Kassim dan UMNO walaupun orang Cina yang
bertanding. Kita menjangkakan undi Cina akan berpecah dua ataupun memihak
lebih kepada Keadilan kerana mereka tahu kalau BN menangpun Indera Kayangan
tetap membangun. Perlis bukannya besar sangat. Ia terlalu kecil untuk dikira
sebuah negeri, belanjanya banyak dan hasilnya kurang. Kos biaya yang
dihamburkan oleh Shahidan Kassim mengirimkan lebih seratus bas dan kereta ke
Sanggang mungkin belum terbayar lagi sehingga sekarang. Kita menjangkakan
kos itu diagehkan di kalangan agensi Kerajaan naungan UMNO seperti Kemas,
BTN, dan sebagainya. Masyarakat Cina sungguh matang berpolitik dan menaruh undi. Buat masa ini,
Cina Indera Kayangan banyak dipengaruhi oleh masalah Cina nasional dan
bukannya oleh MCA lagi. Sebagai satu masyarakt yang lebih lama berrada di
Indera Kayangan berbanding sebahagian besar pengundi melayu, pengundi Cina
Indera Kayangan tahu apa yang mereka mahukan. Yang paling penting mereka
sedar ialah Shahidan Kassim sebenarnya tidak ada wibawa memimpin sebuah
negeri untuk menonjolkan ekonominya. Kalaulah Shahidan sedar peluang niaga
yang ada di Perlis, ia mampu menjadi sebuah negara Melayu terkaya di dunia
ini. Masalahnya Shahidan Kassim tidak tahu berpolitik untuk menaikkan
ekonomi orang Melayu. Orang Melayu Jelak Dengan Shahidan Kassim
Bukan orang Perlis sahaja yang jelak dengan Shahidan Kassim, hampir
keseluruhan orang Melayu di dunia ini membenci Shahidan Kassim. Semua orang
tahu betapa satu ketika dulu Shahidan Kassim menjadi ketua 'Backbenchers
Club' di Parlimen Malaysia. Ketika itu Shahidan adalah pengikut setia Anwar
Ibrahim, kerana itu Shahidan Kassim memainkan peranan burung tiung di
parlimen dan dalam kempen politiknya. Tetapi apbila Anwar diaibkan oleh
Mahahtir, Shahidan Kassim adalah antara orang yang pertama menjilat segala
tipu muslihat Daim Zainuddin dan sekongkolannya untuk mengampu Mahathir. Itu
sahajalah modal politik Shahidan hingga hari ini. Sejak menjadi menteri
besar Perlis, berapa kalikah Shahidan keluar negara dan berapa belanjanya?
Apakah yang dibangunkannya di Perlis? Kerana itu apabila ada orang memberi
ingatan kepada Shahidan Kassim agar mengambil iktibar kematian anaknya,
orang itu sebenarnya melaungkan rasa hati dan rintihan orang Melayu terhadap
Shahidan Kassim. Gelagat orang itu bukannya memperlekehkan Shahidan dan
bukan bertujuan menghina anak yang mati kerana anak itu akan memainkan
peranannya di syurga nanti. Apakah perkara ini disedari juga oleh Mahathir,
itu perkara lain. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin ulung, Mahathir tidak
menyentuh perkara itu sebagai isu politik, kerana timbalan beliau sudah
menggunakan isu yang sama. Tetapi, itulah modal UMNO masakini. Modal politik UMNO ialah budaya
huru-hara. Apabila ada huru-hara barulah ia menjadi topik hangat dan
tenggelamlah isu kemasyarakatan yang menjadi pokok utama politik sebenarnya.
Bermula di Sanggang, budaya huru-hara menjadi isu kempen politik. Apabila
Samy Vellu mencetuskan isu Al Quran ia sebenarnya mencetuskan budaya
huru-hara, tetapi masih mampu ditangani oleh parti pembangkang. Kalau budaya
huru-hara berterusan di Indera Kayangan, adalah tidak mustahil akan tercetus
peristiwa bunuh-membunuh, kerana polis sudah lemah dan berpihak menyebelahi
Shahidan Kassim dan UMNO. Lagipun selama ini apakah penonjolan watak
Shahidan selain menjadi tukang sapu betina. Beliau terkenal sebagai 'kaki
ghedebe' selepas Raja Katak direhatkan oleh Mahathir.
Shahidan Kassim hanya tahu berpolitik ala-koboi dengan kumpulan petugas
samseng di keliling pinggang untuk menunjukkan kebolehannya. Itu sahaja yang
Shahidan tahu kerana Shahidan tidak ada pilihan lain. Lagipun sejak bilakah
Perlis menyumbang kepada perbendaharan negara, sedangkan selama ini Perlis
mengharapkan ehsan Mahathir untuk bernyawa. Itu sebabnya Shahidan melobi
keras agar YDP Agong yang baru, datang daripada Perlis. Setidak-tidaknya
tempias perbelanjaan menanggung jawatan itu terserpih juga ke Kangar dan
Indera Kayangan. Bukankah Shahidan Kassim yang bertungkus lumus mahukan wang ehsan Terengganu
diberikan juga kepada rakyat Perlis???
|