Laman Webantu KM2: 6606 File Size: 6.7 Kb * |
TAG SP 562: Malaysia Akan Tersungkur Seperti Argentina? By Chin Hin Low 14/1/2002 4:17 pm Mon |
Malaysiakini (Malaysia going down Argentina's way) Oleh: Chin Hin Low. Apakah kemungkinannya Malaysia tersungkur semacam Argentina? Kesamaannya
adalah lebih dari yang dijangkakan. Selepas Perang dunia Kedua, Argentina telah membangun dengan begitu pesat
kerana parti politik yang memerintah terus mengekalkan kuasa dengn dasar
perindustrian yang pro-pembangunan. Apabila kerancakan pembangunan itu mula
kendur, ia telah meminjam dana dengan banyak untuk menghamburkannya dengan
banyak juga kerana itulah sahaja caranya untuk parti yang sedang memerintah
mengekalkan kuasa. Demikianlah kesamaannya di mana segala usaha penyelamatan (bailouts) dan
gelagat membazir wang rakyat oleh kerajaan Malaysia - walaupun belum begitu
dahsyat pembazirannya berbanding Argentina - kesamaannya sudah ada. Barisan
Nasional tidak dapat mengekalkan kuasa selagi ia tidak berbelanja wang
rakyat jelata. Penetapan kadar matawang Malaysia yang dimulakan sejak 1997 adalah sama
menakutkan dengan apa yang berlaku di Argentina kira-kira satu dekad yang
lalu. Itulah yang menyebabkan negara berkenaan kelihatan stabil kerana
pertumbuhan yang berterusan tetapi sebenarnya membolehkan parti yang
berkuasa terus bermaharajagila. Namun, itulah kesan belanjawan defisit yang menjeruk inflasi yang
mengabaikan kuasa pasaran. Hari ini, Malaysia mengamalkan dasar yang serupa.
Gaji bulanan petugas perkhidmatan awam dinaikkan walaupun wujud ekonomi yang
merudum. Inflasi terus membengkak walaupun kita sudah kehilangan daya saing.
Kerajaan terlalu taksub dengan agenda politiknya dan tidak lagi menguruskan
pemerintahan kerajaan. Dari pembikinan makmal komputer yang tidak juga
siap-siap hinggalah projek Bakun (di mana banyak wang rakyat yang sudah
lesap - penterjemah), kerajaan sengaja menumpukan perhatian kepada
kepentingan politik yang memerlukan biaya yang banyak dan membiakkan budaya
fikiran yang sempit. Secara saksama, terdapat banyak perbezaan antara Malaysia dan Argentina.
Malaysia memang mempunyai keadaan kewangan yang lebih baik, tetapi tiga
puluh tahun dulu Argentina mempunyai keadaan kewangan yang lebih baik lagi
berbanding Malaysia pada hari ini.
Argentina hanya memerlukan beberapa tahun untuk memusnahkan apa yang telah
dibina oleh satu generasi rakyatnya sebelum itu. Indonesia kini dianggap
mempunyai keadaan kewangan yang sama dengan latin Amerika. Apa yang
memerlukan beberapa dekad untuk membangunkan negara telah dihancurkan dalam
masa beberapa tahun sahaja pada akhir 1990-an.
Hakikatnya, berdasarkan struktur politik Malaysia masakini, BN/UMNO tidak
dapat disingkirkan selagi kita tidak menghadapi keadaan krisis
ala-Argentina. Kalaulah kita akhirnya mengikuti nasib laluan Argentina,
Malaysia akan dihenyak oleh satu keadaan yang lebih dahsyat lagi kerana ia
akan lebih lama dan berpanjangan dan amat sukar untuk menyelesaikannya
disebabkan politik perkauman dan masalah etnik.
Kesamaan ini seharusnya menakutkan semua pengundi dan pihak pembangkang
perlu membuat penjelasan akan fenomena ini dengan lebih menyerlah kerana
wujudnya bahaya yang menanti, lainlah kalau BN (terutama sekali UMNO)
mengubah falsafah politiknya secara khusus. Malaysia masih bernasib baik
kerana masih ada ruang untuk kita mendedahkan perkara ini, berbeza dengan
kerajaan Peronis di Argentina. Malangnya, pengumuman terbaru Mahathir yang
dia akan bertanding lagi pada pemilu yang akan datang seharusnya menjadi
satu berita yang mengejutkan kita akan kemungkinan terjadinya fenomena
sialan itu. Terjemahan: SPAR Asal: http://malaysiakini.com/Letter/2002/01/2002011007.php3
Malaysia going down Argentina's way?
By: Chin Hin Low 5:50pm, Thu: What is the likelihood of Malaysia ending up like
Argentina? The similarities are more than you think.
After WWII, Argentina grew rapidly with the ruling party keeping itself
in power with pro-growth industrialisation policies. When growth
started to slow down, it borrowed and spent heavily and because it
was the only way for the ruling party to stay in power.
Similarly, the current bailouts and fiscal spending of Malaysian
government - while not to the same degree - is similar. Barisan
Nasional cannot hold on to power unless it keeps spending.
The currency peg that Malaysia adopted in 1997 is eerily similar to
what happened a decade ago in Argentina. It led to stabilisation and
continued growth which kept the incumbent in power.
However, underlying it was a budget deficit and creeping inflation
that ignored market forces. Malaysia today is undertaking the same
policies. Civil servant salaries are being increased despite the
recession. Inflation is creeping in despite our falling competitiveness.
The government is preoccupied with maintaining its political agenda
rather than running a real government. From computer laboratories
that do not get built to the Bakun project, the government is
pandering to political interest at a huge cost and in insular
conditions. To be fair, there are differences between Malaysia and Argentina.
Malaysia is definitely in better financial conditions but 30 years ago
Argentina had even better financial position than Malaysia today.
It took only several years for Argentina to destroy what took a
generation to build. Indonesia is now viewed as similar to Latin
America. What took decades to build was destroyed in several years
in the late 1990s. The fact of the matter is that given the political structure of Malaysia,
BN/Umno cannot be removed unless we have a Argentina-like
crisis. The fact is, if we end up like Argentina, Malaysia could be in
worst position because it would be even more prolonged and difficult
to solve because of our racial and ethnic politics.
The parallels should scare all voters and opposition need to
articulate this more clearly because the danger is there unless BN
(or should I say, Umno) change its philosophy fundamentally.
Malaysia is lucky in that there are still avenues that we can express
ourselves, unlike the Peronist government of Argentina, but the fact
is Prime Minister Mahathir Mohamad?s recent announcement that he
is likely to continue after the next general election should alarm us
over the parallel. |