Laman Webantu KM2: 6605 File Size: 15.0 Kb * |
TAG SP 561: HR: Syurga-dunia Penyeludup By Harun Rashid 14/1/2002 3:55 pm Mon |
Jan.1, 2002. Syurga-dunia Penyeludup (A Smuggler's Paradise) Oleh: Harun Rashid Dua cerita terbaru mempunyai kaitan yang menarik. Yang pertama mengenai
tawaran hadiah berjumlah RM2 juta pemberian kerajaan Malaysia kepada pemberi
maklumat hingga tertangkapnya para penyeludup beras. Tawaran itu diiringi
satu pengumuman bahawa kuota beras import kini dikurangkan daripada 600,000
tan kepada 400,000 tan. Peraturan ini dianggap perlu untuk menentukan
berkurangnya bekalan beras yang sedang bertimbun di kilang-kilang.
Kisah yang kedua ialah mengenai laporan Bank Negara yang memperakukan
penetapan kadar tukaran matawang Malaysia pada kadar 3.8 ringgit kepada
setiap satu dollar Amerika (USD). Kadar itu sudah lama terpaut begitu sejak
diperkenalkan pada akhir 1998, dan merupakan sebahagian fundamental dasar
ekonomi nasional yang direncana oleh perdana menteri. Ini merupakan satu
lambang kemegahanan dan sudah menjadi satu isu politik selain daripada
fungsinya sebagai alat ekonomi kerajaan. Tujuan sebenarnya ialah untuk
menyekat turun-naiknya yang tidak keruan berbanding nilai sebenar matawang
negara, dan berfungsi sebagai satu alat pertukaran dalam perdagangan
antarabangsa. Penentangan kepada pautan berterusan kadar matawang itu adalah satu faktor
utama dalam jurang yang menyerlah antara Mahathir dan rakan akrabnya dan
bekas mantan menteri kewangan Anwar Ibrahim. Anwar menolak rencana pautan
itu kerana ia menyekat perdagangan bebas antarabangsa, tetapi Daim
Zainuddin, seorang sahabat lama Mahathir, menyokongnya. Mengikut rekod
perbicaraan mahkamah, Daim Zainuddin adalah manusia yang menggalakkan
konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, dan Daim Zainudddin adalah musibat yang
mengambil-alih tanggungjawab kementerian kewangan (ketika itu dia menjadi
bendahari UMNO untuk satu tempoh yang lama, dan mengekalkan jawatannya itu)
selepas Anwar dipecat dengan paksa. Kerana terpaksa memilih antara dua insan
itu, Mahathir telah memilih Daim. Kini dia sudah menyesal dengan tindakannya
itu. Mahathir memang mempunyai satu kepincangan, setiap kali dipaksa memilih
antara dua manusia yang berbeza perwatakannya, Mahathir kerap tersilap
dengan pilihannya. Anwar mula mendedahkan korupsi yang berleluasa dalam kerajaan yang memang
pasti dia amat arif mengenainya. Persepti masyarakat ketika itu menyerlahkan
bagaimana satu usaha direncana untuk mengunakan satu kumpulan gerak gempur
yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka untuk membunuhnya. Satu kumpulan
pembunuh yang bertopeng itu digempur untuk menahan Anwar, dengan arahan
jelas menembak beliau pada peluang terbuka yang paling awal.
Tatkala Anwar digempur oleh kumpulan bertopeng dan bersenjata yang
menceroboh masuk dengan merobek pintu rumahnya di malam buta, Anwar
berwaspada untuk tidak mencetuskan sebarang peluang untuk mereka mencetuskan
huru-hara. Dia berselindung di antara wartawan asing dan jurugambar yang
memberikan beliau perlindungan sementara. Apabila Ketua Polis Negara (KPN)
mendapat tahu Anwar dibawa ke Bukit Aman dalam keadaan yang masih bernyawa
dan bukannya kebujuran tidak bernafas seperti yang dirancangnya, beliau naik
minyak dan bertindak mahu menyelesaikan perkara itu secara peribadi pula. Dia
mengarahkan orang bawahannya menutup mata Anwar dan menggari tangannya di
bahagian belakang kepada kerusi yang didudukinya. KPN yang berani dengan
pukulan curi itu melanyak Anwar yang tidak berupaya untuk melawan di
bahagian kepala dan muka mangsa sehinggalah Anwar kelihatan sudah tidak
bernyawa lagi mengikut penglihatannya.
Anwar dibiarkan di situ dengan keadaan begitu untuk sekurang-kurangnya empat
hari tanpa sesiapa memberikan bantuan rawatan. Kemampuan beliau terus
bernafas adalah satu lambang ketahanan dalaman yang ada pada dirinya. Anwar
disorok daripada pandangan umum sehinggalah sebahagian besar luka dan
kecederaan badan yang ditanggungnya sudah kelihatan pulih semula, cuma
selepas sepuluh hari kesan henyakan seorang kaki pukul masih kelihatan
dengan pandangan mata kasar sahaja. Kesan mata lebam yang sungguh menyerlah
adalah satu gambaran betapa dahsyatnya hayunan yang diarahkan kepada Anwar
ketika tangannya bergari dan matanya bertutup oleh seorang bedebah yang
sesama beragama sepertinya di sebuah negara yang kini diisytiharkan sebagai
sebuah negara Islam. Walaupun penderaan dahsyat itu dilaksanakan di ibupejabat kebangsaan PDRM,
di mana pelbagai saksi termasuk para pendakwaraya daripada pejabat Peguam
Negara menyaksikannya, satu Suruhanjaya Diraja terpaksa ditubuhkan untuk
mendapatkan maklumat sebenar apa yang sebenarnya terjadi. KPN bedebah itu
terpaksa melepaskan jawatannya, dan akhirnya 'menjalani hukuman penjara'
selama enam minggu. Mereka yang menyaksikan kerja-kerja penderaan dahsyat itu terlepas daripada
sebarang bentuk hukuman, bersama orang yang mengeluarkan arahan untuk
hukuman begitu dihayunkan. Sekaligus, keseluruhan peristiwa itu mencemuh
martabat Malaysia daripada sebuah negara yang ada hargadiri, terutama sekali
setelah melihat mereka yang brtanggungjawab dengan kerja bedebah itu
akhirnya dikurniakan pula pangkat yang lebih tinggi yang melambangkan betapa
mereka dianugerahkan pangkat dan keselesaan itu kerana mengikut perintah
orang yang lebih berkuasa. Akhirnya Anwar dihadapkan ke mahkamah sebanyak dua kali, untuk dihenyak lagi
oleh suasana penghakiman yang tidak berwibawa, tetapi diberikan hukuman
penjara selama lima belas tahun semuanya. Dia menjalani hukuman itu secara
menyendiri kerana tujuannya ialah untuk menyekat beliau daripada
menceritakan lagi segala butiran korupsi yang menyekat Malaysia menganggotai
negara asing yang ada martabatnya. Daim Zainuddin yang kemudiannya diketahui sebagai perancang utama konspirasi
menjatuhkan Anwar, telah membuatkan masyarakat awam menjadi marah
terhadapnya dan (parti beliau). Lebih-lebih lagi setelah berlaku perpindahan
wang rakyat yang banyak jumlahnya kepada beberapa agensi di mana dia
merupakan peraih keuntungan yang utama, menunjukkan betapa beliau
mengecewakan rakyat yang menaruh amanah kepada jawatan awam yang
dipegangnya, sehinggalah difikirkan betapa pengundurannya daripda jawatan
awam adalah amat diperlukan. Namun dia terus beroperasi di sebalik tabir.
Dengan jumlah wang yang banyak yang mampu didalanginya, dia mampu merembat
sebarang peluang yang datang bergolek di Malaysia, di negara jiran dan di
mana sahaja. Disebabkan beliau tidak dapat mempercayai sesiapa sebagai pengganti,
Mahathir mengambil-alih jawatan Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan dan
bendahari UMNO. Segala bentuk urusan negara dan parti kini berpindah kepada
ahli keluarga dan sukusakat yang dipercayainya.
Walaupun Anwar dan Daim Zainuddin sudah terkeluar daripada arena politik,
mereka berdua masih mempunyai aura yang berupaya meninggalkan bayangan yang
panjang. Mereka berdua masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
peristiwa semasa. Yang tinggal ialah Mahathir dan kadar tukaran matawang
yang ditetapkannya. Dengan latar belakang suasana ini bolehlah kita menyorot
kembali dua bahan berita tadi dan memeriksa kembali peristiwa yang terjadi
sejak episod kritikal yang berlaku pada akhir 1998.
Sudah menjadi lumrah dalam pergerakan barangan betapa aktiviti pergerakan
itu bermula daripada wilayah di mana harganya rendah kepada wilayah di mana
harganya meninggi. Ia tidak terjadi secara menyonsang daripada hukum asas
perdagangan itu. (kalau terjadipun songsangan itu selalunya ia merupakan
sumbangan yang ada kaitan dengan sifat peri kemanusian). Harga jualan
sesuatu barangan di akhiran penggunaannya ditentukan oleh kos pembikinan di
wilayah permulaannya dicampurkan dengan kos pengangkutan. Mungkin ada
pengaruh tahap keperluannya di destinasi terakhir yang menyebabkan harga
meninggi apabila ada keperluan yang tinggi ataupun menurun harga seandainya
keperluan berkurangan. Harga terakhir sesuatu barangan itu di tahap penggunaannya selalu
dipengaruhi oleh kesediaan bekalan. Inilah pertimbangan asas yang menentukan aliran barangan di pasaran
antarabangsa. Seandainya aliran itu bebas daripada sebarang hambatan yang
didalangi oleh kerajaan, ia disebut sebagai perdagangan bebas. Tetapi
kerajaan sengaja melindungi industri tempatan dengan mewujudkan halangan,
selalunya dalam bentuk cukai kastam, percukaian dan kuota. Kewujudan
hambatan ini, dan peminggirannya, merupakan kerja utama persidangan WTO yang
menyumbang kepada tentangan terhadap kelicinan globalisasi.
Malaysia sudah lama mengusahakan pembikinan satu dunianya yang tersendiri.
Walaupun ia merupakan negara pengasas ASEAN, di mana kegiatan perdagangan
memberikan keselesaan bersama pada kadar melebehi lima peratus. Matawang
negara yang dipaut pada kadar tukaran tetap dengan dollar kini dicadangkan
sebagai satu asas pengwujudan matawang baru dunia Islam persis kewujudan
Eurodollar. Kumpulan negara Islam direncana menjadi satu blok ekonomi yang
meniru gelagat peunubuhan European Union.
Tetapi banyak masalahnya dalam hal ini. Yang paling menonjol ialah saingan
yang dicetuskan oleh kadar tetap matawang negara kepada dollar. Malaysia
kini berkhayal disebabkan kadar tetap tukaran ringgit itu kepada dollar
sehinggakan ia menerima satu bentuk kemudahan di mana barangan dan
perkhidmatan Malaysia berada dalam keadaan terapung-apung berbanding
matawang negara jirannya seolah-olah ia adalah matawang Amerika juga.
Tatkala nilai tukaran matawang negara jirannya sudah menurun berbanding
kadar tukarannya dengan dollar Amerika, kadar nilai ringgit Malaysia masih
terpaut dan tertambat kepada kadar tukaran yang sama. Akibanya dari kacamata
ekonomi serantau Malaysia sudah menjadi satu pulau, di mana negara berjiran
dengannya sudah mampu mengeluarkan barangan dan perkhidmatan pada kadar yang
lebih rendah daripada Malaysia. Dalam masa dua belas bulan semua halangan perdagangan yang masih wujud
terpaksa diturunkan sehingga lima peratus maksimumnya. Malaysia telah
diberikan pelepasan selama dua tahun lagi untuk membolehkan pembuat kereta
Malaysia mengubahsuai keadaan untuk menurunkan harga keretanya seperti
Thailand. Pengecualian ini membuatkan ramai yang mencurigai Malaysia kerana
merundingkan sesuatu dengan niat yang serong.
Satu lagi perkara yang seharusnya menjadi perhatian berat kita ialah
tindakan Singapura membuat perjanjian dagang yang mesra dengan rakan
dagangnya di luar ASEAN. Perjanjian penuh mesra ini memberikan Singapura
satu kemudahan mewah untuk memberikan pula satu aturan niaga yang mempunyai
faedah tertentu kepada enam lagi ahli anggota negara ASEAN mengikut cara
kemesraan 'pintu belakang'. Gelagat unilateral Singpura ini sekaligus
menumpulkan keberkesanan ASEAN, dan menggugat secara serius keberkesanan dan
kesinambungan gagasan itu sebagai satu entiti ekonomi yang berwibawa.
Beras merupakan barangan asas keseluruhan Asia Tenggara, dan ia merupakan
keluaran Indonesia dan Thailand secara besar-besran dan lebih murah daripada
Malaysia. Kerana itu beras mengalir masuk Malaysia dan kuota terpaksa
dikenakan untuk mengwal dan menghadkan kemasukan itu sebagai melindungi
aktiviti pengeluar dalam negara. Kuota yang dikenakan adalah sebagai
melindungi penanam padi tempatan. Tanpa perlindungan itu penanaman padi akan
berkurangan di Malaysia sehingga menjejaskan asas bertani di Malaysia.
Setiap kali keluaran tempatan menurun, pengimpotan naik mencanak. Akhirnya
semua beras terpaksa diimport, menyebabkan penanaman besar-besaran di negara
sendiri semakin menurun, dan pembayaran barang import itu menjadi satu
masalah besar yang menggugat matawang negara.
Masalah yang dialami dengan beras, turut dirasakan oleh barangan pertanian
yang lain, sehinggakan ancaman itu menjadi satu kenyataan, membahayakan
keseluruhan industri pertanian di Malaysia. Contoh yang terbaik ialah getah,
yang dikeluarkan untuk mencukupi keperluan dalam negara. Tetapi,
pengeksportannyapun berada sama tahap dengan pengeluaran tempatan, jadi di
manakah datangnya getah berlebihan untuk dieksportkan lagi?
Jawapannya datang daripada getah yang dihasilkan dengan harga yang lebih
murah di negara jiran, terutama Indonesia dan Thailand. Barangan itu dibawa
masuk dan dieksport semula atas nama Malaysia. Kini, trenda menunjukkan
barangan ini semakin kurang dihasilkan dalam negara kerana terlalu besar
penggantungannya kepada hasil negara jiran. Begitu juga dengan minyak sawit.
Perangkaan pertanian yang menurun sejak dua tahun dulu menunjukkan kisah
sebenar yang berlaku. Demikian juga halnya dengan industri pembuatan. Ketika asas perindustrian
Malaysia menawarkan satu faedah yang sementara, jurang harga yang lebar
antara keluaran tempatan dan barangan import daripada negara jiran menaikkan
tekanan terhadap pasaran tempatan dan juga keupayaan Malaysia untuk bersaing
di pasaran eksport antarabangsa. Perkara ini semakin menghenyak kita apabila
kita ambil-kira kemunculan kuasa ekonomi China yang mempunyai penduduk lebih
satu bilion berbanding penduduk Malaysia sekitar 23 juta sahaja.
Malaysia merupakan syurga penyeludup rokok yang meraih keuntungan besar
sekitar 2 juta ringgi daripada setiap kontena rokok yang diseludup masuk
tanpa membayar cukai. Tidak ada sebarang bayaran upah kalau tertangkapnya
penyeludup rokok, walaupun merokok itu membahayakan kesihatan dan
menyebabkan perbelanjaan tinggi terhadap sistem kesihatan negara. Tawaran
upah diberikan kepada maklumat tertangkapnya penyeludup beras, walaupun
beras merupakan makanan asas rakyat negara ini.
Keperluan rokok bukannya berasaskan kepada keperluan biologi, dan seharusnya
diambil-kira sebagai keperluan yang diada-adakan terhadap nikotin.
Pengiklanan yang bertubi di papan iklan dan iklan bertubi di TV dan radio
menyebabkan suasana kehendak barangan ini. Walaupun menteri kesihatan kerap
membesarkan bahaya kepada kesihatan, pengiklanan secara bermuslihat di TV
masih berterusan dalam pelbagai bentuk kerahsiaannya.
Kini Malaysia ditonjolkan sebagai sebuah negara Islam. Tetapi rokok
diiktiraf sebagai barangan yang makruh dalam ajaran Islam. Sudah tentu wujud
satu kaedah standard berganda di mana perniagaan dalam rokok yang mencemar
kesihatan diberikan kelonggaran berbanding perdangangan beras. Para
penghisap rokok diketahui merokok lebih kerap lagi ketika mereka menghadapai
tekanan ataupun rungsing. Besar kemungkinan penggunaan rokok akan bertambah
lagi di Malaysia, kerana terlalu banyak yang dirunsingkan oleh rakyat
Malaysia waktu ini. Terjemahan: SPAR |