Laman Webantu KM2: 6602 File Size: 5.9 Kb * |
TJ SP MGG: Kuasa Ghaib Membantu atau Kebetulan Begitu By M.G.G. Pillai 13/1/2002 3:44 pm Sun |
Kuasa Ghaib Membantu atau Kebetulan Begitu?
(Divine intervention or coincidence?) Oleh: M.G.G. Pillai Timbalan PM Abdulah Ahmad Badawi memang berkata benar mengingatkan
pembangkang supaya tidak menjadikan perihal kisah kematian yang menimpa anak
lelaki Shahidan Kassim sebagai isu kempen pilihanraya. Anaknya itu jatuh
daripada satu jendela terbuka sebuah kondo di tingkat 31 di Kuala Lumpur
pada 10 November 2001. Seorang pemidato parti pembangkang yang berkempen
untuk plilihanraya kecil 19 Januari 2002 bagi kerusi Indera Kayangan, Perlis
telah menyebut takziahnya sambil cuba mengingatkan menteri besar Perlis itu
bahawa kematian itu seharusnya diambil iktibar kepada Shahidan agar beliau
mengingati juga keperitan dan kesiksaan yang ditanggung oleh ahli keluarga
mantan timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.
Abdullah Ahmad Badawi berkata adalah tidak adil dan zalim menjadikan satu
tragedi sebagai isu kempen piihanraya. Shahidan Kassim semacam terluka
memberitahu para wartawan betapa pembangkang sengaja memprovok dan menguji
kesabarannya. Dia mampu bersabar katanya; 'tetapi saya tidak boleh jamin
apakah para penyokong yang bersimpati dengan saya dapat mengawal kesabaran
mereka apabila mendengar perkara begitu.' Beliau memberi amaran kepada
pembangkang untuk 'jangan bermain api.' Dengan lain perkataan, kata-kata
Abdullah Badawi itu telah ditumpulkan oleh amaran Shahidan yang menyebut
perkataan bergasak. Dan beliau menyebutnya sebagai satu isu pilihanraya.
Keadaan ini tidak akan menjadi hangat seandainya Shahidan menganggapnya
sebagai satu perkara biasa: melihatnya sebagai satu keghairahan dalam satu
ucapan politik yang banyak memaparkan beberapa kebetulan yang agak aneh
ataupun apakah itu semacam satu campurtangan kuasa ghaib yang mengenai dan
menghenyak mereka yang bertanggungjawab dengan mengaibkan Dato Seri Anwar
Ibrahim. Apakah itu satu campurtangan kuasa ghaib ataupun kisah kebetulan
semata yang menimpakan kecelakaan kepada mereka yang pernah bersahabat
dengan beliau ataupun dinaungi oleh beliau tetapi berpaling tadah dan
menyerang untuk menghinanya? Perkara begini memang amat bermakna kepada
masyarakat Melayu Perlis yang sungguh kuat pegangan agama mereka. Indera
Kayangan mempunyai jumlah pengundi Cina dan Melayu yang lebih kurang sama
dengan disaluti segelintier pengundi India dan Thai. Undi orang Melayu amat
penting dan sebarang kebetulan yang tidak disenangi akan menyebabkan undi
itu terhoyong-hayang, hingga memperkukuhkan sentimen kebencian terhadap
UMNO, walaupun ramalan mengatakan BN mempunyai peluang yang lebih cerah
untuk menang. Ada orang berpendapat bahawa calon MCA itu akan menang dengan
majoriti yang lebih besar. Inilah yang membuatkan Abdullah Badawai gelabah dan Shahidan Kassim sentiasa
marah dan resah gelisah. Tiga tahun sudah berlalu sejak Dato' Seri Anwar
Ibrahim dipecat, ditahan, dihenyak ketika tangan bergari di belakang dan
wajahnya dilanyak sehingga melebamkan matanya oleh Ketua Polis Negara ketika
itu. Kemudian, Anwar dipenjarakan. Pada setiap musim Ramadan selepas
peristiwa itu, tercetus berbagai-bagai kisah pilu yang berakhir dengan
kematian antara mereka yang bersekongkolan dan para pemimpin yang pernah
menjadi kumpulan kroni beliau. Pada Ramadan pertama beliau terpenjara,
isteri kepada Azizan Abu Bakar, yang menuduh timbalan perdana menteri itu
melakukan perbuatan sumbang terhadapnya, mati dalam satu kelangan di
jalanraya. Pada Ramadan berikutnya isteri kepada timbalan menteri
pendidikan, Aziz Shamsuddin, mati dalam satu kemalangan jalan raya yang
sungguh pelik ceritanya. Pada Ramadan ketiga, anak lelaki Shahidan Kassim,
yang pernah satu ketika dulu dinaungi dan disayangi oleh Anwar Ibrahim
dengan projek kontrak yang molok-molok, menerima nasih buruknya. Orang-orang
Anwar masih tidak memaafkan Shahidan kerana gelagatnya menderhaka. Apa yang
disebut dalam ucapan politik itu bukannya satu cerita baru: ia tersebar luas
secara lisan dalam mesyuarat dan persidangan Parti Keadilan Negara, yang
dinaungi oleh Dato Seri Anwar, juga. Apabila Abdullah Badawi menyatakan ketidak-senangannya, dia tidak pula
menyatakan kesalahan itu pada tempat yang wajarnya. Kalaulah Mahathir yang
menjadi Perdana Menteri tidak mengaibkan Anwar Ibrahim setelah memecat
beliau, tragedi peribadi itu akan terbiar begitu sahaja seperti yang
sepatutnya. Perbuatan Mahathir selama itu adalah sama tidak berhati-perut
dan zalim seperti yang dilakukan oleh seorang pemidato Keadilan. Barisan
Nasional mengharapkan selama ini, bahawa kejijikan politik yang lama
dicanang itu dipengap begitu sahaja dalam perang mendapatkan undi pada waktu
semasa. Kedua-dua calon yang bertanding adalah daripada kaum Cina. Tetapi
mana mungkin perkara itu dipengap begitu. Masyarakat Melayu sudah begitu
terbelah dan berpecah, selepas September 1998, untuk membolehkan yang
lepas-lepas dibiarkan terlepas. UMNO sudah tidak mampu lagi mencetuskan satu
agenda menyatukan semula dua kumpulan yang bercerai itu selagi Dato' Seri
Anwar masih merengkok di penjara. Itu sebabnya UMNO semakin terumbang-ambing
dengan desas-desus pemulihan Dato' Seri Anwar. Bagaimana dan kenapa
desas-desus itu terus berdesup, adalah satu tekateki juga. Tetapi ada satu
perkara yang amat jelas dalam perkara ini: selagi beliau terus diaibkan,
selagi itulah celaka berbahaya akan terus menghambat UMNO.
Tamat Terjemahan: SPAR 12/1/2001 |