Laman Webantu KM2: 6591 File Size: 7.7 Kb * |
TAG SP 554: PCR: Arafat Naik Pangkat By Hichem Karoui 12/1/2002 3:37 am Sat |
Palestine Chronicle Arafat Naik Pangkat (Arafat Promoted) Oleh: Hichem Karoui Eloklah kita mulakan dengan kisah yang buruk dan membuat andaian perkara itu
benar bahawa 50 tan peluru berpandu, mortar dan jerangkap samar yang dimuat
dalam Karine A, adalah bertujuan untuk kegunaan orang Palestin dalam wilayah
yang dikuasai oleh Palestinian Authority.
Kenapa tidak? Semua orang ini adalah sentiasa dipantau oleh teropong senjata
askar kerajaan Sharon sejak beliau berjaya merampas kuasa.
Siapakah antara askar itu yang dapat melupakan betapa ketika dibawah
penyeliannya dulu lebih dua ribu orang awam telah disembelih di khemah
pelarian di Sabra dan Shatila? Kalaulah benar ada keadilan di dunia ini,
manusia bedebah seperti Sharon seharusnya merengkok dalam penjara menjalani
hukuman penjara seumur hidupnya, dan bukannya diberikan kehormatan sebagai
ketua negara. (Malahan di Malaysia pun ada beberapa rakyat Malaysia yang
patut menerima hukuman seperti itu bersama seorang penghulu mereka yang
dikenali sebagai Raja Penyangak - penterjemah)
Tetapi, apabila rakyat Israel begitu taksub dengan kebencian dan penghinaan
diri untuk melonjakkan seorang perancang perang dan penjenayah menjadi
seorang Perdana menteri, kenapakah rakyat Palestin tidak layak mendapat hak
asasi mereka untuk mempertahankan diri mereka sendiri? Apakah mereka menjadi
satu bangsa yang disenangi oleh masyarakat dunia apabila mereka merelakan
askar Sharon memusnahkan diri mereka tanpa mengangkat tangan mempertahankan
anak-anak mereka, kaum wanita mereka, kaum ibu dan bapa serta rumahtangga?
Apakah mereka harus berterusan bersikap laksana kambing biri-biri membiarkan
bala tentera Israel yang lengkap bersenjata memusnahkan mereka hanya untuk
memuaskan nafsu serakah golongan kafirun yang bercakap besar mengenai
kedamaian tetapi pada waktu yang sama membekalkan Israel dengan segala
bentuk senjata perang sejak setengah abad yang lalu? Kenapakah orang
Palestin harus merasa bersalah kalau mereka mahu mempertahankan diri
daripada segala kegilaan seorang tukang sembelih yang bertopengkan jawatan
Perdana Menteri? Sedangkan tidak ada sesiapa dalam masyarakat antarabangsa
merasakan tindakan Israel terus menjajah tanah orang Palestin itu sebagai
perbuatan haram dan mengiktiraf bahawa semua tanah yang dijajah itu adalah
hak milik P.A? Apakah yang dilaksanakan oleh 'masyarakat antarabangsa' untuk menunjukkan
betapa 'Proses Kedamaian' yang lengkap dengan pelbagai perjanjian yang
berjela panjangnya, mempunyai sebarang makna di rantau itu? Apakah sulitnya
menghantar satu pasukan berkecuali sebagai pemerhati untuk memantau satu
gencatan senjata? Sekarang apakah mereka akan menuduh orang Palestin kerana
kiriman senjata itu gara-gara cakap-cakap Sharon yang turut mengutip rakaman
kitab Injil? Apakah barang bukti Israel terhadap pembabitan PA dalam kisah itu?
Satu habukpun tiada. Hanya setakat berpura-pura dengan dalil yang mudah
diketepikan. Ketua Turus Tentera Israel, Shaul Mofaz berkata: "kami
mempunyai maklumat semua senjata itu yang ditunjukkan di belakang sana
adalah sepatutnya dibawa masuk ke persisiran Gaza dan dari situ dibawa ke
Judea, Samaria, dan Tebing Gaza: apakah itu dalilnya untuk mengabui
perhatian dunia? Jawapannya ialah "Begitulah" Sharon sebagai bosnya,
beranggapan itulah satu tindakan bijak untuk mengingatkan para wartgawan dan
warga kedutaan, kerana di waktu pamerana yang sama itu "Arafat telah
bertindak membeli roket jenis 'Katyusha' yang mempunyai jangkauan jauh
berbanding melabur untuk 'pendidikan' kanak-kanak Palestin yang merempat di
jalanan, kerana sekolah telah lama ditutup untuk mengelakkan serangan bom
dan peluru berpandu Israel. Dengan demikian sial ambil perhatian, Arafat sudah kami naikkan pangkatnya:
dia tidak lagi menjadi insan yang tidak 'relevan', tetapi kini dianggap oleh
Sharon sebagai "musuh paling berbahaya" kepada orang Israel. Sekarang, dia
sudah menempatkan dirinya di tengah-tengah 'pusat keganasan dunia' yang
Israel namanya - tetapi Iran yang sudahpun awal-awal lagi menafikan sebarang
penglibatan dengan muatan kapal yang berkenaan.
Terjemahan: SPAR 9/1/2002. Asal: http://palestinechronicle.com/ Tuesday, January 08 2002 @ 03:19 AM GMT
By Hichem Karoui Let?s begin by the worse and assume as true that the 50 tons of
missiles, mortars and mines stocked aboard the Karine A, were
destined to the Palestinians in the supposedly-P.A?s controlled
territories! Why not after all? Those people are day and night under the Israeli
fire since Sharon climbed upon his compatriot?s chronic paranoia to
power. Who among them would ever forget how under his supervision about
two thousand civilians had been butchered in Sabra and Shatila
refugees? camps? If there was a justice in this world, people like
Sharon should be serving a life sentence in jail, not glorified and
honored as heads of government. But if some Israelis were enough cynical and self-hating to elevate
a warmonger and a criminal to the rank of Prime Minister, why
should the Palestinians not have the right to defend themselves?
Would they be more acceptable to the International community if
they allow Sharon?s soldiers to destroy them without raising a hand
to defend their children, their women, their parents and their
houses? Should they behave like sheep and allow the over-armed
Israel to crush them in order to satisfy the hypocrites who are talking
about peace and stuffing Israel with all kinds of weapons, since
about half a century? Why should the Palestinians feel guilty for
wanting to protect themselves from the madness of that butcher
disguised in Prime Minister, whereas nobody in the hypocrite
"international community" finds it abnormal that the Israelis are still
occupying the territories they had recognized them as belonging to
the P.A.? What has the "international community" done to show that
the Peace Process, with its numerous accords, still means a lot in
this region? Why was it so difficult to send neutral observers and
monitors of the cease-fire? And now would they blame the
Palestinians for that shipment of weaponry and take Sharon?s word
for biblical sayings? What have the Israelis brought as evidence against the P.A?s
involvement with that affair? Nothing, but mere pretensions easily discredited. Israeli Chief of
General Staff, Shaul Mofaz said: " we have information all these
weapons we see behind us were to be brought to the Gaza coast
and from there to Judea, Samaria, and the Gaza strip"! Is it with
such hollow phrases that he intends to persuade the world? The
answer is yes. And his boss, Sharon, thought it wiser to remind the
reporters and the diplomats, during the same "show" that " Arafat
chooses to buy long-range Katyusha rockets instead of investing in
children?s education"! And nobody reminded Sharon that it is his
army who took the responsibility of "educating" the Palestinian
children in the streets, as schools have been closed if they escaped
Israeli bombs and missiles! Henceforth, please take notice of Arafat?s promotion: he is no
longer merely "irrelevant", but has progressed in Sharon?s eyes to
become Israel?s "most bitter enemy"! Now, he is straightforward
linked to "the center of world terror", which is not Israel - loin s?en
faut! - but Iran, who has just denied any knowledge of the shipment
or the ship! |