Laman Webantu KM2: 6577 File Size: 6.3 Kb * |
TAG SP 551: Rompakan Senjata Al-Maunah - Hanya Satu Sandiwara Sahaja By Spirit Of Truth 9/1/2002 9:59 pm Wed |
SOT 8/1/2002 Rompakan Senjata Al-Maunah - Hanya Satu Sandiwara Sahaja
(Al-Maunah Sauk Arms heist - Nothing but an Ochestration)
Sandiwara politik Mahathir yang melibatkan al-Maunah adalah satu mainan
jahat untuk mencetuskan masalah antara PAS dengan kaum bukan-Islam, dan kini
skrip itu sudah terbukti sebagai satu rencana jahat regim Mahathir untuk
menindas pembangkang. Keputusan mahkamah membabitkan dan menghukum semua kumpulan ahli yang
disebut militan kerana derhaka akan menjadi satu kisah benar yang boleh
dipercayai kerana sebelum itu, Mahathir telah merencana satu drama besar
yang menyebabkan teraibnya Anwar di satu penghakiman yang penuh penipuan.
Sandiwara Sauk adalah satu lagi ulangtayang usaha Mahathir melibatkan
institusi mahkamah yang telah dinodainya untuk mengikut telunjuknya
memperlekehkan kewibawaan PAS dan kebangkitan Islam.
Antara lain, beberapa unsur di bawah ini menunjukkan tanpa sebarang
kesangsian betapa keseluruhan episod Al-Maunah itu telah sengaja direncana
penuh penipuan untuk mencetuskan syak wasangka antara golongan beragama
Islam dan bukan-Islam.
Semua persoalan ini masih tidak diberikan jawapan yang memuaskan rakyat, dan
ini membuktikan tanpa sebarang kesangsian bahawa keseluruhan episod
Al-Maunah adalah sengaja diada-adakan, dengan segala tipu muslihat, untuk
memperbodohkan rakyat dan mencetuskan kesangsian antara orang Islam dan
bukan Islam untuk menyerang PAS. Kalau Mahathir betul-betul mahu membuktikan episod ini benar, tubuhkan satu
Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan dapatkan kepakaran untuk mencari
kebenarannya. Selagi perkara ini tidak dilaksanakan, episod ini akan
diingati sebagai satu kelentongan bedebah Mahathir dan banyak nyawa akan
melayang semata-mata untuk memuaskan satu drama seorang bedebah politk
seperti Mahathir. -Spirit Of Truth- Catatan Penterjemah: Saya teringat emel peribadi marhaintua mengenai hal ini
di mana dia menyebut dua perkara: (a) kalau kisah Al Maunah bukan satu drama, dan menyangkuti penderhakaan
terhadap negara tentu sudah ditubuhkan mahkamah tentera (Court martial) untuk
menghukum semua pegawai tentera yang terlibat kerana cuai ;
(b) semua yang dituduh derhaka harus dihukum bunuh dan dijalankan hukuman
itu dengan secepat mungkin. Mahathir harus bertindak dalam dua perkara ini,
jika tidak dia terpaksa meminta maaf kepada Majlis Raja-raja dulu kerana
kelentongan yang dibuatnya pada hari pertama majlis raja-raja bersidang di
Ipoh. Pada hari itu, dia membentangkan satu usul agar raja-raja meluluskan
agar perkataan Islam tidak boleh digunakan oleh parti politik.
Terjemahan: SPAR Asal: http://marhaen.internations.net/mar_sot_en051.html
Al-Maunah Sauk Arms Heist - Nothing but an Orchestration
By: Spirit of Truth The Mahathir orchestrated Al Maunah political orchestration
(sandiwara) to create enmity between PAS and the non Muslims,
is now proven as a plot schemed by the Mahathir regime to attack
the opposition. The courts verdict incriminating and sentencing the
so called Al Maunah militants for treason, can and will never be a
truth confirming act, this is because Mahathir had earlier
orchestrated the Anwar faked trial, and the Sauk sandiwara is
another attempt where the court was prostituted to follow Mahathir
prescribed intentions to undermine PAS and the revival of Islam.
Among others the following points prove beyond doubt the whole
Al Maunah episode was treacherously faked to create enmity
between the Muslims and non Muslims:
All these issues are still not answered to the satisfaction of the
people, and this itself proves beyond doubt that the whole
Al-Maunah episode is concocted, framed, faked and designed to
dupe the people and create enmity between the Muslims and
non-Muslims and to attack PAS. If Mahathir wants to prove that this episode was genuine, have a
royal commission of enquiry and face a panel of experts to arrive
at the truth. If this is not done Al-Maunah Sauk episode will be
remembered as a fake created by Mahathir and many innocent
lives were simply destroyed to play a drama for a political bigot
like Mahathir. -Spirit of Truth- |