Laman Webantu KM2: 6576 File Size: 14.9 Kb * |
TAG SP 550: AWise: Ke Mana Arahnya Koridor Itu? By Leonie Karkoviata 9/1/2002 2:04 am Wed |
[Kerajaan lebih berminat kepada projek besar-besar sedangkan
syarikat hebat AS masakini asal-usulnya adalah syarikat yang
bersaiz kecil tajaan seorang dua sahaja. Yang besar-besar bukannya
prasarana tetapi otak di kepala mereka yang sentiasa menjana
kejayaan demi kejayaan kerana menepati citarasa pengguna.
Kejayaan itulah juga menjadi model tarikan untuk syarikat lain
menerokai langkah yang serupa. Tanpa otak yang bergeliga MSC
takkan mampu bernyawa. Makluman: Ada banyak komen menarik
penterjemah. - Editor] Ke Mana Arahnya Koridor Itu? (Corridor To Where, Exactly? [MSC]) Oleh: Leonie Karkoviata Rakyat Malaysia semakin sedar betapa segala cakap besar mengenai impian mega
IT negara mereka hanya berupa indah khabar dari rupa sahaja. Rencana
Koridoraya Multimedia (MSC) yang pernah menjadi angan-angan (Raja Majnin -
penterjemah) yang menghiasai perancangan Dasar Ekonomi Baru, kini semakin
terserlah sebagai satu pembangunan hartanah yang kompleks dan bukannya satu
perancangan ekonomi mega untuk memacu Malaysia ke tahap kecanggihan dunia IT
yang diwarwarkan. Projek itu sepatutnya menghiasi satu laluan khas sepanjang 15 kilometer
daripada bangunan mega Menara Petronas (di mana Raja Penyamun mempunyai satu
tingkat khas sebagai pejabat operasi kelentongannya - penterjemah) untuk
merentas Lembah Kelang yang meminggiri Kuala Lumpur hingga kepada lapangan
terbang antarabangsa yang terbaru (KLIA). Rencana yang mengidamkan ratusan
syarikat yang ditempatkan dalam ruang laksana kampus universiti, kawasan IT
itu dikhaskan kepada kemudahan infrastruktur persidangan, hotel dan
kemudahan riadah dan juga perumahan. Beberapa nama besar, walaupun merupakan segelintir sahaja, telahpun
menandatangani persetujuan mendapatkan ruang niaga di MSC dengan muslihat
utama untuk merangkul kemesraan kerajaan. Oracle, Sun Micro dan syarikat
gergasi peralatan bimbit Ericsson telah turut serta. Namun, Ericsson
telahpun menunjukkan masalah yang berbangkit, dengan menyetujui hanya ruang
yang kecil untuk menempatkan para penyelidik tempatan bagi jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan, sambil enggan mengalihkan operasi utamanya
memasuki kawasan MSC untuk melepaskan ruang niaga sedia ada yang sudah lama
bertapak di kawasan lain di Lembah Kelang.
Agensi Multimedia Development Corporation (MDC) menyatakan bahawa ia
sudahpun mencapai sasaran niaganya untuk mendapatkan penyertaan 500 syarikat
yang boleh diberikan pengiktirafan status MSC. Sasaran ini adalah menepati
jadual matlamat 2003. Namun, hanya 54 syarikat daripada sekumpulan 535 yang
telah memilih untuk berpindah ke Cyberjaya, yang merupakan pusat nadi projek
itu. Apakah kebanyakan syarikat asing bertujuan membuka pejabat jualan yang
canggih sahaja? Ramai orang berpendapat bahawa kebanyakan syarikat itu yang
kebanyakannya penjual 'hardware' dan 'perisian', kumpulan perunding dan
sebagainya - tidak akan mengusahakan sebarang teknologi baru ataupun
menyumbang kepada kemantapan ekonomi negara. (Awas, tulisan ini bertarikh
Julai 2001 dan perhatikan betapa jitunya ramalan ini yang dibuat enam bulan
yang lalu - penterjemah) Mengikut istilah MDC, sebuah syarikat yang diberikan penakrifan MSC adalah
satu institusi yang memberi khidmat ataupun yang 'banyak menggunakan'
barangan multimedia dan perkhidmatannya, serta mengaji ramai tenaga kerja
yang arif dalam bidang multimedia. Ada satu syarat yang memestikan syarikat
yang diberikan pengiktirafan itu mengalihkan operasi mereka ke salah satu
daripada empat bandar-cyber dalam wilayah MSC. Selain 54 syarikat di
Cyberjaya, terdapat 39 syarikat yang beroperasi di Petronas Tower 2, 20
syarikat di Taman Penyelidikan UPM dan 71 di Taman Teknologi Bukit Jalil.
Antara pelbagai insentif kerajaan ialah pengecualian cukai dan gran
penyelidikan (R&D). Tetapi seperti yang disebut oleh para pegawai di
syarikat yang mendapat status MSC, pengecualian cukai hanya menguntungkan
syarikat yang sudah memperolehi keuntungan, dan bukannya syarikat yang baru
merangkak. Segala gembar-gembur MSC akan kejayaan rangkaian jaringannya
adalah amat sikit sekali dan terlalu kecil, kata mereka, kerana orang yang
benar-benar terlibat dalam usaha ini adalah terlalu sedikit.
Pembangunan MSC yang amat ketara merangkak itu dihimpit pula oleh pelaburan
IT yang semakin menguncup dan suasana ekonomi lembap, sehinggakan ramai
penganalis berpendapat bahawa ekonomi yang merudum itu membuatkan wawasan
(haprak) Mahathir sudah kehilangan kilauannya.
Lagipun selain menyalahkan keadaan ekonomi yang menggelonsor itu sebagai
dalil kelemahan pembangunan MSC, ramai yang berpendapat bahawa kesalahan
harus diakui oleh MDC yang tidak cekap pengurusannya. Kerana itu mereka
hanya mampu menarik hanya segelintir peserta teknologi global yang pintar
ataupun syarikat yang cenderong megeksport pengeluaran mereka.
Bill Gates, pengasas Microsoft pernah membuat kenyataan bahawa 'di luar A.S,
anda tidak akan dapat melihat satu perojek sebesar MSC, yang mempunyai
iltizam dan dayausaha.....' Tetapi, di sebalik cakapnya itu, Microsoft
bertindak membangunkan satu pusat pembangunannya yang pertama di luar
Redmond, Washington dengan memilih Bangalore (India) kerana di sana, berbeza
dengan keadaan di MSC, memang wujud banyak sumber tenaga manusia yang
berbakat dalam dunia IT. Pengarah Urusan MSC, Othman Yeop telah memperlekehkan cakap-cakap yang
menyebut Malaysia ketandusan manusia yang berbakat (dan bekelulusan yang
diperlukan secukupnya - penterjemah) dengan mendabik dada betapa MSC mampu
menarik banyak MNC (multinational corporations = syarikat multinasional yang
besar-besar) yang berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat dagang
operasi mereka. Dia menyebut reaksi positif daripada syarikat mega seperti
Boeing yang meminati segala kemudahan yang ada di Malaysia, rupanya. Tetapi,
pengusaha IT berpendapat Malaysia sedang menanggung masalah aliran kepakaran
yang yang berhijrah keluar negara kerana peluang kerja yang lebih baik di
tempat lain. Omar Merican, ketua eksekutif satu syarikat usahasama
permodalan Banyan Ventures, memang amat cenderung dengan pendapat itu.
'Pegawai syarikat saya membenci saya kerana bersuara demikian' katanya,
'tetapi seseorang itu berkemungkinan mendapat gaji dua kali ganda di
Singapura dan mungkin lebih banyak lagi di Hongkong.'
Steven Hsia, CEO kepada Delerium Cybertouch, pernah berkata bahawa kerajaan
(Malaysia) seharusnya melupakan saja angan-angan besar MSC dan segala
infrastruktur matjenin itu dan menumpukan usaha menyekat aliran kepakaran ke
Singapura. Tetapi, secara seriusnya, apakah sebenarnya rencana MSC itu? 'Projek MSC
adalah satu mainan hartanah, yang merupakan sambungan kepada pertumbuhan
Lembah Kelang,' tegas Ho Chin Soon, Pengetua Penyelidikan Ho Chin Soon, yang
mengulang kembali laungan yang kerap terdengar di Hong Kong apabila membuat
penjelasan mengenai Cybercity. 'MSC sebenarnya tidak ada kena mengena dengan
IT.' Sejak 1993, ketika ada satu keputusan untuk membina satu lapangan
terbang yang baru di bahagian selatan ibukota, kawasan hartanah yang besar
dan luas antara pusat bandaraya hingglah KLIA menjadi bahan spekulasi yang
amat panas. Tindakan kerajaan (pimpinan Raja Penyangak - penterjemah) untuk memajukan
satu kawasan yang luas selebar 167,000 hektar talah menyuntik satu lonjakan
dalam dunia hartanah. Lagipun, MSC adalah merangkumi Putrajaya, pusat
pentadbiran negara dan segala bandar baru yang meminggirinya. Ho, yang
mengetuai sebuah syarikat yang mengumpulkan maklumat pasaran hartanah,
mengimbau bagaimana tuanpunya rumah di kawasan MSC itu mengharapkan
pelaburan mereka dalam hartanah di kawasan itu meningkat dua kali ganda
dalam masa sekelip mata. Namun, walaupun lebuhraya maklumat itu diwarnai oleh talian gentian optik,
harga hartanah di MSC tidakpun berganjak. 'Harga hartanah adalah dikawal
oleh bekalan dan permintaannya,' kata Ho dengan tepat. 'Buat masa ini,
terlalu banyak tawaran untuk mendapatkan pembeli di Lembah Kelang.'
Sebagai contoh, cuba fikirkan usaha Putrajaya melancarkan satu projek yang
merangkumi keluasan 1.2 juta kaki persegi (113,636 meter persegi) pada tahun
2001 dan rencana untuk membangunkan ruang niaga seluas 4 juta kaki persegi
(378,787 meter persegi) sehingga 2003. Mengikut perangkaan Disember 2000,
yang paling terkini disediakan oleh NAPIC (National Property Information
Centre - Pusat Maklumat Hartanah Negara) terdapat lebihan ruang niaga
sebanyak 268,573 meter persegi di Kuala Lumpur di mana pengisian puratanya
hanya setakat 76%. Buat masa ini kadar ruang niaga komersial adalah sekitar
1.411 juta meter persegi di Kuala Lumpur. Kalau diambil-kira 38 lagi
kompleks membeli-belah yang telah diberikan kelulusan untuk dibangunkan di
bandaraya, sudah tentu masalah ruang kosong akan lebih melambak lagi untuk
satu tempoh yang panjang. (Apabila Mahathir mati, adalah dijangkakan, ruang
niaga yang kosong akan berlipat kali ganda!!!! - penterjemah)
Adalah tidak menghairankan, apabila Putrajaya Holdings, peneraju utama
pembangunan Putrajaya, membuat pengakuan bahawa rencana pencapaian sasaran
2010 sebagai tahun siapnya seluruh pembangunan pusat pentadbiran negara itu
akan tertangguh untuk selama lima tahun lagi. Ketua Pengarah Putrajaya,
Hashim Hassan berpendapat, syarikat itu masih mampu mencapai kadar pengisian
80%. Dia berpendapat lebihan bekalan itu adalah disebabkan pemantauan projek
yang tidak cekap dan pembangunan yang merapu. Putrajaya, katanya, akan
mengelakkan kesilapan itu kerana ia merupakan sebuah bandar yang dirancang
dengan rapi dan pembangunannya yang diawasi.'
Para pakar hartanah tidak begitu yakin bahawa MSC mampu mengambil-alih
kehebatan wilayah 'segitiga emas' (di Jalan Ampang - penterjemah). Seorang
pakar di Jones Lang Wootton berpendapat: 'Anda tidak boleh membuat
perbandingan antara dua tempat itu. Segitiga Emas mempunyai segala kemudahan
yang membuatkan ia begitu hebat - pusat membeli-belah, pawagam, kedutaan,
ruang perniagaan dan kawasan perumahan. Pasaran MSC hanya berunsur satu
dimensi. Anda mempunyai Putrajaya dan Cyberjaya. Tidak ada sesiapa yang
berminat kesana kalau mereka sudah lama selesa di Segitiga Emas.' Di sebalik
segala omongan MDC bahawa MSC mencanak melepas jangkaan, pertubuhan itu
sedar betapa ia amat memerlukan bantuan. Ia telah mendapatkan khidmat
McKinsey and Co. Dengan membayar 1.5 juta ringgit untuk memikirkan satu
strategi berdasarkan hakikat keadaan pasaran sebenar dan memberikan satu
penilaian terhadap ruang daya penyudahan lebuhraya IT itu. Malangnya, MDC
tertekan, apabila segala butiran draf kajian McKinsey and Co itu telah
dibocorkan kepada Asian Wall Street Journal.
Ho berpendapat, daripada kacamata kajian hartanah, MSC memang tidak akan
tersilap. Mereka berada di tempat yang wajar untuk menangani kebanjiran
tumbuhan pusat bandar. Cuma mereka tidak boleh berangan-angan untuk
melaksanakan kerja-kerja itu dalam sekelip mata.' Lagipun, kata Ho, MSC
hanya merupakan satu ideologi, sedangkan hakikatnya ialah mengenai
pembangunan, kemajuan dan ketumbuhan.' Kerana itu, apabila kerajaan buat
sibuk, dengan kisah mahu menapis laluan internet, rakyat Malaysia seperti Ho
merasakan tindakan seperti itu akan melumpuhkan semangat MSC. 'Kalau mereka
lakukan juga, MSC tidak akan membawa sebarang makna lagi. Ia akan menjadi
hanya seperti sebuah bandar baru sahaja.'
Oracle, Sun Microsystems dan Ericsson sama ada masih mempunyai satu pejabat
kecil di koridoraya itu ataupun sudah berpindah ke Menara Petronas II dan
ini menyerlahkan lagi kisah mainan hartanah. Kadar sewa di Menara II adalah
sekitar RM80 per meter persegi. Berbanding RM 25 di tempat lain yang
berjiran. Menara II lebih diminati berbanding Cyberjaya oleh syarikat yang
mampu dengan kadar sewanya. Banyak syarikat yang memilih Menara II itu
sebagai memenuhi syarat yang dikuatkuasakan oleh MSC. Walaupun separuh ruang
niaga di Menara II masih lagi kosong, tidak pula ada sebarang rencana untuk
memotong harga sewa. Tetapi, siapa yang menghiraukan semua itu, kalau
diambil kira rencana alternatif pasaran yang dihadapi oleh MSC.
Catatan Penterjemah: Bilakah Raja Penyangak mahu minta maaf kepada rakyat
Malaysia kerana membazirkan wang rakyat dengan projek haprak MSC ini???
Terjemahan: SPAR - 9/1/2002 www.asiafeatures.com Pasaran Hartanah Malaysia Yang Dijangka Meragam
(Malaysia's Property Market Expected To Weaken)
November 15,2001. Pasaran hartanah Malaysia dijangka akan meragam disebabkan merudumnya
keyakinan konsumer gara-gara peristiwa sejagat yang terkini, demikian
pendapat sebuah syarikat hartanah antarabangsa.
Pengarah Urusan C.H.Williams, Talhar & Wong Sdn Bhd., John SC Loh berkata
pasaran hartanah akan meragam tahun depan selepas melepasi tahun yang
menyulitkan pada 2001. Para pelabur menjangkakan kejatuhan harga dan kadar
sewa. Loh melancarkan majlis CEO Opinion Survey Property Sector 2002 pada November
13, berkata betapa perlunya dipacu pasaran hartanah.
Mengikut kajian mereka, bidang perumahan dijangka akan terus membangun
dengan peningkatan nilai modal. Lebih dua pertiga responden berpendapat
bahawa nilai modal untuk pembikinan perumahan kos rendah akan meningkat.
Kadar sewa akan menurun bagi semua sektor melainkan bidang konvensional dan
perumahan peringkat rendah. Tekanan yang lebih ketara dijangka pada raung
pejabat dan kawasan kilang dan ramai CEO yang menjangka penurunan kadar
sehingga 20 peratus. Lebih 50 peratus responden berpendapat jumlah transaksi dan nilai pelaburan
rakyat Malaysia berkemungkinan menurun pada 2002. Hanya satu pertiga antara
mereka yang menjangka sifat ini yang membabitkan pelabur asing akan menurun
pada 2002. Keadaan ruang niaga berlebihan di pejabat, dan perindustrian pada tahun
2001 sudah menjadi serius, dengan keadaan terlalu menekan sudahpun dialami
oleh bahagian hotel dan kondo. Namun, kajian itu mendapati bidang pembikinan rumah kos rendah secara
konvensional pada 2002 masih di tahap menyegarkan kerana adanya minat
pembeli. Sektor ini dijangka stabil untuk lima tahun yang akan datang.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6569 |