Laman Webantu KM2: 6575 File Size: 21.9 Kb * |
TAG SP 549: Rense: Misteri 911 Yang Penuh Tekateki By Michael Shore 9/1/2002 1:34 am Wed |
Rense Misteri 911 Yang Penuh Tekateki
(Missing Pieces To The Amazing 911 Mystery Puzzle)
Oleh: Michael Shore Terlalu banyak keberangkalian yang menakjubkan kepada kisah sebenar apa yang
sebetulnya terjadi dan siapa yang menjadi pakar rancang sebenar di sebalik
episod 911. Ini seharusnya mendesak agar ditubuhkan satu jawatankuasa bebas
rakyat biasa (seperti yang pernah dilaksanakan dalam kisah kelentongan kes
TWA yang meletup dulu). Jawatankuasa kerja ini seharusnya menyiasat segala
fakta dan persoalan yang tidak terjawab sejak serangan ganas 911 itu.
Jawatankuasa itu seharusnya dianggotai oleh rakyat bebas yang tidak ada
kaitan dengan sesiapa dalam kerajaan AS. Di sini diturunkan satu senarai
beberapa soalan yang mungkin terjawab melalui penubuhan badan siasatan bebas
itu. 1. Kita mulakan dengan yang mudah sahaja. Ada laporan menyebut wujudnya
pemesanan 'put option' yang besar jumlah dan nilainya terhadap saham
syarikat penerbangan United dan American sejurus sebelum 911. Taruhan itu
memberikan keuntungan besar seandainya harga saham merudum. Bahkan ada
laporan bahawa transaksi saham itu ditempah juga di pasaran Eropah. Agensi
CIA sepatutnya memantau semua jenis jualbeli saham seperti ini untuk
membolehkannya mengenal pasti siapakah orang dalam yang mungkin terlibat
dalam kisah 911. Sehingga kini, identiti orang ataupun kumpulan manusia yang
terlibat dalam transaksi 'put option' dan jual beli saham tidakpun diketahui
secara umum. Malahan ada laporan yang menyebut betapa satu urusniaga
'option' yang menghasilkan keuntungan bernilai $2.5 juta dollar masih belum
dituntut oleh pihak yang menang dalam urusan jualbeli itu. Pihak FBI memang
mudah dapat mengenal pasti orang ataupun kumpulan manusia yang terlibat
dalam urusan dagang seperti itu kerana untuk berurusan seperti itu,
seseorang perlu membuka satu akaun dengan broker saham dan mendeposit wang
tunai sebelum mampu berurusan. Adalah tidak sukar untuk FBI dan CIA menemui para broker saham di mana
urusan itu telah terlaksana dan mengenal siapa yang berurusan. Ini merupakan
satu pendekatan yang paling rapat untuk megecam orang yang terlibat dengan
911, tetapi FBI dan CIA sengaja enggan berbuat demikian. Kenapa?
2. Ada laporan mengatakan betapa tidak pernah wujud satupun nama orang Arab
yang dicap sebagai pengganas di dalam senarai penumpang setiap pesawat
(empat pesawat kesemuanya) yang terlibat dengan episod 911. Malahan, FBI dan
CIA yang sebelum itu angkuh dengan kemudahan peruntukan yang berbilion
dollar pernah mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat akan
kewujudan musuh seganas itu. Tetapi, dalam masa 48 jam, pihak FBI dan CIA
telah berjaya mengeluarkan satu senarai nama lengkap dengan gambar 19 warga
Arab yang didakwa menjadi pengganas di dalam pesawat yang dirampas itu,
sedangkan tidak ada satupun nama mereka yang dirakam dan tersenarai dalam
senarai penumpang setiap pesawat yang terbabit. Macam mana mereka tahu semua
itu? Hanya dengan seseorang mempunyai nama berbau Arab, mereka mampu
menentukan bahawa orang itu adalah 'pengganas' yang menaiki pesawat
tersebut. Lagipun, tentu pembaca masih ingat, ketika nama-nama 'pengganas'
itu mula-mula diedarkan kepada media, ada laporan media mengatakan betapa
sesetengah pasport yang digunakan oleh 'pengganas' itu mungkin telah dicuri
dan nama sebenar 'pengganas' adalah jauh bezanya dengan nama yang diedarkan
kepada media. 3. Ada laporan yang menyebut segelintir penumpang yang dapat menggunakan
telefon bimbit mereka daripada dalam pesawat yang dikatakan dirampas itu.
Saya menggunakan istilah 'yang dikatakan dirampas' dalam kisah ini. Kemudian
ada pula laporan oleh beberapa sumber tertentu bahawa panggilan telefon
bimbit ini tidak ada dalam rakaman syarikat telefon yang menguruskan cas
panggilan telefon. Kenapakah para perampas pesawat mengizinkan orang biasa
yang menumpang pesawat membuat panggilan telefon kepada orang di bumi? Dalam
ingatan anda adakah pernah berlaku rampasan pesawat terbang di mana orang
yang menumpang dibolehkan membuat panggilan telefon? Bolehkah dibuat
panggilan telefon dengan mudah ketika pesawat sedang meluncur di angkasa
kira-kira 35,000 kaki tingginya dan beratus batu jauhnya daripada syarikat
yang memberikan kemudahan telefon itu?
Ada laporan mengenai kotak hitam daripada pesawat itu yang merakamkan
perbualan antara juruterbang dengan pengawal penerbangan di bumi, telah
didapati musnah ataupun mempunyai rakaman perbualan tidak boleh dibenarkan
untuk penelitian umum disebabkan alasan yang gila-gila. Pertama sekali,
kotak hitam dibuat untuk mampu digunakan semula selepas menjalani deraan
bencana kepalterbang yang paling dahsyat. Keengganan menedahkan rakaman
kotak hitam itu dan segala data yang ada, tentu tidak membolehkan kita
menilai apakah sebenarnya yang telah berlaku di dalam kokpit juruterbang dan
siapa sebenarnya yang menerajui penerbangan setiap pesawat itu. Yang pasti,
sudah tentu ada hubungan perbualan antara juruterbang dengan pengawal
bertugas di menara kawalan. Sebaliknya, tidak ada seorangpun pengawal
penerbangan yang telah ditemubual mengenai pengalaman mereka berurusan
dengan semua juruterbang ketika pesawat juruterbang itu sedang dirampas.
Jadi, kalau adapun hubungan perbualan yang kita diberitahu ialah panggilan
telefon dan perbualan segelintir penumpang pesawat dan seorang paramugari di
salah satu pesawat terbang itu. Kalau adapun bunyi dalam kokpit yang pernah
didengarkan kepada umum ialah bunyi pergelutan antara para penumpang dengan
para perampas pesawat dalam kokpit 'Flight 93' yang terhempas di
Pennsylvania. Adalah dikira penting agar mana-mana kotak hitam itu didengar
untuk menilai perbualan antara juruterbang dengan pegawai di pusat kawalan,
seandainya ia masih wujud lagi. Ini merupakan bahagian terpenting dalam
misteri tekateki kisah ngeri itu. (Hingga hari ini, pengarah FBI Meuller
enggan menyerahkan kandungan rakaman kotak hitam itu kerana takut ia akan
mengganggu siasatan mereka dan kandungannya dianggap terlalu ngeri untuk
pendengaran umum terutama para pewaris penumpang yang terkorban - pengarang)
4. Ada laporan mengatakan sudah wujud kini satu teknologi terbaru yang
sudahpun terpasang di dalam pesawat 'UAV Global Hawk'. Teknologi ini pernah
disebut secara imbasan oleh Presiden Bush sebaiknya berlaku tragedi 911.
Bush berkata, pada masadepan, kita mesti mengukuhkan pintu kokpit dan
membangunkan terus teknologi baru di mana seorang juruterbang di bumi boleh
mengambil-alih pengawalan sesuatu pesawat yang dirampas di angkasa untuk
mengemudikan pesawat itu di angkasa dan membawanya mendarat di bumi di
landasan yang ditentukan terlebih dulu.
Bush menyebut teknologi ini kemungkinan dimajukan pada masadepan sedangkan
dia sudah lama arif betapa teknologi ini sudah dimajukan bertahun lamanya
dan sudahpun wujud kini! Ini bererti teknologi 'Global Hawk' yang menggunakan pesawat tanpa
juruterbang yang disebut oleh Bush itu sudahpun lama wujud dan
berkemungkinan sudah digunakan dalam peristiwa 911. Cuba bayangkan berapa
banyakkah pesawat terbang yang boleh dikemudikan oleh seorang juruterbang
yang terlatih secara dia duduk di depan skrin komputer untuk
mengendalikannya? Empat. Berapa banyakkah pesawat yang terlibat dalam
peristiwa 911? Empat juga.... Mengikut persatuan juruterbang pesawat
komersial (Conference of Professional Commercial Airline Pilots), warga Arab
yang dituduh 'merampas' pesawat itu tidak mampu mengendalikan semua pesawat
itu, hanya melalui latihan yang mereka terima di sekolah penerbangan seperti
yang dilaporkan dalam akhbar. Sekarang, eloklah kita renungkan apa sebenarnya yang mungkin telah berlaku.
Tidak ada seorangpun warga Arab yang ditohmah 'pengganas' mempunyai nama
mereka tersenarai dalam senarai penumpang penerbangan kerajaan AS. Namun,
dalam tempoh 48 jam gambar mereka (19 orang semuanya) disiarkan walaupun
sebelum itu FBI dan CIA pernah membuat pengumuman betapa mereka tidak
tahu-menahu bahawa peristiwa 911 itu mungkin dicetuskan. Sebenarnya empat
pesawat itu tidak memerlukan sebarang juruterbang yang bernyawa kerana
semuanya boleh diterbangkan secara kawalan jauh oleh seorang juruterbang
terlatih dengan menggunakan teknologi Global Hawk daripada satu tempat di
bumi. Ini bermakna, 19 orang 'Arab yang dikatakan merampas' itu tidak perlu
menaikki pesawat berkenaan. Malahan anda tidak perlu sebarang 'perampas'.
Yang diperlukan ialah teknologi 'Global Hawk' untuk mengawal pesawat itu di
bumi. Apabila kerjaan AS bertindak enggan merelakan maklumat daripada
sebarang komunikasi antara juruterbang dengan pusat kawalan di bumi,
kerajaan AS sebenarnya cuba memeram kemungkinan kenyataan juruterbang
pesawat yang dirampas itu yang memberitahu menara kawalan betapa kemudi
penerbangan pesawat mereka telah diculik oleh kuasa tertentu.
Anda mungkin mahu tahu apa yang terjadi kepada pesawat keempat, Penerbangan
93? Mengikut satu teori, teknologi Global Hawk, tidak berfungsi dengan baik
di pesawat Penerbangan 93. Entah macam mana juruterbang pesawat itu berjaya
menguasai semula kawalan pesawatnya. Seandainya Flight 93 berjaya mendarat
dengan selamat di bumi, segala rahsia apa yang telah berlaku tentu
terbongkar dan segala muslihat empat pesawat yang terbabit terbongkar sama.
Satu rencana susulan terpaksa dilaksanakan.
Kerana itu Flight 93, dikatakan telah ditembak jatuh oleh jet pejuang AS.
Terdapat beberapa fakta sahih untuk menyokong kebarangkalian ini. Ada
beberapa saksi yang mendakwa melihat Flight 93 meletup sebelum ia terhempas
ke bumi. Mereka juga telah melihat sebuah jet pejuang tentera berlegar di
angkasa berdekatan tempat pesawat 93 terhempas. Tambahan pula, terdapat
laporan mengatakan wujudnya sebuah jet peribadi berwarna putih yang
berlegar-legar di angkasa sebaik sahaja Penerbangan 93 jatuh terhempas,
sedangkan pada waktu itu semua pesawat peribadi dikatakan telah menerima
arahan untuk berada di bumi sahaja. Serpihan pesawat Penerbangan 93,
dikatakan berselerak meliputi satu kawasan sekitar enam hingga lapan batu
jauhnya daripada tempat pesawat terhempas. Ini adalah satu perkara ganjil
kerana seperti yang disebut oleh kerajaan ada beberapa penumpang yang
bergelut dengan para perampas dalam pesawat itu dan mereka sengaja
membiarkan pesawat itu terhempas untuk mengelakkan pesawat itu digunakan
untuk menyerang matlamat para pengganas itu. Adalah sukar untuk diterima
akal melihatkan serpihan pesawat berselerak sehingga lapan batu jauhnya
daripada tempat terhempas, melainkan pesawat itu sudah meletup dulu di
angkasa sebelum jatuh terhempas ke bumi. Inilah satu perkara yang tidak
mudah dijelaskan oleh kerajaan, lagipun kalau para penumpang sudah berjaya
menumpaskan para pengganas, kenapa pula mereka merelakan pesawat itu jatuh
terhempas? Apakah tidak mungkin juruterbang sebenar pesawat flight 93 itu
mengemudikan pesawat mereka untuk mendarat dengan selamat?
Kini sudah muncul satu cerita 'hero' (kisah kartunlah tu... ala-kisah Al
Maunah - penterjemah). Cerita itu dikeluarkan untuk menjawab semua soalan
yang dikemukakan berkaitan dengan Flight 93 dengan tujuan mengelakkan
perlunya ditubuhkan satu siasatan awam dengan harapan rakyat Amerika akan
menerima apa juga penjelasan kerajaan Bush sebagai cerita benar. Lagipun
George Bush Sr. sudah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi: 'Jangan
kelirukan rakyat dengan kebenaran.' 5. Tidak ada satupun jet pejuang tentera yang diarahkan memintas pesawat
yang dirampas walaupun wujud masa pengumuman adanya pesawat itu diangkasa
selama 30 minit hingga satu jam lamanya selepas pesawat itu dirampas. Kisah
ini telah banyak ditulis oleh media alternatif yang bebas. Adalah satu
amalan biasa (standard) untuk mengerahkan pesawat juang tentera ke angkasa
sendainya didapati ada pesawat yang menyimpang daripada laluannya ataupun
pesawat itu tidak berhubungan dengan pengawal di menara kawalan di bumi. Ini
merupakan satu peraturan keselamatan yang normal kerana seandainya sesebuah
pesawat itu mula melayari laluan yang menyimpang, ia berkemungkinan
berlanggar dengan pesawat lain di angkasa. Soalan cepumas sekarang ialah
siapa sebenarnya yang memberikan arahan agar pesawat tentera tidak
dikerahkan memintas di angkasa dalam keadaan darurat yang amat jelas
bahayanya? Kalaulah anda fikirkan nama Osama Laden yang membuat arahan itu
sambil dia mengurut janggut di sebuah gua di Afghanistan, eloklah anda
fikirkan orang lain sahaja. Orang yang mempu mengeluarkan arahan yang
menyanggah amalan biasa adalah mereka yang mempunyai pangkat yang tinggi
dalam kerajaan dan yang menjadi salah seorang ataupun sebahagian kumpulan
'Perancang Utama' sebenar yang merencana serangan negeri itu.
6. Apa perlunya mencetuskan peperangan di Afghanistan gara-gara kejadian
911, sehingga melibatkan berbilion dollar? Minyak, minyak, minyak.... adalah
jawapannya. Unocal, sebuah syarikat minyak gergasi, bersama dengan beberapa
individu yang ada kaitan dengannya mahu menguasai minyak yang bernilai enam
trillion dollar (awas.. kita sebut trillion dan bukannya bilion dollar lagi)
di Lautan Kaspian.... yang berjiran dengan Afghanistan. Apakah anda perlu
diingatkan bahawa Bush dan timbalan presiden Dick Cheyney secara kebetulan
adalah orang yang kaya raya dalam industri minyak dan syarikat Haliburton
Corporation yang dimiliki oleh Cheyney berkemungkinan membuat kerja-kerja
membina saluran paip minyak merentasi Afghanistan yang berbilion dollar
harganya untuk menyalurkan minyak di pasaran dunia. Adalah penting juga
untuk diingatkan betapa pemimpin negara terbaru Afghanisan pernah satu
ketika bertugas sebagai seorang pegawai di Unocal. Alangkah mesranya segala
rencana? Kumpulan yang akan menyauk keuntungan besar daripada peperangan mengganyang
'pengganas' adalah para pengusaha kelengkapan perang. Bapa kepada George
Bush Jr. merupakan salah seorang yang ada kaitan dengan syarikat kelengkapan
perang yang nombor lima terbesar di dunia ini - Carlyle Corporation.
Bukankah hubungan ayah dan anak seperti ini disebut nepotisme? Ini bererti
dalam bahasa kerajaan yang memerintah, anda mempunyai seorang bapa ataupun
sanak-saudara yang akan untung besar daripda tindakan kerajaan anda. Sebagai
satu ingatan sampingan: setakat Oktober 2001, keluarga Osama bin Laden
adalah merupakan pelabur besar dalam Carlyle Corporation tetapi dipaksa
menjual pegangan saham mereka disebabkan kontroversi yang dicetuskan oleh
hubungan mereka. Keluarga Bush dan keluarga Osama bin Laden memang sudah
lama bergelumang dengan perniagaan yang sama untuk satu waktu yang panjang.
Alangkah seronoknya kisah ini. Rakyat Amerika dan Eropah sudahpun diasak minda mereka betapa peperangan
mengganyang pengganas itu akan memakan masa yang panjang. Alangkah
mengaibkan apabila syarikat yang dikemudikan oleh ayah Presiden Bush tidak
mengeluarkan barangan untuk zaman damai. Tentu bapanya akan mendapat
keuntungan besar apabila dunia berada dalam keadaan aman dan tidak berperang
lagi. Satu lagi alasan penting peperangan dicetuskan di Afghanistan ialah untuk
menguasai pasaran candu poppie yang diperlukan untuk mengeluarkan dadah
heroin di dunia. Tentu ada yang terfikir Presiden Bush akan menggunakan
kuasanya memerangi dadah dan menghentikan pembikinan herion di Afghanistan
setelah Amerika berjaya menguasai negara itu. Sebaliknya sudah ada laporan
betapa Pakatan Utara yang sedang menguasa pentadbiran negara telah
mengembangkan perusahaan itu dan penanaman poppi di Afghanistan. Apakah
benar keluarga Bush, Cheyney dan CIA terlibat dalam pengedaran dadah seperti
yang disebarkan secara meluas, di merata dunia?
7. Kemungkinan bahawa salah satu muslihat yang terdedah ialah Osama Bin
Laden bukannya 'perancang utama' serangan 911 seperti yang ditohmahkan. Ini
jelas terpapar selepas kejadian 911 itu, tidak ada lagi sebarang tindakan
ganas 'pengganas' yang dicetuskan terhadap Amerika, baik di AS mahupun di
Eropah. Tidak ada satu butir pelurupun yang telah dilepaskan. Tidak ada satu
bom yang diledakkan oleh 'pengganas' pimpinan Osama bin Laden di AS dan juga
di Eropah. Cuba fikirkan apakah jenis 'perancang utama' ataupun raja pengganas jenis
apakah Osama bin Laden, yang dikatakan pernah melancarkan serangan ganas
terhadap Amerika di bumi AS sendiri tetapi tidak mampu mencetuskan sedikit
gerakan ganas terhadap 'musuh' ketatnya Amerika Syarikat sejak 911?
Afghanistan menjadi mangsa dibom bertubi kali menjadi padang jarak padang
terkukur, berkecaian harta benda rakyatnya dan mengorbankan jiwa yang tidak
berdosa, kaum wanita, golongan tua dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam oleh
kekuatan Amerika - alangkah aibnya perkara ini? Pasukan Al Qaeda pimpinan
Osama Bin Laden dibunuh dan dihapuskan dan pengganas yang dimusuhi itu
tidakpun menyerang balas? Kita telah diberitahu oleh kerajaan AS bahawa
Osama bin Laden mempunyai ribuan 'talibarut yang bertapa' menunggu masa
untuk melancarkan gerakan ganas di AS dan Eropah. Kita ditunjukkan rakaman
video Osama bin Laden dan pegawai Amerika menyebut betapa rakaman video itu
mengandungi kod rahsia yang digunakan oleh Osama Laden untuk memberi arahan
kepada para pengikutnya melancarkan keganasan di AS dan Eropah. Tetapi
sehingga kini tidak ada satu bendapun yang berlaku yang mengaitkan keganasan
'pengganas' Osama Laden di AS dan di Eropah.
Perkara yang menipu itu bukan terhenti di situ sahaja. Apa yang
digembar-gemburkan sebagai 'perancang utama keganasan' Osama bin Laden yang
menyebabkan Presiden Bush mengirimkan satu angkatan tentera yang besar dan
kuat untuk menangkap ataupun membunuhnya, telah menghilang secara
menakjubkan. Ini telah menyebabkan pembayar cukai Amerika kerugian berbilion
dolar dan kini pegawai Pentagon berkata mereka berkemungkinan gagal
menjejaki Osama bin Laden. Kenapakah sebabnya? Kalau anda benar-benar serius
mahu menangkap Osama Laden adalah lebih murah memberikan tawaran hadiah
bernilai satu bilion dolar untuk menangkapnya dan para penyokong beliau.
Bukankah ini lebih bermakna daripada mengirim satu pasukan tentera ke
Afghanistan yang menyebabkan terbunuhnya ribuan orang awam yang tidak
berdosa, termasuk anggota Taliban dan angkatan tentera Amerika? (Ada laporan
mengatakan AS mempunyai rencana menakluki Afghanistan dan menyingkirkan
Taliban beberapa bulan sebelum terjadinya episod 911..... masih ingatkah
anda kisah minyak di Lautan Kaspian dan projek saluran minyak?)
Wahai rakyat Amerika..... bangunlah...... waspada dan hentikan menggoyang
bendera negara, kalau itu pernah menjadi amalan kebanggaan anda. Carilah
seorang presiden yang baru, dan calon baru bagi timbalan presiden, Peguama
Negara, Setiausaha Negara baru dan Setiausaha Pertahanan yang baru. Dapatkan
pemimpin baru untuk FBI dan CIA. Dapatkan orang lain yang mampu menjalankan
tugas mempertahankan hak asasi anda, dan bukannya menafikan hak anda itu dan
segala kebebasannya. Carilah orang lain yang mampu mengesan Osama Laden dan
pembunuh yang menggunakan racun anthrax. Carilah seorang presiden yang akan
mencari jalan terbaik mengelakkan peperangan dan yang berusaha membawa
kedamaian di dunia ini - yang tidak mempunyai seorang bapa yang meraih
keuntungan besar daripada syarikat perang daripada peperangan yang
dicetuskan oleh anak lelakinya. Carilah seorang presiden dan pegawai
kerajaan yang amanah dan tidak mahu memulakan satu peperangan di Afghanistan
untuk membunuh ribuan orang yang tidak berdosa semata-mata kerana mahu
memasang saluran paip untuk menyalurkan minyak bernilai trillion dollar
harganya daripada Lautan Kaspian. Inilah juga presiden Amerika yang akan
menguasai pasaran dadah heroin di Afghanistan. Wahai rakyat Amerika,
bangunlah dan sedarlah daripada impian anda sebelum terlambat.
Terlalu banyak yang sudah tertulis di internet mengenai apa yang
berkemungkinan merupakan kisah sebenar tragedi 911 dan kesannya. Alangkah
baik kalau ada sesiapa yang mampu merencana dan mengumpulkan usaha agar
tertubuhnya satu jawatankuasa gerak kerja seperti yang disarankan pada awal
penulisan ini, lengkap dengan kewangan dan biaya serta peguam yang berwibawa
untuk melancarkan satu siasatan yang adil. Mungkin juga satu kes boleh
dirangka dan dibawa ke pengadilan mahkamah, agar perancang utama sebenar
episod 911 dan sekongkolannya itu dapat dikenakan hukuman yang
seadil-adilnya. Asal: KM2 6574 Ref: http://www.rense.com/general18/myss.htm |