Laman Webantu KM2: 6566 File Size: 12.0 Kb * |
MGG: Apakah kontraktor Bumi sahaja yang gagal menyudahkan kerja? By M.G.G. Pillai 6/1/2002 5:00 pm Sun |
Apakah kontraktor Bumi sahaja yang gagal menyudahkan kerja?
(Does only Bumi contractors not complete projects on time?)
Oleh: M.G.G. Pillai Perdana Menteri Mahathir Mohamed, memang yakin bahawa
kontraktor Bumiputra Malaysia terlalu manja sehingga tidak mampu
menyudahkan projek mereka. Seperti kisah bahawa Malaysia adalah
sebuah negara Islam, bukannya menjadi dasar rasmi kerajaan untuk
membetulkan kesilapannya, dan seperti nasib mantan timbalan
perdana menteri, adalah dasar kerajaan untuk mengaibkan mereka.
Demikianlah, apabila undang-undang itu sengaja diliukkan untuk
menyogok projek kepada bumiputra - tidak kiralah siapa mereka
asalkan Melayu, perkara lain ditolak tepi sahaja - lagipun kerajaan
tidak berminat menentukan projek bikinan mereka itu siap
dilaksanakan, kerana sudah menjadi amalan projek itu disabkan
kepada kontraktor Cina yang pilihan, yang akan mengalihkan pula
kerja sab itu kepada orang mereka yang lain. Kerja sab-mengesab
bertukar ganti sehinggalah di peringkat orang yang betul-betul
menjalankan kontrak itu. Inilah dia satu versi baru daripada budaya lama yang begitu icemuh
satu ketika dulu ketika ia bergelar sistem Ali-Baba. Sistem itu
melibatkan si Ali, Melayu yang mempunyai lesen membuat kerja
kontrak, dan Baba si Cina yang melakukan kerja sebenarnya. Hasil
Dasar Ekonomi Baru, ia memberikan orang melayu satu perasaan
kepunyaan yang pada sama waktunya ia mencetuskan satu suasana
di mana sistem itu menyebabkan orang Melayu kehilangan daya
saing mereka. Tidak ada sesiapa yang berani menyanggah ketika itu
kerana takutkan dicap sebagai penderhaka kepada perundangan
negara. Kerana itu, seseorang mesti mempersoalkan kenapa pula secara
tiba-tiba kaum bumiputra diserang kerana kegagalan mereka.
Sedangkan inilah dia sistem yang sempit dan tidak mampu
mempertahankan muslihat politiknya untuk terus meraih sokongan
orang Melayu. Inilah juga yang mencetuskan satu kejutan pada
1987 apabila UMNO diistiharkan tidak sah. Satu UMNO baru muncul
daripada debu dan abu, hingga mencetuskan ramai penentangnya
yang dipimpin oleh seorang insan yang terus kekal sebagai
penentang Mahathir yang tidak bersuara. Penentangan itu semakin
mengeras pada 1998 apabila Dato Seri Anwar Ibahim disingkir dan
dipenjarakan secara beragenda sebagai satu amaran terhadap
sesiapa sahaja yang berani mencabar beliau, baik masakini
mahupun di masadepan. Rencana itu kecundang kerana memakan
tuannya. Golongan muda Melayu semakin membenci UMNO, seperti
dulu kala. Kerana itu rencana mencemuh orang Melayu yang
mengharapkan belas kasihan adalah satu cara UMNO
mempersiapkan diri untuk menyerlahkan amaran kenapa orang
Melayu mesti diberitahu. Peniaga melayu yang angkuh dan tergolong sebagai warga
teknokrat, adalah mereka yang memang taksub kepada UMNO
kerana mereka adalah hasil ciptaan UMNO. Orang yang angkuh itu
tidak merasa keperitan hidup dan menganggap behawa seluruh dunia
terhutang budi kepadanya. Demikian juga dengan segala syarikat
yang di bawah pengurusannya. Itulah yang terjadi kepada Halim
Saad yang bergelar Tan Sri dan berjaya menimbun hutang bertapuk
menggunung tinggi bersama kumpulan UEM nya sekali. Begitu juga
dengan Tajuddin Ramli yang bergelar Tan Sri serta kumpulan TRI
yang dikawalnya. Mereka mungkin menjadi pegawai akauntan
Melayu yang dilupakan hari ini, kalaulah UMNO tidak menjadikan
mereka peniaga yang haprak seperti kini. Inilah kisah yang gagal
dikesan oleh Perdana Menteri sehinggalah baru-baru ini. Anak-anak
lelaki beliau pun tergolong dalam kumpulan yang kecundang ini yang
merupakan usahawan bumiputra yang kerap menonggok di luar
pejabatnya dengan penuh kesabaran mengharapkan belas kasihan
untuk mengemis kontrak membolehkan mereka terus bergaya sakan.
Inilah bencana daripada satu dasar politik yang jauh menyimpang
daripada matlamat yang dirancang oleh Mahathir, dan dia
bertangungjawab sepenuhnya kepada setiap kecundangan itu. Kini,
dia ghairah menarik peniaga Cina yang dibercayainya mampu
menghasilkan keraja lebih kemas dan cekap. Namun, apa yang
dianggap sebagai satu projek kejuruteraan paling mega, pemibikinan
ampangan Bakun yang bernilai RM13 bilion, telah difaraidkan
kepada satu syarikat hartanah, Ekran Berhad yang dikuasai oleh
seorang kroni penyangaknya. Ting Pek Khing, nama penyangak itu
yang bergelar Tan Sri dan yang mempunah-ran hkan segala
kemudahan yang diberikan kepadanya. Dia dan Ekran dibiarkan
bebas tanpa banyak derita dan dihadiahkan pula sebanyak RM800
juta kerana kegagalannya. Kini si penyangak ini disedekahkan pula
projek kejuruteraan Teluk Sepangar yang bernilai beratus juta lagi.
Kenapa? Vincent Tan yang juga bergelar Tan Sri adalah seorang lagi
penyangak bertaraf kroni, gagal segagalnya melaksanakan projek
penswastaan kumbahan. Dia juga kecundang dengan projek Linear
City dan monorel yang sepatutnya siap sebelum Sukan Komanwel
1998. Pegangan saham beliau dalam setiap projek itu adalah sekitar
RM 1.5 hingga RM 2 billion. Kini dia dijangka menerima satu lagi
projek penswastaan yang bernilai sekitar RM2 billion. Begitu juga
degnan kumpulan YTL, yang mengilai menuju bank dengan projek
janakuasa persendirian. Beliau dimaafkan kerana gagal menyiapkan
projek mengikut tempoh masa kerana ada persetujuan
menukarnya dengan tanah berharga di Bukit Bintang, dan beliau
dijangka akan menerima lebih banyak projek lagi. Inilah syarikat yang
gagal menyudahkan kerja pembikinan sambungan landasan rel letrik
daripada KL Sentral ke KLIA mengikut jadual kontraknya.
Kerajaan sengaja mengembar-gemburkan kepincangan dan
kegagalan kementerian Pendidikan untuk menyerang kontraktor
Bumiputra. Salah satu projek itu ialah projek sekolah bistari. Isteri
kepada seorang timbalan presiden UMO dan menteri kabinet telah
diberikan kontrak itu. Seperti yang dijangka projek itu gagal. Tidak
ada sebarang tindakan dilaksanakan terhadap orang yang terbabit
ataupun isterinya. Kenapa? Yang dipersalahkan secara
besar-besaran ialah pemborong bangunan bumiputra. Kemudian
diwar-warkan bahawa di masadepan semua sekolah akan dibuat
secara 'prefabricated' (pasang-siap). Sebenaranya tidak ada kaitan antara projek yang gagal itu
dengan kaedah pasang siap. Tetapi, kita disogokkan dengan andaian
adanya pertalian antara dua perkara itu. Sememangnya. YTL merupakan hanya sebuah syarikat yang
mempunyai kuasa untuk segala barang binaan untuk projek
pasang-siap membina sekolah-sekolah. Apakah sudah dilaksana
segala kajian penilaiannya? Tidak...Tetapi, ini adalah satu perkara
penting, mengikut pendirian kerajaan, bahwasanya pemborong
bumiputra mesti diaibkan. Dalam satu komentarinya, Berita Harian
telah mencetuskan isu ini dengan menyerang pemborong bumiputra
kerana mengecewakan kepercayaan kerajaan. Lagipun, apabila
semua warga kontraktor Bumiputra dapat diaibkan secara terbuka
kerana segala kegagalan dan kerugian yang melanda mereka,
adalah memudahkan segala kerja untuk melutut kepada syarikat Cina
dan memfaraidkan segala projek itu kepada mereka.
Kini muncul satu persoalan baru: apakah ini caranya memberi
ingatan kepada masyarakat Cina bahawa kejayaan Barisan Nasional
pada pemilu yang akan datang berada di tangan mereka? Orang
Melayu sudah tidak boleh dipercayai lagi, lagipun mereka terlalu
gemar menunjuk perasaan di jalanan, menganggotai PAS dan
kumpulan yang disebut pengganas Islam. Sudah menjadi satu
kemestian bagi UMNO untuk menyediakan satu suasana di mana
setiap penentangan daripada orang Melayu adalah dianggap
penentangan kumpulan agama yang fanatik ataupun pengganas yang
mesti ditindas dengan kejam. Tetapi, apabila keadaan yang sama mengena orang luar seperti Nur
Misuari walaupun mengikut istilah terkini Washington, beliau adalah
seorang pengganas, Kerajaan Malaysia memberikan layanan mesra
kepadanya tanpa mengaib dan menyiksanya, kerana beliau pernah
merupakan calon pilihan kerajaan Malaysia. Begitulah yang terjadi
dalam penangkapan terbaru polis Malaysia menggunakan ISA
terhadap beberapa manusia yang didakwa penyokong pengganas
yang ada hubungan dengan seorang pejuang Moroko yang sedang
diadili di Amerika Syarikat. Fikirkanlah sandiwara ini sambil saya
mengundurkan diri untuk sementara. M.G.G. Pillai pillai@mgg.pc.my Terjemahan: SPAR Independent UK Malaysia menangkap mereka sekutu Moussaoul
(Malaysia arrests alleged allies of '20th hijacker' Moussaoul)
Oleh: Andrew Buncombe Tiga belas lelaki yang didakwa mempunyai hubungan dengan
Zacarias Moussaoui, orang yang dituduh sebagai perampas ke-20
dalam serangan 11 September, telah pun ditangkap di Malaysia.
Mereka ditangkap kerana kegiatan yang tidak disebut secara khusus,
tetapi didakwa oleh polis merupakan satu 'ancaman kepada
keselamatan negara.' Ketua Polis Negara, Norian Mai, berkata pegawai beliau sedang
menyiasat apakah hubungannya antara orang-orang itu dengan Mr.
Moussaoui, yang pernah melawat Malaysia dua kali pada tahun
2000. 'Kami akan siasat apakah wujud satu pertalian antara
Mr. Moussaoui dan sebarang individu yang ditangkap itu,' kata beliau.
Mr. Moussaoui, ialah seorang warga Peranchis yang berdarah
Morokko, telah dihadapkan ke mahkamah Amerika minggu ini dan
dikenakan tuduhan terlibat dengan peristiwa 11 September. Pihak
pendakwa berkata dia sepatutnya telibat dengan serangan di New
York dan Washington tetapi telah terhalang kerana dia ditangkap
sebelum kejadian setelah mencetuskan kesangsian.
Norian Mai berkata 13 yang disyakki itu adalah anggota satu
kumpulan yang dinamakan oleh Kumpulan Militan Malaysia (KMM),
yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pertubuhan
al-QAEDA yang diketuai oleh Osama bin Laden. 'Mereka ditangkap
kerana dipercayai menjalankan aktiviti yang mengancam keselamatan
negara, termasuk mengadakan mesyuarat secara berahsia untuk (apa
yang disebut) Daulah Islamiah', kata beliau.
Sebelum itu polis telah menyebut bagaimana KMM mempunyai
hubungan dengan kumpulan yang sama perjuangannya di Indonesia
dan Filipina yang bertujuan menubuhkan negara Islam. 'Ada
rencana menubuhkan Daulah Islamiah melibatkan negara ini,
Indonesia dan Selatan Filipina, di mana majoriti penduduknya adalah
beragama Islam, mengikut persepsi mereka,' kata Norian.
Beliau menyebut betapa beberapa dokumen yang mengandungi
jadual latihan dan kajian mengenai pergerakan militan sejagat seperti
yang diamalkan di Filipina Selatan, Chechnya, Afghanistan dan
Ambon di Indonesia telah ditemui dalam serbuan itu.
Setakat ini polis sudah pun menangkap 25 orang anggota yang
disebutnya sebagai ahli kumpulan KMM, sejak Ogos. Mereka ditahan
di bawah ISA, yang membenarkan penahanan selama dua tahun
tanpa sebarang perbicaraan. Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6564
Ref: http://news.independent.co.uk/world/asia_china/story.jsp?story=112870
|