Laman Webantu KM2: 6563 File Size: 25.0 Kb * |
MBD: Benarkah Anwar Seorang Homoseks? By Steffan Khinge & Associates 5/1/2002 3:12 pm Sat |
Siri Paper Lama: Mahathir Menyakini Azizan Seluruh dunia terperanjat apabila Mahathir mengisytiharkan bahwa
Anwar seorang homoseks. Kononnya kecenderungan seksual tidak
normal inilah sebab utama mengapa Mahathir terpaksa memecat
Anwar. Mahathir menjelaskan bahawa negara tidak dapat menerima
seorang kaki l*wat sebagai pemimpin. Anwar yang didakwa
homoseks tidak layak menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir.
Tindakan Mahathir adalah semata-mata "demi negara yang
tercinta". Selepas 16 tahun "berbulan madu" bersama-sama Anwar
dalam UMNO barulah Mahathir menyedari akan kepincangan moral
"anak didik"nya itu. Bagi Mahathir yang Maha Pintar pengakuan seorang bekas
pemandu bernama Azizan Abu Bakar sudah memadai untuk
meyakinkannya bahwa Anwar mengamalkan seks di luar tabe'i.
Lagipun Azizan telah bersumpah bahwa Anwar telah meliwatnya
sepanjang 1992 dengan memegang Surah Yasin. Walaupun ada
pihak mengatakan sumpah Azizan tidak memenuhi kriteria sumpah di
dalam Islam, itu tidak penting bagi Mahathir kerana dia
mempercayai cerita Azizan. Buat Mahathir sumpah Azizan bukan
sebarang sumpah kerana Azizan rela dilaknat oleh Allah jika
membuat sumpah palsu. Mahathir "kagum" dengan "kecekalan" hati
Azizan yang sanggup menjadi saksi dalam perbicaraan Anwar
meskipun kehilangan isteri yang tersayang dan anak yang belum
lahir beberapa bulan selepas mendedahkan salah laku keji Anwar.
Menurut Azizan Si Pengarah paling sensasi masa kini
pertemuannya dengan Mahathir berlangsung tidak sampai satu jam.
Dalam masa yang singkat ini Azizan berjaya meyakinkan pemimpin
agung Malaysia bahwa Anwar telah berlaku sumbang terhadap
dirinya sebanyak lima belas kali. Mungkin Azizan mempunyai
keistimewaan tersendiri yang menyebabkan Mr. Recalcitrant
percaya segala-gala yang Azizan ceritakan.
Teori Homoseks Mungkinkah Anwar benar-benar seorang homoskes atau
sekurang-kurangnya mempunyai kecenderungan ke arah cara
hidup luarbiasa sebegitu? Terdapat dua pandangan utama
mengenai ciri-ciri homoseks (seks sesama kaum sejenis) seseorang
individu. Pertama, orientasi homoseks seseorang ditentukan semasa
kelahiran yakni ianya terdapat di dalam baka individu berkenaan.
Pendapat sebegini menyimpulkan bahwa seseorang homoseks
dilahirkan dengan sifat-sifat tersebut dan ianya adalah sesuatu
yang semulajadi. Ini bererti bahwa manusia telah diprogramkan
dengan kecenderungan seksualnya semasa masih dalam
kandungan ibunya lagi. Maka pondan dan mak nyah tiada pilihan
melainkan hidup dengan cara hidup sedemikian.
Teori homoseks yang kedua menyatakan bahwa kecenderungan
kepada homoseks muncul selepas seseorang itu mencapai umur
baligh (puberty). Pada tahap usia sebegini berlaku perubahan
biologi kepada tubuh dan perasaan seseorang itu. Di peringkat ini
manusia dewasa baru dapat mencungkil sifat-siaft seksualnya yang
sebenar. Tindakbalasnya terhadap ransangan alam persekitaran
mempengaruhi arah seksualitinya. Pada masa inilah lelaki homoseks
akan mendapati dirinya tidak tertarik secara seksual terhadap
wanita. Menurut teori kedua ini individu itu akan memilih secara
sedar dan penuh kerelaan untuk menjalani kehidupan sebagai
seorang homoseks. Membesar Di Cherok To'kun Apakah Anwar dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang
meminati seks kaum sejenis? Penduduk kampung Cherok To'kun
mengenali Anwar sebagai seorang kanak-kanak yang berhemah
tinggi dan tidak suka bergaul dengan budak-budak nakal. Bagi
orang-orang tua di situ Anwar seorang anak lelaki yang cenderung
kepada ilmu-ilmu agama Islam. Malahan kanak-kanak sebaya
Anwar sudah dapat merasakan keistimewaan atau karisma yang
pada dirinya. Mereka yakin Anwar akan menjadi orang ternama
suatu hari nanti. Kalaulah Anwar dilahirkan sebagai seorang
homoseks sudah pasti cerita-cerita perbuatan kejinya akan menjadi
bahan bualan orang kampung. Andaikata ini benar sudah lama
musuh-musuh politik Anwar akan menjadikannya bahan untuk
menjahanamkan karier politiknya dari awal-awal lagi. Namun tidak
pernah tampil seorang pun penduduk Cherok To'kun mendakwa
Anwar seorang pondan atau suka memuaskan nafsu dengan kaum
sejenis. Zaman Remaja Di MCKK Mungkinkah Anwar mula bergelumang dengan cara hidup kaum
Nabi Lut di sekolah menengah? Ada musuh Anwar yang cuba
memperdaya orang ramai dengan mendakwa memang Anwar
seorang homoseks kerana dia pernah belajar di Kolej Melayu Kuala
Kangsar (MCKK). Menurut mereka rata-rata pelajar MCKK adalah
homoseks kerana kolej yang diasaskan oleh penjajah Inggeris
hanya dibuka kepada pelajar lelaki sahaja. Kalaulah benar tuduhan
ini mungkinkah pemimpin-pemimpin negara seperti Allahyarham Tun
Abdul Razak, Tuanku Jaafar (Agong sekarang), Sultan Azlan Shah
(Perak), Sultan Ahmad Shah (Pahang), MB Perak Rahim Ngah
Talib, MB Pahang Khalil Yaakob dan MB Kedah Sanusi Junid
mempunyai kecenderungan homoskes atau pernah terjebak dengan
kegiatan seumpamanya? Apakah MCKK kemegahan negara
sebenarnya MC Gay Gay? Menurut rakan-rakan seangkatannya di MCKK, Anwar bukanlah
seorang "jambu" (budak lelaki yang menawan) atau kaki main
"jambu" - minat kepada budak yang "jambu". Senior Anwar
menyifatkannya sebagai seorang pelajar yang kurus dan tidak
handsome semasa di sana. Kawan-kawannya menghormati Anwar
kerana dia seorang yang warak dan berkarisma. Kenalan Anwar di
MCKK menyedari keistimewaan yang ada padanya. Malahan Anwar
telah dipilih menjadi Menteri Pendidikan di dalam "Kabinet
Bayangan" MCKK. Bekas guru-guru yang pernah mengajarnya
tahu akan keperibadian Anwar. Kerana ketokohan dan
keperibadiannya yang uniklah Anwar telah dijadikan Ketua Murid di
MCKK. Jelas sekali bahwa pada usia baligh Anwar tidak memilih
untuk menjadi homoseks. Menuntut Di Universiti Malaya Bagaimana pula semasa menuntut di Universiti Malaya dan menjadi
aktivis pelajar tahun 1970an? Sebagai seorang mahasiswa UM
Anwar terkenal dengan kelantangan dan keberaniannya
memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Dia juga telah
mengepalai golongan aktivis pelajar universiti negara menyatakan
bantahan terhadap penindasan Yahudi ke atas rakyat Palestin,
pembelaan berat sebelah Amerika Syarikat kepada rejim Tel Aviv,
perjuangan umat Islam di selatan Thailand dan nasib rakyat miskin
di Baling. Malahan Anwarlah satu-satunya aktivis pelajar yang giat
mengedarkan buku Dilema Melayu yang ditulis oleh Mahathir bin
Mohamad, keturunan pendatang Malbari yang berhijrah dari Kerala,
India! Tiada seorang pun aktivis-aktivis era 1970an yang ditahan
bersama Anwar semasa Ops Mayang berani mengatakan dia
seorang homoseks. Tanya sajalah tahanan-tahanan ISA seperti Adi
Satria, Kamarazaman Yacob, Ibrahim Ali dan Dr Syed Husin Ali.
Mereka berkongsi tempat tinggal bersama Anwar di Kawasan 7 kem
tahanan Kamunting. Bacalah buku-buku yang ditulis oleh Dr Syed
Husin (Dua Wajah) dan Kamarazaman (Bersama Anwar Ke Penjara).
Malahan satu bab di dalam buku "Bersama Anwar Ke Penjara"
diberi tajuk "Anwar Jadi Imam". Hatta Ibrahim Ali yang menjadi
hulubalang berani mati Mahathir akan terpaksa mengakui bahwa
Anwar bukan seorang homoseks. Hai Berahim, sampai bila kamu
hendak bersubahabat dengan angkara si Maha Pendusta? Kalaulah
Anwar seorang yang rakus sudah pastilah diliwatnya
rakan-rakannya di Kamunting sepanjang penahanannya selama 2
tahun. Barangkali kalau ini berlaku si Berahim akan dikenali sebagai
Berahim Lembut. Melibatkan Diri Di Dalam ABIM Semasa bergiat di dalam ABIM sudah pasti Anwar bertemu dengan
ramai belia Islam. Barangkali kualiti anak-anak muda menawan pun
lebih baik berbanding dengan zaman MCKK dan universiti kerana
ABIM bergerak aktif di kalangan belia Islam. Yang anehnya tidak
pula timbul cerita-cerita sensasi di kalangan ahli-ahli ABIM
mengenai kepincangan moral Pak Syeikh. Bukankah ini masa
terbaik bagi Allahyarham Tun Hussein Onn untuk menutup mulut
Anwar yang lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan pimpinannya?
Terlalu senang untuk dicari belia-belia yang boleh dipaksa
mengaku menjadi mangsa liwat Anwar. Operasi "Turning Over"
produk buatan Malaysia sudah menjadi kepakaran Special Branch
kita. Tidak pula musuh-musuh Anwar seperti Sanusi Junid dan Aziz
Shamsuddin mengambil kesempatan keemasan ini untuk
menjatuhkannya. Hakikat sebenarnya Anwar bukanlah jenis orang
yang cenderung untuk bergelumang dengan maksiat sedemikian
rupa. Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor dan Timbalannya, Tuan
Guru Haji Hadi Awang yang seangkatan dengan Anwar di dalam
ABIM akan mengesahkan keperibadian Anwar.
Sayugia diingatkan kembali bahwa di awal tragedi pemecatan
Anwar antara golongan yang tampil membelanya ialah para cerdik
pandai Islam. Persatuan Ulamak Kedah dengan tegasnya telah
mengeluarkan kenyataan mengingatkan umat Islam Malaysia
tentang perlunya pihak yang membuat tuduhan zina terhadap
Muslim yang lain membawa empat orang saksi. Pendirian ini
bukannya bertujuan untuk menyatakan bahwa Anwar tidak bersalah
tetapi adalah semata-mata mempertahankan maruah orang yang
dituduh supaya bukti-bukti yang kukuh dikemukakan sebelum
pengadilan dapat dijalankan. Menurut prinsip-prinsip keadilan
universal, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah
terbukti oleh mahkamah sebaliknya. Pernyataan ini juga sebagai
peringatan yang tepat pada masanya kepada masyarakat tentang
bahaya besar fitnah. Sekiranya gejala ini tidak dibendung seberapa
segera adalah dikhuatiri masyarakat yang membenarkannya berlaku
akan menuju kehancuran. Menyedari ancaman inilah maka tidak
menghairankan mengapa tokoh-tokoh Islam seperti Profesor Yusuf
al-Qardawi, Dr Harun Din al-Hafiz, Ustaz Fadzil Noor , Haji Hadi
Awang dan ramai yang lain dengan tegas menyuarakan isu ini di
dalam perutusan terbuka, ceramah-ceramah umum dan Parlimen.
Berbekalkan kesedaran ini jugalah maka rakan-rakan seperjuangan
Anwar dari pemimpin-pemimpin PAS, Dr Syed Husin Ali (PRM),
Chandra Muzaffar (JUST), Lim Kit Siang (DAP) dan NGO seperti
ABIM, JIM, TERAS, SUARAM dan CAP dengan segera bergabung
menubuhkan GERAK. 16 Tahun Bersama UMNO Selepas berjaya dipujuk dan diyakinkan Mahathir maka Anwar
membuat keputusan untuk menyertai UMNO pada tahun 1982.
Kemasukan Anwar ke dalam parti yang pernah dikritiknya
merupakan suatu fenomena yang memeranjatkan banyak pihak.
Bermula dari tahun berkenaan sehinggalah pertengahan 1997 tiada
sebarang laporan pun mengenai salah laku seks Anwar. Sepanjang
masa ini terlalu banyak pihak telah berdampingan dengan Anwar.
Apatah lagi di dalam kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO,
mengepalai potfolio-potfolio Kebudayaan dan Sukan, Pertanian,
Pendidikan dan Kewangan sehinggalah menjadi pemimpin No.2 di
dalam negara. Yang pasti musuh-musuhnya irihati akan kenaikan
mendadak Anwar di dalam parti dan kerajaan. Apakah dengan
budaya politik wang yang berakar umbi di dalam UMNO tidak
seorang pun musuh Anwar dapat mencungkil rahsia seksnya?
Barangkali Polis Diraja Malaysia pimpinan Tan Sri Haniff Omar
terutamanya pihak Cawangan Khas masih belum dihantar berkursus
mempelajari ilmu-ilmu berkaitan homoseks. Yang anehnya Haniff
Omar mendakwa polis mengesyaki salah laku seks Anwar pada
tahun 1993 tetapi tidak melaporkannya kepada Peguam Negara.
Semasa membuat "pendedahan" ini , Haniff yang memakai tali leher
MCKK kelihatan teramat resah. Apakah mungkin terlalu "berat"
pengakuannya yang membabitkan rakan sekolejnya ataupun Haniff
si Pengerusi Tempat Judi Genting mengetahui segalanya adalah
suatu pembohongan yang nyata? Hanya Haniff sahaja yang boleh
memberi jawapan sebenar. Azizan - Hamba Seks Atau Pemfitnah?
Azizan mendakwa perlakuan sumbang Anwar terhadapnya hanya
berlaku sekitar 1992. Oleh yang demikian Azizan masih
mengunjungi anak-anak Anwar yang "dirinduinya" sehingga tahun
1997. Barangkali selepas 1992 Anwar sudah tiada lagi selera
terhadap Azizan. Azizan seorang yang pendek ingatannya kerana
meskipun dia mampu mengira dirinya diliwat sebanyak lebih
sedozen kali dia tidak ingat nama-nama hotel ternama dan
tarikh-tarikh di mana perbuatan-perbuatan keji itu berlaku.
Barangkali setiap kali Anwar hendak memuaskan nafsunya yang
bergelora, Azizan telah dibawa ke tempat-tempat tersebut dengan
kepalanya diserkup dengan karung guni dan tangannya digari.
Ataupun kalaulah disebutkan nama-nama hotel ini akan pecahlah
tembelang Azizan. Hanya Azizan saja yang dapat memberikan
jawapan sebenarnya. Mungkin selepas menyedari sifat pelupanya
maka Azizan mula menyimpan diari di mana dia mencatat setiap
gerak-geri bekas majikannya. Kalaulah tuduhan Azizan Sang Pengarah Sensasi hendak dijadikan
sandaran, ini bererti Anwar seorang homoseks semasa berusia 45
tahun! Adalah sesuatu yang cukup mustahil untuk seorang lelaki
normal mengubah haluan seksualnya pada usia yang sebegitu
lanjut. Umum mengetahui bahwa nafsu seks manusia semakin
menurun dengan usia. Tanyalah orang yang sudah berkahwin
melebihi 10 tahun. Ada juga lelaki yang sudah mengalami masalah
mati pucuk pada usia 40an. Melihatkan rupa dan jasmani Azizan
sukar difahami bagaimana seorang kaki liwat boleh tertawan
dengannya. Hendak dikatakan "jambu" memang tiada langsung rupa
yang menawan pada Azizan. Hendak dikatakan "lembut" ternyata
Azizan berbadan tegap dan "keras" gerak gerinya. Sebaliknya
kalaulah ada pondan mendakwa diliwat oleh Azizan mungkin ramai
yang akan percaya! Dunia terpegun dengan tindakan Azizan Abu Bakar tampil ke
hadapan setelah lima tahun "menderita dalam diam". Musuh-musuh
Anwar seperti Khairuddin Abu Rashid, penerbit buku "puaka" yang
layak diberi nama semula sebagai "Pembohongan Syaitan" (The
Satanic Lies) pasti akan "salute" keberanian insan teristimewa ini.
Azizan istimewa kerana walaupun setelah berhenti menjadi
pemandu peribadi Dr Wan Azizah dia menjadi pemandu Azmin Ali,
setiausaha Anwar. Mungkin kelebihan yang ada pada Azizan inilah
yang memungkinnya "dilantik" menjadi Pengarah Sukarela di dalam
beberapa syarikat. Barangkali menyedari akan kepakarannya
memulihkan syarikat yang bermasalah dan tanggungjawab
sosialnya maka Azizan melaksanakan "tugas-tugas khas" yang
diberikan kepadanya secara percuma. Seluruh warga korporat wajar
meneladani Azizan yang menjadi pengarah tanpa sebarang elaun
mahupun faedah. Oleh kerana perasaan tanggungjawab ini teramat menebal dalam
dirinya maka Azizan boleh terlupa bilakah dia mula-mula menjawat
jawatan Pengarah setelah berhenti menjadi pemandu peribadi Dr
Wan Azizah. Perubahan mendadak di dalam hidupnya tidak dapat
Azizan ingat bagaikan melalui "Quantum Leap" yang melampaui
dimensi masa dan pemahaman akal manusia. Mungkin kesan
dramatk "Quantum Leap" ini menyebabkan Azizan juga tidak
mengetahui apakah tugas-tugasnya sebagai seorang Pengarah.
Syarikat yang bermasalah akan pulih hanya dengan kehadiran
Azizan semata-mata. Sudah pasti Azizan si bekas drebar ini
mempunyai karisma seorang pemimpin unggul dan karamah seorang
alim. Barangkali pakar-pakar teori pentadbiran perniagaan boleh
menjemput Azizan memberikan ceramah dan mengendalikan
bengkel kerja mengenai kehebatannya mengharungi dunia bisnes.
Berdasarkan persaksiannya di dalam mahkamah kita dapat
menyimpulkan bahwa Azizan Abu Bakar seorang yang mereka-reka
fitnah yang sungguh mengaibkan. Masa kan setiap kali bila dia
mengalami kesukaran menjawab soalan-soalan tertentu
peguam-peguam Anwar, Azizan sering menjawab bahwa dia tidak
ingat atau tidak pasti. Begitu juga setiap kali berhadapan dengan
jurugambar Azizan akan melindungi wajahnya. Apa yang hendak
dimalukan Azizan sedangkan dia dengan sukarela mencerita
kepada seluruh dunia perkara-perkara yang hanya layak dilabel
XXX atau "Adults Only" (bukan setakat 18SX). Bak kata orang,
"Berani kerana benar, takut kerana salah".
Pengakuan Sukma Polis upahan Mahathir merasakan tidak cukup dengan membabitkan
Azizan sahaja dengan Anwar. Maka dimasukkan juga adik angkat
Anwar, Sukma ke dalam senarai mangsa liwat Pak Syeikh. Menurut
salah satu pertuduhan Anwar didakwa telah meliwat Sukma pada
awal 1998. Akan tetapi pemeriksaan Dr Zahari Noor terhadap dubur
Sukma mendapati tidak kesan luka baik yang lama atau baru.
Kesimpulannya Sukma tidak mungkin diliwat oleh Anwar pada waktu
yang didakwa. Azizan cuba menipu rakyat dengan mengatakan
seandainya dia seorang wanita dapatlah dia membuktikan
kebenaran dakwaannya tetapi apakan daya dia seorang anak
jantan. Sekarang Azizan boleh membuktikan bahwa dia mangsa
liwat Anwar. Itupun kalau Azizan berani membenarkan duburnya
yang robek diperiksa oleh pakar perubatan. Dunia masih
ternanti-nanti saatnya apabila anak jantan bernama Azizan akan
bersetuju menjalani pemeriksaan berkenaan.
Bagaimana pula dengan "pengakuan" Sukma di dalam video dan di
hadapan majistret tempoh hari? Sukma ditahan di bawah kanun liwat
kerana didakwa membenarkan dirinya diliwat oleh Anwar dan telah
meliwat Azizan secara bergilir-gilir dengan abang angkatnya.
Menurut kanun liwat kebanggaan rejim Mahathir seseorang yang
meliwat atau membenarkan dirinya diliwat boleh dihukum penjara.
Kanun ini tidak meletakkan keperluan saksi pihak ketiga yakni pihak
yang tidak terbabit dalam aktiviti seks luar tabe'i berkenaan tetapi
mempunyai bukti akan berlakunya perbuatan tersebut. Kalaulah
mangsa liwat mengetahui akan hukuman yang bakal menimpanya
apakah ia akan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai
aktiviti haramnya? Orang yang siuman pasti tidak akan
mencampakkan dirinya ke lembah kecelakaan.
Perlu diingat "pengakuan" Sukma ini hanya diperolehi selepas dia
diberkas polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Semasa dalam lokap
Sukma telah dipukul berkali-kali dan diugut dengan hukuman
penjara sehingga lima tahun dan dakwaan ISA. Pihak polis
memaksanya mereka kisah hubungan seksualnya dengan Anwar. Di
samping itu Sukma dipujuk akan dikenakan hukuman penjara
beberapa hari sahaja dengan syarat dia bersetuju mengaku
melakukan aktiviti homoseks di depan majistret. Sayang sekali
Sukma telah diperdaya dengan janji palsu agen-agen Syaitan ini.
Selepas membuat pengakuannya di mahkamah Sukma telah
dijatuhkan penjara selama enam bulan. Inilah tanda terimakasih
PDRM ke atas kerjasama Sukma! Jika benar Sukma mengaku
secara rela apakah perlu menutup kepala dan mukanya dengan
jaket semasa dibawa keluar dari mahkamah?
Pembabitan Dr Munawar Dr Munawar Anis adalah salah seorang intelektual Islam yang
pernah menulis ucapan bagi Anwar. Beliau adalah seorang
berketurunan Pakistan yang menjadi pemustautin tetap di Malaysia.
Semasa kes penzaliman terhadap Anwar tercetus Dr Munawar
sedang menanti permohonannya untuk mendapatkan
kewarganegaraan Amerika Syarikat. Sebagai seorang rakyat negara
asing yang mencari rezeki di perantauan, Dr Munawar dilihat oleh
'hantu-hantu raya" PDRM sebagai orang yang boleh digertak,
diugut dan dipaksa membuat pengakuan palsu supaya Anwar akan
dijatuhkan dengan cara yang paling mengaibkan.
Anwar didakwa telah meliwat Dr. Munawar semasa bersia-siar di
dalam kereta. Dakwaan ini seolah-olah meniru tuduhan terhadap
hakim Rungit Singh. Hakim berkenaan telah dituduh, antara lain,
melakukan perbuatan seks oral di dalam kereta. Adalah sesuatu
yang sukar bagi sesiapa pun untuk melakukan kegiatan seks di
dalam kenderaan yang bergerak. Lagipun Dr. Munawar bukannya
seorang yang bertubuh kecil dan sudah lanjut usia. Secara logik
orang yang bertubuh kecil lebih "sedap" diliwat berbanding
keturunan yang menjadikan capati sebagai makan ruji. Akal rakyat
Malaysia mungkin boleh menerima jika dikatakan Anwar
membiarkan Dr Munawar meliwat dirinya! Barangkali Mahathir dan
khadam-khadam dari jenis syaitan manusia ingat bahwa orang
Melayu terutamanya dangkal pemikiran dan boleh dibohongi
selama-lamanya. Dr Munawar telah diberikan kata dua oleh orang-orang yang
menderanya secara fizikal dan mental tentang matlamat
penahanannya. Barangkali kalau hendak diberikan tajuk kepada
karya besar yang ingin dipersembahkan oleh Dewan Sastera
Cawangan Khas kepada Maharaja Malaysia Terzalim, mungkin
sesuai diberi judul, "Mengapa Anwar Ibrahim Mesti Dibuktikan
Seorang Yang Homoseks". Dr Munawar telah diugut kononnya
agen-agen Amerika Syarikat sedang menyiasat latarbelakangnya
dengan tujuan menolak permohonannya untuk mendapatkan
kewarganegaraan Amerika Syarikat, jika dia ditahan di bawah akta
syaitan ISA maka dia akan dihalau keluar dari Malaysia,
reputasinya di peringkat antarabangsa akan tercemar, dia akan
kehilangan segala punca pencariannya dan hidupnya akan
berubah menjadi suatu mimpi yang ngeri. Sebaliknya jika dia
bekerjasama maka Dr Munawar telah dianggap berjasa besar
kepada negara kerana telah berjaya menyelamatkan Malaysia dari
ancaman Anwar Ibrahim. Penderaan Dr Munawar berterusan tanpa mengira masa dan
dikendalikan oleh beberapa "Sundel Bolong" (SB) secara
bergilir-gilir. Akhirnya semangat Dr Munawar berjaya dipatahkan
dan dibawalah dia dengan bertemankan seorang peguam lantikan
PDRM bernama Yaacob Karim untuk membuat pengakuan palsu di
hadapan majistret. Seperti Sukma, Dr Munawar mendapati akhirnya
bahwa dia tertipu dengan kata-kata manis polis kerana majistret
telah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya. Kasihan Dr
Munawar yang pada mulanya ditahan di bawah ISA dan
kemudiannya dihukum di bawah kanun liwat. Wajah Dr Munawar
semasa dibawa keluar dari mahkamah seperti seorang yang sudah
hilang segala ingatannya. Konspirasi Maha Zalim Ini bukanlah kali pertama isu moral digunakan untuk menjatuhkan
seseorang tokoh. Masalah moral juga pernah ditimbulkan semasa
era Nazi Hitler. Ketua Storm Troopers, Enrst Rohme dan
pegikut-pengikutnya telah dibunuh dalam insiden yang dikenali
sebagai "Night of the Long Knives". Kecenderungan seksual Rohme
dijadikan alasan menghancurkannya. Walhal Hitler sudah
mengetahui rahsia rakan karibya selama 15 tahun. Bukan semua
yang dihapuskan adalah homoseksual. Rohme dan
pengikut-pengikutnya dibunuh ekoran suatu konspirasi
musuh-musuhnya yang bimbang akan pengaruhnya yang semakin
kuat dengan Hitler. Hasil hasutan ahli-ahli konspirasi tersebut, Hitler
akhirnya sanggup mengarahkan pembunuhan rakin karibnya itu.
Jika Anwar seorang homoseks seperti yang didakwa maka Mahathir
telah membuat kesilapan Maha Besar dalam karier politiknya.
Kesilapan Mahathir ini samalah seperti rombongan peminangan
yang tidak membuat kaji selidik yang cekap mengenai latarbelakang
"pengantin perempuan" yang hendak dikahwini oleh pengantin
lelaki. Pengantin lelaki ini berhak untuk menyalahkan ahli
rombongan tersebut di atas keretakan rumahtangganya. Lantaran itu
adalah amat wajar bagi semua rakyat Malaysia menyalahkan
Mahathir dan mendesaknya meletakkan jawatan. Sesungguhnya
yakin dan percayalah bahawasanya tuduhan terhdap Anwar ini
adalah suatu angkara pakatan yang Maha Licik dan Maha Jahat
oleh sekumpulan manusia pendendam. Mereka menganggap Anwar
sebagai ancaman yang Maha Besar terhadap kepentingan duniawi
mereka. Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim telah membuktikan
kepada masyarakat dunia bahwa "Malaysia Boleh" melakukan
penyelewengan, penipuan dan penindasan pada tahap yang
membanggakan penulis-penulis cerita konspirasi jenayah
terkemuka Hollywood. Harapan Bagi Malaysia Masanya sudah tiba untuk melakukan reformasi menyeluruh
terhadap sistem pemerintahan negara. Kerajaan yang diberi mandat
mentadbir negara tidak wajar lagi berpoya-poya dan bermegah
dengan gelaran "Yang Berhormat". Pemimpin-pemimpin berjiwa
rakyat akan berkelakuan sebagai "Yang Bertanggungjawab".
Cukuplah hampir dua dekad kita diperbodohkan oleh Mahathir.
Sistem naungan dan budaya takut yang diterapkan ke dalam
masyarakat era post-DEB telah melemahkan kepekaan dan
keperihatinan majoriti rakyat tentang isu-isu agama, keadilan sosial
dan kepertanggungjawaban (accountability).
Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan tiada
pilihan lain kecuali menggunakan hak mereka sebagai warganegara
yang merdeka untuk menamatkan penipuan dan penyelewangan
yang dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Andaikata
peluang ini dibiarkan begitu sahaja maka ianya membuktikan
kepada seluruh dunia bahwa rakyat Malaysia memilih dengan
sukarela untuk ditindas berterusan asalkan kepentingan peribadi
tidak terancam. Jika ini berlaku malanglah nasib generasi muda
yang akan terus ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin
yang mengamalkan rasuh, kronisme dan nepostime. Masa depan
generasi muda ini berada di tangan kita sekarang ini.
Selamatkanlah golongan yang tidak berdosa ini.
|